CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99|Reply: 0

Tottenham mahu halang QPR buru Beckham

[Copy link]
Post time 9-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Tottenham Hotspur sudah bersedia menyaingi usaha musuh mereka, Queens Park Rangers mendapatkan David Beckham apabila kontraknya tamat, November ini.\rPemilik kelab bergelar Hoops, Tan Sri Tony Fernandes sudah pun mengesahkan bahawa dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar memancing bintang LA Galaxy berusia 36 tahun itu ke kelab barat London.\r\n\n\n\n\rFernandes menulis di laman Twitter: \"Saya rasa mempunyai seseorang seperti David dalam kelab adalah hebat. Ia sentiasa di fikiran saya. Ayuh, kita lihat apa yang akan terjadi.\"\r\r\n\n\n\n\nNamun, pengurus Spurs, Harry Redknapp juga adalah peminat fanatik dan boleh menawarkan Beckham saingan Liga Europa tahun depan jika kelab utara London itu berjaya melepasi peringkat kumpulan.\rBekas kapten England itu terdesak untuk bermain bersama pasukan Britain pada Olimpik 2012 dan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris akan membantu memantapkan tahap permainan lebih baik menjelang temasya itu.\rBeckham berlatih bersama-sama Spurs musim sejuk lalu tetapi tidak dibenarkan Galaxy daripada melengkapkan satu proses pinjaman ke White Hart Lane selepas itu. - Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 1.665613 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list