View: 166|Reply: 0
|
Nadal ‘naik angin’ main dalam hujan
[Copy link]
|
|
Dakwa penganjur Terbuka AS hanya pentingkan wangNEW YORK: Rafael Nadal membidas penganjur kejohanan tenis Terbuka AS, kelmarin, mendakwa pemain berdepan risiko keselamatan dalam usaha terdesak mereka menggantikan kerugian masa dialami akibat kejohanan yang menjadi huru hara gara-gara masalah hujan.\rJuara bertahan itu dan pemain nombor empat dunia, Andy Murray serta juara 2003, Andy Roddick bersama-sama mengemukakan bantahan kepada pengadil kejohanan, Brian Earley selepas mereka dikehendaki bermain di atas gelanggang yang baru sahaja dikeringkan selepas hujan berterusan.\r\n\n\n\n\r “Kami tidak mahu turun ke gelanggang jika hujan, Saya rasa itu tidak adil,” kata Nadal - pemenang kejuaraan Grand Slam 10 kali. \r\r\n\n\n\n\n Semua jadual perlawanan hari itu terpaksa dibatalkan akibat hujan.\rPemain Sepanyol nyata tidak gembira ketinggalan 3-0 kepada pemain Luxembourg, Gilles Muller di Stadium Arthur Ashe apabila kedua-dua pemain itu di bawa keluar kerana situasi bertambah teruk.\rDalam satu temubual dengan ESPN, Nadal menambah: “Kami tidak dilindungi. Terdapat banyak wang di Grand Slam, tetapi kami adalah sebahagian daripada pertunjukan. Mereka hanya mementingkan wang dan bukan kami.”\rNadal, Murray dan Roddick kini mungkin terpaksa bermain empat hari berturut-turut jika final lelaki dilangsungkan pada Isnin seperti yang dirancangkan. - AFP\r\n\n\n\n\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|