View: 154|Reply: 0
|
Torres juga boleh digugur: Villas-Boas
[Copy link]
|
|
BOS Chelsea, Andre Villas-Boas (kiri) memberi amaran kepada bintang bernilai 50 juta pound (RM240.5 juta) - Fernando Torres - bahawa dia tidak teragak-agak menggugurkannya daripada skuad utama andai terus tumpul di depan gawang.\rVillas-Boas berharap penyerang juara Piala Dunia, Sepanyol itu kembali ke prestasi terbaiknya selepas hanya menjaringkan satu gol daripada 21 perlawanan sejak meninggalkan Liverpool, Januari lalu.\r\n\n\n\n\rPemain 33 tahun itu yang pernah mencatat rekod sebagai penjaring import paling berkesan pada musim pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Liverpool selepas meninggalkan Atletico Madrid pada 2007, kini turut diketepikan pasukan kebangsaan Sepanyol menjelang perlawanan kelayakan Euro 2012 bertemu Liechtenstein.\r\r\n\n\n\n\nDitanya kemarau gol Torres itu, Villas-Boas berkata: Ia tidak boleh menjejaskan objektif dan sasaran pasukan. Ini bukan soal menjaringkan gol, tetapi juga mencipta peluang. Tetapi jika ia mula mengganggu kelancaran pasukan, ia perlu segera ditamatkan.\rDan saya tidak mempunyai masalah untuk menggugurkan pemain, kata pengendali muda dari Portugal itu.\rTetapi tidak bermakna anda hilang bakat hanya kerana menjaringkan satu gol dalam 21 perlawanan, kata Villas-Boas. \rBakatnya masih ada. Persoalannya ialah mengembalikan keyakinan dan ini bergantung kepada masa dan latihan. - Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|