CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 94|Reply: 0

Gapai kebahagiaan hakiki ikut garis panduan Islam

[Copy link]
Post time 13-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Terus berusaha cari cahaya keimanan, bersih jiwaAPABILA ada segelintir umat Islam yang terlalai sehingga sanggup memperdagangkan akidah, ia bukan menjadi tanggungjawab individu itu semata-mata untuk kembali ke pangkal jalan, tetapi juga menjadi tanggungjawab sosial masyarakat di sekeliling untuk membawa mereka pulang. \n\n\n\nNegara memainkan peranan lebih besar sama ada melalui undang-undang atau menggalakkan pembinaan budaya menghormati agama Persekutuan dan penganutnya untuk memastikan umat Islam istiqamah dengan pegangan agama serta tidak membiarkan seruan agama lain memesongkan akidah.\n\n\n\n\n\nPerlembagaan Persekutuan memberi jaminan dan perlindungan undang-undang kepada setiap warga Muslim supaya tidak dipesongkan akidah melalui apa cara pun. Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan larangan penyebaran agama lain kepada penganut Islam.Hak kebebasan beragama di Malaysia seperti termaktub dalam Perkara 11 hanya terpakai kepada penganut agama lain kerana peruntukan sama memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan persekutuan untuk menyekat pengembangan agama lain di kalangan penganut Islam di Malaysia.Hal ehwal orang Islam juga dikawal selia Parlimen yang bertanggungjawab menggubal undang-undang (Perkara 3 (5)). Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa ke atas perkara membabitkan akidah dan pegangan agama.Malah, mahkamah sivil  umumnya juga menyerahkan bidang kuasa kes berkaitan keluar dari agama Islam kepada mahkamah syariah yang sudah tentu tidak akan membiarkan sesiapa pun murtad.\n\n\n\nSudah namanya manusia, sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Ada disengaja, ada pula  tidak disedari tetapi akhirnya mengorbankan akidah dan menduakan Tuhan. Tidak terkecuali, ada yang suka mempersenda hukum Ilahi.Kehidupan di dunia penuh dugaan dan cabaran memungkinkan kita berbuat apa saja untuk memuaskan nafsu yang tidak baik. Walaupun cuba mengawal diri dari tipu daya, ada kalanya kita tertewas apatah lagi jika balasannya lambat tiba, tidak terasa janji Allah itu akan sampai akhirnya.   Benar manusia boleh dibohongi tetapi bukan Dia Yang Maha Kuasa. Sebab itu negeri akhirat itu pasti, kepada yang tidak mensia-siakan kehidupan di dunia dengan kezaliman terhadap diri sendiri, pasti kegembiraan ditunggu tetapi jika sebaliknya tentulah balasannya tidak tertanggung. Akal yang dikurniakan Allah SWT untuk berfikir supaya kita tidak mengulangi kesalahan serupa sehingga menggagalkan misi dan visi hidup di dunia. Mana yang hak dan mana yang batil, sendiri memilihnya, yang halal dan haram jangan dikompromi sehingga menjadikan hati kita buta. Walaupun cuba menjadi hamba yang baik dan taat, ada kala kita lalai dan terlupa. Kata hati tidak semuanya memihak kepada kebenaran, bahkan boleh membuka pekung di dada. Justeru, segala keterlanjuran terhadap Yang Esa jangan sampai kita tidak bertaubat, jika ingin selamat di akhirat.Menyesali dosa yang dilakukan dan berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya adalah usaha perlu dilakukan jika benar-benar ingin bertaubat. Usah dikenang masa lalu jika itu membuatkan kita terus ‘merindui’ kejahatan dan kemaksiatan, sebaliknya kenang ia sebagai pengajaran yang tidak mungkin akan berulang.Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (Surah At-Tahriim, ayat 8) Jangan pula taubat dipermainkan dengan mengulangi dosa dan kemungkaran. Sesiapa ingin bertaubat mesti menyesali dosa dan bertekad  tidak mengulanginya lagi. Ini dikatakan menyucikan diri, menghilangkan segala kotoran di hati kepada pembersihan jiwa  sebenar. Kita juga harus berjanji untuk mengelak daripada melakukan dosa. Seboleh-bolehnya hidup hendaklah dipandu dengan garis panduan dimuktamadkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya yang sememangnya membantu kita menggapai kebahagiaan hakiki.Apabila hati sudah memperoleh cahaya, segala dosa ingin dibersihkan dengan rela, ini masanya kita perlu terus berusaha. Penangguhan boleh menggagalkan hasrat untuk meminta pengampunan daripada Yang Esa.Usah kita tangguh peluang, kerana ajal juga bila-bila masa akan datang dan syukur jika kita sempat menyedari dosa dan kejahilan kerana kita tidak akan melakukannya berulang-ulang. Yang paling penting, jangan berputus asa, selagi tidak menutup mata, pintu taubat sentiasa terbuka.  Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.191378 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list