CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2133|Reply: 10

Masjid Djenné Di Mali : Masjid Diperbuat Dari Lumpur Dan Jerami

[Copy link]
Post time 30-10-2011 01:14 PM | Show all posts |Read mode
**Kredit to Blog Serius

Bila bercakap pasal masjid kita akan terus nampak kubah besar dan menara muezzin. Ini ialah rupa default kebanyakkan masjid di seluruh dunia. Masjid Djenné yang terletak di Djenné , Negara Mali tidak kelihatan seperti masjid biasa dan ini membuatkan ianya kelihatan sangat unik.

Mula dibina pada kurun ke 13 masjid ini melalui pelbagai proses pembesaran dibawah pemerintahan Sultan Mali.Sebelum beliau memeluk Islam Masjid Djenné merupakan istana beliau.Sultan Kunburu kemudian mengubah suai istananya menjadi masjid sebelum membina istana baru bersebelahannya. Selepas beberapa ratus tahun Masjid mula rosak. Hanya selepas Mali ditakluki Perancis pada tahun 1906, ianya diperbaiki dan dibesarkan. Kini masjid ini sebesar 75x75 meter. Ianya dibian sepenuhnya menggunakan batu yang dibuat dari lumpur dan jerami yang dipanggilFEREY oleh penduduk tempatan. Dalam bahasa inggeris ianya dipanggil ADOBE. Batuan ferey kemudian dilumur lapisan lumpur bagi memberi permukaan yang licin. Kerana ianya dibuat daripada lumpur dan jerami Masjid Sultan Kunburu harus diperbaiki setiap tahun. As it stand Masjid Djenné ialah bangunan diperbuat daripada lumpur
terbesar didunia dan diiktiraf sebagai World Heritage Site pada tahun 1988.

Apa yang menariknya bagi aku ialah rupanya yang sangat lain dari masjid yang lain. Jika masjid lain mempunyai bulan sabit diatas kubah, Masjid Djenné, seperti kebanyakkan masjid di Afrika sebaliknya meletakkan telur burung unta. Walaupun sudah ada bahan binaan dan rekaan moden, penduduk Djenné enggan merubah dan mempermodenkan masjid mereka sebagai tanda mengekalkan tradisi tempatan.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2011 08:13 PM | Show all posts
dah famous dah masjid nie....
saban tahun, ada jer artikle ttg masjid nie kuar kat internet... paper
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 09:04 PM | Show all posts
menakjubkan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 09:09 AM | Show all posts
cantik+kreatif.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 04:24 PM | Show all posts
seni bina yg menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 10:02 PM | Show all posts
terbaik!...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2011 12:37 PM | Show all posts
suka tengok gambar ke3 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 03:32 PM | Show all posts
bonjolan2 tu mmg tuk di panjat ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2011 03:32 PM | Show all posts
tapi unik dan cantik lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 04:46 PM | Show all posts
amazing...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 04:49 PM | Show all posts
mmg unik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062197 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list