CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Kritikan diancam kemelut

[Copy link]
Post time 8-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kecanggihan teknologi komunikasi menjejaskan ulasan bersifat akademik\rPENGKRITIK dan pengarang dianggap menjalin hubungan marah, tetapi sayang kerana bukan saja saling memerlukan, bahkan kritikan juga boleh menentukan kedudukan buku mereka sama ada dalam konteks mutu atau kebolehpasaran.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun hubungan pengkritik-pengarang itu berubah sehingga kritikan sastera dianggap hilang pengaruh di tengah-tengah era kebanjiran maklumat dan pertambahan saluran penulisan yang memberi tafsiran dan ulasan berbeza.\r\r\n\n\n\n\nFenomena ‘pendemokrasian kritikan’ dalam ruang siber bukan saja di laman web dan blog, bahkan Facebook dan Twitter yang memberi ruangan terhad, dikatakan menimbulkan kekeliruan terhadap mutu sesebuah karya atau buku.\rIsu kritikan sastera yang tidak lagi berdaya saing dengan ribuan ulasan ringkas dan bersifat individualistik itu sebenarnya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan editor sastera di Barat.\rMalah, Amerika Syarikat (AS) yang menghasilkan ramai pengarang ternama dan popular pun tidak terlepas daripada kekontangan kritikan sastera seperti diakui Pengkritik Media, The New York Review of Books, Eliot Weinberger.\rWeinberger berkata, kritikan lebih banyak dibuat dalam bentuk akademik dengan istilah yang sukar difahami dan ditulis oleh mereka yang percaya keceramukan karya hanya dapat disampaikan melalui frasa yang rumit.\r\n\n\n\r“Kritikan di AS sudah diturunkan kepada ‘cadangan’ atau ‘sokongan’ yang datang melalui ulasan, blog dan Twitter, manakala anugerah pula menjadi piawai yang mengesahkan mutu sastera,” Weinberger dipetik berkata dalam laman web El Pais.com.\rPandangan Weinberger senada dengan Bekas Pengarah World Book, The Washington Post, Marie Arana yang menganggap kritikan di AS sudah hilang momentumnya, sekali gus menyebabkan ulasan buku juga semakin kurang berjiwa dan menyeronokkan.\r“Kalaupun ia ada, ia lebih tersebar dalam blog sastera, tetapi penulisannya tidak berdisiplin dan gaya penulisan yang lemah sehingga tidak mampu menjadi suara yang mempunyai pengaruh,” beliau dipetik berkata dalam laman terbabit.\rBagaimanapun, pengkritik budaya laman web La Vanguardia, Juan Antonio Masoliver Rodenas menganggap kewujudan blog dan majalah yang baik dalam menampilkan kritikan dapat menampung kekurangan jurnal bercetak.\r“Namun, tidak ada sebarang mekanisme yang dapat menghalang penambahbaikan, amatur, narsisisme dan kritikan yang mengelirukan yang boleh merosakkan,” beliau dipetik berkata.\rTidak hairanlah, penyair Argentina, Jorge Aulicino, menganggap pendemokrasian kritikan, pendapat dan maklumat memerlukan lebih banyak kayu ukur, manakala kewartawanan profesional tidak mungkin diganti oleh penyebaran maklumat secara amatur.\r“Menghasilkan maklumat memerlukan peralatan, sumber manusia dan teknologi yang tidak mungkin diganti oleh individu.\r“Pembaca boleh mencari ulasan yang sangat baik sama ada dalam atau luar media arus perdana, tetapi kualiti kritikan masih perlu diutamakan yang ditentukan oleh mutu pembacaan dan penulisan kritis,” beliau dipetik berkata dalam laman terbabit.\rIsu itu juga tidak terlepas daripada berlaku di negara ini seperti yang diakui Penerima Anugerah Penulisan SEA 2011, Syed Mohd Zakir Syed Othman (SM Zakir) yang menganggap pembaca era ruang siber lebih mudah menerima kritikan dan tulisan yang ringkas, tetapi padat.\r“Maka kritikan yang terlalu serius dan berjela-jela akan hilang daripada tumpuan pembaca, tetapi mutu kritikan sebenarnya akan memainkan peranan dalam menentukan kekuatan pengaruh kepada pembaca.\r“Ruang siber atau ruang konvensional hanya soal saluran, manakala inti pati dan pengaruh kritikan tetap terletak kepada mutunya,” katanya kepada Sastera di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rSM Zakir mengingatkan gejala penulisan di ruang siber membuat kritikan yang daya intelektualnya kurang mantap kerana ditulis dengan spontan, cepat dan ringkas, sekali gus menyukarkan untuk lahirnya pengkritik yang bagus.\r“Pengkritik yang bagus lahir daripada kesungguhan, ketekalan dan ketelitian yang memerlukan masa panjang untuk melahirkan pemikirannya, tetapi ia boleh saja lahir di ruang siber atau konvensional.\r“Bagaimanapun, kita harus membezakannya dengan ulasan buku yang hanya memberi sinopsis dan gambaran cerita, berbeza dengan kritikan yang menyelami pemikiran, bentuk, estetika dan idealogi karya,” katanya.\rMeskipun ulasan memberi kesan lebih positif untuk industri buku, beliau menegaskan kritikan lebih bermakna untuk sesebuah karya sastera kerana lebih memerlukan tafsiran dan kefahaman dalam apa yang disampaikannya daripada hanya ‘menjual’ wajah dengan ulasan yang kosmetik sifatnya.\rPandangan itu diperakukan oleh Pensyarah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Abdul Rahman Napiah yang menganggap tanggapan kritikan hilang pengaruh disebabkan ‘pendemokrasian’ itu berpunca daripada kekaburan pengertian kritikan sendiri.\r“Ini mungkin disebabkan definisi dan konsep kritikan yang tidak jelas sehingga ulasan biasa pun dianggap sebagai kritikan, sekali gus menyebabkan pembauran berlaku sehingga melemahkan istilah kritikan.\r“Ulasan buku hanya bacaan apresiasi buku, sebaliknya kritikan mesti menggunakan teori untuk menilai sesebuah karya atau buku,” katanya.\rProf Madya Abdul Rahman mengakui ulasan dilihat sebagai kritikan menyebabkan kritikan akademik seolah-olah hilang pengaruh, meskipun ia sebenarnya masih subur di institusi pengajian tinggi (IPT).\r“Bagaimanapun, kita tidak boleh menghalang ulasan yang tumbuh subur itu, sebaliknya kritikan yang sebenar dan berpandukan ilmu perlu terus dibina.\r“Pengkritik sejati mungkin tidak terikut-ikut dengan trend semasa sehingga menyebabkan kita melihat kritikan hilang pengaruh, sebaliknya kritikan terus berkembang kerana pelajar sarjana muda dan sarjana lanjutan masih perlu membuat latihan ilmiah dan tesis,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.043621 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list