CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2931|Reply: 16

Ketagih makan sabun

[Copy link]
Post time 28-3-2012 01:45 PM | Show all posts |Read mode
MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.

“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.

Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.

Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica.

Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat.

Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun.

Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.

Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.

Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.

Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya. – Agensi










dulu aku suka bau minyak tanah n petrol...seb baek aku x ketagih minum benda alah tu huhuhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2012 02:11 PM | Show all posts
kalau muntah ke berak ke xberbuih ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 02:14 PM | Show all posts
gila weh....aku rasa kalau dia tido...air lio meleleh pun..berbuih2 jer....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 02:27 PM | Show all posts
mkn sabun, badan sehat jgk...
hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:07 PM | Show all posts
mesti air liur berbuih2...kalu gosok gigi lg byk buih agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:34 PM | Show all posts
tak ulak mati sebab keracunan kan?adui pelik pelik.mmg ajaib.kebal perut dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2012 03:34 PM | Show all posts
perut dia sah bersih dari kekotoran
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:54 PM | Show all posts
eee....x dapat nak digambarkan kesedapan sabun itu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2012 04:33 PM | Show all posts
ni la care klu nk cuci ati supaye bersih..nasib je perut letak kat bawah..klu letak kat otak, bley la cuci otak plak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 10:47 PM | Show all posts
tak jadi apa2 ke mkn sabun ni....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 10:51 PM | Show all posts
Mak aiii... makan sabun serbuk macam makan milo
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 08:51 AM | Show all posts
kawan aku ms peknen hari2 dia mst nak calit walo sedikit sabun basuh jenis serbuk lah ala2 mkn jambu cicah serbuk asam masin tu..
smp laki dia xpenah dah beli sabun basuh jenis serbuk semua beli yg cecair tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:09 PM | Show all posts
tapi memang betol ar.. kengkadang bilau cium bau harum sabun or serbuk pembersih... cam mau ngap jer... cam bau manisan jer
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:10 PM | Show all posts
Kat Bod PP lak.. ada sorg porumer tu suka makan serbuk kopi....

Mujur kulit anak dia biasa jer..tak hitam bekerak
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:20 PM | Show all posts
loya tekak aku haih
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 11:16 PM | Show all posts
kalau muntah ke berak ke xberbuih ke?
noreen Post at 28-3-2012 14:11



    senang la dia nk mmbuang...xder sembelit2 dh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2012 11:24 AM | Show all posts
clear habis usus2 dia kan? cuci jerkk...hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054634 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list