CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4634|Reply: 13

makna perubahan warna langit ketika waktu sholat tiba

[Copy link]
Post time 27-10-2012 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Makna Di Sebalik Perubahan Warna Langit Ketika Waktu Solat Tiba

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.


1. Waktu Solat Subuh
Ketika waktu selepas subuh apalagi menjelang siang, warna langit itu (kalau cerah) berwatna biru yang diselangi dengan merah (orange) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang mahu terbit.


Dalam islam tidur setelah subuh itu tidak baik kerana akan kehilangan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah,Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi harinya (HR. Abu Dawud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)
Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru melemahkan kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.


Pada Waktu Subuh Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.


Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Disini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.


Bermulanya saat azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep tindak balas tubuh pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


2. Waktu Solat Dzuhur
Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu ini ialah amalan yang terbaik untuk menjaga kesihatan supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan
Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan.


Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.


3. Waktu Solat Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna orange, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.


Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.


4. Waktu Solat Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.


Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.


5. Waktu Solat Isya
Apabila masuk waktu Isya, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.


Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebenarnya, inilah waktu tidur dalam Islam dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relax / rehat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2012 08:29 PM | Show all posts
nice info tt
tapi orang sekarang time maghrib dok berjamaah kat pasar
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2012 08:46 PM | Show all posts
NIce info tt
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2012 08:54 PM | Show all posts
niceeee..thanksss
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2012 10:17 PM | Show all posts
Info yang bagus ~
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 10:17 PM | Show all posts
Informasi yang amat menarik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2012 07:51 AM | Show all posts
Hmmmm aje le.....

Ada siapa2 boleh cerita pasal spektrum spertiga malam yang akhir?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 11:13 AM | Show all posts
gud info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2012 01:22 PM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 01:31 PM | Show all posts
tq 4 sharing tt
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 03:01 PM | Show all posts
subhanallah.....ade hikmah di setiap waktu solat...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 03:25 PM | Show all posts
terbaeklah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 12:50 PM | Show all posts
terbaik TT !
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 12:54 PM | Show all posts
super terbaik!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.060107 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list