CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7090|Reply: 0

[Lain-Lain] Senarai Lokasi Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2015

[Copy link]
Post time 21-7-2015 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Senarai rumah terbuka sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015 di Malaysia. Berikut adalah lokasi rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan setahun sekali disetiap musim perayaan Aidilfitri. Selamat menyambut perayaan Aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat islam di Malaysia.
Rumah Terbuka Menteri Besar Melaka
Rumah Terbuka Menteri Besar Selangor
Rumah Terbuka Menteri Besar Johor Baharu
Rumah Terbuka Perdana Menteri Najib Razak Di Putrajaya
Rumah Terbuka Raya Terengganu
Rumah Terbuka Raya Perak

SEPERTI biasa, Aidilfitri dirai sebulan lamanya. Tidak mengapa sekira­nya ia menjurus kepada kebaikan dalam menjalin dan memperbaiki silaturahim. Cuma dalam mengambil segala kebaikan sepanjang bulan mulia ini, paling penting jangan membazir yang boleh mengakibatkan kita mendapat dosa.
Habis acara balik kampung, biasanya kita menziarahi saudara-mara dan beraya dengan ibu bapa. Bermulalah acara di rumah sendiri pula iaitu rumah terbuka.




Pada zaman kesedaran agama yang tidak menyukai pembaziran, ramai mengambil pendekatan rumah terbuka yang sederhana. Tetapi bagi mereka yang mampu, mereka menyediakan bajet besar. Semuanya bergantung kepada kemampuan diri supaya tidak perlu berhutang bagi membuat rumah terbuka besar-besaran.

Ada meletakkan bajet setelah menetapkan menu. Ada membayangkan menu terlebih dulu kemudian membuat bajet. Apa yang penting, tuan rumah tahu apa diingini dan menepati selera. Cuma lebih baik menetapkan bajet terlebih dulu supaya kita tidak terbabas dalam membuat perancangan.

Lemang, ketupat, rendang, laksa, mi kari, soto, lontong, roti jala, rojak dan pelbagai juadah muncul pada fikiran. Bagaimana pula dengan waktunya? Tengah hari, petang atau malam?

Kini ramai membuat rumah terbuka di awal pagi dengan jemputan berbunyi, ‘jemputan bersarapan hari raya di rumah kami’. Elok juga begitu kerana selalunya sebulan Syawal, setiap waktu penuh dengan undangan rumah terbuka.
Waktu sarapan selalunya masih kosong.

Walaupun dunia semakin moden, hidangan rumah terbuka masih tidak lari daripada juadah tradisional. Belum ada yang berani membuat hidangan rumah terbuka hari raya dengan menu Barat misalnya ayam dan kentang putar saja, hidangan makanan Siam seperti tomyam dan nasi paprik atau menjamu bufet sushi. Hidangan tradisional Malaysia tetap menjadi pilihan utama.

Namun, ada juga yang mahu membuat penambahan lain bersama menu sedia ada kerana mahu memberi sedikit kelainan dan pembaharuan dalam menu setiap tahun yang sentiasa sama.


Idea berikut bukan hanya sedap tetapi mencantikkan meja hidangan serta memberi kelainan.


Rojak antara menu biasa di rumah terbuka hari raya. Apa kata kali ini tambah hidangan bufet buah-buahan segar. Anda boleh mendapatkannya daripada usahawan, Nurul Huda Mohd Rahim yang memotongnya dengan cantik dan menghidangkan buah-buahan itu buat tetamu. Pilihan buah boleh ditentukan sendiri seperti jambu batu, jambu merah, mangga, nanas atau epal hijau.

Nurul akan menyediakan pilihan kuahnya sekali. Ada kuah rojak, kuah berkicap pedas, gula berbelacan dan pelbagai jenis kuah. Pasti kehadiran buah-buahan segar memberi kelainan pada hidangan rumah terbuka anda.


Sup cendawan dan roti. Biar sup cendawan sentiasa panas di dalam periuk elektrik. Di tepinya letakkan roti tawar, roti Perancis yang sudah dipotong-potong atau croissant mini. Ramai pasti mahu mencuba.


Ayam panggang, ayam golek atau sate ayam sudah biasa dilihat di rumah terbuka. Apa kata cuba ayam percik. Ayam percik tidak sama dengan sate kerana ukurannya lebih besar, begitu juga rasanya. Perapan juga boleh dipelbagaikan misalnya untuk lebih pedas, ayam percik boleh diperap dengan tambahan rempah.
Kuahnya boleh dipelbagaikan antara kuah kacang atau sos cili.


Durian. Di sesetengah tempat, raja segala buah itu sedang bermusim. Tidak kurang yang punya dusun di kampung, durian berbuah tidak berhenti-henti pada musim perayaan ini. Tentu seronok tetamu dijamu durian di rumah terbuka. Kupas dua dan biarkan tetamu sendiri mengupas yang lain.


Stimbot makanan laut. Selain lemang, ketupat dan rendang, stimbot makanan laut pasti tidak ditolak tetamu anda. Rebusan udang, ketam dan sotong sungguh menyelerakan. Sediakan dua kuah iaitu kuah sup dan kuah tomyam dengan mangkuk kecil di sisi.


Sering terjadi kita terlupa kuih-muih tradisional di rumah terbuka.
Sebenarnya tidak salah menjamu kuih pelita, bengkang, kole kacang dan puding jagung.


Aiskrim. Anda boleh buat sendiri aiskrim atau membeli bekalan promosi aiskrim bagi mendapatkan harga murah. Beli pelbagai perisa dan warna, letakkan di sudut khas di luar rumah bagi tetamu menikmati aiskrim dengan kon wafer yang anda sediakan.


Semangkuk besar sayur-sayuran, buah-buahan dan pilihan kuah salad.
Misalnya, anda boleh sediakan kubis, salad, tomato, timun, anggur, lobak dan kismis. Salad sayuran dan buah-buahan memberi pilihan kepada tetamu yang sedang berdiet atau mengamalkan pemakanan sihat. Racik daging ayam, udang dan potongan sotong bagi menambah perisa salad.

Dengan adanya menu tambahan berkenaan, menu yang lain tidak perlu terlalu banyak dan boleh dikurangkan misalnya hanya sediakan lemang, ketupat dan rendang yang digabungkan dengan pilihan menu di atas.

Biar hidangan ringkas tetapi sedap dan dirasai semua orang. Jika terlampau banyak pilihan, tetamu akan rambang mata dan makan banyak tanpa benar-benar menikmati keenakan makanan. Paling penting dan mahu dielakkan, jangan sampai anda dan tetamu bertambah berat badan selepas Syawal. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articl ... thash.Hy4GDMcw.dpuf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    23-11-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.076064 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list