Seorang guru Bahasa Inggeris mengakui mengadakan hubungan seks hampir setiap hari dengan anak muridnya sehingga mengalami kehamilan pada dirinya.
Bernama Alexandria M. Vera, guru berkenaan ditahan Rabu lalu atas tuduhan jenayah penderaan seksual berterusan ke atas anak murud yang berusia 13 tahun setelah pihak berkuasa mengambil masa dua bulan menyiasat kes terbabit.
Difahamkan, jalinan hubungannya yang berkembang menjadi cinta dengan muridnya itu ketika umur 13 tahun dibongkarkan melalui catatannya melalui mesej instagram
Menurut laporan Associated Press, Vera kini dipenjarakan sementara di Montgomery County dengan ikat jamin USD$100,000 (RM410,000).
Gambaran terperinci dari segi hubungan cinta mereka yang dikatakan bukan sahaja direstui tetapi dirai ibu bapa murid terbabit telah difailkan dalam bentuk dokumen mahkamah di Mahkamah Daerah Harris.
sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/
April lalu, maklumat tentang Vera baru sahaja diterima oleh pengetua sekolah itu, Elsa Wright, dan sebelum siasatan dimulakan aduan telah pun dibuat kepada jabatan polis sekolah berkenaan.
Selain murid berkenaan, Vera turut tidak menafikan hubungan tersebut, malah mengakui perkara berkenaan di hadapan pengetuanya dan seorang anggota polis.
Setelah hamil, dia kemudian berjumpa dengan ibu bapa murid terbabit, dan mereka dilaporkan menerima berita (hamil) dan hubungan itu dengan hati terbuka.
Menurut pejabat peguan bela, ibu bapa murid berkenaan boleh didakwa atas kesalahan gagal melaporkan penderaan kanak-kanak jika sah mereka mengetahui mengenai hubungan tersebut.
Ibu murid terbabit kini sedang disiasat oleh Badan Perlindungan Kanak-kanak.- CARI Infonet
memang dari dulu tak percaya gambor.. ;) hampir 100% jumpa kat luar memang lain.. first sekali.. tgk.. tapak kaki n bulu kaki.. cacat disane.. cacat la satu badan.. ;)
pakai lawo2 belum tentu bulu ketiak 1mm yg segan2 tu dia nak potong.. ni spesis2 pemalas.. belip me or not?