View: 4958|Reply: 22
|
Kenapa Air Kolam Renang Olimpik Rio 2016 Tukar Warna Dari Biru Jadi Hijau?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat perak buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk pagi kelmarin. Sememangnya berita itu amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia.
Sementara itu, pingat emas menjadi milik peserta China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia dan gangsa dimenangi gandingan dari Kanada Meaghan Benfeito-Roseline Filion.
Tunggu dulu, selain keputusan yang membanggakan negara, berlakunya satu perihal yang menggemparkan di Pusat Akuatik Maria Lenk ketika itu.
sumber foto: Laman Twitter Tom Daley
Apa sebenarnya yang terjadi? Kan semua itu merupakan kolam renang? Tapi kenapa air kolam sebelah berwarna biru, dan sebelah satu lagi pula berwarna hijau?
Kejadian pelik itu turut menarik perhatian perenang hebat dari Britain, Tom Daley, beliau memberi komen yang sinis di akaun twitternya selepas berlangsungnya acara terjun 10 meter platform seirama wanita.
sumber foto: google images
Sebelum ini, air kolam masih berwarna biru, tetapi semalam tiba-tiba bertukar menjadi warna hijau.
Kejadian itu membimbangkan ramai peserta, rata-rata rasa risau ada kemungkinan air kolam itu membahayakan. Lagipun masalah pencemaran air di Rio pernah terjadi sebelum bermulanya Olimpik, sekali gus menarik perhatian antarabangsa.
sumber foto: Getty Images
Selepas pertandingan, menurut jurucakap Persekutuan Renang Antarabangsa, Pedro Adrega, mungkin terdapat peserta yang memohon untuk mengubah warna air kolam di Pusat Akuatik ini, bagi mengurangkan pantulan cahaya matahari. Namun, kenyataan sedemikian dianggap tidak munasabah.
Sehubungan itu, jurucakap penganjur turut tampil memberi penjelasan, dengan mengatakan berkemungkinan akibat cuaca panas dan tiada angin, menyebabkan rumpai laut membiak di dalam kolam, namun ianya tidak membahayakan kesihatan para atlet.
Kenyataan tersebut disifatkan lebih munasabah, Tetapi jurucakap penganjur turut bergurau dan berkata, jika air kolam itu berubah dari hijau menjadi kuning, ianya akan menjadi warna rasmi bendera Brazil.
Walau bagaimana pun, jawatankuasa Olimpik Rio 2016 mengeluarkan kenyataan bersama bahawa kualiti air di kolam itu telah pun diuji dan disahkan ianya selamat digunakan.
Manakala, persoalan kenapa kolam air berubah dari biru menjadi hijau, perkara tersebut masih dalam siasatan.
Boleh dikatakan olimpik Rio 2016 kali ini banyak betul masalah yang berlaku.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Takott akuu
Tp kazen aku penah cite. Kt overc ada teknologi cecair kolam kalau ada sape kencing dia tukar watna hijau |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa keja hotel, setiap kol 7 kena simbah clorin. baca pH air tu paling penting sekali baru tentukan berapa jumlah clorin yg perlu dipakai
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau air biru ok jer...kalau hijau geli rasa nak mandi... |
|
|
|
|
|
|
|
Ai pun perasan masa tengok ulangan team malaysia acara renang. Tapi cantik plak hijau gitu. So long tak bahayakan kesihatan atlet, aman aja kot.
Selain daripada ni, apa lagi masalah jadi kat rio tu bak kata penulis ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Warna tu nampak kan air nya macam tak bersih, Sepatutnya pihak pengajur berusaha membersihkan sebaik mungkin sebelum bermulanya pertandingan seterusnya. Baru le tak ada yang bersangka2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah negera semekin masih sibuk nk buat olimpik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha. Mcm air klorin utk aquarium. |
|
|
|
|
|
|
|
ejans replied at 11-8-2016 11:59 AM
Takott akuu
Tp kazen aku penah cite. Kt overc ada teknologi cecair kolam kalau ada sape kencing dia ...
Grown Ups . |
|
|
|
|
|
|
|
Eii.. sori la.. pengalaman kolam kat kondo jadi hijau.. jadi gatal2 badan sebab bebal sgt main terjun gitu.. kui3 |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik Tak warna kuning.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik kaler...macam lengkong time kenduri dah |
|
|
|
|
|
|
|
Scary nya |
|
|
|
|
|
|
|
bila underwater camera x nampak jelas la penerjun2 itew tarik spendar memasing... kecewa.. kalo biru clear jah! lg 1 nampak mcm ada buaya bila2 masa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan tak masuk akal...kalau sebab panas x berangin kenapa pool sebelah masih biru.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|