"Saya tidak faham kenapa ada pihak yang akan terus ajukan soalan
tentang kisah putus tunang?"
Penyanyi Sufian Suhaimi seakan bengang kerana ada pihak masih mempersoalkan kisahnya putus tunang dengan pelakon Elfira Loy sedangkan semuanya sudah selesai dan dia kini tenang menjalani kehidupan solonya, lapor Astro GEMPAK.
"Saya sendiri sudah move on dan mempunyai banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian.
"Jujurnya, perkara itu sudah selesai dengan pihak perempuan, namun apabila ada segelintir pihak yang masih bercakap mengenainya ia nampak seolah-olah saya masih berada di situ sedangkan semuanya sudah selesai.
"Apa yang saya boleh katakan ialah saya kini sibuk dengan kerjaya selain banyak meluangkan masa bersama keluarga," katanya kepada Astro Gempak.
Kredit foto: iG Sufian Suhaimi
Haa, kan Baby Pian dah marah bila asyik diajukan soalan sama. Semoga Sufian terus sukses dalam industri dan bertemu pengganti yang lebih baik. - CARI |