"Ala... Astro ni nak buat program nyanyian ke kumpul 'follower' lagi ramai?"
Begitulah desas desus yang kedengaran sebaik sahaja program terbaru Astro, Big Stage episod satu ditayangkan. Dengan tanda pagar #DominasiBBNU, nampaknya syarikat televisyen terbesar negara ini mengikut arus semasa. Seramai 10 peserta yang terdiri daripada penyanyi baru menyertai pertandingan yang diadili oleh dua juri tetap tersohor iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.
Tetapi, bila ada yang menyatakan ianya adalah pertandingan yang dikawal oleh Astro, ramai juga netizen membuat telahan sendiri.
Kredit foto: Twitter
Tetapi, memang betul ke populariti itu lebih penting daripada bakat?
Kredit foto: Google
Tetapi, pasti ada yang tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut.
Selain gossip program yang diatur, nampaknya netizen juga marahkan Astro kerana menggunakan sistem pengundian menerusi aplikasi Tik Tok. Ya! Aplikasi yang didakwa melalaikan remaja kita. Aduhai, kenapa ni Astro?
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Google
"Astro ke Tiktok ke, tak payah tengok. Baik tengok RTM"
Mengenai isu pertandingan yang sudah diatur, agak sukar untuk membuktikannya kerana hanya mereka yang berada di belakang tabir sahaja tahu proses pengadilan setiap pertandingan tersebut.
Namun, bagi isu penggunaan tiktok sebagai cara pengundian, ya kita sebagai rakyat Malaysia boleh menyalurkan aduan serta menggesa agar ia ditukar kepada yang lebih fleksibel. Maklumlah, kita pastinya tidak mahu lebih ramai yang terjebak dengan tarian yang entah apa-apa ini. - CARI
|