Kecoh sekejap kisah jemaah tabligh yang mengadakan perhimpunan antarabangsa di Masjid Sri Petaling baru-baru ini ada yang disahkan positif COVID-19.
Ekoran itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta kesemua jemaah ini untuk membuat ujian saringan bagi memastikan jangkitan Covid-19 tidak terus merebak dalam komuniti.
Dalam pada itu, timbul pula desas desus mengatakan jemaah ini tidak bertanggungjawab kerana tetap mengadakan program ini di kala COVID-19 sedang mengganas.
Namun, jemaah-jemaah ini memberi kerjasama pada pihak KKM sebaik diminta hadir ke tempat yang ditetapkan untuk menjalani ujian saringan kesihatan tersebut.
Malah, sepanjang proses tersebut, para jemaah tabligh dilihat masih meneruskan program seperti ta'alim, bayan, tilawah al-Quran, zikir dan dakwah iman.
Namun, ciapan ini mengundang perdebatan warga maya pula.
Kredit foto: Twitter Tweet Islamik
Mereka bertanggungjawablah. Mereka datang untuk ujian saringan....
Kredit foto: Twitter Tweet Islamik
Tak perlu menuding jari, doa yang baik-baik...
Kredit foto: Twitter Tweet Islamik
Betullah. Tiada isu kecam mengecam sebenarnya. Kehadiran jemaah ini adalah suatu perkara yang baik kerana jika tidak boleh jadi gelombang paling besar kalau tak dibendung.
Mencegah lebih baik dari mengubati. - CARI
|