"Kita berkawan rapat sebab kedua-dua ibu kami dalam industri sama dan tiada apa yang serius pun. Kami pula masih lagi muda."
Wanna Ali, 23, menafikan menjalin hubungan serius dengan anak teruna produser dan pelakon terkenal Sheila Rusly, Uzair Haqimi yang baru dikenalinya setahun.
"Kita berkawan rapat sebab kedua-dua ibu kami dalam industri sama dan tiada apa yang serius pun. Kami pula masih lagi muda.
"Saya pernah menjalani penggambaran untuk drama bersiri JS Pictures dan kawan-kawan abang saya pun adalah kawan-kawan Uzair. Jadi, keraplah lepak bersama-sama," katanya kepada Gempak.
Kredit foto: IG Wanna Ali/Uzair
Katanya, masih terlalu muda untuk mereka berfikir soal cinta, sebaliknya mereka mahu fokus kepada karier masing-masing.
Kredit foto: Gempak
Dah menjadi kelaziman golongan artis menafikan percintaan mereka. Jadi, kita tengok sajalah sejauh mana mereka kekal berkawan rapat. - CARI |