View: 9267|Reply: 27
|
Punca Double Standard Artis Berbahasa Inggeris: FT vs Najwa
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by pinguin at 11-3-2010 10:47
Aku buat poll ini setelah membaca ulasan wartawan yang sama tentang persembahan Faizal Tahir, Yuna, & Najwa
Sebab? Korang boleh nilai berdasarkan apa yang ditulis terutama tentang artis berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kedua-duanya adalah anak Melayu. Bukan campuran.
sila2lah undi ... kalau rajin!!!!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ulasan Pertama:
Celoteh Faizal Meleret-leret- UTUSAN 18/2/2010
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
SEGALA-GALANYA nampak sempurna pada malam Konsert Satu Suara di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur tempoh hari. Paduan vokal yang mantap antara dua bintang muda iaitu Aizat danFaizal Tahir serta kehadiran penyanyi terbaik yang pernah dilahirkanoleh industri hiburan, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cukup untukmenjelaskannya.
Aizat dan Faizal memperlihatkan sisi baru dalam diri penghibur muda berjiwa besar seperti mereka. Persembahan Satu Suara terbitan Siti Nurhaliza Productions (SNP) turut disokong oleh iringan muzik yang hebat. Ia juga berlangsung di pentas prestij bertaraf dunia. Sayang sekali ada kecacatan yang benar-benar merimaskan audiens padamalam konsert itu berlangsung. Ia berpunca daripada Faizal Tahir!
Menonton persembahan Faizal tempoh hari juga membawa penontonseakan-akan berada di Staples Center atau Kodak Theatre di Hollywoodpula. Semua orang sedia maklum, Faizal memiliki kemahiran menguasai bahasa Inggeris dengan baik tanpa celanya. Faizal begitu 'cair' berbual dalam bahasa penjajah sepanjang konsertitu sehingga terlupa yang dia berada di Panggung Sari di bumi Malaysia.
Kita semua faham bahasa Inggeris adalah bahasa utama dunia tetapibukankah sebagai rakyat Malaysia kita juga wajar bertanggungjawabmemperkasakan bahasa Malaysia? Faizal adalah ikon seni generasi baru. Dia wajar memikul tanggungjawab yang serupa. Dan setahu semua Faizal juga bukanlah penyanyi yang memiliki albumInggeris! Dia adalah penyanyi lagu-lagu Melayu. Bukankah begitu Faizal? |
|
|
|
|
|
|
|
Ulasan Kedua:
Najwa dan Yuna sama hebat
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
APABILA nama kedua bintang muda diumumkan bakal menjayakan persembahan di The Actors Studio yang terletak di atas bumbung pusat membeli-belah, Lot 10, malam Sabtu lalu, ramai yang skeptikal.
Masakan tidak, siri kedua persembahan Malam Nada Biru (MNB) menampilkan Najwa dan Yuna.
Hakikatnya, kedua-duanya masih baru dan mereka pula hanya memiliki sebuah lagu popular sahaja sebagai pengenalan diri di pesada seni tanah air.
Yuna, si gadis manis bertudung memang cukup masyhur dengan lagu Dan Sebenarnya manakala rakan seperjuangannya, Najwa pula cukup diingati kerana kolaborasinya bersama Malique menerusi lagu Kau Yang Punya.
Ada juga yang tertanya-tanya apa rasional Atilia selaku penganjur dan penerbit MNB memilih kedua-dua bakat baru ini sedangkan ramai lagi nama-nama popular yang boleh diketengahkan.
Apatah lagi, nama Yuna dan Najwa juga masih belum cukup kuat untuk menarik audien membanjiri lokasi yang cukup eksklusif itu.
Apa yang pasti, Najwa juga memiliki kebolehan berkomunikasi yang baik dan celotehnya ringkas tetapi ada isi tanpa perlu meleret-leret sehingga meresahkan serta membosankan audiens.
Biarpun sepanjang masa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tetapi tindakan itu adalah sesuai kerana situasi dan acaranya yang bertepatan untuk Najwa berbuat demikian.
Berbeza dengan penyanyi baru yang sedia ada, Najwa memiliki karisma tersendiri untuk terus meletakkannya sebagai penyanyi yang mampu bertahan lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak berniat apa2 .... sajer nak tgk kenapa 2 orang Melayu didkriminasikan apabila bercakap dalam bahasa Inggeris!
kalau berniat menegur supaya memperkasakan bahasa Melayu, kenapa ada yg dibolehkan, kenapa ada yg dikatakan mengagungkan bahasa penjajah?
fikirkan .... artis perlukan wartawan, wartawan perlukan artis. saling memerlukan
Tetapi peminat punya hak untuk menilai ikut persepsi masing2!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
pesan orang..masuk kadang rimau..ngaum..masuk kambing...embek,,,masuk boowire..jaga...takde muyi..kena ngap...
cuaca baik...nampak corner..drop gear...hati2 corner |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by washere2 at 5-3-2010 16:44
NAJWA ANAK TPM, KENA KIPASSS LA, FT MUSUH DIA MASA KAT U
To FT, seseorang tu tak akan jatuh dengan umpat keji, hasad dengki orang, dan tak ada juga orang yang naik dengan ampu dan bodek segelintir manusia
rezeki di tangan Allah |
|
|
|
|
|
|
|
wartawan ni kaitkan "lokasi" konsert dgn kesesuaian berbahasa inggeris...alahai.....bukannye FT ckp omputih memanjang mase kat IB tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
najwa lagunya dlm english, celotehnya ringkas (so penulis x yah duduk lama2 dgr), n sbb show najwa buat kt actors studio (ade kena mengena ke??:re![](static/image/smiley/default/smile.gif)
FT lagunya dlm BM, byk ckp plak (walau peminat FT x kisah), pastu buat kt istana budaya (kena martbat budaya melayu/ bahasa melayu katenya).. kekeke![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nk tmpang luah xpuas ati gak!!!huhu
wrtawan yg sma!
memang kes bias ni.:@
hipotesis aku, cinta dtolak oleh pejal. xpun pejal xkasi Tshirt free.. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
argh, mlas lyn rporter cenggini. buang boreh!
venue is not da issue, kt bumi mesia gak tu.
kalo itu jdik isu, pasni kta wat zon larangan berbhasa Inggris.![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku vote 3,4 dan 5...
sbb najwa anak sumbody mana bleh kondem kan...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku vote 3,4 dan 5...
sbb najwa anak sumbody mana bleh kondem kan...![](static/image/smiley/default/lol.gif)
ama17 Post at 5-3-2010 21:45 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
naper?
press tu teluq kelur ker kalau kondem?
ker takut kena saman?
yalah ... somebody atas dunia jer!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|