View: 13936|Reply: 57
|
Dari Awal Dah ‘Target’, ‘Ejen Insurans’ Bun*h Pencarum Sebatang Kara Untuk Tuntut Insurans Nyawa Berjumlah RM500K
[Copy link]
|
|
Polis Johor berjaya mengenal pasti sindiket ‘ejen insurans’ yang tergamak membunuh pencarum demi tuntutan insurans nyawa.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, sindiket itu dikenal pasti selepas berlaku satu kejadian bunuh melibatkan lelaki berusia 38 tahun i Jalan Senai-Seelong di sini, pada 4.40 pagi, 6 Mei lepas.
"Mangsa yang dilanggar sebuah lori pada hari kejadian sebenarnya terlebih dahulu dihimpit dan dilanggar oleh sekumpulan suspek menggunakan dua kereta dan sebuah motosikal sebelum kemudian dipukul kerana tidak meninggal dunia."
"Kemudian, dalam keadaan tidak bermaya, kebetulan lalu sebuah lori di lokasi kejadian terlanggar mangsa sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."
Tambahnya, pihak polis percaya tindakan dilakukan suspek itu adalah untuk memastikan mangsa meninggal dunia agar mereka boleh membuat tuntutan caruman insurans nyawa diserahkan kepada ‘pewaris’ yang tidak dikenali mangsa.
Sindiket ini akan mengenal pasti pencarum yang hidup sebatang kara dan membuat caruman tanpa pengetahuan mangsa. Mereka akan membuat permohonan polisi insurans nyawa dengan memalsukan tanda tangan dan sanggup menunggu sehingga polisi diluluskan.
Selepas polisi lulus, kumpulan ini akan merancang untuk membunuh pencarum tersebut dan membuat seolah-olah ia seperti kemalangan maut.
Setelah pencarum meninggal dunia, mereka akan membuat tuntutan insurans nyawa berjumlah RM500,000.
M Kumar berkata, lapan suspek telah ditahan dengan empat daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau dan polis kini masih giat mengesan beberapa suspek yang masih bebas.
"olis turut merampas satu dokumen polisi insurans atas nama mangsa dan tiga kenderaan yang digunakan dalam kejadian berkenaan."
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan empat daripada mereka sudah dituduh di mahkamah pada 19 Jun lepas dan empat lagi diberikan bon jaminan.
SUMBER : Sinar Harian / Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnyaaa...ingatkan happened kat oberseas |
|
|
|
|
|
|
|
sejahatnya la manusia ginie |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mcm cerita korea guna lori
Tlg la reveal agent mana syaitan2 ni semua toksah nk sorok aib |
|
|
|
|
|
|
|
Baru jumpa sorang agent last week
Kalau borak dengan yang senior sikit, memang machiam2 cerita keluar
Orang makin gila duit
Yang hidup boleh mati yang mati boleh jadi zombie |
|
|
|
|
|
|
|
Apa salah perkataan 'bunuh' hingga kena ditulis sebagai 'bun*h' ? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya hidup sebatang kara pastu dibunuh pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mn polis blh detect kes mcm ni ek.. Sbb asalnya si mati accident sllu polis tutup kes je |
|
|
|
|
|
|
|
shida81 replied at 26-6-2024 07:11 AM
Mcm mn polis blh detect kes mcm ni ek.. Sbb asalnya si mati accident sllu polis tutup kes je
Mesti insurance company wat report suspicious |
|
|
|
|
|
|
|
Bape lama polisi insurannya nak kena matang dlu baru boleh claim ek...sanggup tunggu nak bunuh org tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru baca hari Isnin ke Selasa gitu, pasal ni. Tak sangka ya Malaysia dah Mexico sangat kes camni pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 25-6-2024 10:15 PM
Apa salah perkataan 'bunuh' hingga kena ditulis sebagai 'bun*h' ?
Kat Youtube sekarang tokleh guna kill, rape untuk describe video. Youtube monetize. Ni suma woke punya pasal. Rasanya socmed lain pun sama so yang bukak tered ni pun acah2 la konon... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 26-6-2024 07:41 AM
Kat Youtube sekarang tokleh guna kill, rape untuk describe video. Youtube monetize. Ni suma woke p ...
Forum cari nak woke jugak ye? Kesian wartawan cari jika dipotong gaji mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
jahat gilaaa...
sangat tak sangka benda ni dah start jadi kat sini...
dah laa sebatang kara...sedih sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
selalu tengok dalam movie / drama je jenayah macam ni tak sangka ada jadi kat negara sendiri. jahat giler.. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 25-6-2024 11:45 PM
Forum cari nak woke jugak ye? Kesian wartawan cari jika dipotong gaji mereka.
Dah ke arah woke iluminati hagaknya. Yang aiol pelik word e s c o r t porom ni banned, word fuck lepas pulak. Muduh. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm x sangka jd kat msia... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat cerita i care a lot tu
yang dia amik org tua kaya letak kat umah org tua dan kaut semua harta
yang lawak anak pompuan tu mafia tapi dgn sorang betina pun tak leh handle hehe
ot jap jgn marahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
selalu tgk cite korea je..sekali jadi kat sini...johor plak tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|