CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 80246|Reply: 532

Izreen makan hati (Fasha caras)

  [Copy link]
Post time 9-10-2011 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by KUDABELANG at 9-10-2011 15:28

ADA yang kata Izreen terasa dengan Johan sebab dia nampak mesra dengan Fasha dalam drama Cinta Elysa. Betulkah?


Memang saya terasa dan terkilan dengan dia. Sebab dia bersikap dingin dan tidak endahkan saya sejak mula berlakon dalam drama itu. Tiba-tiba keluar pula gambar-gambar dan kata-kata macam orang bercinta di Internet. Mestilah saya terasa.

Jadi betullah khabar angin mengenai awak dan Johan bercinta?


Memang kami ni tak sampai ke tahap bercinta, sampai nak kahwin. Tapi hubungan kami sangat rapat. Rapat sejak kami digandingkan dalam drama Juvana tempoh hari. Tapi hubungan itu semakin renggang bila Johan berlakon dalam Cinta Elysa.

Kalau kawan kenapa nak terasa sangat? Atau memang suka dengan Johan?


Saya mengaku yang saya suka pada Johan. Dulu masa mula-mula bertemu, sumpah! Saya memang langsung tak suka dia. Tapi dia pandai berbual dan ambil hati sampai saya mula selesa dan suka pada dia. Saya percaya sesiapa pun akan tertarik dengan dia. Mungkin karakter dia memang begitu.

Jadi apa masalahnya?


Kalau tak bercinta sekali pun, sebagai seorang sahabat yang rapat dengan dia, kenapa secara tiba-tiba dia berubah dan tak endahkan saya selepas terlibat dalam drama itu? Dulu hampir setiap hari dia akan menghubungi dan hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada saya. Dulu cakap dengan saya lain, sekarang lain pula.

Apa yang pernah dia cakap pada Izreen?


Saya tak mahu dedahkan. Biarlah itu antara saya dan dia sahaja yang tahu kebenarannya.
Apa reaksi Izreen bila tengok gambar dan kata-kata ala cinta antara Johan dan Fasha di Tweeter?
Pada mulanya saya tak tahu pun. Kawan-kawan yang beritahu dan tunjuk. Bayangkan perasaan saya bila tengok tu semua. Memanglah kalau boleh saya tak mahu fikir sangat. Tapi kawan-kawan sekeliling bertanya macam-macam hal dan semuanya ditala pada saya. Mestilah saya tertekan. Nak jawab apa pun tak tahu. Iyalah sebab orang tahu kami sangat rapat.

Apakah Izreen anggap Johan mengkhianati hubungan kalian?


Kalau cakap pasal perasan, sebenarnya bercampur-baur. Rasa kecewa, rasa dipermainkan, rasa bodoh semua ada! Tak adalah, saya ni pun berlakon juga, tapi ada ke saya nak bergambar macam tu dan bagi ucapan-ucapan manja dalam Tweeter dengan pelakon lelaki lain?

Mungkin Johan tak biasa lagi dengan realiti drama dalam industri hiburan, mudah dipermain-mainkan. Apa komen Izreen?


Dia orang baru. Mungkin dia teruja dapat berlakon dengan seorang pelakon cantik. Saya masih ingat lagi, dulu masa mula-mula dia berlakon, nak bergambar dengan perempuan pun dia segan-segan. Ada sekali siap berdoa sebab terlalu gementar. Tapi betullah orang cakap. Manusia boleh berubah. Dia mungkin akan kata yang ia sekadar lakonan.

Apa nasihat pada Johan?


Saya harap dia tak berubah hanya kerana sudah semakin popular sekarang. Orang kata macam kejutan budayalah. Saya juga harap dia lebih berhati-hati dan pandai membawa diri. Lagi satu, saya sebenarnya tak berdendam dengan dia. Memang saya terkilan tapi itu bukan alasan untuk saya tidak bersikap profesional seandainya kami digandingkan lagi dalam projek drama seterusnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 03:22 PM | Show all posts
kisah cinta kau pun nak jaja kt tenet ke izreen...aduhaii
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 03:32 PM | Show all posts
menyibuklah kau izreen
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 03:36 PM | Show all posts
perlu ke cik Izreen oi nk mluahkan perasaan t'pendam. bukan couple pun kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2011 03:36 PM | Show all posts
fasha tau tak izreen n johan couple? jgn jd mcm irma n farid kamil dh ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2011 03:37 PM | Show all posts
baca dlm satu mjlh raya baru ni...diorang ngaku couple..b4 juvana lagi...tapi taulah now
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2011 03:38 PM | Show all posts
Saps izreen ni, ader pic ker...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 03:39 PM | Show all posts
pulak dah..tu la ko jgn tatau izreen fasah ni power.. dah berapa ramai jantan sujud di kakinya .. jadi ko izreen tak payah nak sentap sangat lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 03:39 PM | Show all posts
terdesak sangat ke.. melara diam-diam sudeh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 03:39 PM | Show all posts
ADA yang kata Izreen terasa dengan Johan sebab dia nampak mesra dengan Fasha dalam drama Cinta Elysa ...
KUDABELANG Post at 9-10-2011 15:16
muahhhahhahahah, cikgu kat sekolah budak2 jahat bercinta dengan pelajar tu?? Hayahhhh Izrenn, tok sah lah nak cemburu, Johan tu bukan species makanan SENDAT
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 03:40 PM | Show all posts
INI benang ke berapa fasal cintah si botak Johan?????..........
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 03:44 PM | Show all posts
terdesak sangat ke.. melara diam-diam sudeh
kiwibenz Post at 9-10-2011 15:39


wakakaka i like perkataan di atas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2011 03:57 PM | Show all posts
hai macit NAT!!! dengki ek
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 03:59 PM | Show all posts
fasha tau tak izreen n johan couple? jgn jd mcm irma n farid kamil dh ler
KUDABELANG Post at 9-10-2011 15:36



   irma-farid kes ape ek?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 04:00 PM | Show all posts
Reply 7# mysweetisha

utk tatapanmu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 04:05 PM | Show all posts
biasala tengah naik...kisah pe lagi dijaja kalau bukan cinta...wartawan ni takde kisah lain yang dijaja...:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 04:08 PM | Show all posts
Saps izreen ni, ader pic ker...
mysweetisha Post at 9-10-2011 15:38



    setuju tak kenal...sapa2 tah makcik nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 04:14 PM | Show all posts
sajer jerk nk carik publisiti si izreen nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 04:14 PM | Show all posts
x minat sgt la izreen ni.....mcm kasar sket gayanya. pnah gak blakon dgn fasha zaman dia br nak jd pelakon...... adamaya kot....yg ada faezah elai dgn ayu raudhah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 04:15 PM | Show all posts
Reply  mysweetisha

utk tatapanmu
mimi77 Post at 9-10-2011 16:00
gambar lepas photoshop edit kaw-kaw
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.174221 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list