CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BikerLady

Bermazhab Haram dan Sesat

[Copy link]
Post time 22-6-2005 11:33 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 2005-6-21 03:28 PM:
salam buat semua
numpang sekaki, bukan nak jawab tapi nak bincang aja....
selepas zaman sahabat, para alim ulamak masih takut utk menafsirkan AlQuran
sebab kalau bersamaan dgn AlQuran pun bagi m ...


Sahabat dijamin masuk syurga? Hadis yang dikatakan 10 dijamin tu banyak dipertikaikan sebelum ni kerana kesahihannya... hadis tu dikatakan hanya keluar lama selepas Rasulullah s.a.w. wafat di zaman Mu'awiyah menjadi Khalifah. Kenapa tidak disebut sebelum dari itu? Itu lah yang kita ramai kat sini pun turut musykil dulu nya... matan dan perawi nya juga tak sahih dan terputus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2005 12:22 PM | Show all posts
salam buat semua
memang saya tak pertikaikan apa yg saudara katakan, dan saya pun tak kata
yg 10 itu, tapi cuba selidiki balik, banyak lagi riwayat/hadis yg memperkatakan
jalan penghidupan/amalan sahabat-sahabat Nabi yg telah dijanjikan
syurga utk mereka, hinggakan ada yg namanya tak pernah disebut orang
selepas peninggalan Nabi.
Ahhaaaaa, yg ini sayaambil tahu banyak
pasal saya kaji dulu perjalanan hidup mereka  ini sehingga ajal mereka sampai dan ternyata mereka masih bersandarkan
AlQuran dan Ajaran Nabi(pasal ramai yg dok ungkit SUNNAH atau AHLULBAIT)
tak bergoyangpun ATAS KEINDAHAN DUNIA
Reply

Use magic Report

SALIK This user has been deleted
Post time 19-7-2005 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 21-6-2005 12:17 PM:


. Imam mazhab itu sendiri sebenarnya tidak pernah menyuruh ...Imam Shafei misalnya pernah mengatakan bahawa jika ada hadis yang lebih sahih maka itulah mazhab ku.



Haaa  ini sebuah kesimpulan yang aneh
Tuan, setahu saya mazhab diberlakukan dlm qaidah ilmu fiqih bukan dlm ilmu hadits sungguh aneh mazhab dlm llmu hadits baru kali ini saya dengar berita tersebut, apakah ada mazhab bukhari??? mazhab muslim?????

atau tuan mungkin tidak mengerti arti ucapan imam syafi'i tersebut ?????
Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 19-7-2005 11:00 PM | Show all posts
Semua golongan menganggap mereka Ahli Sunnah Wal Jamaah. Golongan Shi'a juga merujuk kepada mereka sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah. Golongan Kristian mengeelar diri mereka "pengikut Jesus" walaupun yang mereka ikuti ialah doktrin mushrik yang dumulai oleh Paul.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2005 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by SALIK at 19-7-2005 06:34 PM:



Haaa  ini sebuah kesimpulan yang aneh
Tuan, setahu saya mazhab diberlakukan dlm qaidah ilmu fiqih bukan dlm ilmu hadits sungguh aneh mazhab dlm llmu hadits baru kali ini saya dengar berita  ...


Ini bukan kesimpulan malah ruang perbincangan masih terbuka lagi.
Bukankah Imam Shafei sendiri mengakui bahawa ia bukannya seorang ulama hadis justeru ia bukanlah penghafal hadis yang jumlahnya ribuan. Dari itu jika ada pertelagahan antara hadis yang dikemukakan beliau dalam menyentuh soal fiqh dengan hadis dari Imam mazhab yang lain....ya, bukankah itu jawapannya.

Sekarang silakan pula huraikan pandangan anda.
Reply

Use magic Report

SALIK This user has been deleted
Post time 20-7-2005 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 19-7-2005 11:42 PM:


Ini bukan kesimpulan malah ruang perbincangan masih terbuka lagi.
Bukankah Imam Shafei sendiri mengakui bahawa ia bukannya seorang ulama hadis justeru ia bukanlah penghafal hadis ...



Haa kalau tuan mau baca al-umm maka anda akan menemukan banyak hadits disana,kalau anda tidak suka membacanya maka wajar saja tuan bisa salah mengartikan maksud perkataan imam syafi;i tsb, orang bilang kalau tak kenal maka tak sayang,,,,,cubalah untuk membacanya sesekali


Ooo mengenai perkataan sekalian fatwa yang digali dari hadits yang shahih adalah mazhab syafi'i ,bukan berarti fatwa dari mazhab lain yang shahih juga berarti mazhab syafi'i, maka akan kacau jadinya


Tuan juga harus tahu bahwa imam syafi'i juga pernah meninggalkan hadits yg shahih,krena beliau berpendapat biarpun hadits tsb shahih sudah di nasehkan atau sudah tidak dipakai lagi.....jadi tidak semua hadits yang shahih menjadi dasar dari mazhab syafi'i.


adapun arti yang sebenarnya dari ucapan beliau adalah : pada suatu keyike seorang murid bertanya kepada beliau manakah yang dipakai antara kata qadim dan jadid pabila terdapat perbedaan antara dua kata itu?

Imam syafi;i menjawab "kata jadid karena kata jadid sudah menghapus kata qadim" Ya tetapi alasan kata qadim itu adalah hadits yang shahih kata murid beliau

"OO kalau begitu "pabila shahih hadits itu maka itulah mazhab saya"

maka norma ini banyak dipakai oleh sahabat dan murid beliau dimana jika kedapatan dua fatwa dari imam syafi'i dalam satu masalah maka ditinjaulah haditsnya,mana yang lebih shahih haditnya maka itulah yang menjadi mazhab imam syafi'i

Jadi maksud ucapan beliau adalah sebagai alat koraksi bagi murid muridnya untuk mentarjih salah satu dari dua perkataan imam syafi'i yang berbeda
Reply

Use magic Report

Follow Us
sauber This user has been deleted
Post time 28-7-2005 04:30 PM | Show all posts
Terjumpa soaljawab  mazhab disini
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=28549
berkenan pula nak kongsi info disini;

1. Isu: Bolehkah pakai lebih dari satu madzhab?

Jawabnya: Orang awam atau umat Islam kebanyakan memang tidak perlu bermadzhab! Sebab kalau kita mendakwa ikut salah satu madzhab bermaksud kita kena belajar susurgalur madzhab itu, baru boleh ikut madzhab tsb.

Pendapat yang benar ialah orang awam memang tidak perlu bermadzhab. Dia hanya perlu bertanyakan orang alim yg diyakini ilmunya jika dia ada masalah agama.

Cth: Batal wudhu' jika menyentuh perempuan (isterinya)

Selama ini anda berpegang dgn pendapat yang kata batal dan anda diberitahu itu adalah versi Syafi'iyah. Tapi tiba-tiba anda menemui orang alim yg baru balik Jordan ke, dia kata tak batal dan dia beri hujahnya, maka anda pun tinggal pendapat lama dan ikut yg baru. Ini lah manhaj (cara) orang awam. Dia tak perlu tahu pun madzhab mana sebab madzhab ni banyak (lebih dari empat)

2. Apa yang anda belajar di bangku sekolah tu adalah silabus yang ditulis secara rojak dan anda tidak ada peluang untuk menilai dan apatah lagi mengukurnya dgn AQ dan Sunnah. Jika sudah terbuka peluang dan anda mendapati ilmuan2 dan website2 itu boleh dipercayai, maka sudah tentu anda boleh berpindah. Perpindahan dari ilmu bangku sekolah kepada sesuatu yg berdalil dan berrasio (reasoning) di namakan ittiba' (ikut dengan berdalil), dulu kita ikut tanpa soal, hapal untuk lulus periksa, atau ikut khinzir buta.

3. menetapkan ikut madzhab 100% itu adalah suatu bid'ah. Yang diperintahkan ialah ikut AQ dan Sunnah sahaja. Madzhab hanyalah pemudahcara kepada AQ dan Sunnah. Bagi yg menjadi pelajar fiqih, bermadzhab itu perlu utk memudahkan mereka mencapai AQ dan Sunnah, tapi orang awam yg tidak ada asas agama, mereka tidak perlu bermadzhab, memadai bertanyakan yg arif dalam agama.

(Ruj: Dr Prof alQaradawi, Muqaddimah Fatawa Mu'asirat)
Reply

Use magic Report

SALIK This user has been deleted
Post time 16-8-2005 10:09 AM | Show all posts
Originally posted by sauber at 28-7-2005 04:30 PM


Selama ini anda berpegang dgn pendapat yang kata batal dan anda diberitahu itu adalah versi Syafi'iyah. Tapi tiba-tiba anda menemui orang alim yg baru balik Jordan ke, dia kata tak batal dan dia beri hujahnya, maka anda pun tinggal pendapat lama dan ikut yg baru. Ini lah manhaj (cara) orang awam. Dia tak perlu tahu pun madzhab mana sebab madzhab ni banyak (lebih dari empat)

...




LALU BAGAIMANA KALAU DIKATAKAN PADA ORANG JORDAN ITU BAHWA KAIN KITA TERKENA DARAH SAAT DLM SHOLAT ?Apakah sah sholat kita ???


saat kita mencampur adukkan satu mazhab dengan mazhab lainnya tanpa suatu sabab
maka kita sendiri yang bingung,,,,,pepatah bilang banyak jalan menuju roma silahkan pilih mau ambil yang mana,,,,saat semua jalan kita ambil maka kita tak akan kunjung sampai
dikota Roma tersebut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


belut This user has been deleted
Post time 14-9-2005 10:58 PM | Show all posts
[Quran 6:159] Mereka yang membahagi-bahagikan ke dalam mazhab bukanlah dari kalangan kamu. Persoalan mengenai mereka akan diadili oleh Allah, kemudian Allah akan memberitahu mereka mengenai apa yang telah mereka lakukan.

[Quran 30:32] Janganlah kamu menjadi seperti mereka (mushrik) yang membahagi-bahagikan agama mereka kepada mazhab; setiap kumpulan merasai kehebatan apa yang terdapat pada mereka.

[Quran 42:14] Sungguh aneh, mereka berpecah kepada mazhab-mazhab hanya selepas petunjuk telah sampai kepada mereka; disebabkan oleh perasaan hasad dan benci-membenci sesama mereka. Jika tidak disebabkan oleh tempoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk diberi kepada mereka buat seketika, mereka semestinya akan menerima pengadilan dengan serta merta. Sesungguhnya generasi terkemudian yang mewarisi petunjuk mempunyai banyak ketidak-yakinan mereka.

.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 08:16 AM | Show all posts
[Quran 6:159] Mereka yang membahagi-bahagikan ke dalam mazhab bukanlah dari kalangan kamu. Persoalan mengenai mereka akan diadili oleh Allah, kemudian Allah akan memberitahu mereka mengenai apa yang telah mereka lakukan.

[159] Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).

[Quran 30:32] Janganlah kamu menjadi seperti mereka (mushrik) yang membahagi-bahagikan agama mereka kepada mazhab; setiap kumpulan merasai kehebatan apa yang terdapat pada mereka.

hehehe ayat nih best utk antihadis cam kau nih. masalahnya kau trus pi ayat 32..ia sambungan ayat 31. hehehe..dah la translation kitab google kau kelam kabut:

[31] Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.

[32] Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).

[Quran 42:14] Sungguh aneh, mereka berpecah kepada mazhab-mazhab hanya selepas petunjuk telah sampai kepada mereka; disebabkan oleh perasaan hasad dan benci-membenci sesama mereka. Jika tidak disebabkan oleh tempoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk diberi kepada mereka buat seketika, mereka semestinya akan menerima pengadilan dengan serta merta. Sesungguhnya generasi terkemudian yang mewarisi petunjuk mempunyai banyak ketidak-yakinan mereka.


14] Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.


pesan aku belut, kau jgn translate ayat quran ikut kepala kau. tuh la masalahnya kalo ko takde hadis sebagai guideline. asyik2 rujuk kitab google. kau nih sama mcm missionary yg aku selalu berborak. pandai2 jer kau tambah perkataan 'mazhab ' tuh erk.



Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.

al an aam 21.
Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 15-9-2005 10:43 AM | Show all posts
Engkau yang memasukkan "bracket" dalam tafsiran sebab nak sesuaikan kan dengan hadis. Saya tidak menambah sebarang perkataan, cuma menterjemah bahasa semata-mata. Apa beza "kumpulan" dan "mazhab"? Itu hanya berlainan perkataan Arab dan perkataan Melayu. Kesan ke atas umah adalah serupa. Apakah perkataan Allah itu tidak jelas sehingga ia memerlukan "intervention" dari pakar Sunnah? Perselisihan di kalangan umat nabi Muhammad mengenai agama adalah menyerupai perselisihan yang berlaku kepada umat Nabi Isa. Mazhab atau kumpulan hanyalah beza bahasa dan perkataan.

[ Last edited by belut at 15-9-2005 10:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 08:49 AM | Show all posts
itulah masalah kau belut.

kau translate ayat quran ikut kepala kau. aku dah kata BERAPA KALI. mana boleh. kau kene PAKAR dlm bahasa arab dan traslate SEBIJIK cam dlm quran. ko tgk, sampai makna pon dah berubah.

fyi,. even pakar2 bahasa arab pon sampai sekarang masih mengkaji translation mereka samaaada tepat atau tidak. tuh yg pakar tuh. kita nih camner?

dlm quran ada ayat yg bermaksud  'kami permudahkan alquran.."

tuh alasan kamu antihadis menolak hadis. little do you know, maksud sebenar perkataan tuh ialan Allah turunkan alquran dalam bahasa arab, bahasa MANUSIA. kalo dia buat bahasa yg kita tak paham mcmmana? sebab takder bukti kukuh pasal bahasa manusia yg original, bahasa yg nabi adam bertutur dgn Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 07:38 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum w.b.t. salam hormat...

Originally posted by snipersnake at 16-9-2005 08:49 AM
itulah masalah kau belut.

kau translate ayat quran ikut kepala kau. aku dah kata BERAPA KALI. mana boleh. kau kene PAKAR dlm bahasa arab dan traslate SEBIJIK cam dlm quran. ko tgk, sampai makna pon dah berubah.

fyi,. even pakar2 bahasa arab pon sampai sekarang masih mengkaji translation mereka samaaada tepat atau tidak. tuh yg pakar tuh. kita nih camner?

dlm quran ada ayat yg bermaksud  'kami permudahkan alquran.."

tuh alasan kamu antihadis menolak hadis. little do you know, maksud sebenar perkataan tuh ialan Allah turunkan alquran dalam bahasa arab, bahasa MANUSIA. kalo dia buat bahasa yg kita tak paham mcmmana? sebab takder bukti kukuh pasal bahasa manusia yg original, bahasa yg nabi adam bertutur dgn Allah.


Dalam bangsa Melayu juga, terdapat insan yang TIDAK FAHAM-FAHAM bahasa Melayu. Inikan pula Pak Arab yang masih lagi terus mengkaji bahasa Arab.
Orang Melayu tak faham bahasa Melayu... dah diberitahu banyak kali.. masih tidak faham. Kena guna bahasa inggeris ke?

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 10:05 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 16-9-2005 08:49 AM
itulah masalah kau belut.

kau translate ayat quran ikut kepala kau. aku dah kata BERAPA KALI. mana boleh. kau kene PAKAR dlm bahasa arab dan traslate SEBIJIK cam dlm quran. ko tgk, sampai makna  ...

fyi,. even pakar2 bahasa arab pon sampai sekarang masih mengkaji translation mereka samaaada tepat atau tidak. tuh yg pakar tuh. kita nih camner?


Salam,

7:52. Dan Kami telah mendatangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Kami menjelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.

7:53. Adakah mereka menanti-nanti hanya interpretasinya? Pada hari interpretasinya datang, orang-orang yang sebelumnya yang telah melupakannya, akan berkata, "Sungguh, rasul-rasul Pemelihara kami telah datang dengan yang benar. Adakah bagi kami pengantara-pengantara untuk mengantara bagi kami, atau adakah kami akan dikembalikan untuk membuat selain daripada apa yang kami telah buat?" Sesungguhnya mereka telah merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa yang mereka mengada-adakan telah sesat (hilang) daripada mereka.

Cuba renungkannya..apa msg yang cuba disampaikan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 11:27 AM | Show all posts

salam lolipop

Salam,

7:52. Dan Kami telah mendatangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Kami menjelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.

subhanallah mmg cantik kalamullah. tapi jgn la kerat2 dia. tak sempurna maknanya.sila lihat bawah:



[51] (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

[52] Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayat petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.

[53] Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan? Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.

saya rasa dah cukup jelas dah kat sini. sila refer pada perkataan Rasul2 dlm ayat tu

dan boleh saya tau mana saudari dapat translation saudari tuh? kenapa ayat2 Allah tuh tak ikut bahasa arab dari segi translationnya?????
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 01:23 PM | Show all posts
salam
saudaraku, jangan kata nak translate ke bahasa melayu tu sukar
nak terjemahkannya oleh PAKAR_PAKAR pun masih tak betul
nak HURAIKANNYA pun oleh yg ARIF pun masih salah
HANYA YG MENGETAHUI YANG SEBENAR-BENARNYA ADALAH PENCIPTANYA
dan diber akal fikiran kpd manusia utk berfikir, sebaiknya
TIDAK DIBEBANKAN MELAINKAN SEMAMPU SESEORANG ITU

jika seseorang itu menafsirkannya dan bersalahan dgn tafsiran kamu
sedangkan kedua- duanya adalah utk kebaikan, maka terimalah
utk amalan kamu sahaja dan sesiapa yg bersamamu, tafsiran mu
utk dia tafsiran dia bersama kaumnya
yang salah kalian berbalah kerana hendak menegakkan HAK masing-masing
sedangkan HAK YANG ESA kalian tidak menjaga dengan sebaiknya

kita bukan org ARAB yg diturunkan dlm bahasa itu
yang paling baik adalah mempelajari bahasa AL QURAN
dan kalau tak mampu maka pelajarilah terjemahannya dlm b melayu
dan kalau saudara perhatikan dlm berjenis-jenis terjemahan
ada yg berlainan maksudnya
jadi jangan salahkan penterjemahnya kerana mungkin dia dah buat yg terbaik
yg salah adalah diri kita
cakap sahaja banyak tapi masih tak nak mendalami ilmunya tu

dan syukur ramai yg membentangkan KALAMNYA dan PESAN NABI disini
sekurang-kurangnya ada juga pahala dari bala yg menimbun
MOHON AMPUNLAH KITA PADANYA
YANG MAHA PENGAMPUN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2005 03:05 PM | Show all posts
dan boleh saya tau mana saudari dapat translation saudari tuh? kenapa ayat2 Allah tuh tak ikut bahasa arab dari segi translationnya?????


Boleh sdr beritahu yang mana satu yang saudara maksudkan. Saya cuba untuk menerangkan.


saya rasa dah cukup jelas dah kat sini. sila refer pada perkataan Rasul2 dlm ayat tu


Ya..kenapa dengan perkataan tersebut?

salam

[ Last edited by lolipop9 at 17-9-2005 03:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 03:27 PM | Show all posts
Untuk menunjukkan satu contoh kepada seseorang yang mengaku mahir bahasa arab tetapi hanya pandai copy-paste dari terjemahan orang lain tanpa mengesahkannya terlebih dahulu, Sedangkan text asal dipaste oleh dirinya sendiri!. Cukuplah saya bawakan ayat pertama yang dipastekannya. Perkataan dalam kurungan diabaikan.

[51] (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.


perkataan yang saya gariskan itu tiada dalam text asal. Sila sahkan sendiri. Tidak pula diletakkan dalam kurungan. Bagaimanakah saudara translate ayat ini? Apakah sumber saudara? Mengapa saudara menambah kepada ayat-ayat Allah dan kamu mengatakan ianya adalah tafsir yang sepatutnya diterima(kerana diterjemah oleh orang berilmu). Tidak sedarkah saudara yang Allah tidak pernah kehabisan kata-kata. Mengapa pula saudara menambah kepada ayat-ayat Allah yang tiada dalam text asal?

salam

[ Last edited by lolipop9 at 17-9-2005 03:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2005 10:32 AM | Show all posts
itulah saya minta lolipop berikan link atau dari mana saudari lolipop dapat translation quran tu. saya lama dah tunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2005 09:32 PM | Show all posts
sekarang dah tau berikan sebab kenapa saudara menambah kepada ayat-ayat Allah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.053148 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list