|
micha posted on 18-8-2012 03:59 AM
baru perasan avatar akak wawa.. cemburunya
halo adik micha... awat cemburu plak...
|
|
|
|
|
|
|
|
miyoma posted on 19-8-2012 11:48 PM
Selamat hari jugak ke warga badminton d sini...lbeh lagi kepada otai2..
kak wawa,kayla,ambok,dan se ...
selamat hari raya adikku miyoma... raya elok2 tau...
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 21-8-2012 02:39 PM
halo adik micha... awat cemburu plak...
nk jugakk. haha
|
|
|
|
|
|
|
|
micha posted on 21-8-2012 12:01 PM
ishh dah lama dah xde. x smpt nk buli miyoma kt klinik. thn berapa skrg?
dah xde ke?..ingt dah jadi pakar..skarang nk masok final year..cuak
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 21-8-2012 02:43 PM
selamat hari raya adikku miyoma... raya elok2 tau...
jgn makan bnyk2 taw..nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Hari Raya semua
mohon maaf zahir & batin jika ada terkasar bahasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dilema Seu Bock
SERIUS...Seu Bock (tengah) bersama Rashid memberikan tip kepada Chong Wei ketika beraksi di Olimpik, baru-baru ini.
HAMPIR dua tahun Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun Sidek terpisah dengan restu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang makin gemar melepaskan jurulatih berkualiti, bagaimana pula nasib jurulatih Tey Seu Bock selepas ini?
Tidak dinafikan Chong Wei tetap berjaya mengekalkan tahap permainan tertinggi dengan membawa pulang pingat perak Olimpik buat kali kedua, namun adakah pencapaian Chong Wei itu lebih meningkat di bawah ‘pemantauan’ Seu Bock, selepas Misbun meletakkan pemain itu pada satu tahap digeruni di peringkat dunia atau sampai giliran jurulatih lain mengemudi Chong Wei selepas ini.
Seu Bock yang dikemukakan soalan itu bagaimanapun tidak mampu memberi kenyataan lebih kukuh mengenai kedudukannya selepas ini.
“Entahlah, saya tidak tahu dan tidak pasti lagi sama ada akan terus melatih Chong Wei atau tidak,” kata Seu Bock.
“Terpulang kepada Chong Wei dan BAM menentukan, saya tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai isu ini.” Sejak Misbun meletak jawatan pada 31 Disember 2010, BAM memutuskan pembantu Misbun iaitu Seu Bock terus bersama Chong Wei kerana dia sudah masak dengan regim latihan disediakan Misbun kepada pemain yang kini berada di ranking kedua dunia.
BAM ketika itu memberi alasan Chong Wei tidak perlukan jurulatih yang hebat kerana pemain itu sudah boleh berdikari, cuma memerlukan bantuan pemantauan saja.
Memandangkan matlamat BAM memberi tumpuan penuh kepada persiapan Chong Wei untuk Olimpik London, sehingga Seu Bock sekadar memainkan peranan menguruskan latihan pemain kelahiran Pulau Pinang itu.
Kini perlukah jurulatih terbabit terus melatih Chong Wei atau adakah lebih baik beliau kembali membantu Rashid Sidek menaikkan semula prestasi tiga pemain elit iaitu Liew Daren, Chong Wei Feng dan Chan Kwong Beng yang masih jauh ketinggalan berbanding pencabar negara lain terutamanya dari China dan Jepun, biarpun usia mereka kini mencecah 25 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
BAM tidak intai emas di Brazil
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) tidak meletakkan keutamaan untuk memenangi pingat emas pertama buat kontinjen negara pada temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Sebaliknya, badan induk sukan badminton negara itu mahu memberi fokus terhadap perancangan jangka masa panjang apabila meletakkan sasaran untuk merealisasikan impian meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2024.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh berkata, sasaran tersebut lebih realistik kerana mereka mempunyai tempoh 12 tahun untuk melaku- kan persiapan berbanding dengan tempoh jangka masa pendek.
“Bukan kata BAM langsung tidak memberi keutamaan terhadap Sukan Olimpik 2016. BAM akan tetap melakukan perancangan ke arah itu tetapi tidak boleh memberi jaminan akan mampu menyumbangkan pingat emas.
“Dalam tempoh masa yang singkat, hanya beberapa perkara sahaja yang mampu dilakukan.
“Namun, jika ada tempoh yang panjang untuk melakukan persiapan, peluang untuk memenangi pingat emas itu pasti lebih cerah,” kata Nadzmi ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Menurut beliau, bukan perkara yang mudah untuk mencari pemain yang benar-benar boleh diletakkan sandaran bagi memenangi pingat emas dalam tempoh jangka pendek, sekali gus menggantikan tempat jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei.
“Untuk tempoh empat tahun akan datang, saya tidak fikir kita boleh jumpa pemain sehebat Chong Wei. Jika bernasib baik, mungkin kita boleh jumpa.
“Sebab itu, saya mahu bersikap realistik. Dengan 12 tahun yang ada, BAM akan melakukan perancangan rapi bagi melahirkan pemain bertaraf dunia untuk bersaing di pentas antarabangsa,” jelas Nadzmi.
Sebelum ini, BAM dikritik hebat ekoran kegagalan Chong Wei meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini.
Pemain No. 2 dunia itu terpaksa akur apabila sekadar membawa pulang pingat perak selepas tewas kepada seteru utamanya, Lin Dan dari China pada final acara perseorangan lelaki.
Ekoran kegagalan di London itu juga, segelintir pihak mendesak Nadzmi dan barisan kepimpinan BAM meletak jawatan bagi memberi laluan kepada muka baharu untuk menerajui persatuan tersebut.
BAM tidak intai Emas di Brazil ?
hhhmmmm...tak tahu nak cakap apa....rasa nak marah pun ada... |
|
|
|
|
|
|
|
secara peribadinya aku rasa BAM tidak bergerak kearah yg positif
sebaliknya hanya banyak bercakap, cadang itu cadang ini....tapi tindakan slow....sangat slow...
aku ingat lagi beberapa tahun yg lepas, YAB PM Najib kasi peruntukan cash RM2 juta kepada BAM serta umum nak buat stadium badminton baru (akademi badminton negara utk lahirkan bakat baru) ....tapi sampai hari ini, stadium itu masih tidak dibina ! dan presiden BAM memberikan pelbagai alasan termasuk masalah kos pembinaan serta masalah tapak....
nak seribu daya, taknak seribu dalih....
aku kecewa.... |
|
|
|
|
|
|
|
harap ada pihak lain yang berjaya menggalas tanggungjawab yg gagal dilaksanakan BAM bagi melahirkan jaguh dunia dan jaguh olimpik serta membawa pulang piala Thomas ke bumi Malaysia
Akademi Badminton dibina di Tasik Kenyir
Oleh: Suriati Ali
Akademi Latihan Badminton (ALB) bernilai RM545 juta yang akan dibina di Pulau Serindit di Tasik Kenyir, bakal menambah tarikan pelancong ke tasik tersohor itu apabila ia siap sepenuhnya kelak.
Akademi itu bakal bakal dibangunkan pertengahan tahun ini melalui pelaburan bekas jaguh badminton negara, Soo Beng Kiang.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri meluluskan permohonan Beng Kiang yang berhasrat membina akademi tersebut sebagai pusat latihan badminton swasta terunggul negara ini.
"Kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju dengan cadangan untuk memajukan pulau seluas 120 ekar itu sebagai tempat untuk melatih pelapis badminton negara.
"Selain badminton, akademi itu juga akan mengendalikan latihan untuk pemain tenis dan squash, sekali gus menjadikannya sebagai tempat latihan yang canggih di Tasik Kenyir," katanya selepas majlis perjumpaan dengan kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al Muktafibillah Shah, Dungun, hari ini.
Hadir sama, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Haji Wan Mat Amin Wan Daud,
Akademi berkenaan dijangka siap dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun di mana ia mendapat pembiayaan pinjaman daripada SME Bank.
Beng Kiang merupakan regu terbaik negara bersama Cheah Soon Kit yang menewaskan Indonesia dalam Piala Thomas 1992 dan kini bergelar ahli perniagaan dengan memiliki syarikat pelancongan sendiri.
Apabila siap kelak, akademi itu bakal dipenuhi ramai bakat baru yang ingin menceburi sukan badminton dengan lebih serius.
Ia juga akan digunakan pemain badminton dari luar negara yang menghadapi masalah untuk berlatih, terutama ketika musim sejuk.
Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang komited untuk melabur di Tasik Kenyir, selaras dengan hasrat menjadikan ia lokasi zon bebas cukai terbaru di Malaysi
|
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan terengganu nampak serius membangunkan sukan....harap mereka berjaya naikkan nama baru utk badminton negara....mereka berusaha keras,khabarnya sanggup membayar gaji yg agak tinggi kepada jurulatih dari indonesia, selain membawa para pemain remaja menjalani latihan keras selama 1 bulan di Indonesia |
|
|
|
|
|
|
|
micha posted on 22-8-2012 01:35 AM
nk jugakk. haha
hahahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
miyoma posted on 22-8-2012 12:04 PM
jgn makan bnyk2 taw..nanti
budak niiiiii!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
ambok posted on 23-8-2012 12:21 AM
Selamat Hari Raya semua
mohon maaf zahir & batin jika ada terkasar bahasa..
selamat hari raya ambok... sama gak laa... mintak mahap kalau ade yg terguris ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
ambok posted on 23-8-2012 12:25 AM
BAM tidak intai emas di Brazil
pandai dia letak jangkamasa 12 tahun untuk dapat emas..masa tu, dia ni pun orang dah tak ingat sapa..mcm zaman 80an dan 90an dulu, 8 tahun dah cukup..aku ingat dulu selalu keluar paper sabtu ruangan sukan Projek TUO (Thomas-Uber-Olimpik)..Perancangan biar shooting at the moon..tapi kalau setakat letak 12 tahun tapi tak bermula sekarang, baik takyah..
BTW, dato ni tak nampak ke Zulfadli? Ke sebab Zulfadli tamau masuk BAM, BAM tak berani letak sasaran masa kat Brazil nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
selamat hari raya..maap zahir batin kepada semua yg berforum sini..soli soli |
|
|
|
|
|
|
|
ambok posted on 23-8-2012 12:51 AM
harap ada pihak lain yang berjaya menggalas tanggungjawab yg gagal dilaksanakan BAM bagi melahirkan ...
benarkah? jom memancing..
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 16-8-2012 12:18 PM
di sini aku nak ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin pada semua forumner board badminton yg ...
gol freekick yang cemerlang lastweek!
|
|
|
|
|
|
|
|
peacock.bass posted on 27-8-2012 01:05 PM
selamat hari raya..maap zahir batin kepada semua yg berforum sini..soli soli
selamat hari raya maaf zahir batin hadek pikok...
|
|
|
|
|
|
|
|
peacock.bass posted on 27-8-2012 01:10 PM
gol freekick yang cemerlang lastweek!
tenkiu tenkiu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|