|
Da'i Wan Coretkan Surat 'Cinta' Untuk Uqasha Dengan Penuh Makna
[Copy link]
|
|
Kalau dah nama lelaki.... Ustaz pun boleh terbabas..
Btw dia ni beli kucen iols 3 ekor, siap bg free cage 3 tier skali ngan carrier sbijik 2 bln lps..alih2 tgk dia nk jual balik..hubby iols tak puahati, igtkan nk bela elok2.. Ms beli dlu dia bgtau nk bela kucen mcm retis2 sbb dorang slalu ltak kt socmed vid/ foto gmbo kucen dorang comel2..
Sorry lari topik...tp dr situ bru kenal dia tu saper sbb tk penah tgk prog dai ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau korang tgk video yg dai wan ni nyanyi asmaul husna yg kat tv3 tu, ada satu part yg tinggi tu dia mcm tercekik tertelan kahak.. Hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz ustazah celebrity ni ramai yg poyo je |
|
|
|
|
|
|
|
ostat ni kalau uqasha ni rupa mcm syanie atau enot, haram dia nak tulis pjg2 mc tu
smbang je byk... |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz ni tengah gatal ni. Bukan main lagi buat surat bagai. CHOIII! |
|
|
|
|
|
|
|
Untung sabut timbul..untong batu tenggelam..katanya dalam hati huehuehue |
|
|
|
|
|
|
|
tak tahulah ada kaitan ke idak..tapi ape yg ustaz ni ckp aku sokong :
[Menjaga Maruah Amalan Pendakwah Agama]
Kadangkala atas nama dakwah, seorang ustaz boleh menjatuhkan maruahnya. Ayat-ayat atau kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah seorang pendakwah atau imam hendaklah dijauhi.
Benar, kadangkala kita mahukan orang membaca saranan kita. Maka ayat bajet sweet atau poyo digunakan. Tetapi maruah diri harus dijaga sebagai pembawa risalah agama. Islam tidak perlukan kegedikan dalam dakwah. Islam perlukan ketegasan dan prinsip yang disampaikam dalam laras bahasa yang sesuai. Ingat, jika pendakwah lembik leweh, umat akan tidur dan layu.
-Dr Rozaimi Ramle
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada tepek lom? Credit: emran ahmad
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sibuklah orang kat fb pasal uqasa ni. biaq pilah dia. banyak masa na worry pasal dia. sighhh |
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut pengalaman aku, setad2 yg main social media ni 99.999%tak boleh dipercayai. Ada je kemain share hadis, quote, bahasa anta ente unta bagai, tp subuhnya kelaut.
Berjanggut berkopiah sembang agama aurat, tiba2 ayat awek mintak gmbr bogel. Jijik aku dgn manusia munafik mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
itula aku x paham..gigihla acik2 kat sini mengutuk knp x nak pakai tudung,,,,kan makin bertudung makin cantik katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
so wierd...kalau ya pon perlukah surat terbuka... |
|
|
|
|
|
|
|
Bowringggg.. kau ingat dia heran ke?? pomp2 lain kt luar tu cair la kot..dia mungkin tak heran ahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz nak mengawan kot |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 30-8-2016 08:26 PM
Yang xgeli dgn ustad ni almost semuannya pompuan. Maknanya apa
Lemah lembut dlm berdakwah my asss |
|
|
|
|
|
|
|
Taktau betul ke tak niat ustat ni tulis surat ni, Allah je tau niat dia. Tapi surat ni doesn't sounds right at all..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ustad baru nak start |
|
|
|
|
|
|
|
olahan Asiah Abd Jalil
Abang KJ, ini hadiah dariku, seorang wanita yang imannya turun naik sama sepertimu.
Dulu, sewaktu saya hadir dalam sebuah event anjuran kerajaan, awak ada sama dalam majlis itu. Tetapi awak tiba lewat, awak bersama rakan-rakan pemimpin yang lain.
Awak handsome sangat waktu tu. Tak berkelip mata wanita yang terlihat awak. Berpakaian sempurna dan berkot kemas. Kehitaman penuh. Bergaya dari atas sampai bawah. Ciri-ciri pemuda syurga dapat saya perincikan kalau nak ikut hadis Nabi.
Saya terus sahaja tundukkan pandangan. Iyalah, wanita solehah kan. Ececeh. Tapi hati saya kerap sahaja terasa nak terdongak melihat awak. Saya tahu saya salah. Sepatutnya saya beristighfar. Terbalik jadinya. Haha. Itulah powernya lelaki buat wanita.
Umur kita berbeza, Abang KJ. Dan mungkin dunia kita juga berbeda, lagu Tetap Dalam Jiwa, Isyana Sarasvati.
Ya, hidup kita berbeda Abang KJ. Saya jauh di bumi dan awak pula tinggi di langit.
Namun awak tahu apa?
Tak pernah sekali pun saya fikir yang kita takkan bertemu. Saya yakin kita pasti bertemu meskipun dunia kita berbeda kini.
Nak tahu sebab apa?
Sebab awak punyai agama yang sama saya miliki kini.
Abang KJ, bila awak tercari-cari akan hidayah Allah SWT di saat dulu awak diuji, itu mungkin sebenarnya "the right time" yang mana kami seluruh rakyat Malaysia tahu, itu sepatutnya menjadi turning point untuk awak.
Awak berhijrah dengan mendekati agama. Meskipun sampai dinihari tak pernah sempurna, tapi awak kekal istiqamah.
Abang KJ, baca ni.
Saya berikan pujian dan penghormatan pada awak khas dari saya sendiri sebagai seorang wanita apatah lagi seorang yang berstatus wanita muslimah solehah.
Abang KJ, terima kasih untuk hidayah Allah SWT yang telah sampai pada hati awak dan awak terima baik dengannya.
3 tahun lebih, dan awak masih istiqamah.
Saya puji ni, Abang KJ. Saya puji kerana kita telah sama kini.
Kita telah letakkan pengagungan syariat Allah SWT dalam diri kita semata untuk tunaikan perintah Allah SWT.
Kita sama kini, Abang KJ. Tiada beza saya seorang muslimah biasa dan awak seorang pemimpin, selagi kita dua tahu yang mana patut kita agungkan dalam hidup kita.
Syariat Allah SWT, that's it. Itu yang patut kita agungkan sampai kita mati nanti Abang KJ sebagai seorang Islam.
Namun saya faham.
Kehidupan awak jauh di ufuk awanan nun tinggi di langit sana. Awak hidup di langit bersama bintang-bintang yang memagari hanya bulan. Makna kata kehidupan yang "exclusive". Kehidupan awak serba cantik di atas sana. Kehidupan saya pula hanya sahaja membumi di tanah gersang ini. Kadang-kadang mendongak juga ke atas melihat kehidupan awak dan bintang-bintang yang lain.
Mungkin saya tidak punya apa-apa melainkan titipan sebuah doa untuk mereka-mereka yang di atas, berkata saya saat mendongak itu.
Alhamdulillah, Allah makbulkannya Abang KJ dan salah seorang lagi yang terpilih ialah awak.
Hari ni, awak sudi memandang ke bumi, tempat saya melihat awak.
Saya sedang berbicara dengan awak kini,
maka dengarkanlah dan fahamkan ini:-
1. Kecaman manusia
2. Fitnah manusia
3. Cakap belakang manusia
4. Dengki dan cemburu manusia
Ni semua ujian Allah untuk kita, Abang KJ.
Saya tahu awak pemimpin, awak cepat rasa tak mampu menanganinya seorang diri walaupun Allah dah bagitahu yang Dia uji takkan lebih dari kemampuan hamba Dia.
Saya hadir malam ini Abang KJ, berikan awak satu harapan baru untuk ubah cara hidup awak sendiri. Bukan ubah siapa awak. Itu.
Cuma saya minta, awak tanamkanlah "tekad". Itu sahaja Abang KJ ya.
Pertama, untuk istiqamah ialah suasana. Awak tak nak dilabel munafik, pura-pura, dahlah pemimpin Islam tapi kerja propa rakyat, mungkin ada scene tipu sana dan sini, konspirasi sana sini, awak tak nak dikecam. Awak risaukan hal itu. Ya, saya faham. Jadi, malam ini saya minta awak ubah suasana awak berkawan. Jangan putus kawan dengan siapa-siapa kini, tapi buat tambahan baru. Saya syorkan, kenal dengan mereka ini, Nik Abduh, Din Ayam, Khairil Nizam, Da'i Wan, sertai usrah bersama dengan mereka dan ustaz seperti Ustaz Kadir Al-Jofree atau Ustaz Mokhtar Senik contohnya.
Bukakan pintu hati awak untuk pergi usrah, at least 1 jam dalam 23 jam yang telah awak gunakan untuk kerja.
Kedua, awak perlu tegas dan kuat dengan pilihan awak untuk mendalami agama. Sebab itu saya 2-3 kali juga cuba hubungi Asyraf Muslim, mengingatkan dia yang dunia hiburan dengan perwatakan muslim yang dia nak bawa adalah satu benda yang sangat susah dalam dunia hiburan sebenarnya, semuanya disebabkan 4 faktor yang saya sebutkan kat atas tu.
Ketiga, awak bersabarlah. Setiap cemuhan, fitnah, kecaman yang tidak bersudah itu adalah tanda Allah nak lihat, sejauh mana awak berani atau sanggup letakkan harapan pada Allah. Itu sahaja sebenarnya. Allah nak lihat. Awak bergantung tak betul-betul pada-Nya. Awak bulat tak hati untuk-Nya. Awak betul tak bersungguh nak mendalami agama demi-Nya.
Nah, lihat, saya dah bukakan pintu fikiran awak dari sisi yang baru.
Renungkan dengan cuba jawabnya sendiri.
Kuasa di tangan awak Abang KJ, Celcom-X Pax. #eh
Bila awak dah ada "suasana", kemudian awak "tegas" dengan pilihan awak. Awak pasti akan mampu "sabar" dengan sendirinya.
Nak tahu kenapa?
Kerana Allah SWT telah berfirman:-
"Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar."
Surah Al-Anfaal ayat 46. Dia bersama dengan Abang KJ. Kalau Allah nak buka pintu rahmat Dia untuk Abang KJ, tiada satu makhluk pun di alam semesta ini dapat menghalangnya. Ingat kata-kata saya ini.
Abang KJ, selepas saya buat coretan ini, saya akan kembali sibuk memakmurkan manusia di bumi, saya tinggalkan nota ini untuk awak dan rakan-rakan yang di langit.
Kita mungkin jarang atau takkan bertemu di dunia ni sebab kita jauh antara satu sama lain, tapi saya tahu saya akan jumpa awak di syurga, mungkin rumah awak di sebelah rumah sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW sahaja.
Siapa tahu?
Saya mungkin akan tersenyum bila melihat awak saat itu, kerana dakwah saya hanya dari beberapa baris perkataan dari aplikasi alam maya. Membuatkan awak terpanggil untuk jadi lebih baik dan cubalah untuk cari kunci pintu hati kawan-kawan parti awak juga, ajak mereka, bersama dengan mereka, tunjukkan sayang awak sebagai seorang abang yang nakkan kawan-kawan UMNO dia turut sama-sama ke syurga-Nya.
Sampaikan salam dan doa saya untuk mereka, kawan-kawan awak dalam UMNO tu, dengan lafaz "Assalamualaikum".
Malam ini, malam istimewa coretan khas saya untuk awak, ingat tarikh ni, Selasa, 30/8/2016, jam 10 malam.
Itu waktu untuk kita berdua imbas kembali di syurga nanti.
Ikhlas, Asiah Abd Jalil. |
|
|
|
|
|
|
| |
|