CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 19-10-2013 09:59 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Sahabatku
dalam kalangan guru
telah kita beri ilmu
pada anak didik yang setia menunggu
maka halalkan segala ilmu itu
mudahan ajaran kita bermutu
dapat membantu
anak-anak bangsa ke mercu
memenuhi harapan ayah ibu
jadi manusia yang berilmu
berjaya masuk ‘U’
hidup ada hala tuju
bukan jadi warga yang digelar kutu.

CNM, 19/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2013 09:59 PM | Show all posts
Anak Didik Dikasihi

Cukup dulu bersenang hati
buatlah ulangkaji
semoga mantap informasi
memenuhi kotak memori
buat menjawab soalan diberi

Jika jawapan berkualiti
pemeriksa tak persoal lagi
markah diperoleh akan tinggi
keputusan cemerlang diperolehi
boleh mohon mana-mana universiti

Ilmu telah diberi
cikgu hanya mampu restui
kamu pun telah dirai
dalam majlis rasmi
moga menyuntik motivasi

Usah lupa janji
yang telah dimeteri
ingin belajar sesungguh hati
mencapai prestasi tertinggi
melayakkan diri ke IPT

Jangan duk goyang kaki
kelak menyesal ke mati
ada masa berbaki
usaha biar pengsan sekali
janji masuk universiti.

CNM, 19/10/13, BBBangi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 12:40 AM | Show all posts
50pp: Motivasi Pagi

Membisu
adakala lebih baik begitu
dari terus merapu
pun mungkin dari terus menyembilu
menyiku-nyiku sekeping kalbu
diam itu
bukan bermakna tak berilmu
pun bukan bererti tak mampu
ia mungkin jalan mengelak seteru
tiada untungnya palu memalu
nak-nak kalau memang tak tahu menahu
berdiam pilihan terbaik padaku
mungkin kamu juga begitu.

CNM, 20/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 07:15 AM | Show all posts
Melatah

Hais!
Kalau sedang bercinta
tak usah melatah nak merajuk
tak dipujuk
kamu yang terjeruk

Hais!
Kalau nak berpuisi
tak usah melatah terasa hati
cadangan untuk perbaiki
bukan kritik membuta-tuli

Hais!
Kalau nak melatah
melatah bagi gelak
boleh jadi bahan lawak
hilang senak.

CNM, 20/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 07:49 AM | Show all posts
Hasilkan

Tak mengapa
andai bicara biasa-biasa
janji datang dari dada kita
bukan dicedok dari mana-mana
dan mengaku hak kita

Tulislah apa saja
rangsang akan minda
cuba perkayakan bahasa
tentu indah garapannya
tentu lunak untuk dibaca

Belajar mereka cipta.

CNM, 20/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 01:28 PM | Show all posts
Syair Si Manggis

Ada pun kisah petani
Hidup berdua suami isteri
bercucuk tanam mencari rezeki
atas tanah milik sendiri

Suatu hari ditanam manggis
benih dari kampung Kandis
harapkan buah isinya manis
ada lebih dijual habis

Tak lupa ditanam durian
benih dari kampung Rakan
harapkan buah tambah dapatan
dapatlah ringankan sedikit beban

Si Manggis pohonnya rendang
si Durian tinggi memanjang
terasa diri ada kurang
berbanding durian lebih disayang

Tiba musim berputik berbunga
manggis durian sama lebatnya
gembira petani tak terkira
semai benih nampak hasilnya

Sekampung memuji si Durian
manggis pula tak dihiraukan
tiba masa berbuahnya bulan
lebat manggis dari durian

Petani kecewa akan kejadian
durian tak seperti harapan
sedih hatinya yang demikian
termenung sendu sehari harian

Manggis pula yang menjadi
lebat buahnya tak terperi
tak terhitung akan jari
dari jauh nampak memberahi

Suatu hari datang pembeli
mencari durian idaman isteri
durian dikopek nampak isi
lembek tawar tak memikati

Isteri tentu hati terguris
durian diidam tak manis
terpandang dia si Manggis
berkilat menawan tentu manis

Dibeli manggis ganti durian
buat isteri lepaskan gian
sungguh manis dia tertawan
tak teringat akan durian

Esoknya petani didatangi lagi
memuji-muji si manggis berisi
dapatlah lebih rezeki petani
dari manggis tak diharapi.

Jadi jangan membeza-beza
setiap sesuatu ada istimewa
jangan perkecil yang ada
semuanya ditentu Yang Esa.

CNM, 20/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-10-2013 02:06 PM | Show all posts
Pilih

Si manis berduri
si hitam manis sekali,

manis isi kulit berduri
menarik hati bisa menguris jari,

hitam kulit manis isi
luaran jelek di dalam molek sekali,

manggis tak menipu,
tampuknya memberitahu,

durian boleh mengeliru
kuat berbau isi belum tentu.

CNM, 20/10/13 Last edited by Goldkey on 20-10-2013 02:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 09:45 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Makan
jangan sebarang makan
nanti naik badan
penyakit jadi kawan
buat kawalan
pada musim peperiksaan
jaga makan
makan yang biasa dimakan
jangan makan macam-macam
nanti perut meragam
cirit birit berulang ke jamban
pun boleh keracunan
ganggu tumpuan
nak menjawab soalan
jadi ibubapa sekalian
anak-anak perlu diingatkan
kalau boleh sediakan makanan.

CNM, 20/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2013 10:36 PM | Show all posts
Malam Minggu

Bagai malam tak bertamu
ramai yang merambu
di bawah sinar lampu
hiruk pikuk ke hilir ke hulu
sedang esok kerja menunggu

Aku biasalah di ruang tamu
kejap lagi melabuh kelambu
rehatkan diri di sisi ratu
esok bertenaga padu
jalan tugas kongsi ilmu

Kamu, ya kamu
buat apa tu?
ek! Tentu baca puisiku
hik! hik! Buat tak tahu
selamat malam tetamu.

CNM, 20/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 11:19 PM | Show all posts


Kalendar 2014

Mak Ayah
Ibu Abah
Mummy Daddy
Mama Papa
nah! Kalendar 2014
rancanglah cuti
beri masa berkualiti
untuk keluarga sendiri
ketepikan kerja sesekali
moga kebahagiaan dimiliki.

CNM, 20/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 12:15 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Pagi

Kenapa alam ini bulat?
Allah jadikan supaya kita lihat
paduan unsur alam sangat hebat
saling berkait rapat
jadi kita contohi alam sejagat
kena ada muafakat
baharu manusia kuat
tiada musibat
bukan asyik saling menyagat
menunjuk siapa lagi berdarjat
selagi ada titik karat
nescaya tak selamat dunia akhirat
mari sucikan niat.

CNM, 22/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 06:01 PM | Show all posts
Dulu Sekarang

Dulu, dulu
aku ada laman muka buku
kongsi puisi dengan tamu
kerana penganganku
aku tinggalkan laman itu

Sekarang
aku ada laman mengarang
terima kasih teman sepejuang
tidak memperlekeh orang
mudahan bakat berkembang

dulu, dulu aku diperbodohkan
tapi sekarang aku ramai teman
laman muka buku berkongsi nukilan
yang menghormati aku banggakan
yang menghina aku jauhkan.

CNM, 22/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 06:03 PM | Show all posts
Tak Bisa Ikuti

Aku tak mengaji tinggi
bolehlah untuk bimbing diri
bilaku baca puisi
yang menyalahi syariat Ilahi
aku masih mengerti

Tulislah yang engkau mengerti
usah digarap yang kontroversi
aku tak bisa ikuti
maafkan daku pemuisi
menyisih dari dinding kaukongsi.

CNM, 22/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 06:53 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Jika merasa diri di level eksekutif
berfikirlah secara positif
gunakan imaginatif
buang sikap negatif
singkirkan sifat primitif
sentiasa cuba produktif
mencapai segala objektif
meracang dengan penuh kreatif
kritis memanipulatif
mencari alternatif
mengutamakan kolaboratif
lihat sesuatu dari pelbagai perspektif
moga segala tindakan efektif
menghindar situasi naif
dan berada dalam keadaan eksklusif.

CNM, 23/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 09:47 PM | Show all posts
Ngada-ngada

Aku dah kata!
engkau tak dengar kata
ngada-ngada
buat apa kesat air mata
ketawa!

Aku dah kata!
engkau buat buta
ngada-ngada
buat apa luah bicara
telan saja!

Aku dah kata!
engkau buat toya
ngada-ngada
buat apa nak menyinga
terima saja!

CNM, 23/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 10:44 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Pagi

Jangan duk merungut
pun juga duk mengugut
itu sikap yang bawa kusut
cuba jangan berserabut
juga jangan kelam kabut
cuba tarik nafas dada diurut
lapangkan fikiran yang terjerut
cucikan minda yang berselut
jangan terlalu takut
percaya pada diri yang sepatut
yang positif kena ikut
dari asyik menyebut-nyebut
perkara yang karut.

CNM, 24/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2013 10:44 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Ada masalah?
usah gundah
fikir yang indah-indah
bawa bermuhasabah
kita ada Allah
mohon saja atas sejadah
insyaAllah akan dipermudah
cuba jangan cepat mengalah
sesuatu itu perlu diolah
pencapaian tentu menyerlah
hasilnya tentu bertambah
jadinya hadapi dengan tabah
jangan lari dari masalah
cuba selesaikan dengan penuh hemah
hidup pasti lebih meriah.

CNM, 24/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 10:44 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Takut bini?
dikontrol isteri?
ramai yang gelak geli hati
diperli-perli
dijadi bahan lawak pagi
cuba tanya yang laki
cuba risik sang suami
rasanya mereka kawal emosi
tak ingin konfrontasi
nanti yang salah tetapi lelaki
tak pandai layan permaisuri
tak sensitif dengan kehendak suri
macam-macam lagi
yang terbaik semai rasa menghormati.

CNM, 24/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2013 06:26 AM | Show all posts
50pp: Motivasi pagi

Yang dibidas
usah terlalu berkeras
ada hati yang akan melelas
nanti kamu dicantas
jatuh terhempas
baik bincang secara waras
itu lagi bernas
dari tindakan tak berasas
bikin hati orang panas
responnya boleh jadi ganas
silaturrahim terbabas
ukhuwah mengelupas
jadi bertindak pantas
jangan biar rimas melemas
dengan tingkah yang sering memeras.

CNM, 25/10/13, BBBangi. Last edited by Goldkey on 25-10-2013 09:44 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2013 12:51 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Kopi-O

Jangan Ego
jika sekalipun bergelar Dato’
cuba berwatak baik seperti Zorro
walau bergerak secara solo
berhadapan dengan pelbagai risiko
biar digelar ‘superhero’
ada ummp! Macam kopi-O
bukan macam itu ‘tonto’
badan penuh ukiran tatoo
berwatak sungguh ‘poyo’
sumbangan memang zero
lebih naif dari penghuni zoo
terpampang dalam ‘most wanted’ foto.

CNM, 25/10/13, KHS.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.213870 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list