CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BikerLady

Bermazhab Haram dan Sesat

[Copy link]
Post time 2-10-2005 03:32 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2-10-2005 02:54 PM


loli, loli, ;)

macam mana nak bincang method kalau soalan mudah mcm ni tak boleh jawab... ish you ni ... tak tahulah saya nak kata apa. cuma yg terlintas di fikiran saya, sdr ni nak main aka ...


Apa yang saya cuba jelaskan disini, Jika Allah telah berikan kelonggaran tidak perlulah kita perah otak nak fikir apakah yang salam yang lebih baik. Allah telah mengajar manusia bagaimana untuk memberi salam. Saya juga diingatkan oleh sebuah firman Allah

49:16. Katakanlah, "Apa, adakah kamu akan mengajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Dan Allah mengetahui segala sesuatu."

Agama adalah hak Allah, bukan untuk manusia membuat peraturan dan mengatakan ianya adalah sebahagian dari Agama. Jika kamu melakukan itu maksdnya kamu menekutukan Allah dengan manusia yang membuat peraturan itu.

Allah adalah yang terbaik diantara para Hakim.

salam,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2005 09:47 AM | Show all posts
kalau begitu respon loli, tak mengapa lah. no problem. bab salam ni kira takat tu saja lah. wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 02:21 PM | Show all posts
salam
kalian tak baca lagikah riwayat NABI ttg salam ini
lebih kurang begini bunyinya:
seseorang datang kpd nabi lalu berucap
salam sejahtera keatasmu
lalu nabi menjawab: dan salam sejahtera keatasmu juga semoga diberkati ALLAH
lalu dilain kali ditatangi seseorang lalu berucap
salam sejahtera keatasmu semoga diberkati ALLAH
maka diucap nabi dan salam keatas mu dan dirahmati dan diberkati ALLAH
lalu di lain kali didatangi lagi lalu berucap
salam sejahtera keatasmu semoga diberkati dan dirahmati ALLAH
lalu NABI diam
lalu ditanya oleh seseorang
lalu NABI menjawab: sesungguhnya dia telah mendapatkan/mengucap semuanya

YANG BENAR HANYA ALLAH DAN RASULNYA
DAN YANG MEMBENARKANNYA
Reply

Use magic Report

omaQ This user has been deleted
Post time 4-11-2006 06:38 AM | Show all posts

saya ahli sunnah wajamaah

skrang kita kene mencar ikebenaran tak kira mahzab ke ape ker.. janji kita kene ada dalil dan nas yang sahih.. kalau betul itu benar kita ikut .. kalau salah jangan ikut.. tak kira ada mazhab ka tak daq mazhab ka.. janji kita berpaksi kan dari Allah rasul Quran n sunah... that all

www.omaQ.org
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 08:14 PM | Show all posts
Salamun Alaikum,
Saya tidak mengikut mazhab Insan,
saya mengikut MAZHABULLAH

Bolehkah saya berkata begitu?
Kalau tak boleh atau salah betulkan saya.

Salam............seronok menjawab sekadar salam, kerana ALLAH memberi kelonggaran untuk MENJAWAB!
Jadi apakah ALLAH menetapkan cara memberi salam, sekiranya cara menjawab salam diberi kelonggaran?
Sila berikan firman jika sesiapa yang tahu.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2006 11:01 AM | Show all posts
Thanks for all the responses. I suka pandangan orang-orang yang tak bermazhab dan berpegang hanya pada quran tapi too bad...like my hubby, dia cuma tahu mengkritik saja tapi tak pernah nak tunjukkan bagaimana pula cara yang betul. Sometimes he just take it as an excuse untuk tak mahu buat satu amalan tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2006 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by BikerLady at 14-11-2006 11:01 AM
Thanks for all the responses. I suka pandangan orang-orang yang tak bermazhab dan berpegang hanya pada quran tapi too bad...like my hubby, dia cuma tahu mengkritik saja tapi tak pernah nak tunjukka ...


SALAM bikerlady dan semua...............
Saya tidak kenal hubby u, dia  tak bemazhab ke?


like my hubby, dia cuma tahu mengkritik saja tapi tak pernah nak tunjukkan bagaimana pula cara yang betul.


Betul adalah perkara yang patut anda verify dulu dengan dia, betul dari segi apa yang telah dibuat sejak dahulu ke
atau betul mengikut pemahaman dia?
nanti kita sambung lagi.

Bab x cuse tu tolong bagi spesifik example sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 11:52 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 14-11-2006 01:42 PM


SALAM bikerlady dan semua...............
Saya tidak kenal hubby u, dia  tak bemazhab ke?




Betul adalah perkara yang patut anda verify dulu dengan dia, betul dari segi apa yang telah di ...


Betul tu...cuba perjelaskan sikit pegangan asSunah wahabi tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2006 01:00 PM | Show all posts
Namun ada satu penyakit dalam masalah mazhab iaitu fanatik kepada mazhab. Fanatik ini disebut sebagai taksub. Fanatik akan menyebabkan banyak masalah dan musibah.
Oleh itu, kemungkinan besar antara punca perpecahan umat Islam ialah fanatik mazhab bukan bermazhab. Sekadar bermazhab tanpa fanatik merupakan satu rahmat kepada umat Islam.
Fanatik mazhab akan melahirkan perasaan bahawa mazhab anutannya sahaja yang betul manakala mazhab lain adalah salah, mengakibatkan orang tidak mahu bersolat dengan imam yang berbeza mazhab, menjadikan perkahwinan antara orang berbeza mazhab tidak sah. Akhirnya umat Islam hidup dalam perpecahan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 05:25 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 13-2-2005 15:24
Yang berkata seperti ini hanya golongan-golongan Wahabi sahaja. Mereka kata tak ikut mazhab tapi mengambil juga fatwa-fatwa dari Imam-imam mazhab dan membenarkan pula fatwa tersebut.
Mungkin ada o ...


Assalamualaikum warahmatullah,
Naam, ana orang Wahabi (Lebih tepat di panggil Salafy, karena wahabi itu di buat oleh pembenci Islam. Jadi jangan kite ikut panggilan itu) yang akan mencoba untuk menjelaskan secara umum saje, insha Allah. Jadi sebenarnye, para imam Mahdhah itu tidak pernah membuat secara resmi mahdhab-mahdhab itu. Imam Abu Hanifah, tidak pernah membuat mahdzab Hanafi, begitu juga dengan Imam Malik bin Anas, Imam Asy Syafi'i, dan Imam Ahmad -rahimahumullah-. Tapi pengikut-pengikutnye lah yang membuat mahdzab-mahdzab ini exist. Karena apa? Karena banyaknye pendapat macam-macam imam. JAdi terbagi-bagilah pendapat-pendapat ini.
TAPI kite tak usah ambil pusing mengenai masalah mahdzab ini, kita di perintah untuk mengikuti Al Quran dan As Sunnah dengan pemahaman Salafus Salih, betul tidak? Jike kite hujamkan di hati kita, maka kite akan faham bagaimane menyikapi masalah mahdzab-mahdzab ini. Lagipule para imam Mahdzab tidak pernah memerintahkan murid-muridnye untuk mendukung mereka, TIDAK PERNAH. Bahkan dengan kewaroannya, Imam Asy Syafii (for example) berkata "Apabila sahih satu hadith, maka itulah mahdzabku", dan juga imam yang lain berkata "jike engkau menjumpai hadith sahih yang bertentangan dengan pendapatku, maka buanglah pendapatku to the wall". Dan juga IMam Syafii berkata kepada Imam Ahmad "Yaa Ahmad, jike engkau mendapatkan hadith dari orang Bashrah, atau dari orang Irak, mohon sampaikanlah kepadaku agar aku dapat ruju' dari pendapatku yang sebelumnye". RIGHT....dari ini kita mengetahui, sebenarnye mahdzab ini adalah perbedaan yang timbul karena perbedaan ilmu pengetahuan, karena TIDAK DAPAT DI SANGKAL, tidak semua hadith SAMPAI kepada masing-masing IMAM. Dan di antara ke empat IMam ini tentulah Imam Ahmad yang paling banyak menghafal hadith. Jadi kewajiban kite adalah bukan mengikuti mahdzab tapi mengambeil salah satu pendapat imam yang kita anggap KUAT, dengan di dukung dalil-dalil yang sarih dan sahih. Dan kita tetap mencintai semua Imam, karena mereka ulama warosatul anbiya. Dan salah satu adab kite kepada para ulama adalah "JIKE ada pendapat mereka yang salah (dengan penjelasan ulama yang lain) maka kite harus saling memperingatkan agar jangan meniguti kesalahannya, itulah adab kepada guru. Naam.
Naah...yang buruk itu adalah orang-orang mahdzabiyah yang menjadikan mahdzab mereka sebagai agama bagi mereka yang meeka beragama engan mahdzab itu. Benar salah tetap mereka mempertahankan kesalahan imam tersebut dengan muka tebal, INILAH yang tak boleh di lakukan. KArena kita di perintah untuk mengikuti Quran wassunnah 'ala fahmis salaf dan kite tidak di perintah untuk mengikuti pendapat Imam. Dan kite di beri otak oleh Allah untuk berfikir, jadi kite dapat memutuskan mane pendapat yang paling kuat di antara sekian banyak pendapat ulama.
Seperti contoh pendapat imam Abu Hanifah yang mengatakan bahwa bersedekap dalam sholat itu di perut, lalu datang serombongan para ulama membantahnye, dan mereka mendhoifkan hadith yang di pakai hujjah oleh imam Abu Hanifah, dan mereka membawakan hadith yang lebih banyak dan sahih bahwa yang benar itu bersedekap di DADA. Dan kite sebagai orang yang baru belajar, mengambil MANA dalil yang lebih kuat. Jike nyata-nyata hadith yang sahih itu mengatakan di dada yaa kite mengambeil pendapat bersedekap itu di dada. Dan ini bukan berarti kite merendahkan Imam Abu Hanifah, karena seorang ulama yang berijtihad, jike salah dia dapat satu ganjaran dan jike benar dia dapat dua ganjaran. Tapi SALAH jike kite mengikuti kesalahan imam tersebut dan mengabaikan hadith lain yang lebih sahih.
Dan bagi kite yang masih awam, cukuplah kite meruju' kepada pendapat salah seorang ulama masa kini, kepada ulama - ulama salaf. Seperti Syaikh Nashiruddin Al Albani, Syaikh Abdulaziz bin Abdullah bin Bazz, syaikh Shalih Al Uthaymeen, Syaikh Abdullah bin Jibreen, Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadiee, Syaikh Yahya Al Hajury, Dan ulama yang lain yang bermanhaj SALAF.


[ Last edited by  ikhwanindo at 13-12-2006 04:33 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2007 01:02 PM | Show all posts
Kenapa masih ramai lagi yang tak mahu berfikir? Bermazhab memang sudah terang-terang haram dan sesat.The conclusion is Nabi tidak pernah suruh umatnya supaya bermazhab kerana ini antara sebab berpecahnya umat Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 01:44 PM | Show all posts

Reply #251 BikerLady's post

Betul,Kita mesti ikut Mazhab Yang mengharamkan Mazhab (WAHABI)
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 07:42 PM | Show all posts

Reply #251 BikerLady's post

mazhab memhormati mazhab yg lain, contoh mazhab wahabi menhormati mazhab syiah

.... wahabi mazhab ker ... selama ni tak berpecah pun islam tu kerana masing ikut guru masing
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 10-4-2007 08:16 PM | Show all posts
Originally posted by BikerLady at 10-4-2007 01:02 PM
Kenapa masih ramai lagi yang tak mahu berfikir? Bermazhab memang sudah terang-terang haram dan sesat.The conclusion is Nabi tidak pernah suruh umatnya supaya bermazhab kerana ini antara sebab ber ...



Very interesting ..... habis ko ikut sapa dalam menentukan amalan harian ko..... kalau ko ikut ajaran Wahabi ..... dari mana "sourcenya" ... adakah kamu menafsir sendiri Quran Hadith dan buat amalan ikut tafsiran ko sendiri ataupun ko attend majlis2 Ilmu Wahabi dan belajar dari guru Wahabi tentang konsep ketuhanan dan fiqh Islam. Kalau ko berguru dgn guru berfahaman  wahabi .... bukan kah bermaksud ko mengikut ajaran wahabi (or whatever you want to call it)... bila mengikut secara tak langsung bermaksud "bermazhab" kpd wahabi lah, jadi apa bezanya ko dgn orang yang berguru dan dgn guru2 yang beramal dgn 4 mazhab besar ASWJ?.  

[ Last edited by  Gapodio at 10-4-2007 08:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:53 PM | Show all posts
Islam Liberal pun mazhab jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 09:00 PM | Show all posts

Reply #255 ibnur's post

Ya..:setuju:

Yang mengatakan bermazhab haram dan sesat biasanya Golongan Anti Hadis,takpun Wahabi(Wahabi pun mazhab juga tau).Nauzubillah.

Rasulullah dah menafsirkan ayat2 Al-Quran menerusi hadis dan sunnah,mereka pula nak tafsir ayat2 Al-Quran guna otak sendiri....bila pemahaman tak dapat dicapai,maka jadilah solat fardhu 3 waktu,rambut perempuan bukan aurat,halal makan katak,doa qunut bidaah dan sebagainya hanya sebab benda2 tu takde disebut dalam al-Quran.....

Tak perlu layanlah mereka yang mendakwa bermazhab ni sesat....ilmu diorang cuma sebesar zarah atom Hidrogen je...hanya berhujah guna al-Quran yang ditafsir oleh otak mereka sendiri....

Yang lawaknya diorang siap yakin lagi mereka tak sesat manakala mazhab lain sesat.Diorang yakin ke diorang masuk syurga dan golongan lain masuk neraka?Allah ada bagitahu diorang ke bahawa mereka tak sesat dan orang lain sesat? Syok sendiri je mereka ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gapodio This user has been deleted
Post time 15-4-2007 10:09 AM | Show all posts
Kadang nak tergelak tengok puak2 nie berforum, baru belajar sikit dan mula kenal sedikit sebanyak tafsir quran dan beberapa hadith dah mula nak menghukum dan sanggup mengata ulamak2 dahulu kurang ilmu dan buat tafsiran silap (secara tak langsung bermaksud begitulah). Dimana kita (ataupun guru idola kita) berbanding dgn ulamak yang fasih berbahasa arab dan dah karang ratusan kalau tak pun puluhan buku/kitab. Sejauh mana kita memahami bahasa arab, berapa buku kita (ataupun guru idola kita) dah karang, berapa hadith kita (ataupun guru idola kita) dah hafal ?????  sampai sanggup mengatakan ulamak dahulu salah dalam menafsir sesuatu? ........ Kalau kita memang Ulamak Alim setaraf dgn ulamak2 terdahulu tak apalah nak tegur ulamak lain ... tapi selalunya ulamak2 yang sedemikian bila berselisih tafsiran cuma  mengkritik/menegur antara satu sama lain tanpa mengatakan lawan mereka sesat dan dilaknak Allah (contoh paling senang 4 mazhab pun ada banyak khilaf antara satu sama lain tapi masih saling hormat menghormati pendapat masing2). Tapi segelintir dari kita nie pula dah lebih2 .... entah berapa kali dalam seminggu "kawan2" kita yang semangat berkobar2 mengkafirkan orang belajar ilmu ugama .... berapa jam dalam seminggu masa diluangkan untuk belajar ugama dari guru2 yang alim  ... tapi dah nak berlagak alim

Bermazahab nie umpama orang yang nak makan nasi kandar lah .....

Bukan calang2 orang yang boleh bukak restoran nasi kandar .... ada restoran yang besar dan ada yang kecil-kecilan di tepi jalan.

Kebanyakan dari kita adalah pengguna/pelanggan bukannya "owner" restoran...bila nak makan nasi kandar selalunya kita tak masak sendiri nasi kandar kat rumah, sebaliknya lebih senang kalau kita pergi beli kat kedai nasi kandar yang dah establish... ada yang suka kayu nasi kandar, ada yang minat khaleel, ada yang minat pelita nasi kandar... dan macam2 lagi. Kalau kita suka pelita nasi kandar jgn dok kata yang khaleel nasi kandar tu bukan nasi kandar tapi nasi lemak ..... ada antara kita tak stick pada satu restoran saja ...Depending on the occasion or different places kadang makan kat pelita, kadang makan kat khaleel dan kadang makan kat Kayu nasi kandar   

macam tu lah umpapanya klita nie ... kalau kita tak upaya nak buat resepi sendiri dan buka restoran nasi kandar janganlah dok kata restoran itu dan ini bukan restoran nasi kandar or dok kata owner restoran tu tak pandai masak nasi kandar.... at the same time kita pun samada secara sedar tak sedar dok makan nasi kandar yang kat tepi jalan jeee .... tapi ada hati nak comment orang yang dah buka restoran nasi kandar yang dah terbukti  berjaya dan mempunyai ramaii pelanggan

[ Last edited by  Gapodio at 15-4-2007 10:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 05:29 PM | Show all posts

Reply #257 Gapodio's post

:setuju: :setuju: :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 11:57 PM | Show all posts
Hmm............

Selagi manusia menanggung kitab ciptaan manusia............
umpama kaldai yang menanggung beban.......

Mazhab hanya ujud 200 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad atas kepentingan politik kepuakan..........

6:159. Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat

3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.

Entah kenapalah ayat-ayat yang diatas diingkari, lalu masing-masing puak memperkuatkan hujah bahawa hanya puak mereka sahajalah yang Allah terima dan dijanjikan syurga, tidakkah perangai mereka ini sama dengan ayat yang berikutnya:

2:113. Orang-orang Yahudi berkata, "Orang-orang Kristian tiada sesuatu", dan orang-orang Kristian berkata, "Orang-orang Yahudi tiada sesuatu"; dan mereka membaca al-Kitab. Demikian juga orang-orang yang tidak mengetahui berkata, serupa dengan ucapan mereka. Allah akan menghakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan.

Dan dakwaan mereka bahawa hanya puak mereka sahaja yang layak kesyurgapun mengingatkan saya tentang satu lagi ayat Allah

2:111. Dan mereka berkata, "Tidak akan masuk Taman kecuali orang Yahudi, atau Kristian." Demikianlah khayalan mereka. Katakanlah, "Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar."

Semuga sama-sama kita renungi ayat-ayat Allah.

SALAM.........
ALLAHULALEEMULHAKEEM
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 01:31 AM | Show all posts
reply ayohpeen:

Bukankah Quran memerintahkan kita utk taat kepada Ulil Amri selepas Allah dan RasulNya? Mazhab ni nama sahaja, di belakangnya adalah orang2 yang setiap mazhab anggap sebagai ulil Amri, dan bagi Syiah mengikuti Amirul Mukminin Ali a.s telah berlaku semenjak hayat Rasulullah saaw berdasarkan nas dan hadis; dan bukannya atas dasar politik - selepas Rasulullah saaw.

[ Last edited by  billionaire at 1-5-2007 01:42 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.045084 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list