|
Dakyah-dakyah kotor SYIAH sebenarnya memburukkan Ahlul Bayt!!
[Copy link]
|
|
Nahzaluz jawab A dan B sekaligus. ???? Lebih kurang macam tak jawab lagi juga lah sebab ianya bertentangan dengan ASWJ. Kalau exam ni mesti kasi fail... ade ke jawab dua-dua sekali. Memang kamu bersembunyi dari menjawab nya selama ini, bila dah tak tahan dicabar... muncul juga lah dengan 'jawapan' tak berjawab. Kawan-kawan ASWJ kamu jawab A semua nya. Kamu Mazhab apa Nahzaluz? Adakah jawapan kamu itu pegangan Mazhab Shafie atau ASWJ? Sunnah tu memang pegangan kamu... tetapi Ithrah Ahlul Bait saya tak nampak pun di mana yang dikatakan kamu terima. Tak ada seorang pun Imam Ahlul Bait yang kamu ikut ijtihad mereka, malah kamu memburuk-burukkan Mazhab Ahlul Bait atas nama Syiah. Sesungguh nya sifat munafik adalah satu sifat tercela... jauhi lah diri dari nya. Saya mengingatkan diri saya sendiri dan saudara seagama. Siapa dia Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. mengikut fahaman ASWJ?
[ Last edited by Laxamana. on 22-7-2003 at 06:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam
siapa Ahlul Bait a.s yg disucikan Tuhan mungkin banyak ditimbulkan ramai orang. Bagi kami, mengenali kembar al-Quran ini telah dididik sejak usia muda lagi. ini kerana Ahlul Bait a.s adalah satu dari dua bekal berat yang wajib dipegang selepas kewafatan Rasulullah saaw sesuai dengan wasiat Junjungan suci Rasulullah saaw.
siapakah yg dimaksudkan 'ithrah, maka ibnu mundzir dalam Lisanul Arab telah menukilkan "Sesungguhnya 'ithrah Rasulullah saaw adalah keturunan Fathimah r.aIni adalah perkataan Ibnu Sayyidah. Al-Azhari berkata: "Di dalam hadis Zaid bin Tsabit, Rasulullah saaw bersabda, '...lalu dia menyebut hadis Tsaqalain' maka di sini Rasulullah saaw menjadikan 'ithrahnya sebagai Ahlul Bait.' Abu Ubaid dan yang lainnya berkata: "Ithrah seorang lelaki adalah kerabatnya". Ibnu Atsir berkata: "Ithrah seorang lelaki lebih khusus dari kaum kerabatnya". Ibnu Arabi berkata: "Ithrah seorang lelaki ialah keturunannya yang berasal dari tulang sulbinya" Ibnu Arabi melanjutkan perkatannya, "Maka 'ithrah Rasulullah saaw adalah keturunan Fathimah." (Lisan al-Arab, Jil 9)
jadi dari perbincangan di atas, Ahlul Bait bukanlah mutlak kaum kerabat, melainkan kaum kerabat yg paling khusus. oleh itu di dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa Zaid bila ditanya siapa yg dimaksudkan dengan Ahlul Bait Rasulullah saaw, apakah isteri2nya? maka telah dijawab "Tidak Demi Allah. Sesungguhnya seorang wanita tidak selamanya bersama suaminya, kerana jika dia ditalak maka dia akan kembali kepada ayah dan kaumnya. Adapun yang dimaksudkan dengan Ahlul Bait Rasulullah saaw ialah keluarga nasabnya, yg diharamkan sedekah atas mereka sepeninggalannya" |
|
|
|
|
|
|
|
sedikit mengenai siapa Ahlul Bait a.s
salam
menjadi sebahagian Ahlul Bait a.s tidak pernah diklaim oleh isteri Rasulullah saaw. Sebaliknya Amirul mukminin Ali Ibni Abi Thalib a.s berkata: "Sesungguhnya Allah Azza wajalla mengutamakan kami Ahlul Bait. Bagaimana tidak demikian padahal Allah SWT telah berfirman di dalam kitabNya "sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait, dan mensucikan kamu sesuci-sucinya" Allah SWT telah mensucikan kami dari pelbagai kekotoran baik yang tampak maupun yang tersembunyi. Maka kami berada di atas kebenaran"
begitu juga seperti yang dinyatakan oleh Imam Hasan a.s "Wahai manusia, dengarkanlah. Kamu mempunyai hati dan telinga, maka perhatikanlah. Sesungguhnya kami adalah Ahlul Bait yang telah Allah muliakan dengan Islam, dan Allah telah memilih kami, maka Dia pun menghilangkan dosa dari kami dan mensucikan kami sesuci2nya."
dan perbahasan2 lain, mengenai peribadi Ahlul Bait a.s berdasarkan hadis2 sahih ASWJ. InsyaAllah akan dibawakan selepas ini. Seperti ungkapan terkenal nahzalus yg bermaksud bahawa kebenaran akan tersingkap jua. insyaAllah.
juga,
untuk melihat siapa Ahlul Bait a.s, cuba juga lihat kepada ayat mubahalah surah Ali Imran 61. lihat siapa 4 orang yg dibawakan oleh Rasulullah saaw utk bermubahalah dengan Nasrani najran. |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by billionaire at 22-707-2003 19:59:
salam
juga,
untuk melihat siapa Ahlul Bait a.s, cuba juga lihat kepada ayat mubahalah surah Ali Imran 61. lihat siapa 4 orang yg dibawakan oleh Rasulullah saaw utk bermubahalah dengan Nasrani najran....
Salam,
betoi!!!... 4 orang yang dibawa olih Rasulullah untuk bermubahalah.. TETAPI macamana 9 orang SAHAJA ditambahkan untuk mendapat taraf Ahlul Bait fahaman anda!!! Kenapa harus berhenti pada tahun 256H? Anda mesti ada hadis Nabi SAW yang mengatakan Imam Mahdi hidup, timbul, hilang dan timbul kembali.. bila???
WHY????
Kenapa hanya dari keturunan Husain r.a. sahaja???
Macamana dari keturunan Hasan r.a.???
Banyak sangat persoalan dan tersembunyi... yang terkeluar hanya apa yang ingin anda dan lax tunjulkan beb!!! It difficult for MK to digest....
Bagi MK, mengenai kedatangan Imam Mahdi dan datangnya semula Nabi Isa a.s. adalah hak Allah SWT. Sama saperti kedatangan Hari Kiamat. Ianya diluar tanggapan fikiran manusia yang serba serbi lemah untuk memikirkan bila ianya akan tiba.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah pergi jauh sangat sehingga membincangkan persoalan Imam Mahdi... banyak lagi perkara yang berlaku di awal Islam sebelum dari itu yang belum dirungkai disni... Kalau nak ikut gaya kamu... Saya pun boleh tanya sebab apa '4 Mazhab Besar ASWJ' sahaja... sebab apa terhenti begitu sahaja... siapa suruh berhenti ijtihad last dengan Shafie? Itu keputusan siapa? Bincang dulu bab yang kamu belum jawab.:2cool:
[ Last edited by Laxamana. on 23-7-2003 at 05:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by Laxamana. at 23-707-2003 19:08:
Tak payah pergi jauh sangat sehingga membincangkan persoalan Imam Mahdi... banyak lagi perkara yang berlaku di awal Islam sebelum dari itu yang belum dirungkai disni... Kalau ...
Kenapa melenting Lax???... takut cerita 'rekaan' penglipur lara yang menjadi 'open secret' terburai ke? Menyayangi Ahlul Bait konon? Tetapi kenapa 12 + 1 orang sahaja? Tak usah nak jadikan Ahlul Bait itu sebagai ISU ler disin untuk menarik pengikut baru!!!
Bagi ASWJ, kami menghormati dan berselawat kepad Rasulullah SAW dan semua ahli keluarganya serta para Sahabat. Kami tidak pernah mencaci, menghina dan memfitnah mereka kerana bagi kami Allah SWT amat Maha Mengetahui alan segalanya.
Untuk Sdr Lax., ASWJ tidak pernah memaksa mana-mana pengikutnya mengikut ke empat-empat Imam Fiqh yang amat dikenali ramai itu, mereka adalah tempat rujukan mengenai Islam bagi ASWJ kerana bagi kami, Nabi Muhammad SAW adalah satu-satunya Imam kami. Bagi kami ke empat-empat Imam tersebut tidak MAKSUM saperti Imam-imam kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada melenting... saya OK je... bukan nak paksa-paksa... kamu Mazhab apa? Saja nak tanya... kata tak bermazhab, betul ke? Marah orang tua kamu nanti... tak pasal-pasal mengaku tak de mazhab... hehehehe, macam mana kamu meletakkan ijtihad kamu untuk hukum-hakam yang memerlukan huraian dari Al Quran? Hurai sendiri ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sedikt penjelasan tentang itrah Ahlul Bayt as
salam,
Mat Kampung bertanya:
Mat Kampong:betoi!!!... 4 orang yang dibawa olih Rasulullah untuk bermubahalah.. TETAPI macamana 9 orang SAHAJA ditambahkan untuk mendapat taraf Ahlul Bait fahaman anda!!! Kenapa harus berhenti pada tahun 256H? Anda mesti ada hadis Nabi SAW yang mengatakan Imam Mahdi hidup, timbul, hilang dan timbul kembali.. bila???
WHY????
Irfani quote sedikit jawaban Bill mengenai persoalan yang Mk timbulkan iaitu
Bill:
Ahlul Bait bukanlah mutlak kaum kerabat, melainkan kaum kerabat yg paling khusus. oleh itu di dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa Zaid bila ditanya siapa yg dimaksudkan dengan Ahlul Bait Rasulullah saaw, apakah isteri2nya? maka telah dijawab "Tidak Demi Allah. Sesungguhnya seorang wanita tidak selamanya bersama suaminya, kerana jika dia ditalak maka dia akan kembali kepada ayah dan kaumnya. Adapun yang dimaksudkan dengan Ahlul Bait Rasulullah saaw ialah keluarga nasabnya, yg diharamkan sedekah atas mereka sepeninggalannya"
Irfani:Benar apa yang dikatakan oleh Bill itu bahawa itrah Ahlul Bayt adalah yang 'terpilih' dari keturunan Rasulullah saaw yang disucikan.Bukan semua keluarga Rasulullah Saaw adalah Ahlul Bayt as sekaligus mereka adalah tergolong didalam orang yang disucikan oleh Allah SWT berdasarkan ayat 33 surah Al-Ahzab.
Dan juga bukan semua keturunan Rasulullah Saaw adalah Ahlul BAyt as.Oleh itu,siapakah Ahlul Bayt as mestilah mereka yang telah disebutkan oleh Rasulullah saaw iaitu mereka yang telah dipilih oleh Allah SWT.
Namun,bukankah sudah pasti mengikut mana-mana mazhab pun bahwa Imam Ali as,Fatimah as,Imam Hassan as dan Imam Hussein as adalah Ahlul BAyt Rasulullah saaw.Oleh itu penjelasan dari mereka adalah jawaban yang sempurna mengenai Ahlul Bayt sekaligus jawban yang paling sempurna terhadap kebenaran.Dan pastinya siapa yang meninggalkan mereka akan semakin jauh dari Ahlul Bayt yang terkemudian seperti contoh Imam Mahdi a.s. dan semakin jauh dari Ahlul Bayt beerti semakin besar kemungkinan akan tergelincir dari kebenaran(Agama Islam)kerana seperti yang disebutkan oleh Bill berdasarkan kata-kata Imam Ali as bahawa Ahlul Bayt itu bersama dengan kebenaran.Ini kerana mereka adalah Ahlul Bayt Rasulullah saaw yang disucikan dan mewarisi Ilmu Rasulullah saaw,serta bamyak lagi kelebihan-kelebihan mereka.Selaku pemimpin yang mendapat petunjuk.
Seperti yang disebut dahulu,Bahawa Imam Ali as adalah kunci kebenaran seperti yang disebut dalam sebuah hadis(lebih kurang)
'Aku adalah gedung Ilmu dan Ali adalah pintunya,barangsiapa yang ingin memasuki gedung itu mestilah melalui pintunya' .
p/s:bukankah sudah tiba masanya untuk kita memasuki gedung Rasulullah Saaw?melalui jalan yang betul?dan melupakan jalan lain?
Salam sejahtera kepada orang-orang yang benar,dan salam sejahtera kepada orang-orang yang soleh. |
|
|
|
|
|
|
|
oleh itu pesanan saya kepada Mk,carilah mereka yang menjadikan Imam Ali as sebagai Imam Selepas kerasulan Rasulullah saaw dan Ahlul Bayt sebagai ikutan mereka.Nescaya anda akan mengetahui secara pasti dan detail mengenai Imam Mahdi as dan Imam-Imam sebelumnya,dan lebih dari itu anda pasti dapat merengguk petunjuk dari mereka yang berpunca dari Rasul yang mulia ini.Dan pastinya kebenaran itu bersinar di mana-mana..sehinggakan didalam kitab hadis ASWJ pun ada meriwayatkan hadis tentang kemamahan Imam 12 Itrah Ahlul BAyt as ini seperti yang disebutkan didalam theread terdahulu.
Dan janganlah anda menuduh dengan cepat mereka yang mengikut pintu Ilmu rasulullah saaw ini sesat kerana orang yang masih belum berada didlam gedung Ilmu Rasulullah pastinya tidak mengetahui apa yang berada didalam gedung tersebut,anda faham bukan?
wasaalm |
|
|
|
|
|
|
|
oleh itu pesanan saya kepada Mk,carilah mereka yang menjadikan Imam Ali as sebagai Imam Selepas kerasulan Rasulullah saaw dan Ahlul Bayt sebagai ikutan mereka.Nescaya anda akan mengetahui secara pasti dan detail mengenai Imam Mahdi as dan Imam-Imam sebelumnya,dan lebih dari itu anda pasti dapat merengguk petunjuk dari mereka yang berpunca dari Rasul yang mulia ini.Dan pastinya kebenaran itu bersinar di mana-mana..sehinggakan didalam kitab hadis ASWJ pun ada meriwayatkan hadis tentang kemamahan Imam 12 Itrah Ahlul BAyt as ini seperti yang disebutkan didalam theread terdahulu.
Dan janganlah anda menuduh dengan cepat mereka yang mengikut pintu Ilmu rasulullah saaw ini sesat kerana orang yang masih belum berada didlam gedung Ilmu Rasulullah pastinya tidak mengetahui apa yang berada didalam gedung tersebut,anda faham bukan?
wassalam |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by irfani at 26-707-2003 14:05:
salam,
Mat Kampung bertanya:
Mat Kampong:betoi!!!... 4 orang yang dibawa olih Rasulullah untuk bermubahalah.. TETAPI macamana 9 orang SAHAJA ditambahkan untuk mendapat taraf Ahlul Bait fahaman an ...
wAHAI iRFANI,
Apa hang dok mengomel dengan benda yang sama.. jalan cerita pun sama.. DARI MULA THREAD SAMPAI LER NI DOK REPEAT BENDA YANG SAMA... MK tanya benda lain... hang dok cerita benda tu juga.. tak bolih pakai akai ke? untuk berfikir secara lojik... kenapa dan mengapa??
Apa yang MK dah tau kau dengan pemahaman kau ayat tahtir itu dan MK dengan pemahaman MK.. buat apa hang nak dok perosok pemahaman kat kapla hotak MK.. MK tau ler apa yang MK faham.. anda faham dengan tafsiran anda.. MK sikit pun tak kisah.. MK respect your decision..
TAPI..
APa yang MK nak tanya dan expect mendapat jawapan yang bolih diterima secara lojik..
1) Mengapa keturunan Saiyidina Hassan bin 'Ali tak ada sorang pun layak menjadi Imam dalam Mazhab Syiah 12 Imam? Tak power ke keturunan Saiyidina Hassan yang juga Ahlul Bait? Apa yang MK tahu kasih sayang Rasulullah kepada Saiyidina Hassan teramatlah sangat!!!
2) Mengapa keturunan Saiyidina Muhammad al-Hanifiyah bin 'Ali tak de sorang pun layak jadi Imam dalam Mazhab Syiah 12 Imam? Apa yang MK tahu Saiyidina Muhammad al-Hanafiah adalah anak dari hasil nikah Mut'ak, betoi ke? Kalau salah tolong betoikan?
JADI JANGAN DOK 'SILENCE'KAN APA YANG MK TANYA.. JAWAB SAJA STRAIGHT TO THE POINT.. JANGAN DOK MELELONG SANA SINI.. JAWAB SECARA JANTANMAN LER? |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
Originally posted by Mat Kampong at 2003-7-28 00:21:
wAHAI iRFANI,
Apa hang dok mengomel dengan benda yang sama.. jalan cerita pun sama.. DARI MULA THREAD SAMPAI LER NI DOK REPEAT BENDA YANG SAMA... MK tanya benda lain... hang d ...
SHI'ITE TREACHERY TOWARDS ISLAMIC GOVERNMENTS
The stance of most Shi'ites, scholars and laymen alike, towards the Islamic governments throughout history has been, if the government was powerful and well-established, to honour its leaders in consonance with their tenet of taqiyah, for the purpose of material gain. If, however, the government is weak, or is under attack by enemies, they side with its enemies against it. This is precisely what they did during the last days of the Umayyad dynasty when the Abbasids revolted, under the instigation of the Shi'ites of that era. ln a later time, they took the same criminal stand against the Abbasids who were threatened by the raids of Hulago and his pagan Mongol followers against the Caliphate of Islam and its glorious capital of science and civilization .
An example of this is seen in the behavior of the Shi'ite philosopher and scholar An-Naseer At-Toosi. He composed poetry in praise of Al-Musta'sim, the Abbasid Caliph, then in 65 A.H. executed a complete turn about, instigating revolution against his patron, thereby hastening the catastrophe which befell Islam in Baghdad, where he headed the butcher Hulago's blood-letting procession. In fact he personally supervised the slaughter of Muslims, sparing none, not even women, children, or the aged. This same At-Toosi also approved of wholesale dumping of valuable texts of Islamic literature in the Tigris River; its waters ran black for days from the ink of the innumerable manuscripts. Thus vanished a great treasure of the Islamic heritage consisting of works in history, literature, language and poetry, not to mention those in the Islamic religious sciences, which had been passed down from the pious of the first generation of Muslims, and which could be found in abundance until that time when they were destroyed in a cultural holocaust the like of which had never been seen before.
begitulah sejarahnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
kepada MK,
maaflah jika pada perkiraan anda jawaban itu membosankan,namun pada pemerhatian dan pengamatan saya anda yang menanyakan soalan yang memerlukan jawaban yang sama,kerana saya mengira jika anda menilai jawaban saya itu nescaya anda menanyakan apakah dalil atau tanda-tanda keimamahan mereka,setelah saya mengemukakan bahawa pemilihan keimamahan itu dipilih oleh Allah SWT,
dan tidaklah Rasulullah saaw itu mengikut hawa nafsunya atau bersifat pilih kasih didlam menentukan siapakah Imam,ketahuilah MK kasih Rasulullah saaw tidak didasari oleh perasaan pilih kasih namun ia adalah kesan dari Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,jika Rasulullah Saaw kasih pada Ahlul Bayt as ia beerti itulah kasih Allah SWT.DAn jika Allah SWT telah memilih keturunan dari keturunan Imam Hussein as,itu adalah pilihan Allah SWT yang diredhai oleh orang2 beriman apatah lagi Rasul-Nya yang teramat mulia!Lalu kami telah pun mengemukakan dalil dan kami lebih suka menunjukkan kebenaran itu yang terdapat didalam kitab-kitab ASWJ yang tidak mengakui keimamahan Imam Ahlul Bayt as(seperti yang dikemukakan dalil-dalilnya oleh Bill,Lax dan saya) walaupun kitab-kitab tulisan mereka 'mengetahuinya'.
Dari konsep pemilihan ini pula hendaklah anda tahu bahwa ia telah dipilih sejak azali lagi,sebelum wujudnya ciptaan-ciptaan Allah SWT,seperti mana Al-Quran yang telah wujud sebelum wujudnya ciptaan.Kerana Dialah yang Maha Pencipta yang tidak memerlukan contoh dalam memulakan penciptaan-Nya.Dan Dia Yang Maha Mengetahui lebih Mengetahui apa yang Dia perbuat sedangkan kita ditanya tentang ketaatan kita kepada-Nya,apakah kita telah patuh kepada segala ketetapan syariat-Nya,Apakah kita telah patuh kepada ulul amriNya?Ataukah kita telah mengikuti hujah-hujah dusta yang membatilkan para Hujah-Nya,(Imam-Imam) dengan hujah-hujah ciptaan kita sendiri tanpa ada sebarang ayat yang diturunkan kepada kita mengenai tindakan kita itu.Semoga Allah SWT melindungi kita dari kesesatan dan membawa kita kepada kebenaran,amin.
Wassalam.
[ Last edited by irfani on 29-7-2003 at 05:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
APa yang MK nak tanya dan expect mendapat jawapan yang bolih diterima secara lojik..
1) Mengapa keturunan Saiyidina Hassan bin 'Ali tak ada sorang pun layak menjadi Imam dalam Mazhab Syiah 12 Imam? Tak power ke keturunan Saiyidina Hassan yang juga Ahlul Bait? Apa yang MK tahu kasih sayang Rasulullah kepada Saiyidina Hassan teramatlah sangat!!!
2) Mengapa keturunan Saiyidina Muhammad al-Hanifiyah bin 'Ali tak de sorang pun layak jadi Imam dalam Mazhab Syiah 12 Imam? Apa yang MK tahu Saiyidina Muhammad al-Hanafiah adalah anak dari hasil nikah Mut'ak, betoi ke? Kalau salah tolong betoikan?
JADI JANGAN DOK 'SILENCE'KAN APA YANG MK TANYA.. JAWAB SAJA STRAIGHT TO THE POINT.. JANGAN DOK MELELONG SANA SINI.. JAWAB SECARA JANTANMAN LER?
salam
mungkin ini ada jawapan utk orang yg kurang adab seperti anda, mungkin sebab anda berada lama di singapore, anda lupa bagaimana caranya orang melayu beradab. namun kami faham kerana anda dan kebiadapan telah sinonim.
1) sesiapapun yg menjadi imam, kami tidak pernah menafikan kelebihan mereka (tidak seperti anda). oleh itu tidak timbul persoalan "mengapa imam dari keturunan Imam Hussein a.s". Sebagaimana kami tidak pernah mempertikaikan pilihan Allah SWT apabila menjadikan keturunan Nabi Ismail a.s (dan bukan keturunan Nabi Ishak a.s) utk dikurniakan dengan kerasulan terakhir dan Imamah.
2) soalan ini telah dijawab di atas, dan kami percaya pemilihan Imam adalah berdasarkan nas al-Quran dan diterangkan melalui hadis, bukan manusia yg melantiknya. mengenai anak mutaah, ianya tidak menjadi sesuatu kekurangan (sekiranya benar). Kerana para sahabat pun bermutaah sehingga Umar mengharamkannya. (mengharamkan hukum Allah SWT ini) |
|
|
|
|
|
|
|
manakala mengenai kejahilan anda akibat kesombongan anda yg telah tersohor itu, iaitu berhubung dengan ayat tahthir, mengapa tidak anda rujukkan kepada saudara Nahzalus mengenai mengapa digunakan dhamir (ganti nama) KUM apabila sahaja Allah menyebut Ahlul Bait? |
|
|
|
|
|
|
|
MK tak jawab pun sebab apa tolak Ithrah Ahlul Bait dan menerimah Sunnah... dan lebih teruk lagi mengaku tak de Mazhab buat panduan berijtihad... tapi, pandai pula suruh orang jawab soalan yang direka-reka nya.... |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by irfani at 29-707-2003 18:58:
Salam
kepada MK,
maaflah jika pada perkiraan anda jawaban itu membosankan,namun pada pemerhatian dan pengamatan saya anda yang menanyakan soalan yang memerlukan jawaban yang sama,kerana saya meng ...
Salam,
Wahai bill... I'm very sorry... b'coz MK don't want to comments anything on your answers. I will keep it to myself...
Mengenai 'cut and paste' yg dibuat olih TP adalah kerana ingin tahu apakah jawapan anda mengenai persoalan yang ada disitu? Anda sebagai Syiah imamah harus menjawab dengan pemahaman anda dan kami akan terima apa saja jawapan anda dengan harapan anda menjawab dengan iklas.. bukan bersifat TAQQIYAH...
Bagi MK... saya agak saya tahu serba sedikit mengenai perwatakan anda.. olih itu usahlah anda dakwahkan pemahaman anda kepada kalangan ASWJ kerana ianya banyak buruk dari baik.. macam cerita tahyul... (maaf) |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by Laxamana. at 30-707-2003 10:50:
MK tak jawab pun sebab apa tolak Ithrah Ahlul Bait dan menerimah Sunnah... dan lebih teruk lagi mengaku tak de Mazhab buat panduan berijtihad... tapi, pandai pula suruh orang jawab soalan yang dire ...
Inilah insan yang perasan dep atahu dan betul sahaja... cuba hang tengok balik thread.. soalan tu dah jawab.. berapa kali nak buat ulang tayang..
FYI, pemahaman tafsiran anda ADALAH salah bagi MK... bagi MK untuk berijtihad adalah senang buat masa ini kerana banyak informasi yang bolih didapati.. baik dari mazhab Hanafi, Hambali, Malik dan Shafie..ataupun dari Syiah jika perawinya bolih dipercayai.. apa masaalah brother.. ada akai pakai ler.. jangan taksub... |
|
|
|
|
|
|
|
Kamu mana jawab kenapa tolak Kitabullah dan Ithrah Ahlul Bait... saya cabar awak bawa jawapan yang anda mengaku dah diposkan ke sini.... kita lihat siapa taksub.... banyak hal yang akan dibuka berkenaan ini... bawakan dulu, hujah penolakan anda yang mengaku pandai berijtihad sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
Originally posted by Laxamana. at 2003-7-30 08:58:
Kamu mana jawab kenapa tolak Kitabullah dan Ithrah Ahlul Bait... saya cabar awak bawa jawapan yang anda mengaku dah diposkan ke sini.... kita lihat siapa taksub.... banyak hal yang akan dibuka ber ...
yeah!! yeah!1 Lax menang! ambik ler Piala tu sama satu ketui batu..
Lax, kau punya batu yang diguna semasa solat tu berasal dari mana? Ada power ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|