|
Mereka Yg Tertewas (1 & 2)
Joget Cinta Pertama/Kedua/Ketiga |
|
|
|
|
|
|
|
Tunas - Hlovate. Citer pasal students kat SBP yg nakal tp pandai. Boleh buat drama bersiri. Tunas ni prequel Aa+ Bb
Aa+ Bb pun best
novel novel Noor Suraya pun best di jadikan drama bersiri - Nyanyian Tanjung Sepi, Surat Ungu untuk Nuha, Panggil Aku Dahlia
Street Vendetta ( Anita Aruszi ) pun best jugak - ada unsur romantis, misteri dan komedi |
|
|
|
|
|
|
|
for me..aku nak cter bila sena kembali berbunga by amaruszati noor rahim...besh oo cter ni...korang penah bace tak? few years ago..aku ade la email2 ngn author dia...time tu dia ckp dia tgh wat skrip utk cter ni..sbb nak wat drama...tinggal tunggu org nak beli je skrip dia..lebey kuang camtu la...smpi la ni aku tunggu takde gak...ke dh ade...tp tukar tajuk? |
|
|
|
|
|
|
|
setuju bangat kalau komik under 18 tuh buat tv series lps tuh pasang kat 8 tv
choolakaw Post at 26-6-2009 10:19
Ha'ah wat konsep 1 malaysia mcm2 bangsa ada... amik jek pelakon remaja yg fresh & gila2... mesti gempak... akupun minat gak komik nih... |
|
|
|
|
|
|
|
aku minat giler novel RAMLEE AWANG MURSHID..btol ke eja ni hehe..sape2 peminat thriller novel baca la novel2 dia ni...novel dia ni buat aku rse mcm tgk thriller movie....now aku tgh baca bagaikan puteri..kisah pasal haryani yg koma msk dlm zaman hang tuah..mmg bes giler...kalo la ada yg nk buat movie mmg aku wajib tgk |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama xbeli novel..jadi dh xtau cite hape yg patut didramakan melalui cerita novel.. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam bli novel donia rm 5 je.. creative wat promotion. ada gak novel lain teja beli. nanti teja post novel ape yg best kalau wat drama.. |
|
|
|
|
|
|
|
HIDAYAH CINTA
Judul: HIDAYAH CINTA
Penulis: ILHAM HAMDANI
ISBN: 978-983-3604-71-5
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Harga: RM 23.00 (Sem. Malaysia) / RM 26.00 (Sabah/Sarawak)
Ketebalan: 402 halaman
Cetakan pertama: 2008
Testimonial :
" Membaca karya Ilham Hamdani ini bagaikan menyusuri sendiri jalan-jalan sepi di Ibaraki, bagaikan benar-benar bernafas dalam nafas Umar Thilmisani, bagaikan berada dalam resah dan harap Ayumi. Penceritaan yang terkesan di hati. Sarat dengan sempadan dan teladan. Dan ingatan pada Dia yang berkuasa di atas tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Novel yang segar persis bunga-bunga sakura yang tidak akan hilang seri, meski alam saling bergantian antara musim-musim dingin yang menikam, bunga yang riang, panas yang menggigit dan luruh yang asyik..."
John Norafizan, Novelis Sempadan Tanpa Seri, Berikan Aku Satu Bintang, Cinderella Hati dan Garis Dejavu
" Kandou shimatsu (terharu) Itu reaksi spontan usai membaca Hidayah Cinta. Ya, diakui cinta dan kasih sayang itu adalah satu anugerah terulung dari al-Khaliq. Adaptasi cinta dan kasih sayang oleh penulis melebar tanpa sempadan. Tidak hanya cinta Thilmisani kepada Ayumi, juga cinta dan pengorbanan Thilmisani yang mendermakan sebelah buah pinggangnya untuk Hiroo, sahabat akrabnya. Paling agung, cinta Ayumi kepada Islam. Saya kagum dengan latar belakang penceritaan di bumi sakura yang dibuat dengen begitu terperinci. Pembaca seperti dibawa mengembara ke bumi matahari terbit itu. Cukup menerjah semula kenangan lama saya di Fukushima, semasa berkelana selama empat tahun dahulu."
Blogger Rudy Bluehikari, lulusan Fakulti Undang-undang, Universiti Fukushima, Jepun.
" Saya mengenali tulisan Ilham Hamdabni agak lama sejak kelahiran cepen sulungnya, Wardah Ain Salbila, malahan saya mengikuti jatuh bangunnya, buta celiknya dalam penulisan. Pada saya Hidayah Cinta adalah karya terbaiknya setakat ini. Sebagai wanita, saya cukup tersentuh. Watak Ayumi begitu meninggalkan kesan! Saya melihat babak demi babak tentang Ayumi yang berjaya diadun baik antara ramuan cinta dan agamanya. Ah, latar belakang bumi sakura menambahkan rasa lazat dalam Hidayah Cinta. Sama ada abnda pencinta biasa, ayaupun pencintya agama, Hidayah cinta punya kedua-duanya"
Sri Diah, Novelis & editor Kumpulan Karangkraf
Sinopsis :
Ibaraki, atau lebih tepatnya perdaerahan Hitachi di tanah Sakura; tempat seorang pelajar Malaysia mendalami ilmu kejuruteraan mengambil tempat sebagai lokasi penceritaan. Bandar Hitachi; sebuah daerah di timur kotaraya Tokyo, bersempadan dengan laut, bukit-bukau yang hijau, tasik membiru menjadi latar sebuah permulaan percintaan, Umar Thilmisani dan Ayumi.
Kasih sayang itu luas maknanya. Lantas mengapa ungkapan cinta itu sering disalah tafsir golongan ekstrimis cinta, hingga menjuruskan makna cinta hanya untuk satu erti sedangkan sinar itu sebenarnya hadir tanpa sempadan yang nyata.
Hidayah, anugerah cinta dan kasih sayang terulung dari al-Khaliq. Seindah maknanya, karya ini diwarnai dengan kasih sayang, tidak pula disempitkan definisinya kepada cinta sesama manusia semata-mata sebaliknya turut menyentuh aspek cinta kepada yang Maha Esa, kepada agama Allah, kepada Islam.
Pertama kali membaca Hidayah Cinta, pembaca akan tertarik dengan gaya penyampaian penulis dalam mengeksplorasi latar belakang negara matahari terbit, Jepun. Penulis berjaya menyisipkan pengalaman selama menetap di sana untuk dikongsi bersama pembaca. Kenangan terindah itu akhirnya menzahirkan keunikan dalam karyanya sehingga mampu membangkitkan daya imaginasi tersendiri kepada pembaca.
Penceritaan mengambil latar belakang geografi bumi Ibaraki, atau lebih tepatnya daerah Hitachi, sebuah kawasan di timur kota raya Tokyo. Letaknya bersempadan dengan laut, bukit-bukau yang hijau dan tasik membiru yang sesuai benar dijadikan seting prolog percintaan antara Umar Thilmisani dengan Takahashi Ayumi.
Pertemuan pertama, membibitkan perasaan benci yang menggunung dalam diri Takahashi Ayumi. Umar Thilmisani seperti sengaja mahu memalukan dia. 'Budaya yang diamalkan Thilmisani memang sesuatu yang kolot.' Itulah antara persepsi awal Ayumi tentang lelaki kacak itu. Tapi mengapa setiap kali hatinya menjerit benci, setiap kali itu jugalah wajah Thilmisani menerjah mindanya.
Akhirnya ucapan maaf dihulur dan perkenalan mereka menjadi akrab. Demi persahabatan yang baru bercambah, Thilmisani menghadiahkan kitab tafsir al-Quran kepada gadis itu. Kesungguhan Ayumi dalam mengenali Islam terserlah sehingga dia meluahkan perasaan cinta dan kasih terhadap Islam kepada Thilmisani.
Hidayah Cinta merungkai persoalan-persoalan yang berlegar dalam kehidupan seharian. Isu kesetiaan dalam persahabatan begitu jelas dinyatakan dalam watak Thilmisani. Kesanggupan Thilmisani mendermakan buah pinggangnya demi menyelamatkan nyawa sahabat karibnya memang mengharukan. Pengorbanan ini menjadikan dia model sahabat paling unggul.
Watak Ayumi pula mampu menyentuh naluri pembaca wanita. Dia seorang yang tulus, tidak membenci insan lain walaupun ada yang mencemburui kecintaan Thilmisani kepadanya. Hati wanitanya sungguh murni dan tidak pernah sedetik pun dia ingin membalas dendam, malah dia dengan sepenuh hati mendoakan insan yang membencinya agar selamat dan dilindungi Tuhan.
Dengan gambaran personaliti watak yang digarap penuh hemah, Ilham Hamdani berjaya mewujudkan sebuah karya Islami yang lengkap dengan rencah kehidupan dua budaya yang dipisahkan sempadan lautan. Penceritaannya juga santai dan mudah difahami sesuai untuk semua golongan pembaca, dalam masa yang sama ia mampu membuai perasaan hingga pembaca terbawa-bawa dengan watak dalam penceritaannya. |
|
|
|
|
|
|
|
i paling ingat cite pilot cafe......
sbb time kat skola dulu pinjam yg kwn then kena curik :@
i kena ganti balik novel tue :@
kalo cite tu wat drama mesti best......
set kena grand laa......
bg remy ishak jd lead
i xtau pun ade sambungan.......
kena carik neh....... |
|
|
|
|
|
|
|
for me..aku nak cter bila sena kembali berbunga by amaruszati noor rahim...besh oo cter ni...korang penah bace tak? few years ago..aku ade la email2 ngn author dia...time tu dia ckp dia tgh wat skrip ...
eskremVanila Post at 25-9-2009 02:07
bestkan novel ni...zek dgn fika...
if dpt didramakan...bestnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
novel sutera dalam lukisan-abd talib hasan
crita ala² jibam sket.. pasal budak 3 suku nama bujei yg slalu kna aniaya dgn jenal samseng kampung. bujei ni jadi terencat sket lepas mak bapak dia  ...
kurenblack Post at 12-9-2009 00:34
aq rasa novel nie dah buat drama@filem.. but not sure..... kene follow up tv...  |
|
|
|
|
|
|
|
cinta ppertama dari norhayati iberahim, best nyer cerite nie, cuma nak cari pelakon yang digambarkan dalam novel tu mang payah la... pastu cerite bukan puteri lindungan bulan ahadiat akasha....peh best gak nie.. la nie yang slalu aq nengok karya2 syarifah abu salem je yang di angkat menjadi drama bersiri.. contohnyer tabgisan bulan madu,... untu drama sumpahan bunian kat tv 3 tu pon dia yang menulis skripnyer.. tahniah.... |
|
|
|
|
|
|
|
dkt kedai buku skang cm dah jarang ada novel yg best kalo nk didrama kan...:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by jingga007 at 2-10-2009 23:30
Assalamualaikum.Aku sebab tak dapat tidur langsung pagi nie..Jadi tiba-tiba terfikir pasal Novel dan Drama.Aku pun tak tahu kenapa.
Jadi aku nak tany ...
jingga007 Post at 25-6-2009 07:06
lama micha terbyg2 sendiri, novel hatiku di harajuku. kalo didramakan mst best......
ryu watanabe - micha xtau sape yg sesuai. maybe kene cari muke ganas2 sket. aaron aziz??
sabrina - sape2 pn bleh
pmpuan jepun( lupe nm dia pe ) - nasya aziz, sbb muke dia ala2 jepun sket |
|
|
|
|
|
|
|
mek baru habis satu novel nie tau..tajuk dia andai itu takdirnya..
cerita dia sgt sedeyh...mek meleleh2 air mata menangis..
xtahulah penah ada ke idak org cdgkan..
yg pasti cerita nie actually sama je cm novel2 yg penah ada sblm nie..but part sedih dia tue yg mek rasa ada kelainan...
nnt mek cerita secara detail lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
i nak cite trilogi tombiruo, trilogi bagaikan puteri dari ramlee awang murshid & agenda alam hitam : kelahiran mufrad + agenda alam hitam : vamphra ...
yg pasti kene cari pelakon yg seswai utk watak sunan utk trilogi bagaikan puteri, watak eijim utk trilogi tombiruo + watak massurya syah utk agenda alam hitam
yg pasti novel agenda alam hitam nie susah sket
sebb massurya syah merantau smpai ke england ... naik kapal
pastu tahun dulu kala lak tuh
sape terrer wat cite nie mmg terrer
bajet sure tinggi giler ...
|
|
|
|
|
|
|
|
mek rasa kalo novel andai itu takdirnya jadi drama mesti meleleh airmata...
nnt mek tulis serba sedikit psl novel andai itu takdirnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
mek dh jumpa sinopsis novel andai itu takdirnya....jap lg mek tepek yerk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk : Andai Itu Takdirnya
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3669-65-3
Mukasurat : 588 Halaman
Status Stok : ADA
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.
"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."
Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.
"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."
Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.
"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."
Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?
"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."
Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.
"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."
Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.
"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."
p/s:hambik ko..dengan muka surat sekalik mek letak..ekeke..tp serius if novel nie dijadikan as drama..sure akan sedih n will make me cry..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|