CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BikerLady

Bermazhab Haram dan Sesat

[Copy link]
Post time 22-5-2007 06:59 PM | Show all posts
pada pandangan aku la maksud surah al nahl ayat 43 tu ialah


42.   Ini kerana mereka itu sabar dan tabah hati, dan kepada Tuhan mereka sajalah mereka letakkan kepercayaan.

43.   Kami tidak menghantar sebelum kamu melainkan lelaki yang kami meinspirasikan. Tanyalah kepada orang orang yang tahu berkenaan kitab, jika kamu tidak mengetahuinya.

44.   Kami berikan bukti bukti dan kitab kitab untuk mereka. Dan kami turunkan mesej ini, untuk diumumkan kepada manusia apa apa yang telah diturunkan kepada mereka, semoga mereka dapat memikirkan.

45.   Adakah orang orang yang merancang dengan perancangan yang jahat itu menjamin bahwa Allah tidak akan menyebabkan bumi menelan mereka, ataupun bencana tidak akan datang kepada mereka sedangkan mereka tidak menjangkakannya?

pada pendapat aku le maksud ahli zikir(terjemahan bacaan) ialah orang yg mengetahui
kitab terdahulu iaitu taurat dan injil.maksud ayat menghantar sebelum kamu tu ialah nabi
terdahulu iaitu nabi musa dan nabi isa.itu suruhan allah jika kita masih ragu dengan quran ni.
  ayat 44 juga allah menegaskan bukti kekuasaan allah telah ditunjukkan semasa nabi
terdahulu ,kitab juga (Taurat,injil) di turunkan.kemudian allah menurunkan quran(mesej ini)
untuk melengkapkan kitab terdahulu untuk diumumkan kepada manusia .sekian
tu le aku punya paham

wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2007 10:59 AM | Show all posts
bukankah Imam As-Syafie dari keturunan Rasulullah (ahlul-bait)? Kenapa puak syiah tak mengiktiraf imam2 dari kalangan ahlul bait ini juga?

[ Last edited by  cak! at 23-5-2007 11:00 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by cak! at 23-5-2007 10:59 AM
bukankah Imam As-Syafie dari keturunan Rasulullah (ahlul-bait)? Kenapa puak syiah tak mengiktiraf imam2 dari kalangan ahlul bait ini juga?

Anda bertanya di ruangan yang salah kot?

Kalau nak tahu juga jawapannya saya syorkan agar anda mengkaji dulu perbezaan antara konsep Imam dari sudut ASWJ dan Syiah. Dikhuatiri nanti kalau anda bertanya pula pada Golongan Anti-Hadis maka jawapan mereka Imam hanyalah Al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 01:05 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 23-5-2007 11:18 PM

Anda bertanya di ruangan yang salah kot?
<snip>Dikhuatiri nanti kalau anda bertanya pula pada GolonganAnti-Hadis maka jawapan mereka Imam hanyalah Al-Quran.


Salam cak!, gravedigger, semua

Jika anda meneliti pegangan dan hujah2 antara ASWJ dan Syiah, satu perkara yang anda akan lihat adalah bagaimana kedua2 mazhab saling bertelagah untuk menunjukkan Imam2 mereka adalah orang yg sepatutnya diiktiraf sebagai orang yg benar.  Fokus hujah2 mereka (Sunni/Syiah) berkisar kepada personaliti manusia.  Selain dari merujuk kepada koleksi2 hadith masing2, sandaran2 yg dibuat dari al Qur'an juga diselarikan dan diubahsuai agar menepati fahaman masing2.

Akibat dari ini, Islam sebagai ad-Deen telah hilang dari pengertian seperti yang dijelaskan oleh ayat2 al Qur'an.  Ini yang saya cuba hujahkan bila saya mengajak forumer melihat kembali pengertian ayat2 al Qur'an yg sepatutnya dibaca secara konsisten dan melihat fakta2 didlm nya tanpa membuat andaian2 yg tidak berasas.

Cak! tidak harus gusar bila golongan2 yg dilabelkan sebagai "Anti-Hadis" memberi pendapat mereka. Branding/Labeling yg diberi bukanlah bererti saya ini anti-Hadis, tetapi sebaliknya saya menekankan pemahaman al Qur'an itu sendiri bagi menjawab isu2 yg diketengahkan di forum ini. Penglabelan (anti-Hadis) itu sendiri adalah paranoia bagi mereka yg tidak mahu mengkaji dan memahami isi kandungan al Qur'an.  Ironi, mereka2 ini tidak pula mengelarkan diri mereka anti-al Qur'an.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 01:17 AM | Show all posts
Salam ulartedung,

Originally posted by ulartedung at 22-5-2007 06:59 PM
pada pendapat aku le maksud ahli zikir(terjemahan bacaan) ialah orang yg mengetahui
kitab terdahulu iaitu taurat dan injil.


Orang yg mengetahui kitab adalah orang yg telah diberi Peringatan/Zikr/Reminder.  Apa yg difahami oleh mereka2 ini adalah perkara kedua.

Originally posted by ulartedung
maksud ayat menghantar sebelum kamu tu ialah nabi
terdahulu iaitu nabi musa dan nabi isa.


Ok.. walaupun secara sepsifik ianya juga merujuk kepada Kitab2 yg terdahulu termasuklah Taurat dan Injil.


Originally posted by ulartedung
itu suruhan allah jika kita masih ragu dengan quran ni.
  ayat 44 juga allah menegaskan bukti kekuasaan allah telah ditunjukkan semasa nabi
terdahulu ,kitab juga (Taurat,injil) di turunkan.


Bukti kekuasaan Allah ada dimana2.  Lihat sahaja alam sekeliling kita sebagai contoh.  Sebaliknay ayat 44 adalah berkisar kepada Peringatan2/Reminder/Zikr yg telah diberi kpd umat2 terdahulu.

Originally posted by ulartedung
kemudian allah menurunkan quran(mesej ini)
untuk melengkapkan kitab terdahulu untuk diumumkan kepada manusia .sekian
tu le aku punya paham

wallahualam


Turunnya al Qur'an TIDAK melengkapkan kitab2 terdahulu, tetapi mengulangi Zikr/Reminder/Peringatan yg telah diberikan sebelum ini.  Dengan mengatakan Tuhan melengkapkan kitab2 yg terdahulu, membawa maksud yg Tuhan lupa untuk berbuat demikian ketika diturunkan Kitab2 tersebut.  Ini tidak bertepatan dgn sifat Tuhan itu sendiri.


Salam.

[ Last edited by  M5 at 24-5-2007 01:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 10:03 AM | Show all posts
from M5

Salam cak!, gravedigger, semua

Jika anda meneliti pegangan dan hujah2 antara ASWJ dan Syiah, satu perkara yang anda akan lihat adalah bagaimana kedua2 mazhab saling bertelagah untuk menunjukkan Imam2 mereka adalah orang yg sepatutnya diiktiraf sebagai orang yg benar.  Fokus hujah2 mereka (Sunni/Syiah) berkisar kepada personaliti manusia.  Selain dari merujuk kepada koleksi2 hadith masing2, sandaran2 yg dibuat dari al Qur'an juga diselarikan dan diubahsuai agar menepati fahaman masing2.

*****************************************************************************************************

Bukan kita hendak taksub dgn Imam2 ni..tapi mereka lebih berilmu,alim ulama', dan diiktiraf sebahagian besar umat Islam di dunia..mereka juga benar2 mengkaji, terdiri dari kalangan org arab pula mestilah pemahaman mereka lebih baik berbanding kita yg hendak mengkaji sendiri mengikut pemikiran kita yg tak seberapa ini.

kan ada sabda Allah yg menuntut kita bertanya/mengikut kepada org yg lebih mengetahui?

[ Last edited by  cak! at 24-5-2007 10:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2007 10:21 AM | Show all posts

Reply #303 Gravedigger's post

Jika syiah mengagung-agungkan kalangan ahlul-bait,sepatutnya ia tidak 'meminggirkan' imam dari kalangan ahlul bait yg lain juga...

bukan nak kata imam ni benar or tidak tetapi pegangan imam2 dari kalangan ahlul bait yg diikuti ASWJ juga perlu diambil kira.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 11-5-2007 11:35 PM

Jika sekali pandang memang tidak ada yg pelik ttg tafsiran ayat Q16:43 diatas.  always_typo mengambil tafsiran Q16:43 untuk menjustifikasikan fahaman bermazhab.  Sedangkan konteks ayat Q16:43 tidak ada kena mengena dgn fahaman mazhab.  Malah fais-aloo ahla alththikriadalah dirujuk kepada orang2 yg telah diberi penerangan dgn Kitab ygditurunkan sebelum turunnya al Qur'an.  Didlm konteks Q16:43,  ahla alththikri itu dijelaskan sebagai penerima penerangan dari Kitab Zabur/The Psalms.  Perhatikan Q16:44


Maaf kerana lambat reply.



Tidak ada penafian dari saya. Dari konteks Al Quran, memang ayat itu ditujukan kepada golongan orang musyrik dan golongan ahli kitab.

Tetapi perlu diingat, suruhan ini berada dalam kitab Al Quran, kitab yang saya dan tuan-tuan baca. Jadi, ianya ditujukan juga kepada saya. Sepertimana kaum musyrik yang tidak mahu beriman kepada Allah perlu bertanya kepada ahli-ahli mereka, begitu juga saya yang jahil tentang agama kerana ditakdirkan lahir di zaman ini,  tidak sempat bertemu dengan Rasulullah s.a.w secara berdepan, perlulah bertanya kepada yang lebih arif dan berpengetahuan dari saya untuk belajar.

Itulah yang saya faham tentang ayat ini.



Di dalam al quran ada banyak suruhan  yang ditujukan kepada satu golongan tetapi ianya sebenarnya juga applicable kepada semua golongan. Contoh, ada ayat-ayat yang dimulakan dengan ayat "Ya Bani Israiil.." tetapi suruhan itu adalah applicable kepada semua. Satu contoh Al Baqarah 40-45, walaupun ditujukan kepada Bani Israil tapi saya yakin kita semua kena mengkaji dan beramal dengannya.



[40] Wahai Bani Israil!Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamudan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakanperjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasagerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
[41] Dan berimanlah kamudengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitabyang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yangmula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikanayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yangsedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa.
[42]Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dankamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
[43]Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklahkamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
[44] Patutkah kamu menyuruhmanusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamusendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
[45] Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalansabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang ituamatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
[46]
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.


Saya gembira suruhan AnNahl 43 itu terdapat dalam Al Quran, kerana berdasarkan ilmu yang saya pelajari,  ianya  memang BOLEH diguna pakai untuk menjustifikasikan  keperluan manusia belajar tentang agama yang lurus dengan BERTANYA kepada orang-orang yang lebih arif dari mereka.

Saya pasti ada yang tak setuju dengan saya tetapi bagi saya faktor inilah (kewujudan golongan awam yang sedar diri mereka majhul (tidak mengetahui) dan mula bertanya org lain) yang menyebabkan bermulanya mazhab dalam Islam.  Faktor itu tidak boleh dielak, ianya adalah satu 'natural progression' dan ketentuan Allah bagi setiap ilmu yang diamalkan manusia bagi satu jangkamasa yang panjang..

Walau dengan wujudnya pelbagai alat pengajaran yang canggih masa ini, manusia masih memerlukan tradisi "bertanya dan menjawab" ini dalam mencari ilmu. Begitulah benarnya kenyataan Al Quran Surah An Nahl ayat 43.

Sebab itulah para ilmuan adalah penting dan disebut Nabi sendiri "warithatul anbiya".  Ayuh tuan dan puan, janganlah kita memperlekehkan para ilmuan Islam. Para ilmuan mendapat sanjungan dari Allah dan menjadi saksi keesaan dan kekuasaan Allah, sepertimana yang disebut dalam Al Quran..surah Ali Imran 18 (ayat yg selalu dibaca semasa zikir selepas solat).

[18] Allah menerangkan(kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanyatiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasamentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat sertaorang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian);tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagiMaha Bijaksana.


Siapakah para ilmuan ini? Adakah mereka sama dengan para ilmuan dari ugama-ugama lain aka Buddha, Hindu, Kristian dan Yahudi? Masing-masing kita ada jawapan masing-masing. Dan Allah yang Lebih Mengetahui..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2007 12:39 PM | Show all posts
salam
Maaf M5 tapi semuanya telah selesai,

Saya faham tentang konsep ayat dan saya tahu apa yg anda maksudkan. Tetapi masalah ni sebenarnya sudah selesai. Anda bebas utk mengatakan perkara2 buruk yg anda suka tetapi saya tak nampak satu pun jawapan anda yg sebenarnya boleh memuaskan perbincangan.

Bagi yg masih mahu percaya Ahli Zikir = Ahli Kitab
Konteks ayat 揵ertanya kepada ahli Zikir
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by cak! at 24-5-2007 10:21 AM
Jika syiah mengagung-agungkan kalangan ahlul-bait,sepatutnya ia tidak 'meminggirkan' imam dari kalangan ahlul bait yg lain juga...

bukan nak kata imam ni benar or tidak tetapi pegangan imam2 d ...

kalaua nda tahu apa pengertian Ahlul Bait di sisi kami tentu anda tidak keluarkan kenyataan seperti ini. Tapi anda kan dah bersetuju dengan Gapodio ttg masalah penafsiran hadis, maka bolehlah anda berehat dari bersusah payah memikirkan ttg masalah Syiah ni.

wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2007 06:15 PM | Show all posts
Dah panjang perbahasan ini but I see no point yang mengatakan wajib bermazhab. Bukankah lebih selamat lagi kalau kita mengikut golongan2 awal atau yg I tahu golongan ulama salaf yang lebih dekat lagi dgn nabi.
Golongan bermazhab ini sama seperti golongan Yahudi dan kristian yang banyak membuat inovasi ikut nafsu mereka. Even the 4 Imam bukannya tak boleh buat silap dan kita hari inilah yang perlu menilai kembali hujjah2 mereka.
Be rational guys!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 09:50 PM | Show all posts

Reply #311 BikerLady's post

hancurrr!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 12:25 AM | Show all posts
Originally posted by cak! at 24-5-2007 10:03 AM
Bukan kita hendak taksub dgn Imam2 ni..tapi mereka lebih berilmu,alimulama', dan diiktiraf sebahagian besar umat Islam di dunia..mereka jugabenar2 mengkaji, terdiri dari kalangan org arab pula mestilah pemahamanmereka lebih baik berbanding kita yg hendak mengkaji sendiri mengikutpemikiran kita yg tak seberapa ini.

kan ada sabda Allah yg menuntut kita bertanya/mengikut kepada org yg lebih mengetahui?


Terima kasih kerana menjelaskan pandangan saudara.  As a person saya nampak Cak! ni adalah ciri2 Libran.  Tidak suka akan konfrontasi.  Antara yg saya dapat fahami dari penjelasan diatas, saudara mengajak kita agar jangan taksub dgn Imam2.  Tetapi oleh kerana mereka2 ini lebih mengkaji, pandangan2 mereka dapat dilihat sebagai yg lebih tepat dgn ajaran2 al Qur'an.

Saya tidak mempersoalkan proses pembelajaran sebegini, sebaliknya apa yg saya tekankan adalah apa jua tafsiran yg mereka sandarkan, al Qur'an itu sendiri boleh digunakan untuk memastikan status sesuatu kebenaran.

Saya ringkaskan sedikit ttg isu ini.

Alim2 ulama mengkaji kandungan al Qur'an dan memberikan pandangan2 mereka.  Kita rujuk kepada mereka untuk mendapatkan kebenanaran.  Dgn berpegang kpd pendapat mereka, kita akan merasakan yg diri kita sekurang2nya berada didlm zon selamat.  Mereka sebagai org2 yg lebih mengetahui, untuk berbuat silap didlm pemahaman mereka adalah amat tipis.  Jika salah pandangan mereka sekalipun, pengikutnya tidak akan dipertanggungjawabkan kerana kita hanya berpegang pada pandangan mereka.  Atau dlm kata lain, pengikut tidak wajar untuk dipersalahkan.  Adakah benar pandangan sebegini?

Tetapi apabila saya kembali kpd rujukan al Qur'an, jelas sekali setiap individu akan dipertanggungjawabkan atas pilihan masing2.  Kita juga disarankan untuk melihat dgn kaca mata diri sendiri atas setiap yg dikaitkan dgn nama Tuhan.  Lihat Q17:36.

Bagaiamana hendak "verify"?  Mana mungkin kita boleh faham al Qur'an sedangkan kita ini bukannya berbangsa Arab.  Lagipun al Qur'an ini dikatakan sebagai tidak mungkin dapat difahami melainkan adanya panduan2 sebagai contoh dari Mullah2 yg bergelar org suci (terutamanya bagi Syiah).  Ini adalah "mental bondage"  yg berjaya mengaburi akal manusia untuk tunduk dan akur pada golongan2 elit didlm agama.  Tafsiran2 mereka walaupun diselitkan dgn kisah2 dan amalan yg tak masuk akal, tetapi atas nama Tuhan kita tidak dibenarkan untuk mempersoalkan kesahihannya.

Sebagai contoh, lihat bagaimana Q17:1 dikatakan sebagai Isra' Mikraj sedangkan Q17:2 menceritakan ttg perjalanan Nabi Musa. Org Arab yg dikatakan sebagai org yg laihir2 dah bercakap dlm bahasa Arab, bila diketengahkan dgn fakta yg sebegini mudah, tetap memilih untuk percaya kpd benda2 tahyul ttg burung terbang, etc.  The trick is simple, selitkan nama Tuhan dan org tidak akan berani mempersoalkan samada iannya betul atau tidak.

Ini adalah antara contoh kenapa saya katakan yg akal yg rasional (samada tahu atau tidak bahasa Arab) tanpa rujukan mana2 dogmatic belief, akan dapat melihat pengajaran al Qur'an yg lebih rasional, konsisten dan tidak bercanggah sesama sendiri.  Ini akan sendiri menjawab secara jelas kenapa mazhab itu sendiri adalah bukan satu keperluan didlm ad-Deen yg dianjurklan oleh al Qur'an.  Malah bermazhab itu sendiri menyebabkan perpecahan didlm masyarakat yg mengundang bermcm2 kemelut didunia ini.


Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 01:34 AM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 24-5-2007 10:36 AM Tidak ada penafian dari saya. Dari konteks Al Quran, memang ayat ituditujukan kepada golongan orang musyrik dan golongan ahli kitab. Tetapi perlu diingat, suruhan ini berada dalam kitab Al Quran, kitabyang saya dan tuan-tuan baca. Jadi, ianya ditujukan juga kepada saya.Sepertimana kaum musyrik yang tidak mahu beriman kepada Allah perlubertanya kepada ahli-ahli mereka, begitu juga saya yang jahil tentangagama kerana ditakdirkan lahir di zaman ini, tidak sempat bertemudengan Rasulullah s.a.w secara berdepan, perlulah bertanya kepada yanglebih arif dan berpengetahuan dari saya untuk belajar.


Org musyrik ada didilm setiap zaman ketika kitab2 diturunkan. Bila Zikr/Peringatan diturunkan, mereka (org musyrik-dari kata akar
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 02:00 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 24-5-2007 12:39 PM
salam
Maaf M5 tapi semuanya telah selesai,

Dan bila pengajaran kitab2 itu sama, maka rujukan kepada ahli Zikir dari kalangan Ahli kitab semata2 sendiri telah bertentangan dengan seruan bertanyalah kepada ahli Zikir yg diserukan dalam al-Quran secara general. Inilah jawapan mudah bagi org2 seperti anda yg hanya mahu membuat tafsiran berdasarkan terjemahan ayat (sebagaimana anda tafsirkan tentang ulamak di dalam al-Quran).


Salam Bill,

Banyak yg tak selesai lagi beb.  Apa yg dah selesai?  Saya ingatkan nak respon bill punya argument secara quid pro quo, u give something and i give something.  Tapi apa dah jadi?  Anda tidak menjawab secara teliti sandaran2 saya, hanya pandai mengatakan semuanya dah selesai.

Anda juga mengatakan saya menafsirkan berdasarkan terjemahan ayat.  Ok, kita lihat cerita pasal ulamak.  Lihat dulu terjemahannya.  Konteks messagenya straight-forward.  Apa yg Bill faham ttg ayat2 ini?  Nampak imej Mullah lagi ke didlm ayat2 ini?

Ulamak:
Sila rujuk Q35:27-28

Q35:27
Transliteration
Alam tara anna Allaha anzala mina alssama-i maan faakhrajna bihi thamaratin mukhtalifan alwanuha wamina aljibali judadun beedun wahumrun mukhtalifun alwanuha wagharabeebu soodun

Literal
Do you not see/understand that God descended from the sky water, so We brought out with it fruits its colours (are) different, and from mountains white sides/river banks and red, its colours (are) different, and blacks, very blacks?

Ayat seterusnya, i.e Q35:28 ada digunakan term ulamak, selain dari Q26:197, (Total= 2 kali/al Qur'an) Kalau ada digunakan kat ayat2 lain, Bill tolong bawakan disini.

Q35:28
Transliteration
Wamina alnnasi waalddawabbi waal-anAAami mukhtalifun alwanuhu kathalika innama yakhsha Allaha min AAibadihi alAAulamao inna Allaha AAazeezun ghafoorun

Literal
And from the people, and the walkers/creepers/crawlers , and the camels/livestock its colours (are) different, as/like that, but/truly God fears from His worshippers/slaves the learned ones/knowledgeable, that truly God (is) glorious/mighty ,forgiving.


Apa jua pemahaman Bill tentang ulamak, bil kena lihat bagaimana al Qur'an mendefinasikan term itu sendiri.  Al Qur'an merujuk ulamak sebagai orang yg mengkaji kejadian didunia sekeliling anda.  Dalam kata lain ulamak ni kiranya saintis le.  So, kenapa bill tidak memihak kepada tafsiran sebegini?  Kenapa?  Saintis tidak menjamin syurga/neraka?  Imam bill dapat menjamin perkara2 ni?  Maaf jika nampak sinis.

Fikir dan jawab.  Silakan

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 02:12 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 24-5-2007 12:39 PM
2) Suci disucikan.
Sekali lagi, tidak ada jawapan kecuali ketidapuas hatian yg anda lepaskan dalam bentuk komen dan kritik. Tapi persoalan tetap tinggal tanpa jawapan. Dan bila anda mahu berpeganga hanya kepada al-Quran, maka jelas hanya Ahlul bait sahaja yg disucikan secara eksklusif di dalam al-Quran, manakala yg lain bolehlah berusaha mensucikan diri mereka seperti anda dan pope. Tapi tidak ada sebarang jaminan bahawa mereka selain dari Ahlul bait a.s. ini suci. So, mengapa nak pergi kepada selain dari al-Quran?


Dan semuanya telah selesai.  

wassalam


Bill, sekali lagi anda membuat rumusan yg melencong tentang pandangan saya bila merujuk kepada ahlul Bayt.  Ayat2 al Qur'an yg saya quote sebagai menjawab hujah Bill, tidak menjadikan ahlul Bayt sebagai fokus messagenya.  Subject yg menjadi fokus adalah pengajaran2 dari ayat2 al Qur'an itu sendiri.

Suci disucikan adalah merujuk kepada mana2 manusia yg mengambil al Kitab (dlm konteks perbincangan kita, ianya merujuk kpd al Qur'an) tanpa dicemari dgn fahaman2 yg disandarkan dari sumber2 luaran yg lain.  Bila kita dapat menghayati al Qur'an semata2, ia akan menyucikan kita dari fahaman2 yg bersifat karut-marut.  Masih tidak nampak logik sandaran saya?  Fokuskan kembali kpd subjeknya, i.e ayat2 al Qur'an dan bukannya ahlul Bayt.

Bill, anda masih bercelaru.  Sebab tidak mahu keluar dari mental bondage ini, anda mengambil jalan singkat dgn mengatakan semuanya telah selesai.

Salam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2007 11:05 AM | Show all posts

[quote]
QUOTE:
Originally posted by billionaire at 24-5-2007 12:39 PM
salam
Maaf M5 tapi semuanya telah selesai,

Dan bila pengajaran kitab2 itu sama, maka rujukan kepada ahli Zikir dari kalangan Ahli kitab semata2 sendiri telah bertentangan dengan seruan bertanyalah kepada ahli Zikir yg diserukan dalam al-Quran secara general. Inilah jawapan mudah bagi org2 seperti anda yg hanya mahu membuat tafsiran berdasarkan terjemahan ayat (sebagaimana anda tafsirkan tentang ulamak di dalam al-Quran).
Salam Bill,
Banyak yg tak selesai lagi beb.  Apa yg dah selesai?  Saya ingatkan nak respon bill punya argument secara quid pro quo, u give something and i give something.  Tapi apa dah jadi?  Anda tidak menjawab secara teliti sandaran2 saya, hanya pandai mengatakan semuanya dah selesai.


Beginilah M5, sebenarnya memang dah selesai apabila kita stick pada perbincangan ttg Ahli Zikr dan juga suci menyucikan. Tapi org sept anda akan tetap drag isu ini sampai akhirnya jadi tak berkesudahan. Utk pengetahuan anda, saya memang seorang yg menjawab setiap satu argument tanpa tinggal andai sahaja anda lihat posting2 saya dengan ASWJ dan wahabi misalnya dalam forum MM dan subforum ni. Contoh terbaru anda boleh lihat perbincangan saya dengan Ahmadi Bangi. Tapi dengan menggunakan kaedah seperti ini, perkara pokok tak dapat diselesaikan dan selalu sahaja berpindah kepada isu2 lain. Seperti mana kita akan melibatkan pula perbincangan mengenai term ulamak pula di sini! So saya tak mahu panjang2kan satu perkara yg mudah sahaja utk selesaikannya kerana saya tak punya masa panjang depan internet. So saya biarkan saja komen dan kritik anda yg tak berkaitan dan hanya focus kepada isu.

Anda juga mengatakan saya menafsirkan berdasarkan terjemahan ayat.  Ok, kita lihat cerita pasal ulamak.  Lihat dulu terjemahannya.  Konteks messagenya straight-forward.  Apa yg Bill faham ttg ayat2 ini?  Nampak imej Mullah lagi ke didlm ayat2 ini?

Ulamak:
Sila rujuk Q35:27-28

Q35:27
Transliteration
Alam tara anna Allaha anzala mina alssama-i maan faakhrajna bihi thamaratin mukhtalifan alwanuha wamina aljibali judadun beedun wahumrun mukhtalifun alwanuha wagharabeebu soodun

Literal
Do you not see/understand that God descended from the sky water, so We brought out with it fruits its colours (are) different, and from mountains white sides/river banks and red, its colours (are) different, and blacks, very blacks?

Ayat seterusnya, i.e Q35:28 ada digunakan term ulamak, selain dari Q26:197, (Total= 2 kali/al Qur'an) Kalau ada digunakan kat ayat2 lain, Bill tolong bawakan disini.

Q35:28
Transliteration
Wamina alnnasi waalddawabbi waal-anAAami mukhtalifun alwanuhu kathalika innama yakhsha Allaha min AAibadihi alAAulamao inna Allaha AAazeezun ghafoorun

Literal
And from the people, and the walkers/creepers/crawlers , and the camels/livestock its colours (are) different, as/like that, but/truly God fears from His worshippers/slaves the learned ones/knowledgeable, that truly God (is) glorious/mighty ,forgiving.


Apa jua pemahaman Bill tentang ulamak, bil kena lihat bagaimana al Qur'an mendefinasikan term itu sendiri.  Al Qur'an merujuk ulamak sebagai orang yg mengkaji kejadian didunia sekeliling anda.  Dalam kata lain ulamak ni kiranya saintis le.  So, kenapa bill tidak memihak kepada tafsiran sebegini?  Kenapa?  Saintis tidak menjamin syurga/neraka?  Imam bill dapat menjamin perkara2 ni?  Maaf jika nampak sinis.

Fikir dan jawab.  Silakan

Salam.[/quote]

Salam
Ulama dalam ayat adalah org2 yg mempunyai knowledge.
So bila scientist adalah ulamak mengikut anda, maka itu adalah conclusion hasil dari pemahaman anda mengenai ayat. Saya tak punya masalah ttg ayat ini. Kalau nak cakap scientist pun, silakanlah, kalau nak cakap mereka ni adalah Org2 yg mengetahui bahawa alam dan kejadian2 di dalamnya adalah ciptaan Tuhan Yg Agung, dan merupakan menifestasi keagungan Tuhan maka silakanlah. Saya punya komen simple saja: Kalau terma 憉lamak
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 11:09 AM | Show all posts

[quote]
QUOTE:
Originally posted by billionaire at 24-5-2007 12:39 PM
2) Suci disucikan.
Sekali lagi, tidak ada jawapan kecuali ketidapuas hatian yg anda lepaskan dalam bentuk komen dan kritik. Tapi persoalan tetap tinggal tanpa jawapan. Dan bila anda mahu berpeganga hanya kepada al-Quran, maka jelas hanya Ahlul bait sahaja yg disucikan secara eksklusif di dalam al-Quran, manakala yg lain bolehlah berusaha mensucikan diri mereka seperti anda dan pope. Tapi tidak ada sebarang jaminan bahawa mereka selain dari Ahlul bait a.s. ini suci. So, mengapa nak pergi kepada selain dari al-Quran?

Dan semuanya telah selesai.  

wassalam

Bill, sekali lagi anda membuat rumusan yg melencong tentang pandangan saya bila merujuk kepada ahlul Bayt.  Ayat2 al Qur'an yg saya quote sebagai menjawab hujah Bill, tidak menjadikan ahlul Bayt sebagai fokus messagenya.  Subject yg menjadi fokus adalah pengajaran2 dari ayat2 al Qur'an itu sendiri.

Suci disucikan adalah merujuk kepada mana2 manusia yg mengambil al Kitab (dlm konteks perbincangan kita, ianya merujuk kpd al Qur'an) tanpa dicemari dgn fahaman2 yg disandarkan dari sumber2 luaran yg lain.  Bila kita dapat menghayati al Qur'an semata2, ia akan menyucikan kita dari fahaman2 yg bersifat karut-marut.  Masih tidak nampak logik sandaran saya?  Fokuskan kembali kpd subjeknya, i.e ayat2 al Qur'an dan bukannya ahlul Bayt.

Bill, anda masih bercelaru.  Sebab tidak mahu keluar dari mental bondage ini, anda mengambil jalan singkat dgn mengatakan semuanya telah selesai.

Salam.
[/quote]
Salam
Melihat jawapan2 anda, patutlah anda masih tak mampu menghadham hujjah simple saya. Dan kerana itulah, al-Quran bukan boleh disandarkan secara logik berdasarkan conclusion yg diperolehi dari terjemahannya sahaja. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dengan tatabahasa dan penerangan yg lengkap. Perkara ni mudah sahaja, tapi anda hanya faham melalui terjemahan secara bulat2 sehingga mencacatkan maksud yg cuba disampaikannya:

Biar org yg berlidah Arab jelaskan kepada anda ttg al-Quran yg diturunkan dalam bahasa Arab (Ayatollah Pooya): (Ayat 揑nnama Yuridullah.. dan seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2007 12:05 AM | Show all posts
Originally posted by <i>billionaire</i> at 25-5-2007 11:05 AM<br />
Salam
Ulama dalam ayat adalah org2 yg mempunyai knowledge.
So bila scientist adalah ulamak mengikut anda, maka itu adalah conclusion hasil dari pemahaman anda mengenai ayat. Saya tak punya masalah ttg ayat ini.


Tafsiran diatas bukannya mengikut selera pendapat saya wahai encik Bill.  Fakta ini disebut didlm al Qur'an.  Ada sebab kenapa Tuhan gunakan term ulamak bagi "saintis".  Spesis manusia survive di dunia ini kerana kita dapat mengkaji dan menafaatkan kejadian2 alam yg dicipta oleh Tuhan.  Yang memungkinkan proses ini berlaku adalah kerana setengah2 manusia dapat menggunakan akal, dan keupayaan ini tidak ada pada spesis2 hidupan yg lain.  Pemahaman2 manusia2 yg bernama saintis/ulamak sudah banyak membantu mewujudkan tamadun manusia di dunia ini.  Kesan ini dapat dinikmati oleh masyarakat, termasuklah bila Bill menekan butang kekunci pada komputer anda.  Ini adalah salah satu contoh kerja2 ulamak yg dapat memakmurkan manusia.

[quote]Originally posted by <i>billionaire</i>
Kalau nak cakap scientist pun, silakanlah, kalau nak cakap mereka ni adalah Org2 yg mengetahui bahawa alam dan kejadian2 di dalamnya adalah ciptaan Tuhan Yg Agung, dan merupakan menifestasi keagungan Tuhan maka silakanlah. Saya punya komen simple saja: Kalau terma 憉lamak
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2007 12:24 AM | Show all posts
Salam Sejahtera bill,

Saya jawab yg ini dulu, ok?

[quote]Originally posted by <i>billionaire</i> at 25-5-2007 11:09 AM<br />
<br />
Salam
Melihat jawapan2 anda, patutlah anda masih tak mampu menghadham hujjah simple saya. Dan kerana itulah, al-Quran bukan boleh disandarkan secara logik berdasarkan conclusion yg diperolehi dari terjemahannya sahaja. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dengan tatabahasa dan penerangan yg lengkap. Perkara ni mudah sahaja, tapi anda hanya faham melalui terjemahan secara bulat2 sehingga mencacatkan maksud yg cuba disampaikannya:

Biar org yg berlidah Arab jelaskan kepada anda ttg al-Quran yg diturunkan dalam bahasa Arab (Ayatollah Pooya): (Ayat 揑nnama Yuridullah.. dan seterusnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047455 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list