CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahkiluz

FEAR FACTOR SELEBRITI M'SIA [UPDATE : GAMBIT & ALIFF TERSINGKIR]

 Close [Copy link]
Post time 3-12-2012 04:32 PM | Show all posts
tepek sini sekali...



Diyana Halik @diyanahalik
#fearfactor PC #aaronaziz #diyanahalik @Aaron535Aziz #host #actor instagr.am/p/SxHRx2ukjn/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2012 04:32 PM | Show all posts
ahkiluz posted on 2-12-2012 09:39 AM
ekekeke.. x de la sampai nak lahar. terkujat jap, byk plk yg masuk check in.. ekeke... TT nya plk  ...

sama-sama kasih kaka kiluz
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 04:37 PM | Show all posts
credit fanpage Fear Factor Selebriti Malaysia...









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2012 09:15 PM | Show all posts


credit: twitter Dafi
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 12:16 AM | Show all posts


Kaka Azraff @KakaAzraff
Fear Factor Selebriti Malaysia 29 Disember di Astro Ria.. #fearfactorMY instagr.am/p/Sx9eK4ECaw/
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 01:41 AM | Show all posts
siapa yang menang? hehe tetibaa soalan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-12-2012 02:04 AM | Show all posts
Selasa Disember 4, 2012
Peserta 'Fear Factor Selebriti Malaysia' Berani Hadapi Cabaran

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia ketika sidang media yang diadakan di Menara KH dekat sini pada Isnin.



KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 peserta program terbaru terbitan Astro Ria iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia tenang dan berani menghadapi cabaran yang diberikan kepada mereka.


Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, kesemua peserta yang dibahagikan kepada 15 kumpulan itu memperlihatkan kesungguhan dalam menyahut cabaran bagi mengatasi kelemahan diri dalam mengharungi aksi lasak yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.


"Ada di antara mereka dengan mudah mengharungi cabaran yang diberikan dan ia bakal menawan hati penonton apabila ia ditayangkan kelak," ujarnya.


Khairul ditemui semasa majlis pelancaran program tersebut dekat sini pada Isnin.

Fear Factor Selebriti Malaysia bakal ke udara pada 29 Disember ini, setiap hari Sabtu pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Mustika HD.


Kesemua 30 peserta yang bertanding dalam program yang bakal bersiaran pada 29 Disember ini di saluran Astro Ria dan Mustika HD bergambar kenang-kenangan.


Dalam pada itu, Khairul berkata, pihaknya juga telah memastikan format asal yang diadaptasi daripada program popular Fear Factor itu telah diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.


Menurutnya, cabaran seperti memakan makanan pelik, perkara-perkara jijik dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi budaya negara ini tidak akan ditonjolkan dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia membabitkan selebriti tempatan.


"Perkara ini amat kami titik beratkan kerana ingin menjaga sensitiviti masyarakat di Malaysia dan lebih menumpukan kepada cabaran lasak," jelasnya.


Tambah Khairul, kekuatan setiap individu akan diuji daripada segi keberanian untuk beraksi lasak selain ketahanan mental dan fizikal peserta untuk mencuba sesuatu yang baru.


Seramai 30 selebriti (dibahagikan kepada 15 kumpulan) menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia antaranya Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz, Zawen Anwar, Hafizul (On Air), Norisham Ismail dan Johan As'ari.


Sementara itu, Khairul berkata, sebahagian besar progam tersebut telah dijalankan di Afrika Selatan yang dapat membolehkan para peserta keluar daripada 'comfort zone' mereka.


Pemenang utama akan menerima wang tunai sebanyak RM200,000 manakala pemenang bagi cabaran mingguan pula bakal membawa RM10,000.



Sumber
Last edited by ahkiluz on 4-12-2012 02:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 07:50 AM | Show all posts
la igt ke tyng lps hbs mastercheft
rpanya 29 dis ni bru tyang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2012 08:18 AM | Show all posts
missdahlia posted on 4-12-2012 07:50 AM
la igt ke tyng lps hbs mastercheft
rpanya 29 dis ni bru tyang

haha. mutip iols x pasan tarikh mula tayang ada tulis dalam news tu... sat nak hapdet, edit tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 08:28 AM | Show all posts
x de spoiler ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 08:28 AM | Show all posts
eh aku nmpk ezlyn. dia pn msk fear factor ni ke? dia grup sapa? blh ke dia?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 09:33 AM | Show all posts
Kelak jatuhlah rating penonton rancangan M3 di TV3 habis ini.. Boleh juga tgk Sinema Inggris kat TV2 lepas itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 09:42 AM | Show all posts
xsabar nk tgk....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 12:06 AM | Show all posts
Catch Fear Factor Selebriti Malaysia  in action on 29th Dec,9pm astro ria #FearFactorMY dah nak mula?Jom tengok trailer nie!! Stay tune..
Trailer FFMY


Barisan Peserta


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2012 08:21 AM | Show all posts
diana007 posted on 5-12-2012 12:06 AM
Catch Fear Factor Selebriti Malaysia  in action on 29th Dec,9pm astro ria #FearFactorMY dah nak mula ...

lama lagi nak tayang... huhu... tapi mcm xleh folo je.... sebulan yg akan datang iols akan sibuk sesibuk nya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 08:45 AM | Show all posts

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA - bermula 29 Dis, Sabtu, 9.00 malam

Kepada peminat-peminat Fear Factor (FF) dan juga pengkhianat/pembenci rancangan realiti nyanyian/tarian, jangan lupa saksikan SIRI BARU bercorak realiti bukan hiburan, FF SELEBRITI MALAYSIA bermula 29 Disember, setiap Sabtu, jam 9 malam. Tayangan serentak di Astro Ria (104) dan Astro Mustika HD (134).

P/S: Daripada tgk Idola Kecik TV9 baik tgk FF Selebriti Malaysia. Ada bagusnya dan tak buang masa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2012 09:44 AM | Show all posts
ahkiluz posted on 5-12-2012 08:21 AM
lama lagi nak tayang... huhu... tapi mcm xleh folo je.... sebulan yg akan datang iols akan sibuk s ...

Yes, lebih kurang 3 minggu lagi   Astro-On-The-Go kan ada nanti.. boleh tengok kemudian, bila u free.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2012 08:26 AM | Show all posts
‘Stuntman’ Hairul jadi hero
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
5 Disember 2012



Hairul Azreen ketika ditemui pada sidang media Fear Factor Selebriti Malaysia. - Foto Sinar Harian oleh Azmi Aryanto

SELEPAS kemunculannya dalam filem Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar menjadi sebutan, anak muda ini mula mengorak langkah mencipta nama dalam persada seni tanah air.

Bukan baru, Hairul Azreen Idris, 24 sudah berkecimpung dalam dunia lakonan sejak 2008 meskipun hanya sebagai pelakon lagak ngeri atau ‘stuntman’.

“Sebenarnya sebelum saya berlakon, saya seorang ‘stuntman’, saya buat ‘stunt’ bahagian ‘fighting’ di bawah Fauzi Nawawi sekitar 2008. Kemudian, saya jadi pelakon, hampir setahun di bawah satu syarikat dan selepas keluar dari situ, saya dapat tawaran dengan KRU untuk filem Hantu Kapcai.

“Saya rasa tahun ini merupakan tahun untuk orang kenal saya. Baru nak kenal... memang baru tetapi walaupun baru, kita tak puas bila kita buat sesuatu yang kita minat tapi orang macam tak nampak. Apabila Hantu Kapcai keluar, saya rasa Alhamdulillah,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sidang media dan pelancaran Fear Factor Selebriti Malaysia.

Hairul berpasangan dengan pelakon drama Adam dan Hawa, Dazrin Kamarudin dalam melengkapkan cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia yang menjalani penggambaran di Cape Town, Afrika Selatan, baru-baru ini.

Akui sukar untuk mengikis imej ‘mat jambu’ yang dilabel sejak kemunculannya itu, pelakon muda ini berusaha membawa watak yang lebih ‘jantan’.

“Insya-Allah saya akan pegang watak utama dalam filem Pakpong di mana saya akan buat ‘fighting’dan ‘stunt’ sendiri,” katanya.

Pelakon ini juga memberitahu sudah menemui karakter yang diterima penonton.

“Sekarang ini saya nampak orang suka saya bawa watak ‘cute’. Macam filem Hantu Kapcai... bukan buat-buat ‘cute’ kerana sebelum ini, saya masih lagi mencari apa yang orang suka tentang saya,” katanya yang turut menyimpan hasrat untuk membawakan watak antagonis.

Menurut Hairul, dilabel ‘mat jambu’ bukan penghalang untuk terus mengorak langkah dalam bidang lakonan.

“Sebenarnya, ‘jambu’ ada kelebihan. Orang suka dengan watak budak baik. Jadi, saya kalau nak buat watak jahat, saya kena buat jahat secara baik. Kalau saya guna cara samseng, tak boleh. Orang tak takut pun. Mungkin cara itu orang tak pernah buat lagi dan saya tahu tak ada orang Malaysia buat lagi. Kalau saya dapat watak jahat, Insya-Allah saya nak buat seperti itu,” jelasnya.

Mengulas lanjut soal popularitinya yang masih belum di puncak, Hairul menyifatkan dirinya seolah-olah sebutir bintang di langit.

“Saya ini, orang macam kenal tetapi tak kenal. Bagi saya, kita ini ibarat bintang. Bila hujan, kita langsung tak nampak. Kadang-kadang bila nampak bintang itu kita nampak satu saja bintang. Bintang itu yang bersinar.

“Jadi, tunggu masa. Mungkin sekarang ini baru nak timbul. Bila dah timbul nanti itu yang orang akan nampak. Saya harap macam itu,” katanya.

Menjawab soal rancangan menamatkan zaman bujangnya,  Hairul mengaku sudah mempunyai sasaran bila perkara itu akan berlaku.

“Sebenarnya saya pun ada ‘target’ tahun bila saya akan berkahwin. Sekarang ini dan dua tahun akan datang ini adalah masa untuk saya meneguhkan nama saya.

“Selepas berpuas hati dengan kejayaan saya saat itu, baru saya akan kahwin,” katanya



Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 11:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 03:32 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.088384 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list