Suami Didie Alias Jatuh Sakit Selepas Sertai 'Fear Factor Selebriti'
Oleh FERIDE HIKMET ATAK ([email protected])
PETALING JAYA: Suami kepada pelakon Didie Alias iaitu Norisham Ismail mengalami penyakit misteri selepas pulang menjalani program Fear Factor Selebriti Malaysia terbitan Astro di Cape Town, Afrika Selatan, baru-baru ini.
Didie berkata, suaminya mengalami masalah pedih hulu hati, sesak nafas dan berpeluh sehingga menyebabkan terpaksa ditahan di hospital beberapa kali untuk pemeriksaan lanjut selepas seminggu pulang dari negara tersebut.
"Risau juga dibuatnya. Dah banyak kali suami keluar masuk wad tetapi doktor hanya mengesahkan dia mungkin mengalami penyakit gastrik yang teruk.
"Keadaan itu dikatakan berpunca daripada cara pemakanannya yang tidak sesuai sepanjang dua minggu berada di Cape Town.
"Berdasarkan apa yang doktor cakap memang ada betulnya sebab dia hilang selera makan apabila berada di sana kerana ketiadaan masakan Melayu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Bagaimanapun tambah Didie, akibat penyakit yang masih lagi belum pulih itu, suaminya telah pulang ke kampung halamannya di Kampung Nuri, Negeri Sembilan untuk menjalani rawatan perubatan secara tradidional.
"Alhamdulillah, sepanjang hampir dua minggu berada di kampung, keadaannya semakin pulih. Kami ikhtiar cara tradisional pula selepas pihak doktor turut memberi nasihat sedemikian.
"Sejak suami berada di kampung, keadaannya tidak seperti dahulu. Mungkin kerana di kampung dia mendapat udara bersih dan pemakanannya turut dijaga rapi, jadi dia pun semakin sihat," tuturnya.
Sementara itu Didie menyifatkan penyakit suaminya itu bukan berpunca daripada gangguan sihir memandangkan mereka tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.
"Nak cakap penyakit misteri, memang misteri pun, kerana penyakit gastrik seperti yang doktor sahkan itu tidak pulih seperti orang yang biasa selalu kena.
"Tetapi saya tak anggap dia kena buatan orang. Mungkin di kampung, suami dijaga dengan baik selain mendapat udara segar dan boleh bersenam serta mampu makan sebanyak lima kali sehari," selorohnya yang akan membawa pulang Norisham ke Kuala Lumpur pada Jumaat ini.
Selain pasangan itu, seramai 30 selebriti (dibahagikan kepada 15 kumpulan) menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia antaranya Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz, Zawen Anwar, Hafizul (On Air) dan Johan As'ari.
mixed posted on 13-12-2012 09:34 AM
mungkin perut laki DD ni perut melayu jati
sb tu sakit tp takot gak kan kena malaria
tau kt ...
org lain elok je, xde sakit perut pulak. ke dia ada makan yg org lain x makan?? adess.. pegi sihat elok, balik sakit pulak... harap2 xde la kena sakit apa2 yg teruk
ahkiluz posted on 6-12-2012 08:26 AM
‘Stuntman’ Hairul jadi hero
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
5 Disember 2012
dia nih mmg comel cam budak2 je..aku snap gambo dia dgn anak buah je, x sgup nak amek gambo nti aku nmpk kertu hehe.. suka tgk dia dgn elfira..same comel
nanajo posted on 9-12-2012 03:01 PM
Sapa para pesertanya? Kalau femes boleh la tonton. Setakat yg jd extra koser....
ada 30 celebrities........
yg tau laaa........akim AF, hairul azreen, dr faiz, jehanmiskin, celina 3R, kaka, alam wakaka, yg jadi johan adam hawa tuh....
eyrA622 posted on 22-12-2012 12:14 AM
Kelakar sggh part last...
Angsa yg di takutnya..
eyra.. angsa jgnn dibuat main dia cuma mesra ngan tuannya je... angsa ni selalunya mmg garang, asyik nak menyondol jer...
ingat lagi ai ngn kwn ai bertempiaran lari nak kena sondol ngan angsa jiran.. mmg sadis smpai putus selipar...