Sumber Foto: hidupsehatkangmaman.blogspot.com
Majoriti dari kita tidak mengambil peduli langsung tentang tanda semi bulatan putih yang ada pada kuku.
Ternyata tanda seperti bulan sabit atau dikenali sebagai Lunula ini tidak boleh diambil remeh ya!
Sebenarnya ia boleh dijadikan tanda untuk menilai sejauh mana tahap kesihatan anda dan orang yang tidak mempunyai tanda putih ini dikatakan mempunyai masalah kesihatan.
Sumber Foto: arbamedia.com
Menurut pakar kesihatan China, orang yang sihat pasti memiliki Lunula di pada ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk, namun tidak mengapa jika jari manis tiada tanda tersebut kerana ia tidak memberi kesan apa-apa.
Orang yang sihat mempunyai tanda Lunula yang bersaiz 1/5 dari kukunya dan jika tidak ia bermakna anda kekurangan tenaga, atau usus besar tidak sihat.
Sumber Foto: kaltim.tribunews.com
Menurut Doktor Otniel Budi Kristya, ketiadaan Lunula pada kuku menandakan seseorang itu menghidapi anemia dan malnutrisi.
Manakala, Lunula yang berwarna biru pucat pula menandakan tanda-tanda diabetis. Warna kemerah-merahan biasanya menandakan penyakit jantung, tekanan dan strok.
Jadi apa yang perlu dilakukan sekiranya tiada langsung tanda bulan sabit ini ya?
Sumber Foto: health.liputan6.com
Jangan risau, jika Lunula menghilang, banyakkan pengambilan protein dan makanan yang berwarna gelap seperti cendawan dan beras perang.
Jaga kesihatan anda walau di mana sahaja anda berada kerana ianya satu nikmat yang sangat bernilai. -CARI
|