|
Anak Dilarikan, Ibu Kandung Rayu 'Mummy' Dan 'Mama' Pulangkan
[Copy link]
|
|
Seorang ibu merayu agar anak gadisnya berusia 13 tahun dipulangkan semula kepada keluarga selepas dipercayai dilarikan dua wanita sejak 25 Februari lalu di Pangsapuri Seri Kepayang, Ipoh.
Norlila Ahmad, 47 mendakwa, Nur Natassya Fazilla Entaban telah dibawa lari oleh sepasang wanita dikenali sebagai “mummy” dan “mama” masing-masing berusia 30an yang juga dipercayai ibu angkat kepada anaknya.
Menurut beliau, pada hari kejadian, jam 5 petang anaknya memberitahu hendak keluar ke kedai tetapi tidak pulang sehingga jam 8 malam.
“Saya turun tanya orang kedai, katanya dia dah naik teksi dengan ibu angkat dan apabila pergi ke rumah ibu angkat itu di Taman Cempaka, rumah itu dah dikosongkan dan difahamkan mereka hendah berpindah ke Melaka, esoknya saya buat laporan polis,” katanya ketika ditemui Suara Perak di rumahnya di Pangsapuri Seri Kepayang di sini pada Ahad.
Menurut Norlila, selepas tiga hari laporan polis dibuat salah seorang ibu angkat terbabit telah memaklumkan kepada pihak polis akan memulangkan Nur Natassya Fazilla pada hari sama, namun gagal berbuat demikian sehingga hari ini.
“Polis yang menghubungi ibu angkat terbabit, mereka janji nak pulangkan tapi sehingga hari ini masih lagi tidak pulangkan malah telefon juga mereka telah matikan.
“Saya sendiri tidak tahu anak saya mempunyai ibu angkat, hanya baru-baru ini saja saya tahu kewujudan dua wanita berkenaan,” ujarnya sedih.
Norlila memberitahu, sebelum ini anak kelapan daripada 11 beradik itu juga pernah dibawa lari oleh wanita-wanita tersebut namun sempat dihalang oleh keluarga.
“Tidak sangka mereka akan buat semula perkara ini untuk kali kedua…tetapi kali ini terus hilang,” ujarnya.
Justeru itu, Norlila merayu kepada orang ramai untuk menghubungi pihak polis sekiranya ternampak atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan anaknya itu.
“Anak saya ni lembut dan manja…tolong saya cari dia…saya risaukan sangat apa yang akan terjadi kepada dia.
“Mummy dan mama, tolong sangat-sangat pulangkan Natassya…saya sanggup berbincang kalau betul-betul nak ambil anak saya jadi anak angkat, kita boleh berkongsi dia sebagai satu keluarga…tolong jangan buat macam ini,” rayunya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suka-suka nak ambil anak orang buat macam anak sendiri. Tak fikir ker perasaan ibu kandung budak tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Mami n mama ni mak ayam ke apa. Biadap btl main larikan anak org mcm tu je.
Nak tunggu update.. Mana tau kut2 ada plot twist |
|
|
|
|
|
|
| |
|