CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Saiful

Isu Putus Tunang, Kali Ini Ibu Elfira Loy Pula Luah Perasaan

[Copy link]
Post time 15-3-2018 11:14 AM | Show all posts
Luahan Hati Bapa Elfira Loy


Sensasi kisah putus tunang membabitkan pasangan selebriti, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi nampaknya belum reda saat ini. Malah sekalipun kedua belah pihak dilihat tidak mendedahkan punca mereka putus tunang sejak pertengahan bulan lalu, orang luar terutama netizen pula pantas memberikan andaian itu dan ini.
Ia termasuklah kononnya keluarga Elfira meletakkan jumlah wang hantaran yang tinggi yang tak mampu disediakan Sufian hingga menjadi punca mereka putus.

Malah selepas keluarga kedua belah pihak sepakat untuk tidak memanjangkan isu ini, Sufian pula dilihat terus-terusan memenuhi undangan teman media untuk terus bercerita mengenai hal berkenaan.
Lalu selepas tiga minggu menjadi pemerhati bebas, bapa Elfira Loy, Ahmad Sabri Ariffin, berkongsi isi hatinya terhadap apa yang berbangkit selama ini.
“Sejak cincin dipulangkan pada 18 Februari lalu kepada keluarga Sufian, di Muar Johor, saya fikir hal ini tidak akan berpanjangan. Malah pakcik yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan isu ini. Namun yang sebaliknya pula terjadi kerana Sufian terus-terusan bercerita dan anak saya hanya beberapa kali saja memberikan kenyataannya. Kenapa dia perlu main isu itu lagi?
“Anak saya sendiri pun tak mahu panjangkan hal ini. Bagi saya bapa atau pak cik Sufian seelok-eloknya menasihati kepadanya supaya tidak terus memanjangkan hal ini. Benda ini sudah tamat. Saya faham tugas wartawan untuk mengorek cerita dan Sufian juga boleh cakap tidak dan jangan lagi memberi komen. Saya kurang pasti apakah ini semua strategi Sufian dan pihak pengurusannya mahu mempromosikan single terbarunya Di Matamu itu.
“Selepas memulangkan cincin itu, saya yakin dan percaya kedua belah keluarga menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Hal jodoh dan pertemuan itu milik Allah,” kata Ahmad Sabri yang ditemui Rojak Daily Kaw!
Menurut Ahmad Sabri lagi, bekas isterinya Filzah Yusoff yang juga ibu kepada Elfira juga turut diserang secara emosi apabila dikatakan mata duitan dan menjadi punca utama putus tunang terbabit.
“Kenapa ada yang beranggapan wang jumlah hantaran yang tinggi menjadi punca mereka putus tunang. Percayalah masa majlis merisik mahupun bertunang tak ada pun perkara ini dibangkitkan. Masa dua majlis berkenaan pihak keluarga saya sendiri tak ada minta yang minta-minta. Jadi kenapa perlu ada andaian itu dan ini.
“Setahu saya, bekas isteri hanya meminta Sufian menghafal surah Al Mukh saja dan membuat tabungan sebelum tiba hari mereka berkahwin. Saya dapat tahu Januari lalu pun dia belum hafal sepenuhnya surah itu. Ada juga yang tuduh keluarga kami mahukan lelaki yang kaya untuk jadi suami Elfira.
“Tak hanya disitu, istilah perampas juga terus dimainkan menuduh Elfira merosakkan kebahagiaan hubungan cintanya sebelum ini. Saya yakin Sufian ada jawapan konkrit dan perlu jujur dengan hal sebenar.
“Ikutkan dari awal lagi saya dan bekas isteri yang mencadangkan anak kami untuk mempertimbangkan Sufian sebagai calon menantu. Cuma jodoh mereka tak panjang. Saya percaya baik Sufian dan Elfira kini sedang menerima hakikat Qada dan Qadar ini,” katanya.
Menurut Ahmad Sabri lagi sejak permulaan ikatan anaknya dengan Sufian terjalin, naluri hatinya sebagai bapa berasakan banyak benda bagai tak kena.
“Jujurnya ketika majlis bertunang bulan Oktober lalu pun saya sudah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil. Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut. Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu cepat buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri.
“Kira-kira dua bulan selepas bertunang iaitu pada November tahun lalu saya berbincang dengan ibu Elfira bagaimana untuk tidak meneruskan hubungan mereka. Kita orang Melayu ada cara, budaya dan adat sekalipun nak putuskan tali pertunangan. Jujur langkah saya berat tapi mahu atau tidak kena teruskan.
“Saya cari waktu yang sesuai untuk pulangkan cincin selain Elfira, abangnya dan bekas isteri turut mengerjakan umrah pada awal Februari lalu. Hinggalah terjadi juga detik itu pada 18 Februari lalu,” katanya.
Tambah Ahmad Sabri lagi, asalnya majlis pertunangan dirancang pada tahun ini dan bukannya tahun lalu.
“Selepas majlis merisik Jun tahun lalu, keluarga Sufian bercadang mengadakan majlis tunang pada bulan Februari atau Mac tahun ini. Jadi ikut pertimbangan majlis kahwin mungkin akan berlangsung Jun tahun ini. Jadi dalam hati saya bercita-cita nak taja bulan madu mereka di Makkah seperti yang diingini Elfira.
“Malah jarak setahun itu saya lihat sedang elok untuk mereka kenal hati budi selain membuat persiapan kahwin. Tapi yang jadi sebaliknya apabila apabila majlis pertunangan dipercepatkan Oktober tahun lalu. Saya percaya benda yang baik wajar dipercepatkan. Namun daripada sudut lain, nampak macam ia tergesa-gesa sangat hingga majlis kahwin diberi bayangan pada bulan ini.
“Dua minggu sebelum bertunang pun, saya dan ibu bapa Sufian berjumpa di sebuah kedai kopi di Senawang. Saya tawar berjumpa kerana pada mulanya urusan nak bertunang ini menggunakan media telefon bimbit. Saya cakap urusan ini kena jumpa dan berbincang elok elok.
“Saya faham mereka muda, ghairah nak kahwin. Saya pun pernah muda. Tapi kita yang orang tua ini kenalah pantau. Kahwin ini bukan babit hati dua pengantin saja tetapi juga keluarga masing-masing. Jangan lepas tangan. Selepas itu juga saya bertemu Elfira untuk cari jalan termasuk memaklumkan kepada rakan media bahawa majlis kahwin takkan terjadi pada tahun ini,” katanya.
Malah selepas putus tunang, Ahmad Sabri lihat Elfira sangat kuat biarpun tahu hatinya rapuh dan luluh kerana hari bahagia tak jadi seperti yang diingini.
"Saya kenal anak sendiri dan jika ibu bapanya tak restu termasuk soal pilihan hidup, dia tak akan sewenang-wenangnya membantah,” katanya.
Sufian dan Elfira bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya majlis bersejarah mereka berlangsung pada bulan ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 11:17 AM | Show all posts
prizadane replied at 15-3-2018 11:04 AM
kan? tunang lebih kurang 5 bulan je kot sebenarnya sebab depa bajet kahwin bulan 3 kan? pelik gila ...

dik, dah tahu nak kawin...takkan lepas tunang baru nak start menyimpan????
maknanya dia takde simpanan langsung ke sebelum bertunang tu????
kalau belum kawin pun dah papa, apa lagi selepas kawin...takkan nak suruh mak bapa tanggung juga..

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:18 AM | Show all posts
Mungkin kah..mungkin...dik pian tak solat 5 waktu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:18 AM | Show all posts
Bapak Dek Pira dah komen panjang lebar.... aku tak rasa komen bapak dia nih nak menangkan anak dia or nak malukan Pian, indirectly dia nak org tau yg dek Pian nih memang sesuatuh sgt lar...

bukan maen dek pian nyer wayang putus cinta, tetiba video utube dah juta2 org tgk baru nak kata saya dah move on... strategi sampah naunau....

hafal surah al Mulk jer pon, bukan mcm laki si betty yg kena baca satu juzuk sehari.... dan bil abapak dek pira kata family pian mcm tak bersungguh nak discuss psl anak derang nak tunang, Nampak mcm dek pira plak yg tersorong2 walaupun memang dek pira Nampak cam tak sabar nak berlaki....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:23 AM | Show all posts
Edited by pumpkinpatch at 15-3-2018 01:37 PM

nonsense siakkk family Elpira ni.

Konon nak rare ke , mintak hantaran surah al mulk. Bagi je al quran.  Da kawin nanti, sesama baca. Kalau sebelum tidur baca surah tu guna Quran tak  salah pun. Islam tak menyusahkan. Islam tak memaksa.

Hantarn 7,300MYR ? Rasanya 1 show pian buat pun lebeh 5K .


Orang kalau da  tak suka ,  biasalah salah semuanya.

Agaknya now da kurang crita putus tunang ni, mak dia ada withdrawal symptoms nak jugak her 15mins of fame. Blah lah makcik
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:26 AM | Show all posts
ingat anak makcik tu letups sgt ke
haihhh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
roti_banjir replied at 15-3-2018 11:14 AM
Luahan Hati Bapa Elfira Loy



Ewah pakcik........ sembang memang kencang. Dalam tergesa gesa ittew, majlis tunang theyols meriah juge. Mengalahkan majelis kawin adanya. Siap bertukar tukar baju, pelamin bagai, professional photographer ada. Kalau tergesa sangat, buat majelis kecik kecik sudah. Tak perlu over sangat kendian bila putus dok merentan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:26 AM | Show all posts
zulka replied at 15-3-2018 11:17 AM
dik, dah tahu nak kawin...takkan lepas tunang baru nak start menyimpan????
maknanya dia takde sim ...

sebab tu aku pelik. sepatutnya kalau dah tahu duit takde, jangan bertunang dulu. or if nak bertunang pun, jangan la war-warkan bila nak nikah. relax dulu. n kalau betul la mak el nak hantaran cuma rm7300 (rm20 x 365 days), takkan dik pian tak mampu langsung? kena la usaha cari duit. entah la..
yang mak el pun, stop la canang dah pasal benda ni. semua orang kena move on. tu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 11:27 AM | Show all posts
ko dah kenapa sengal. komen mak elpira ni dah basi, dah bersepah dlm byk thread nak bukak thread baru lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:31 AM | Show all posts
lepas ni siapa pulak?

apaknya? dah..

maknya? dah...

adik beradik pulak kah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Amenda laa..masalah family takyah canang kt socmed..plus aku x minat 2 2 ddpa nihh..acah2 paling glam ka weyyy
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:38 AM | Show all posts
prizadane replied at 15-3-2018 11:26 AM
sebab tu aku pelik. sepatutnya kalau dah tahu duit takde, jangan bertunang dulu. or if nak bertuna ...

mestila mak bapa dia bengang..kalau tak silap kemarin ke semalan dak pian ni buat statement kat paper...betul la mak dia cakap, lagi dibiar lagi menjadi jadi, ntah la masing2 nk tunjuk dia betul, terserlah kelemahan sendiri   


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Family dia ni tak bole ke diam jek
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:38 AM | Show all posts
elpira ni meletop sgt ke sampai kes putus tunang ex mak pak semua merempan??? hadoiiilaaaaa....semak laa dgn elpira elpian ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpelah, masing2 cari lah pengganti yang sesuai. Move on lah semua, hidup ni pendek, carilah kebahagiaan, takut nanti jadi mcm Cico & Uji Rashid.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Xhbis2 lg..apapun aku rasa dak el yg tburu2..next time pkr pnjg2 dulu..kau pun muda lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 11:42 AM | Show all posts
acik nak jd retis gak ke ke instafamos nnt? leh buat review. move on la cik. biaq p la pian tu. bese la putus cinta. acik dlu kalo cm dia sama je
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Apak dah meroyan....skrg time emaknya plak... bila lah citer bangsawan ni nak abes???
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:49 AM | Show all posts
Bln 6 merisik.bln 10 6hb tunang.kalau tergesa2 majlis tunang xkan laa meriah sgt smpi 2 pasang baju.even my friend tempah baju nikah pun at least 2 bulan sbb rizman ruzaini nk cari material baju yg sesuai bagai.xkn sekejap sgt RR dpt siapkan baju 2 pasang tu utk SS dgn EL...cam pelik je.
lgpun kalau tabungan rm20x365 hari, makcik tempoh tunang dorg pun bknnya stahun....
dan ayahnya memanjang je ckp mcm ade yg x kena.pakcik,kalau ikut  style family sy benda yg baik elok dipercepatkan.family saya dan family husben adik beradik pun semua jauh2 mmg pki call je
utk berbincang.dr terengganu,dari jb,dr muar,dr kedah...elok je bincang dlm fon....xde laa pikir mcm ade yg x kena.alhamdulillah semua sejahtera smpi skrg.x tau laa firasat keluarga pakcik begitu pula.

pian,rasanya dia xde dh bunyi pasal putus tunang tu.dia tgh promo lagu dia je..

el,ko tu baru putus tunang xyah keluar laa dgn mamat x ensem si ashraff tu.nmpk sgt ko mcm birah pulak

#donemembawang
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak la... Nobody pedulik cik oiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051599 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list