CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: braun

MINGGU NI MINGGU EXAM.. CAMNE PERSEDIAAN ANAK2?

[Copy link]
Post time 23-5-2006 09:17 PM | Show all posts
Haha..korang nih discuss belajar aku lupa lak aku ada final exam accounting friday nih..

NOOOOOOOOOOOOO..aku tak study ape2 lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2006 03:05 PM | Show all posts
Menjelang peperiksaan... ibu lebih gelabah daripada anak-anak

Sebenarnya peranan ibu dan bapa adalah besar membantu anak-anak yang sedang berjuang di medan peperiksaan. Sepatah kata perangsang yang keluar dari mulut mereka bagaikan azimat mengiringi anak-anak ke dewan peperiksaan.

Anak-anak patut diberi rangsangan agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan sejak dari awal lagi, demikian menurut Pegawai Tadbir/Rundingcara Keluarga, Unit Kaunseling Lembaga Pembangunan Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Shafiee Khatib Jali, sewaktu dihubungi baru-baru ini.

Katanya, "Ibu bapa boleh mententeramkan perasaan anak agar minda mereka stabil, tidak bercelaru dengan perkara-perkara yang negatif, berani dan yakin diri boleh melakukannya dengan jaya.''

Tiada kejayaan datang menggolek, jika tidak diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Begitu juga dengan peperiksaan.

Pelajar sepatutnya membuat persediaan awal-awal lagi dengan perancangan teliti sebelum peperiksaan.

Tambah Shafiee, tumpukan perhatian yang lebih sedikit terhadap mata pelajaran yang lemah. Dalam hal ini ibu bapa pula patut meyakinkan anak-anak yang mereka boleh mengatasi masalah ini.

Apabila ditanya tentang tuisyen, Shafiee menerangkan, tuisyen memang baik bagi membantu anak-anak menambahkan pengetahuan atau mengatasi kelemahan dalam satu-satu mata pelajaran.

Tetapi sebelum mengambil keputusan untuk menghantar mereka ke pusat tusyen, ibu bapa sepatutnya berbincang dahulu dengan anak akan keupayaan mereka menghadiri kelas tersebut.

Jika pagi ke sekolah biasa, petang pula ke sekolah agama, malam ke tuisyen anak-anak akan kepenatan dan tertekan. Akhirnya yang dikejar tidak dapat dan yang dikendung berciciran.

Selain daripada itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan peralatan dan belanja persekolahan mereka agar mereka dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran tanpa gangguan.

Pastikan anak-anak sihat dari segi jasmani dan rohani terutama sekali menjelang peperiksaan.

Di rumah, pastikan mereka menguntukkan masa untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan.

Jangan membiarkan mereka sendirian melayari Internet, menonton televisyen atau membaca buku-buku yang tidak berfaedah sepanjang masa.

Jika ada masalah dari segi pembelajaran atau sebagainya untukkan masa untuk duduk berbincang bersama dan biarkan mereka meluahkan perasaan, sekali-sekala jadilah pendengar yang setia terhadap apa juga permasalahan anak-anak.

Pengambilan vitamin juga dapat membantu anak-anak agar tidak mengantuk di dalam dewan peperiksaan.

Menurutnya lagi, walaupun sekarang ini kebanyakkan sekolah, pertubuhan dan masjid mengadakan majlis solat hajat menjelang peperiksaan. Sebaiknya adakan juga di rumah sekeluarga dengan mengajak anak yang terbabit turut bersama.

Peranan ibu bapa tidak habis di sini saja, pada hari pertama peperiksaan salah seorang patut mengambil cuti untuk menghantar anak hingga ke dewan peperiksaan bagi menyuntik semangat baru kepada mereka sambil berpesan agar tidak lupa berdoa dan membaca ayat penerang hati.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 03:30 PM | Show all posts
Thanks Syd for the article.... Minggu depan exam pra UPSR.... lagi sebulan nak UPSR....

Mac cadang nak ambik cuti masa UPSR.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 12:10 PM | Show all posts
Jangan jadikan anak sebagai kuda lumba

BEBERAPA bulan lagi, anak-anak kita akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sebahagian yang lain akan menduduki peperiksaan akhir tahun yang penting bagi mereka.

Ia juga cukup bermakna bagi ibu bapa. Setelah bertahun-tahun membesar dan mendidik mereka, tentulah ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya. Itu tidak salah.

Yang salah ialah menjadikan anak-anak sebagai kuda lumba. Sebagai seorang dewasa, kita telah melalui pahit-maung kehidupan. Di sepanjang perjalanan hidup, kita mempunyai banyak kegagalan dan kekecewaan khususnya dalam bidang akademik.

Kita mungkin gagal dalam peperiksaan SPM, tidak berjaya memasuki universiti atau mungkin tidak meneruskan pengajian ke tahap sarjana apabila tamat ijazah pertama. Lalu, kita mengharapkan anak-anak menebus kegagalan tersebut.

Dalam proses itu, kita secara sengaja atau tidak sengaja menjadikan anak-anak sebagai kuda lumba yang mesti menang dalam setiap pertandingan.

Kita tidak dapat menerima kegagalan mereka. Sikap ini menjadikan anak-anak berasa tertekan dan tidak gembira belajar.

Sementara setiap ibu bapa inginkan anak-anak berjaya, kita harus mengambil pendekatan positif dan bersifat merangsang. Pendekatan ini saya simpulkan sebagai SMART. Apakah SMART?

S membawa makna semangat. Ibu bapa harus sentiasa membina semangat anak-anak untuk berjaya. Ini boleh dilakukan dengan menunjukkan contoh orang lain yang telah berjaya.

Mereka mungkin merupakan keluarga terdekat, jiran atau rakan anak-anak kita. Bagaimanapun, ingat, jangan lemahkan semangat anak-anak dengan membandingkan kelemahan mereka dengan kejayaan orang lain.

M ialah masa. Walau bagaimana sibuk sekali pun, ibu bapa harus memberikan masa yang cukup kepada anak-anak.

Duduklah bersama-sama anak-anak apabila mereka mengulangkaji pelajaran. Berikan masa untuk bertanya perkembangan pelajaran dan melihat kerja sekolah anak-anak. Tentukan anda mempunyai masa untuk mendengar masalah mereka.

A bererti anugerah. Ganjari anak-anak apabila mereka melakukan sesuatu yang positif sama ada ia kecil atau besar. Ganjaran tidak semestinya memerlukan wang ringgit yang banyak.

Peluk dan cium anak-anak apabila mereka pulang dari sekolah. Belai rambut atau tepuk bahu anak-anak apabila mereka mengulangkaji pelajaran. Sesekali bawa anak-anak makan di restoran kegemaran mereka selepas mereka penat belajar.

Apabila mereka berjaya dalam ujian atau peperiksaan, berikan hadiah. Ganjaran merangsang anak-anak untuk terus berjaya.

R ditafsirkan sebagai rasa. Anak-anak juga ada hati dan perasaan. Cuba selami hati dan perasaan anak-anak.

Dengan memahami rasa hati mereka, ibu bapa memberikan mesej bahawa mereka menyayangi anak-anak dalam apa keadaan sekalipun.

Tunjukkan kepada anak-anak bahawa anda menghargai usaha mereka. Sementara anda mengharapkan kejayaan, yakinkan anak-anak bahawa anda tetap menyayangi mereka walaupun sesekali mereka tidak berjaya sepenuhnya mencapai apa yang dihajati.

Anak yang merasa disayangi dan dihargai akan lebih berjaya dalam hidup, termasuklah pelajaran.

T bermaksud tumpuan. Sebagai ibubapa, kita mempunyai pelbagai tanggungjawab di dalam dan luar rumah. Setiap hari kita sibuk dengan tugasan di tempat kerja, aktiviti berpersatuan dan sebagainya. Namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak memberikan tumpuan kepada anak-anak.

Tumpuan merupakan asas kepada kejayaan mendidik anak-anak mengikut SMART. Hanya dengan adanya tumpuan, barulah ibu bapa boleh sentiasa memberikan semangat, memperuntukkan masa yang cukup, menganugerahi kejayaan anak-anak, dan memahami rasa hati mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 09:42 AM | Show all posts

Tips utk ibubapa

Tips peperiksaan

Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan menjelang peperiksaan:

*YANG BOLEH:
Rancang ulang
Kaji masih belum terlambat untuk membuat ulang kaji. Rancang jadual ulang kaji anda secara tersusun.Mintak nasihat guru kelas atau guru kaunseling untuk membantu anda menyusun jadual ulang kaji anda jika tidak mampu atau tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.

Anda juga boleh meminta pandangan daripada rakan-rakan anda yang berjaya. Lihat bagaimana mereka yang cemerlang ini menyusun jadual ulang kaji. Mungkin boleh dijadikan contoh.

Susun bahan ulang kaji.

Pastikan buku, nota dan apa sahaja bahan rujukan dan ulang kaji anda berada dalam bentuk yang mesra pengguna. Maksudnya, susun ikut kepentingan sesuatu topik.

Cuba guna teknik penggunaan katakata kunci, peta minda ataupun carta-carta untuk memudahkan anda mengingat.

Anda juga boleh meminta petua dan pandangan daripada guru atau pelajarpelajar cemerlang, bagaimana untuk

belajar secara berkesan di saat-saat peperiksaan.

Mungkin ada yang boleh anda cuba jika sesuai.

*Cari kaedah terbaik

Sehingga kini, pastinya anda telah mengenali dengan sebaik-baiknya bagaimana kaedah yang sesuai untuk anda mengulangkaji. Sama ada secara sendirian, berkumpulan, waktu pagi, lewat malam atau sebagainya.

Buatkan ketetapan dan ikut kesesuaian anda. Elakkan daripada mengubah kesesesuaian anda mengulangkaji di saatsaat akhir. Ia mungkin sedikit sebanyak akan menganggu tumpuan anda.

Ketika membuat ulang kaji, jangan panik jika anda tiba-tiba tidak memahami sesuatu perkara. Cepat-cepat rujuk guru

atau rakan-rakan yang lebih mengetahui. Jika anda tidak menyelesaikannya, ia mungkin boleh menganggu kosentrasi

anda untuk meneruskan dengan perkaraperkara yang lain.

*YANG TIDAK BOLEH:

*Ulang kaji saat akhir

Jangan buat ulang kaji di saat-saat akhir seperti sehari sebelum peperiksaan. Ia akan meletakkan anda dalam keadaan yang sangat tertekan terutamanya apabila anda mengetahui masih banyak yang belum ada fahami mengenai sesuatu perkara.Mengelak subjek yang anda tidak suka. Ini bukan satu langkah yang bijak kerana ia sebenarnya akan lebih menganggu anda sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Ingat anda perlu menyelesaikan masalah, bukannya jangan lari daripada masalah. Berasa tertekan. Jangan berasa terlalu tertekan untuk menghadapi peperiksaan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang perlu ditempuhi oleh semua orang. Tidak cemerlang dalam peperiksaan bukanlah penamat dalam hidup anda. Yang penting anda berusaha dan mencuba sedaya upaya. Selalu bayangkan diri berjaya dan bukannya membayangkan apa akan jadi

jika anda gagal.

*Pesanan semasa peperiksaan

*Baca arahan dengan betul dan tenang.

Jangan panik jika ada yang anda tidak faham atau di luar jangkaan anda. Tanya dengan guru pengawas yang bertugas mengenai apa sahaja arahan yang anda rasa ragu. Jangan sesekali fikir akan ditertawakan dengan soalan-soalan anda itu. Lebih baik bertanya daripada melakukan kesalahan. Jika anda mahu lebih berhati-hati, baca

soalan dua kali terutamanya soalan-soalan yang beraras sukar. Rancang masa yang anda perlukan untuk menjawab soalan-soalan. Beri masa yang lebih kepada soalan-soalan yang beraras sukar. Bagaimanapun, jangan terlalu tumpukan banyak masa kepada soalan-soalan sukar.

Anda boleh kembali semula kepada soalan ini kemudian. Jika benar-benar buntu, guna logik akal dan buat tekaan bijak. Lebih baik mencuba daripada membiarkan kosong tanpa jawapan.

Pastikan juga anda mempunyai masa yang mencukupi untuk memeriksa kembali jawapan-jawapan anda.

*Pesanan penting selepas peperiksaan

Jangan:

Membincangkan semula jawapan dengan rakan-rakan anda. Ia akan menyebabkan anda lebih bimbang untuk

menghadapi kertas-kertas lain selepas itu. Yang berlalu, biarlah berlalu. Ingat, anda tidak boleh lagi mengubah

jawapan yang telah anda berikan setelah peperiksaan tamat. Memikirkan lagi sama ada anda telah

menjawab dengan baik atau tidak selepas selesai sesuatu kertas. Lupakan. Beri tumpuan kepada

kertas-kertas yang akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 11:46 AM | Show all posts
Best of Luck kepada anak2 yang bakal mengambil UPSR minggu depan. Semoga segala penat lelah sepanjang 6 tahun pembelajaran membuahkan hasil.

Minggu ni, minggu akhir pembelajaran. Sebaiknya minggu ini, lebih kepada aktiviti menenangkan minda...... jangan tengok sangat buku2 tu..... waktu mentelaah dah berakhir.......

GOOD LUCK TO ALL....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2006 11:53 AM | Show all posts
ada ker sape2 kat sini
anak2 dia amik UPSR?

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 12:07 PM | Show all posts
Menghadapi peperiksaan - Strategi dan persediaan

BERHADAPAN dengan sesuatu peperiksaan utama adalah sesuatu yang menggelisahkan bagi semua orang. Tidak kira sama ada anda seorang yang baru pertama kali menghadapinya ataupun telah berkali-kali menempuhnya.

Perasaan berdebar-debar sentiasa menghantui pelajar, tidak kira betapa bersedianya seseorang itu untuk menghadapi peperiksaan.

Bagi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), mungkin masih sempat untuk mendapat manfaat dari artikel ini memandangkan anda akan menghadapi peperiksaan pada hari ini dan esok.

Bagaimanapun, bagi calon Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) anda masih mempunyai masa untuk membuat persiapan akhir sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

Ikuti panduan ringkas di bawah untuk membantu anda menghadapi peperiksaan dengan lebih bersedia:

1. Semak nota ringkas

Semak semula kad-kad nota, nota-nota ringkas atau peta-peta minda yang telah anda buat sebelum ini.

Menyemak semula nota-nota ringkas ini akan memberikan peluang kepada anda untuk mengesan kelemahan anda pada sesuatu topik.

Anda perlu ingat, ketika ini, bukannya masa untuk mempelajari perkara-perkara baru, sebaliknya mengulangkaji fakta-fakta penting.

Ambil tindakan segera untuk mencari maklumat tambahan mengenai apa yang anda masih tidak faham sama ada daripada guru anda sendiri ataupun berbincang dengan rakan-rakan yang lebih mengetahui.

Semasa mengulangkaji, dapatkan tip daripada guru anda mengenai topik-topik mana yang dirasakan penting untuk diberi penekanan.

Selalu lah bersemuka dan berbincang dengan guru anda kerana mana tahu, kadang kala melalui komunikasi bersemuka ini, anda akan menerima tip-tip istimewa daripada guru anda.

Tip mengingat

i. Petua mengingati fakta-fakta yang sukar ialah sama ada dengan membentuk akronim bagi pangkal huruf fakta ataupun mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang mempunyai kaitan dalam hidup anda.

(Pelajar cemerlang PMR yang mendapat 16 A, Yap Swee Lin berkata, untuk memudahkan beliau mengingati fakta sejarah beliau membayangkannya dalam bentuk persembahan teater)

ii. Membentuk rajah dan diagram mudah terutamanya bagi mengingati fakta-fakta yang memerlukan urutan.

iii. Berlagak seperti guru. Anda boleh mencuba petua ini iaitu dengan cara menjelaskan sesuatu konsep secara verbal dan bukan bergantung kepada bahan atau buku-buku ulang kaji. Dengan berbuat begini, anda boleh membayangkan sesuatu konsep secara lebih jelas.

2. Banyakkan latihan

Lakukan lebih banyak latihan daripada bank-bank soalan. Anda boleh melayari Portal Pendidikan Utusan untuk melihat kembali bank-bank soalan bagi membiasakan diri anda dengan bentuk-bentuk soalan sesuatu topik.

Satu lagi yang boleh anda lakukan ialah dengan melihat kembali soalan-soalan kuiz yang pernah dikemukakan oleh guru-guru anda di dalam kelas. Anda perlu ingat, ada juga antara guru anda adalah penggubal soalan-soalan peperiksaan. Beliau kemungkinan memberikan soalan-soalan kuiz yang menyerupai soalan-soalan peperiksaan akhir.

3. Ulang kaji berkumpulan

Mengulangkaji secara berkumpulan memang baik antara langkah terbaik untuk seseorang menguasai dan memahami sesuatu subjek. Tetapi, anda perlu pastikan kumpulan belajar anda tidak terlalu ramai kerana jika terlalu ramai, anda akan hilang tumpuan. Ada kalanya anda lebih banyak berbual-bual kosong daripada belajar.

Gunakan rakan-rakan dalam kumpulan belajar ini untuk bertukar-tukar koleksi-koleksi kertas-kertas soalan.

4. Urus masa ulang kaji

Satu lagi perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh semua pelajar ialah cara bagaimana kita menguruskan masa ulang kaji.

Bagaimanapun, yang penting anda perlu membuat ulang kaji setiap hari. Bila waktunya, bergantung kepada kesesuaian anda. Bagaimanapun, semasa ulang kaji ini, seboleh-bolehnya, elakkan daripada gangguan-gangguan sampingan seperti televisyen dan radio. Ia akan menganggu tumpuan anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 04:18 PM | Show all posts
syd.... upsr tinggal lagi satu hari..... penantian 6 tahun hampir berakhir.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 04:25 PM | Show all posts
mac,

good luck to both of u!

harap2 doa diperkenankan ALLAH
dan cemerlang lah hendaknya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 10:31 PM | Show all posts
UPSR BERAPA HARI?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:02 AM | Show all posts
hari nih last.

dan hari ni start trial SPM
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 10:51 AM | Show all posts
aku teringat dulu masa aku sekolah rendah time nk peksa mak selalu bising soh baca buku, aku lak jenis bebal malas benar nak study sampai dia ckp 'kalau la boleh tukar ganti mak sanggup ganti hang pi amik peksa tu!' pastu aku dok asrama, time peksa mak akan tampal jaduak exam. bila cukup time je dia pon siap sama, amik wuduk, solat hajat, baca yaasin.. sampai la abis masa peksa tu. cth kalau stat exam kul 9. kat rumah kul 9 tu dia dah ready dah 'haa ni anak aku dah duduk kat meja peksa dia dah ni.." samapi begitu sekali mak aku..ishhh rindu makk..sayang mak!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 12:15 PM | Show all posts
sape ada anak amik PMR?
hari nih start dah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by ananur at 12-9-2006 10:51 AM
aku teringat dulu masa aku sekolah rendah time nk peksa mak selalu bising soh baca buku, aku lak jenis bebal malas benar nak study sampai dia ckp 'kalau la boleh tukar ganti mak sanggup ganti hang  ...


bestnye emak annuar....mmg menyuntik semangat betul....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 09:42 AM | Show all posts

Tips tuk ibubapa, boleh bantu anak2

Belajar berkesan dengan peta minda

PETA minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat.

Peta minda boleh membantu anda untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran anda untuk mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman.

Peta minda merangsang pelbagai keupayaan yang ada dalam diri anda.

Antaranya, anda perlu memikirkan tentang maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan anda.

Secara langsung, anda berhubung secara aktif dengan maklumat yang ada dalam ingatan anda.

Bolehlah anda sifatkan anda sebenarnya sedang berbicara dengan daya ingatan sendiri.

Peta minda itu juga boleh merangsang beberapa anggota anda yang mempunyai peranan tersendiri.

Antaranya, anda perlu berfikir, memerhati, memilih, melukis dan menentukan anda memahami apa yang anda inginkan.

Tangan anda ikut serta dalam kerja-kerja tersebut.

Hal ini dapat memahirkan diri dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran.

Menggunakan peta minda bermakna anda harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat dan mudah difahami.

Peta minda juga membolehkan anda membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat.

Apa yang anda ingat akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang anda lakukan.

Kemudian anda mengaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang lain.

Cabang

Lama kelamaan akan membentuk idea keseluruhan mengenai apa yang anda inginkan daripada daya ingatan anda.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan keseimbangan otak kiri dan otak kanan.

Anda telah ditunjukkan mengenai keperluan keseimbangan antara otak kiri dan otak kanan dalam rencana-rencana yang terdahulu.

Apa yang menarik mengenai peta minda ialah ia merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan sebagainya dalam usaha keseluruhannya.

Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan.

Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah.

Anda tidak perlu menuliskan semuanya pada sekeping atau lebih kertas.

Anda tidak akan sukar untuk memikirkan secara mendalam kerana ingatan anda dibantu oleh hasil lukisan dan tulisan mata dan tangan anda.

Peta minda boleh disediakan dengan mudah. Pada buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi perhatian anda. Topik tersebut, misalnya pembelajaran, eloklah dituliskan di bahagian tengah.

Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik pembelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau cawangan daripada pembelajaran tadi.

Daripada cabang-cabang tadi, anda boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain bentuk ranting. DDi samping itu, anda boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh mencorakkan peta minda dengan lebih menarik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2006 10:21 AM | Show all posts
mmmm.....

mac baru balik dari rumah In laws. Also staying nearby are my sister-in laws. (3 families) I went back on Friday petang till Ahad petang (smalam) Kesemua anak2 mereka will be sitting for final exam today. (Anak mac habis exam last week)

Kemusykilan mac, sepanjang mac disana, kesemua anak2 sedara mac berada dirumah nenek mereka. Walaupun exam hari Isnin (today) tapi seorang pun takde pegang buku or at least buat a single preparation. They were watching tv and main computer and main lari2 aje the entire 3 days.

Mac rasa heran considering that this is a family of teachers. (sorry pada cikgu2, my perception is that cikgu2 yg selalu lebih peka dgn hal2 pelajaran) Infact, mac ckp kat anak mac, bring along your tuition homework, so that masa your cousin baca buku, you can do your homework. Rupa2nya anak mac sorang aje yang pegang buku that weekend.

I was taken aback and terpikir balik.... if anak nak exam.... apakah peranan parents2 lain in making sure that anak mereka prepare for the exam? Or is it lepas tangan begitu saja.

Come to think of it, I also did not hear any adult in the house asking for the children baca buku (immaterial whether budak tu would ikut kata ke tak)

[ Last edited by  macademia at 16-10-2006 10:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by macademia at 16-10-2006 10:21 AM
mmmm.....

mac baru balik dari rumah In laws. Also staying nearby are my sister-in laws. (3 families) I went back on Friday petang till Ahad petang (smalam) Kesemua anak2 mereka will be sitting f ...


mungkin they dont need that much preparation kot mac...some kids are born genius.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 08:44 AM | Show all posts
mmm kak fie.... there's 8 of them, semua pergi ke sekolah yang sama. aged between 7 - 12 yrs. Cuma sorang aje yang in A class. Yang lain semua kelas-kelas bawah....

Born genius? To me born genius pun mesti ada at least secelumit preparation.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by macademia at 18-10-2006 08:44 AM
mmm kak fie.... there's 8 of them, semua pergi ke sekolah yang sama. aged between 7 - 12 yrs. Cuma sorang aje yang in A class. Yang lain semua kelas-kelas bawah....

Born genius? To me born geniu ...


Biarlah mc, kalau parents diorang sendiri tak kisah memang susah orang luar nak campur kan?  Tapi kesian je lah dengan budak-budak tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.415704 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list