CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eiyoei

Penghafaz quran

[Copy link]
hafizi This user has been deleted
Post time 4-1-2007 10:13 AM | Show all posts
Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala.


----------------------------------------------


satu motivasi untuk kita membaca dan menghafaz ayat-ayat Al Quran.

[ Last edited by  hafizi at 4-1-2007 10:15 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2007 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 4-1-2007 10:13 AM
Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca  ...


Sekarang ni bukan masalah bagi mempelajari bacaan Al-quran. Apatah lagik bab tajwid, mahraj dan sebutan. Semua kemudahan dah sedia ada. Ada DVD, ada VCD, ada TV, ada radio, ada kelas mengaji Quran, ada pengajian dalam IT. Jika yang mualaf yang berumur 40an lebih,  boleh membaca Quran dengan baik, dimana pulak kemahuan umat Islam yang sejak lahir beragama Islam? Tepuk dada tanya selera.


Cuma kurangkan masa berchating dalam IT dan perbanyakkan bacaan Al-Quran . Seperti menghafal Yasin, Surah Assajadah dan kalau boleh menghafal Surah al-Baqarah.

Syukur alhamdulilah, anak saya yang berumur 11 tahun dah boleh menghafal sebanyak 6 juzuk.
Reply

Use magic Report

belatokrimba This user has been deleted
Post time 4-1-2007 01:14 PM | Show all posts
saya setuju sangat pendapat Tok_imam 2.Perlu kurangkan masa berchating...lebih baik didik anak-anak membaca al-quran.Ada orang sanggup tunggu depan internet berjam-jam tetapi anak-anak di rumah terbiar.Kesian inilah penyakit yang menimpa ibu bapa mellinium karang ni.Saya juga bersyukur, anak-anak saya bukan sahaja boleh baca dengan lancar tetapi faham perkataan dalam al-quran (berdasarkan perkataan yang kerap muncul dalam al-quran).Saya dapat buku panduan dari kawan saya dari UK...alhamdulillah anak-anak saya boleh faham dan boleh beritahu maknanya pada setiap ayat yang mereka baca.


perlu lebihkan masa untuk anak-anak dari internet.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by belatokrimba at 4-1-2007 01:14 PM
saya setuju sangat pendapat Tok_imam 2.Perlu kurangkan masa berchating...lebih baik didik anak-anak membaca al-quran.Ada orang sanggup tunggu depan internet berjam-jam tetapi anak-anak di rumah ter ...


Harap jangan perlukan masa lebih lama beranak dalam internet.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 01:41 PM | Show all posts
Hendaklah sentiasa membaca dan berusaha menghafalnya agar dengan bacaan al-Quran itu ia dapat menambah kebersihan jiwa, ketenangan, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Malah dengan bacaan al-Quran segala tugas akan mendapat ganjaran pahala dan syafaat dari Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Bacalah al-Quran kerana pada Hari Kiamat kelak akan menjadi syafaat atau pembela kepada tuan yang membacanya. "
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 02:44 PM | Show all posts
aku pernah baca satu berita ada sorang budak ni bukan setakat hafiz malah dia boleh bagi no. ayat yg dibaca dan m/s berapa

kalau hafaz Quran, title al-Hafiz dibelakang nama
kalau hafaz hadis , title al-hafiz didepan nama
Reply

Use magic Report

Follow Us
belatokrimba This user has been deleted
Post time 4-1-2007 08:46 PM | Show all posts
Aiik nampaknya Ayun_Maiden terasa pulak.Belatok cakap apa yang betul saja, Tok_Imam pun cakap macam tu.Ngape ngko kot orangnye yang selalu habiskan masa kat internet 2.Jangan dah berapa orang anak dah ngko hasilkan daripada dok nga-nga depan internet.Tak ade angin tak ade ribut tiba-tiba batu jatuh kat atas pale dia...kesian.

nape ngko mudah terasa sangat hah...kalo nak tumpangkan anak2 masuk kelas kite pun boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 4-1-2007 10:13 AM
Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca  ...


:setuju:  Apa yang saya diberitahu, orang yang belajar membaca alqur'an ni, walau dia tersekat2 dan berulang2 kali membacanya dia akan diberi pahala.  Tapi kalau orang yang tak fasih membaca alquran dan tidak berguru, rugilah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2007 11:30 AM | Show all posts
sebenarnya bukan senang nak jadi hafiz...
alhamdulillah, adik perempuan aku seoarang hafizah dlm usia belasan & sekarang di Mesir buat usuluddin...

apa yg aku perhatikan...
untuk jadi pengingat ayat Quran yg paling penting pemakanan...
mak ayah aku cukup jaga pemakanan adik perempuan aku ni...
dia x boleh makan benda yang was2, syubahat apatah lagi yg haram...
ayat yg dihafal akan hilang sikit demi sedikit dr ingatan...

contoh paling mudah, adik perempuan aku x makan KFC, McDonnald dan yg sewaktu dengannya...
sebab katanya daging2 di situ was2 untuk dimakan disebab masalah penyembelihan...

selain tu...

- pandangan mata perlu dijaga, aku ada kenalan seorang hafiz... katanya misalan dia terpandang betis perempuan bukan muhrim, pasti dia akan kehilangan 1-2 ayat

- percakapan... x bley ckp mcm org kat kedai kopi... hehehhe... penah ke nampak al-hafiz duduk sembang kat kedai kopi ? al-hafiz nombor ekor ada laa kut... hehhehe

- pendengaran... kena jaga gak pendengaran... x bley dgr benda2 keji mcm umpatan... muzik2 di radio (adik pempuan aku x dgr muzik2 ni semua)...

apa yg aku perhatikan... bila ayat2 Allah ada dlm diri, secara automatik akhlak si al-hafiz tadi menjadi sgt baik... secara automatiknya dia kuat berpuasa, kuat sembahyang sunat, kuat ikut sunnah...

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 06:36 AM | Show all posts
ASM.
Memang betul, kalau sorang tu nak jadi penghafal Al-Quran atau Hadith, kenalah jagai akhlak bathin dan zahir. Kalau tak, hasratnya tu sukar nak capai. Cuma yang aku taulah, sampai satu peringkat, para penghafal ni dah tak kisah lagi pasal apa yang ada depan mata dan apa yang ada di kelilingnya. Semua tu tak jadi beban lagi buat dia. Maksudnya apa yang ada di keliling, sudah tunduk pada dia bukan sebaliknya. Penghafal yang begini kita tak tau pun dia tu hafiz. Pakaian pun biasa seperti orang lain, dia turut bercampur dengan masyarakat dan hidup macam orang lain. Tapi makan minum, dll ni memang depa jaga sungguh. Kita pun kalau menengok muka dia, boleh tau yang dia tu bukan sebarang orang.

Ada juga golongan orang yang bukan hafiz tetapi pakar dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadith ni. Mereka ni kebanyakannya mahir bahasa Arab dan hukum hakam agamalah. Kalau kita nak buat bandingan mudah, orang hafal Al-Quran ni lebih merupakan "Pemelihara Al-Quran" dan kerana itu perkataan "Pelihara" amat berkait rapat dengan depa ni, segala-gala kena pelihara / jaga. Orang yang satu lagi tu pulak menggunakan Al-Quran dari segi "application" untuk hidup sehari-hari. Contohnya untuk menyampaikan Agama, memulihkan orang sakit dan mempertahankan Agama. Orang Hafal Al-Quran pun ramai yang begini juga.

Apa pun, kita bersyukur dengan apa yang dikurnia Allah pada kita sekarang. Tak semua orang Allah kurnia jadi Penghafal Al-Quran & Hadith ni. Asalkan Allah kurnia shahdunya Iman, hati yang lembut, ikhlas dan senang dengan kebaikan dan sesusahan yang Allah bagi, itu sebenarnya adalah nikmat yang amat besar.

waAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 01:48 PM | Show all posts
apa kata ... kita memulakan ngan hafal al quran dgn surah yassin ... nanti kita bagi taula kat sini .. pencapaian dah sampai mana ... bkn nak menunjuk2 ...tp bila ramai2 kita lebih rs bersemangan dan yakin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2007 02:03 PM | Show all posts
ada setengah guru menyarankan hafaz yasin dulu.. sbb yasin kan jantung quran..

kendian ada turutan2 lain.. lupe laa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 02:39 PM | Show all posts

Reply #31 azliza's post

yup saranan yg baik...jom start !!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 04:10 PM | Show all posts
ada tak surah yassin dalam mp3 ..boleh la dgr berkali melalui hp... masa wat kerja pun leh dgr... senang sket nak hafal??
Reply

Use magic Report

belatokrimba This user has been deleted
Post time 7-1-2007 12:16 AM | Show all posts
ada kawan belatok dia ambil inisiatif hafal al-quran semasa memandu keta.beli aje cd yang banyak dijual di kedai tu, bila memandu pasang terutama bila balik kerja...jalan kan sesak....masa tulah dia mendengar dan menghafal.anak-anak dia pun dia buat macam tu...terutama bila pergi travel jauh2.masing2 disuruh baca satu surah yang pendek2..lama-lama dah jadi habit kemudian diamalkan.bagus jugak kannnnn....cubalah.sedangkan anak dalam kandungan pun perlu diajak baca al-quran.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 11:54 AM | Show all posts
salam....

skadar nak bagi pandangan.... atau mungkin bleh share...
sy seorg penghafaz... graduate frm Darul Quran 2001... skung bekerja di KKLW...
pengalaman saye penah ngajar di sekolah agama hira' jeram... setahun... ngajar budak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by azliza at 6-1-2007 04:10 PM
ada tak surah yassin dalam mp3 ..boleh la dgr berkali melalui hp... masa wat kerja pun leh dgr... senang sket nak hafal??


http://www.bathislamicsociety.org/trans.html
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 11:23 AM | Show all posts
TQ ... skrang tgh download surah yasin... harap dapat hafal ngan terjemahan nya sekali dalam tahuni ni .... doa2 kan la ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 12:42 PM | Show all posts
berikut adalah surah
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 03:01 PM | Show all posts

Reply #34 azliza's post

saya syorkan dgr bacaan qari abu bakr as-shatri. senang igt kalau dgr bacaan dia...mmg byk qari yg baca sedap di dgr & di hayati, tapi saya rasa qari yg ini lain sikit 'lagu' nya.

since saya tak boleh access website agama from office & tak ada internet kat rumah, mintak tlg le sapa2 ada dload file bacaan dia ni, forward le kat saya sekali...uhuk uhuk kaset dia yg saya ada dah bunyik lemau...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.862277 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list