CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mnm77

Sembelihan Ahli Kitab

[Copy link]
Post time 12-8-2007 06:54 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Apa perbedaan tentang Ahli Kitab di jaman Rasulullah saw dan Ahli Kitab di jaman sekarang??
Dan siapakah Ahli Kitab yg di maksudkan di dalam Al Quran???

Wsalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2007 07:39 PM | Show all posts

salam

Dulu I ada bincang pasal ni dlm satu thread tu.

Server I lembab ni... malas nak search.. nak bincang semula lagi la malas

U all just carry on, kay...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 09:51 PM | Show all posts
Surah al-Bayinnah ayat 6: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang yang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk. "

Dalam ayat tersebut disebut 2 jenis kafir iaitu ahli kitab dan ahli musyrik.

Dalam surah al-Maidah ayat 5: "Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka."

Nasrani masa zaman nabi Muhammad s.a.w. dulu pun dah kata Nabi Isa anak tuhan.  Atau percaya kepada akidah trinity.

AnNisaa ayat 171: "Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu)."


Yang masaalah sekarang ni rasanya, setahu saya mat saleh kristian masa ni tak sembelih lembu, kambing, ayam.  Dia orang kata zalim, siap ada yang buat undang-undang lagik.  Tu yang dapat nama ayam dan daging katok.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 01:28 AM | Show all posts

Reply #1 mnm77's post

Salam sejahtera mnm77,

Jika saudara yakin panduan yg ada didlm al Qur'an itu lengkap dan jitu, anda akan memeriksa dan meneliti setiap pembacaan terjemahan ayat2 al Qur'an supaya dapat memahami kontek ajaran yg dibawa.

Sebagai langkah awal, anda perlu perhatikan sebagai contoh ayat 6:121 tidak disebut perkataan "sembelihan". Saya garis dan letakkan kurungan pada ayat2 yg saudara bawakan utk menunjukkan terjemahan yg tidak ada didlm ayat al Qur'an.

mnm77
<snip>
Namun terdapat satu lagi ayat Al Quran yang khusus tentang sembelihan:

Al-An'aam:[ 121]

Dan janganlah kamu makandari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah (ketika menyembelihnya), kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalahperbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itumembisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah(menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untukmenghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadiorang-orang musyrik.


Pickthal
6:121
And eatnot of that whereon Allah's name hath not been mentioned, for lo! it isabomination. Lo! the devils do inspire their minions to dispute withyou. But if ye obey them, ye will be in truth idolaters.

Kontek pesanan yg dibawa dari ayat diatas menyeru kita untuk mengucap nama Tuhan sebelum kita makan dan tidak disebut perihal menyebut nama Tuhan sebelum kita menyembelih binatang.

Rujukan anda dari terjemahan Q5:5 juga harus diteliti kandungannya untuk dilihat kembali penambahan yg dikaitkan dengan (sembelihan).

mnm77
Al Maaidah: [5]
Pada masa ini dihalalkanbagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Danmakanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halalbagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka


Penyembelihan binatang adalah proses kebiasaan untuk mematikan haiwan sebelum kita menjadikannya makanan.  Dan ianya bukanlah satu bentuk proses yg memerlukan "religious ritual" bagi menjamin status halal/haram as per al Qur'an.

Salam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 06:42 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 13-8-2007 01:28 AM
Salam sejahtera mnm77,

Jika saudara yakin panduan yg ada didlm al Qur'an itu lengkap dan jitu, anda akan memeriksa dan meneliti setiap pembacaan terjemahan ayat2 al Qur'an supaya dapat memaham ...


Salam M5,

Saya yakin Al Quran itu lengkap, dan saya juga yakin yang tafsiran awak besar kemungkinan menyeleweng kerana HANYA berdasarkan pemahaman Al Quran secara literal.

Soalan saya kepada awak sebelum meneruskan perbincangan ini:
1. Adakah awak percaya kepada sabdaan2 Nabi dalam bentuk hadith?
2. Adakah awak percaya kepada tafsiran Nabi dan sahabat Nabi tentang ayat2 Al Quran tertentu di mana penerangan mereka dibuat dalam kurungan sedangkan orang seperti kamu selalunya pertikai dan menolak terus apa yang diterangkan oleh mereka (seperti yang dalam kandungan)?

Jika anda menolak hadith, bermakna aliran kefahaman kita berbeza dan perbincangan tak akan selesai kerana saya percaya hadith tetapi awak tidak. Justeru hal ini perlu diselesaikan sebelum meneruskan perbincangan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 08:56 AM | Show all posts

Reply #24 M5's post

Bila kita nak menterjemahkan sesuatu ayat Al Quran tu kena tahu mengapa ayat tu diturunkan, bila masa ia diturunkan, baru kita dapat pandangan sebenar tentang makna ayat tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-8-2007 11:08 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 12-8-2007 01:26 PM

so burung or rusa yg ditembak tak halal dimakan.


Hadis Sahih Muslim:        

Abu Tha'labah Al-Khusyani r.a katanya:  
Aku telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, kami tinggal di bumi satu kaum dari kalangan Ahli Kitab. Kami makan dengan menggunakan bekas mereka dan di situ aku berburu. Akuberburu dengan menggunakan panah, terkadang dengan menggunakan anjingku yang telah terlatih dan terkadang pula dengan menggunakan anjingku yang tidak terlatih. Ceritakanlah kepadaku apa yang halal untuk kami darisemua itu. Baginda bersabda: Apa yang kamu katakan bahawa kamu tinggaldi negeri kaum Ahli Kitab lalu kamu makan dengan menggunakan bekas mereka, sekiranya kamu bolehdapati selain dari bekas mereka, janganlah kamu makan di dalambekasnya. Kalau kamu tidak dapati selainnya, basuhlah dahulu danmakanlah di dalam bekasnya.

Mengenai kamu berburu di tanah pemburuan, apa yang kamu lontar dengan panah sebutlah nama Allah kemudian makanlah dan mengenai hasil buruan yang kamu dapatkan dengan menggunakan anjingmu yang telah terlatih, sebutlah nama Allah kemudian makanlah. Adapun hasil buruan yang kamu dapatkan dengan menggunakan anjingmu yangtidak terlatih, jika kamu dapat menyembelihnya, maka makanlah

Rafi' bin Khadij r.a katanya:  
Akuberkata: Wahai Rasulullah, kami akan menemui musuh esok sedangkan kamitidak mempunyai pisau. Rasulullah s.a.w bersabda: Segerakanlah atau sembelihlah dengan apa saja yang boleh menumpahkan darah dengan menyebut nama Allah, engkau boleh memakannya asalkan alat tersebut bukan gigi dan kuku. Aku akan nyatakan kepada kamu. Adapun gigi, ia adalah tulang manakala kuku pula adalah pisau orang Habsyah iaitu Ethiopia. Rafi' berkata:Kemudian kami mendapatkan rampasan perang berupa unta dan kambing. Ada seekor unta cuba melarikan diri. Seseorang melepaskan panah ke arahnya dan lalu ia ditangkap. Rasulullah s.a.w bersabda: Memang unta itu ada yangliar seperti binatang liar lain. Apabila kamu mengalami keadaan demikian bertindaklah seperti tadi



[ Last edited by  mnm77 at 14-8-2007 11:11 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 11:15 PM | Show all posts
Bagi aku senang jer. Ada lagik ker fahaman ahli kitab seperti mana fahaman  pada zaman Nabi?  Kalau tiada sebab ajarannya terseleweng , berkurang atau bertambah. Baik tak payah makan sembelihan mereka. Walau pun dasarnaya macam ahlil Kitab.

Jika terdapat keraguan atau syak wasangka baik kita mengelak. banyak lagi yang boleh dan halal dimakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2007 12:46 AM | Show all posts
status ahli kitab zaman ini,

Assalamu'alaikum...

Ustaz zaharuddin....nak tanya..

saya agak confius dgn takrifan ahli kitab yg sebenarnya...

Sbb some people said ahli kitab tu "Sesiapa samada yahudi atau kristian yg percaya akan adenye tuhan x kisah klu trinity pun dan beriman dgn nabi musa, isa dan lain-lain.."

yg kira wara' dlm agama mereka la...

jadi mereka mengatakan yang orang Cina dan india yg kristian di Malaysia ini juga dikira ahli kitab....btol ke?

And takrifan ni pulak mereka kata merujuk kpd takrifan yg diberi oleh Sheikh Yusof Qardawi...

saya x dpt cari lg artikel Yusof Qardawi tu...klu ade blh ustz tlg sertakan dan jelaskan...

terima kasih...

zubir awang < [email protected] > wrote:

Ramdan karim,

salam bahgia kpd semua, just nak share information dgn sahabat kita, walaupun saya bukan ust zahruddin.

Soalan yg sama pernah saya kemukakan kpd salah seorang anggota ahli fatwa eropah yg berada kt UK, namanya Syikh Abdullah Judai, (ulama dari Basrah,Iraq) kebetulan hadir ke kelasnya. Dia jawab, untuk mengenali ahli kitab, kita boleh tentukan melalui beberapa ciri, antaranya ialah, kita lihat dari segi umum, iaitu hari perayaan mereka, kesimpulanya, di Britain, majoriti rakyat Britain meraikan perayaan krismas. So, mereka boleh digelar ahli kitab, meskipun mereka kurang berpegang pada agama mereka. (tapi jawapan yg diberikan kurang memuaskan, kerana ianya terlalu umum). meskipun begitu, dari pengamatan saya, ada beberapa hujah yg boleh dipertimbangkan oleh kita, ianya boleh di lihat dari sudut berikut:

1- Ahli kitab masih wujud dizaman kita

1.1- Kerana Nas al-Quran telah menjelaskan perkara tersebut didalam banyak bab, contoh perkahwinan dan makanan, jadi, jika kita nafikan akan kepupusan ahli kitab, seolah2, ayat alQuran yg berkaitan dengan ahli kitab tidak valid hingga ke akhir zaman, dan ini bertentangan dengan ciri2 alQuran yg berkekalan sehingga hari Qiamat.

1.2-Allah mengetahui apa yg akan berlaku pada masa akan datang, contoh, di beberapa negara eropah yg padanya terdapat penganut agama islam, jika mereka ingin berkahwin, seakan2 mustahil untk mendapatkan calon muslim atau muslimah, justeru itu, mereka diberi kelonggaran utk berkahwin dgn ahli kitab, tapi jika kita nafikan akan kewujudan ahli kitab, maka apakah jalan penyelasaian terhadap mereka ini. Manakah lebih baik berkahwin dengan ahli ktab yg tidak mengamalkan amalan mereka dgn sepenuhnya atau berzina. (dar`ul mafsadah, jalbul maslahah) tolak keburukan, bawa kabaikan.

2-ahli kitab x wujud

2.1- mereka x amalkan ajaran mereka. tapi jika mereka amalkan pun, sememangnya ajaran mereka dah terpesong.Jika kita pernah terbaca mengenai pengumpiulan kitab mereka,, dari 400 hingga 4 biji. kita sudah boleh memahami hakikat sebenar ajaran mereka.

Insyalah ust zahruddin boleh bagi ulasan lagi..sekadar pandangan ringkas dri saya.waslm

Zubir

JAWAPAN UST ZAHARUDDIN

Assalamualaikum,

Terima kasih bagi syeikh zubir yang memberikan pandangan, padangan yang baik juga. alhamdulillah

Ulama semasa berbeza pandangan dalam menentukan status ahli kitab ini pada zaman ini.

1) AHLI KITAB WUJUD HARI INI

Ia adalah pandangan kumpulan majoriti ulama semasa termasuk Al-Qaradawi (di ambil dalam fatwa beliau berkenaan boleh makan daging di neagar yang majoriti kristian dan yahudi, bgmnpun dalam fatwa beliau berkenaan kahwin dgn ahli kitab- beliau ada meletakkan syarat agar di semak terlebih dahulu samada wanita itu betul2 kristian dan yahudi atau hakikatnya athies), Al-Buti, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lain-lain menyatakan bahawa mereka di anggap ahli kitab selagi mana mereka percaya kepada Allah SWT. Ini adalah pandangan mcm syeikh yg di tanya di bawah tu, mereka lebih cenderung memberikan keringanan sebenarnya.

Antara dalil mereka adalah seperti di sebut oleh zubir tadi juga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 12:46 AM | Show all posts
2) STATUS AHLI KITAB HARI INI DIPERTIKAI

Manakala kumpulan minoriti menolak pandangan di atas. Menurut mereka , untuk digelar ahli kitab , sesorang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu mestilah berpegang teguh dengan ajaran agama samawi masing-masing, adapun, jika mereka berpegang dengan ajaran palsu hari ini di campur pula dengan tidak mengendahkan hal ehwal hukum agama mereka. Mereka tidaklah layak di gelar Ahli KItab lagi.

Kumpulan ini berpegang kepada athar dari Sayyidina Ali KW yang menyebut tentang Yahudi Bani Taghlib dengan katanya :

&#1573;&#1606;&#1607;&#1605; &#1604;&#1605; &#1610;&#1571;&#1582;&#1584;&#1608;&#1575; &#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1606;&#1589;&#1585;&#1575;&#1606;&#1610;&#1577; &#1573;&#1604;&#1575; &#1588;&#1585;&#1576; &#1575;&#1604;&#1582;&#1605;&#1585; &#1608;&#1571;&#1603;&#1604; &#1575;&#1604;&#1582;&#1606;&#1586;&#1610;&#1585;

Ertinya : "Mereka tidak mengambil apa-apa dari ajaran Nasrani kecuali untuk minum arak dan memakan babi" ( Rujuk : Al-Majmu' oleh Imam An-Nawawi, 9/74)

Ini bermakna Ali r.a seolah-olah tidak setuju dgn pengiktirafan ahli kitab kepada mereka yang tidak berpegang dgn sepenuhnya.

Ia juga berdasarkan athar :-

&#1593;&#1606; &#1606;&#1575;&#1601;&#1593; &#1605;&#1608;&#1604;&#1609; &#1575;&#1576;&#1606; &#1593;&#1605;&#1585;: &#1571;&#1606;&#1607; &#1603;&#1575;&#1606; &#1573;&#1584;&#1575; &#1587;&#1615;&#1574;&#1616;&#1604; &#1593;&#1606; &#1606;&#1603;&#1575;&#1581; &#1575;&#1604;&#1606;&#1589;&#1585;&#1575;&#1606;&#1610;&#1577; &#1608;&#1575;&#1604;&#1610;&#1607;&#1608;&#1583;&#1610;&#1577;&#1548; &#1602;&#1575;&#1604;: &#1573;&#1606; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1581;&#1585;&#1605; &#1575;&#1604;&#1605;&#1588;&#1585;&#1603;&#1575;&#1578; &#1593;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1605;&#1572;&#1605;&#1606;&#1575;&#1578;&#1548; &#1608;&#1604;&#1575; &#1571;&#1593;&#1604;&#1605; &#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1573;&#1588;&#1585;&#1575;&#1603; &#1588;&#1610;&#1574;&#1611;&#1575; &#1571;&#1603;&#1576;&#1585; &#1605;&#1606; &#1571;&#1606; &#1578;&#1602;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1605;&#1585;&#1571;&#1577;: &#1585;&#1576;&#1607;&#1575; &#1593;&#1610;&#1587;&#1609;&#1548; &#1608;&#1607;&#1608; &#1593;&#1576;&#1583; &#1605;&#1606; &#1593;&#1576;&#1575;&#1583; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; (&#1575;&#1606;&#1592;&#1585;: &#1575;&#1604;&#1576;&#1582;&#1575;&#1585;&#1610; &#1605;&#1593; &#1575;&#1604;&#1601;&#1578;&#1581; "9/416" &#1581;&#1583;&#1610;&#1579; "5285" &#1576;&#1575;&#1576; &#1602;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1578;&#1593;&#1575;&#1604;&#1609;: (&#1608;&#1604;&#1575; &#1578;&#1615;&#1606;&#1618;&#1603;&#1616;&#1581;&#1615;&#1608;&#1575; &#1575;&#1604;&#1605;&#1588;&#1585;&#1603;&#1575;&#1578;&#1616; &#1581;&#1578;&#1609; &#1610;&#1615;&#1572;&#1618;&#1605;&#1616;&#1606;&#1617;&#1614;..) &#1605;&#1606; &#1603;&#1578;&#1575;&#1576; &#1575;&#1604;&#1591;&#1604;&#1575;&#1602;&#1548; &#1608;&#1575;&#1606;&#1592;&#1585;: &#1578;&#1601;&#1587;&#1610;&#1585; &#1575;&#1576;&#1606; &#1603;&#1579;&#1610;&#1585; "1/258"&#1548; &#1591; &#1575;&#1604;&#1581;&#1604;&#1576;&#1610;. &#1608;&#1578;&#1601;&#1587;&#1610;&#1585; &#1575;&#1604;&#1602;&#1585;&#1591;&#1576;&#1610; "3/68" &#1591;. &#1583;&#1575;&#1585; &#1575;&#1604;&#1603;&#1578;&#1576;).

Ertinya : Ibn Umar ditanya berkenaan hukum berkahwin dengan ahli kitab nasrani dan yahudi, maka dia berkata : " Sesungguhnya Allah mengharamkan berkahwin dengan kaum wanita musyrik, dan tidak ku ketahui syirik yang terbesar daripada seorang wanita berkata : " tuhannya Isa, dan dia pula hamba dari hambar Allah ( Rujuk Fath al-Bari, haditth no 5285, )

Justeru, ini seolah menunjukkan bahawa kristian yang mempercayai triniti seolah2 telah terkeluar dari ajaran kelas ahli Kitab iaitu nasrani kerana kekarutan mereka. Terutamanya kristian di zaman ini yang kebanyakkan adalah athies dan hanya nama sahaja Kristian tetapi tiada berpegang dgn ajarannnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 12:47 AM | Show all posts
Kesimpulan saya

Jika berpegang penuh dengan segala ajaran agama yahudi dan nasrani itu di anggap syarat untuk digelar ahli kitab, maka ramai pula nanti Umat Islam yang tidak layak digelar 慚uslim' juga, kerana pegangan mereka yang amat longgar. Kerana inilah majoriti ulama berpendapat, syarat utamanya utk diterima sebagai ahli kitab dan terpakai semua hukum ahli kitab di dalam quran adalah PERCAYA kpd kewujudan Allah (sebagaimana Al-Qaradawi yang meletakkan syarat, asalkan jangan athies atau komunis - iaitu yg jenis tak percaya tuhan).

Justeru ahli kitab yang percaya trinity dan lain-lain itu tetap di anggap ahli kitab berdasarkan firman Allah yang menggelarkan mereka  dengan nama AHLI KITAB walaupun mereka telah menyeleweng dalam aqidah mereka iaitu :-

&#1610;&#1575; &#1571;&#1607;&#1604; &#1575;&#1604;&#1603;&#1578;&#1575;&#1576; &#1604;&#1575; &#1578;&#1594;&#1604;&#1608;&#1575; &#1601;&#1610; &#1583;&#1610;&#1606;&#1603;&#1605; &#1608;&#1604;&#1575; &#1578;&#1602;&#1608;&#1604;&#1608;&#1575; &#1593;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1573;&#1604;&#1575; &#1575;&#1604;&#1581;&#1602;&#1548; &#1573;&#1606;&#1605;&#1575; &#1575;&#1604;&#1605;&#1587;&#1610;&#1581; &#1593;&#1610;&#1587;&#1609; &#1576;&#1606; &#1605;&#1585;&#1610;&#1605; &#1585;&#1587;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1608;&#1603;&#1604;&#1605;&#1578;&#1607; &#1571;&#1604;&#1602;&#1575;&#1607;&#1575; &#1573;&#1604;&#1609; &#1605;&#1585;&#1610;&#1605; &#1608;&#1585;&#1608;&#1581; &#1605;&#1606;&#1607;&#1548; &#1601;&#1570;&#1605;&#1606;&#1608;&#1575; &#1576;&#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1608;&#1585;&#1587;&#1604;&#1607;&#1548; &#1608;&#1604;&#1575; &#1578;&#1602;&#1608;&#1604;&#1608;&#1575;: &#1579;&#1604;&#1575;&#1579;&#1577;&#1548; &#1575;&#1606;&#1578;&#1607;&#1608;&#1575; &#1582;&#1610;&#1585;&#1575; &#1604;&#1603;&#1605; &#1573;&#1606;&#1605;&#1575; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1573;&#1604;&#1607; &#1608;&#1575;&#1581;&#1583;&#1548; &#1587;&#1576;&#1581;&#1575;&#1606;&#1607; &#1571;&#1606; &#1610;&#1603;&#1608;&#1606; &#1604;&#1607; &#1608;&#1604;&#1583;&#1548; &#1604;&#1607; &#1605;&#1575; &#1601;&#1610; &#1575;&#1604;&#1587;&#1605;&#1608;&#1575;&#1578; &#1608;&#1605;&#1575; &#1601;&#1610; &#1575;&#1604;&#1571;&#1585;&#1590;&#1548; &#1608;&#1603;&#1601;&#1609; &#1576;&#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1608;&#1603;&#1610;&#1604;&#1575;}&#1575;&#1604;&#1606;&#1587;&#1575;&#1569;:171

Ertinya : " Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau-lampau dalam agamamu, dan janganlah mengatakan tetang Allah kecuali yang benar, Sesungguhnya Al-Masih Isa anak Maryam itu adalah rasulullah, dan ia di letakkan kepada Maryam dan ruhnya dating dari Allah, maka berimanlah dengan Allah dan rasul-rasulNya, jangalah kamu mengatakan "tiga", tamatkanlah dakwaan itu lebih baik bagimu, sesungguhnya Allah itu esa, maha suci Allah dari mempunyai anak....( An-Nisa : 171)

Wallahu a'lam.

p/s : Sepuluh malam terakhir dah hampir...Jgn lepaskan peluang..

ust zaharuddin abd rahman

19 Ramadhan 1427 H (12 Oktober 2006)
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 05:39 AM | Show all posts
ringkasan perbahasan ulama' dlm isu sembelihan ahli kitab boleh dibaca di sini, bbrp persoalan yg ditimbulkan pun turut dijawab dlm artikel oleh sdra Hafiz Firdaus Abdullah ni:

http://www.al-firdaus.com/musafir/bhg47.htm

klu rajin boleh juga baca tulisan2 ulama' kontemporari spt Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Sheikh Wahbah az-Zuhaily, Sheikh Muhammad Shalih al-Munajjid etc regarding this matter...

p/s: based on my own experience (6 years living in europe), i don't have problem buying meat from supermarket... dah daging sembelihan tu halal kan...

[ Last edited by  naj13 at 14-8-2007 11:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 07:52 AM | Show all posts
Originally posted by naj13 at 15-8-2007 05:39 AM
ringkasan perbahasan ulama' dlm isu sembelihan ahli kitab boleh dibaca di sini, bbrp persoalan yg ditimbulkan pun turut dijawab dlm artikel oleh sdra Hafiz Firdaus Abdullah ni:

http://www.al-f ...




1.
Kebolehan hukum adalah mutlak bagi semua kaum Ahli Kitab, dahulu, sekarang atau yang akan datang, samada mereka berpegang kepada kitab asal mahupun kepada kitab yang telah diubah suai.

2.
Kebolehan hukum hanya bagi kaum Ahli Kitab yang hidup di zaman Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan keturunan zuriat mereka sahaja. Pemeluk-pemeluk baru dari kalangan agama Yahudi dan Nasrani tidak termasuk dalam golongan ini.

3.
Kebolehan hukum tidak lagi boleh diterima kerana kebanyakkan kaum Yahudi dan Nasrani masa kini tidak lagi memegang kepada kitab mereka yang asal melainkan ianya telah diubahsuai atau ditukar.




Soklan teman kpd miker yg sudah duduk 6 tahun di Europe.
Bagaiamana kah haiwan yg dagingnya di supermarket yg miker beli itu di sembelih???


Deme pakai parang or deme pakai peluru or deme pakai ketuk dgn hammer or deme pakai letrik???
Setahu teman..............undang2 kat Europe adalah TEGAS lagi TERANG cara penyembelihan haiwan.




Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by stargate at 15-8-2007 12:46 AM
Jika berpegang penuh dengan segala ajaran agama yahudi dan nasrani itu di anggap syarat untuk digelar ahli kitab, maka ramai pula nanti Umat Islam yang tidak layak digelar 慚uslim' juga, kerana pegangan mereka yang amat longgar.


nampaknya sembelihan orang islam yg kadang2 solat kadang tak solat pun haram di makan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 15-8-2007 08:58 AM

nampaknya sembelihan orang islam yg kadang2 solat kadang tak solat pun haram di makan?


rileks la Tobby... kita cakap isu sembelihan ahli kitab, bukan sembelihan Muslim

Kalau orang Islam yang tak praktik, dia tetap dikira Islam dan kalau dia sembelih binatang masih dihalalkan sembelihannya

Tapi kalau ahli kitab zaman sekarang, adakah mereka berusaha pentingkan tasmiyyah (sebut nama Allah) ketika sembelihan. Itu persoalannya. Kalau itu sudah tidak penting pada kita, maka terpulang lah kepada ketakwaan masing2.

Semua orang ada dalil pegangannya sendiri berkaitan hal ini. Saya ketengahkan isu ini untuk perbincangan supaya kita boleh membuat penimbangan setakat mana kepercayaan kita terhadap ahli kitab zaman sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 06:15 PM | Show all posts
assalamu`alaikum

saya jumpa sesuatu yg sangat menarik di islamonline

Question:
Respected scholars, As-salamu `alaykum. Please, for the sake of Allah, tell us one word about eating meat in the United States. Is it halal or haram? Jazakum Allahu khayran.

Answer:


Wa`alaykum as-salamu wa rahmatullahi wa barakatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear brother in Islam, thank you for your question which reflects your care to have a clear view of the teachings of Islam. Allah commands Muslims to refer to people of knowledge to learn more about the teachings of Islam.

Allah permits us to consume animals slaughtered by Jews and Christians. There is only one condition, that is, the animal must be properly slaughtered. So we cannot consume the meat of any animal that is not allowed in the first place (such as pork) or one that has not been slaughtered by slitting its jugular vein.

In his response to your question, Sheikh Muhammad Al-Mukhtar Ash-Shinqiti, Director of the Islamic Center of South Plains, Lubbock, Texas, states the following:

    One sentence is not enough to answer such a complex question. For example, I myself used to eat meat when I first came to the United States, but then I stopped eating beef for 3 years. Only after conducting research and several field studies, I feel confident that meat in the US is halal as long as you mention the name of Allah before eating it. There are three basic conditions that make meat halal as follows:

    1. That the name of Allah is mentioned over the animal. This can be done after it is slaughtered.

    2. That the method of slaughter causes the blood to be drained. Animals are slaughtered using this method in America.

    3. That the animals are slaughtered in a merciful way. I believe that the methods used in the United States to slaughter animals are more merciful to animals than those used in many Muslim countries.

    Moreover, the US Congress issued a law called The Humane Slaughter of Animals Act. The law requires that specific methods that cause less pain to the animal be used for slaughtering. As for the claims by some scholars that a lot of these animals die as a result of being stunned before having their jugular vein slit,I conducted research on this subject and found that these claims are baseless.This is so because the reports by the general inspector of the US Government confirmed that a lot of animals do not get affected by the stunning so when they are slaughtered, they still experience pain.

    Muslim scholars who forbid the consumption of beef based their argument on the assumption that stunning kills the animal before their jugular vein is slit. This is not true according to the report released by the general inspector.

    Therefore, I believe animals slaughtered in the United States are halal to consume as long as you say the name of Allah before eating the meat.

++
Kesimpulan:
1. Diniatkan kerana Allah/atas nama allah boleh dibuat setelah  haiwan disembelih
2. Cara yang digunakan untuk penyembelihan menyebabkan darah keluar dari haiwan tersebut
3. Haiwan disembelih dgn sebaik-baik cara penyembelihan

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1141277508797

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2007 06:19 PM | Show all posts
Animals Slaughtered without Mentioning Allah's Name

Scholars of Islam, As-Salamu `Alaykum wa Rahmatu Allah wa Barakatuh. I read in the Qur'an that the meat of animals that are slaughtered with names other than Allah抯 is Haram. My question is: can we eat the meat of animals that are slaughtered without mentioning Allah's Name or any other name? Jazakum Allah Khayran.

Answer:

Wa`alykum As-Salaamu Warahmatullahi Wabarakaatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear questioner, first of all, we'd like to voice our appreciation for the great confidence you repose in us. Our utmost wish is to have our efforts come up to your expectation. May Allah help us all keep firm on the Straight Path, Amen!

In response to your question, the eminent Muslim scholar, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, states:

揝ome scholars are of the view that although the Name of Allah must be mentioned, it is not necessary to mention it at the time of slaughtering the animal; one can mention it at the time of eating, since in that case it cannot be held that it was eaten without mentioning the Name of Allah over it.

Al-Bukhari narrated the following Hadith on the authority of `A'ishah, may Allah be pleased with her: "Some people who had recently embraced Islam said to the Prophet, peace and blessings be upon him, 'People bring us meat and we do not know whether they have mentioned the Name of Allah when slaughtering it or not. Shall we eat of it or not?' The Prophet, peace and blessings be upon him, replied, 'Mention the Name of Allah (over it) and eat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 06:25 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by mardhiah12 at 15-8-2007 06:19 PM
揝ome scholars are of the view that although the Name of Allah mustbe mentioned, it is not necessary to mention it at the time ofslaughtering the animal; one can mention it at the time of eating,since in that case it cannot be held that it was eaten withoutmentioning the Name of Allah over it.

Al-Bukhari narrated the following Hadith on the authority of`A'ishah, may Allah be pleased with her: "Some people who had recentlyembraced Islam said to the Prophet, peace and blessings be upon him,'People bring us meat and we do not know whether they have mentionedthe Name of Allah when slaughtering it or not. Shall we eat of it ornot?' The Prophet, peace and blessings be upon him, replied, 'Mentionthe Name of Allah (over it) and eat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 06:33 PM | Show all posts

Slaughtering according to Al Quran and Hadith

Almighty Allah Ta抋la in His infinite mercy has made certain animals Halaal (permissible) for this Ummah. We are required to be thankful to Him by following the dictates of the Qur抋an and Sunnah by ensuring that His name is taken upon slaughtering of the animal. Allah Ta抋la states in the noble Qur抋an:

1. 慒or every nation We have specified a rite (for slaughtering) so that they may take the name of Allah Ta抋la upon (the slaughter of) the animals granted to them as sustenance.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 06:33 PM | Show all posts
Imaam Abu Yusuf states:
慣he ruling regarding the animal upon which Tasmiyah was omitted (at the time of slaughter) is not subject to Ijtihaad (independent deduction of a ruling from Qur抋an and Hadith). If a judge rules the permissibility of its sale, his ruling will not be given effect due to it being contrary to consensus of opinion.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.136282 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list