CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amir

Pilih Ketaatan atau Pendurhakaan/Pengkianatan - Bukti

[Copy link]
Post time 17-10-2008 09:58 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 17-10-2008 09:47 PM



Yang Saidina Abu Bakar memerangi orang-orang murtad itu kerana mereka menafikan ayat membayar zakat itu. Bukan tak mahu bayar zakat itu yang menyebabkan mereka itu murtad.

Jelas! Susa ...


rasa nak hempuk jek...

awat depa nafi lak... ayat tu kan jelas dlm quran.... depa tak mahu bayar zakat sajok pacit amir...

cer citer psl Tha'labah sat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2008 10:00 PM | Show all posts

Reply #20 matamata's post



pulak daahh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 10:04 PM | Show all posts
Originally posted by matamata at 17-10-2008 09:52 PM
Maknanya...dgn alasan "belum nak mengikuti" tp "tak menafi", takleh nak jatuh hukum la ek....iskh...kurang paham aku...

Kalau camtu bolehla aku tak bayar zakat tp aku tak nafi ttg ayat zakat.. ...



Boleh saje tetapi berdosa leee...

Berdosa jika berzina tanpa menghalalkannya tetapi jika orangitu kata berzinaitu halal maka disitulah dia jatuh murtad.

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 10:08 PM | Show all posts
Mereka ini tidak mengingkari ayat perintah menutup aurat tetapi mereka belum nak mengikutinya.

Dapat faham tak!


Belum nak mengikutinya ? Kalau tak silap dari mata hamba yg kurang sempurna penghilatannya nih, mereka nih bukannya Islam satu dua hari, dan bukan pula mak budak...ada yg dah jadi tok budak. Mereka nih juga pernah menjejak kaki ke Tanah Haram dengan mengenakan telekung dan menutup aurat ketika di sana, jadi adakah boleh disimpulkan bahawa Islam yg dibawa oleh Nabi SAW masih tidak sampai kepada mereka ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 10:08 PM | Show all posts

Balas #23 Amir\ catat

dalam kes Saidina Abu Bakar...macamana penafian diaorg ttg perintah zakat?...melalui oral, perlakuan atau lain2.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 10:13 PM | Show all posts

Reply #24 noriabdullah's post

pelik gak...

lum sampai seru kata depa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2008 10:34 PM | Show all posts
rasanya memang ada perbezaan menafikan ayat Quran dan mengakuinya cuma belum mahu ikut.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by noriabdullah at 17-10-2008 10:08 PM


Belum nak mengikutinya ? Kalau tak silap dari mata hamba yg kurang sempurna penghilatannya nih, mereka nih bukannya Islam satu dua hari, dan bukan pula mak budak...ada yg dah jadi tok budak.  ...



Bukan Islam belum sampai tetapi  hidayah belum masuk ke minda mereka sama le seperti kamu jugak. Perbincangan saya ini mengenai perpecahan,siapa yang berpecah,mengapa mereka berpecah,siapakah yang dikatakan golongan pendurhaka dan apakah pertunjuk Nabi dalam hal ini.

Buat apa le cakap pasal perkara yang kecil-kecil.....bukankah lebih baik kita mempunyai kerisauan tentang umat Muhammad ini yang berpecah-belah. Jika kita ada kerisauan tentang ini maka kita ada fikir macam Nabi...

Bukakah itu lebih afdhal!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2008 11:06 PM | Show all posts
Hmm.. kena pantau lebih thread ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 11:11 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 17-10-2008 10:34 PM
rasanya memang ada perbezaan menafikan ayat Quran dan mengakuinya cuma belum mahu ikut.....



Terima kasih Ussopp kerna membenarkan yang benar dan menafikan yang bathil.

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 11:20 PM | Show all posts

Balas #30 Amir\ catat

sama2.....

bersama membanteras salah faham...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 11:43 PM | Show all posts
Buat apa le cakap pasal perkara yang kecil-kecil.....bukankah lebihbaik kita mempunyai kerisauan tentang umat Muhammad ini yangberpecah-belah. Jika kita ada kerisauan tentang ini maka kita ada fikirmacam Nabi...

Bukakah itu lebih afdhal!


Selagi satu pihak inginkan Islam manakala satu pihak yg lain masih mempertahankan kemungkaran, maka adakah bersalah jika pihak yg inginkan kebenaran itu berpecah dari pihak yg satu lagi. Pilihannya cuma dua - samada mahukan Islam atau mahukan kekufuran. Jalan yg membawa kepada keimanan dan syurga di akhirat kelak atau memilih inginkan kemungkaran dan neraka di akhirat kelak. Tidak boleh kita pilih Islam pada bab2 tertentu dan tolak Islam dan ayat2 Allah pada bab2 lain.

Spt mana yg disebut dlm Al-Quran ketika Nabi Nuh melepaskan rasa sedihnya terhadap bala yg ditimpakan oleh Allah SWT ke atas anaknya sendiri.

Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya.
( Surah Nuh ayat 45 )

Lalu dijawab oleh Allah SWt dlm ayat berikut :

Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil.
( Surah Nuh ayat 46 )

Adakah dlm ayat ini Allah SWT inginkan perpecahan dlm sebuah keluarga ? Adakah kita dianjurkan masih mahu memejam sebelah mata walau pun kekufuran itu jelas di hadapan mata kita sendiri.

Ringkasnya, selagi sesaorang itu menurut landasan yg ditetapkan oleh Allah dan RasulNya maka selagi itu wajib ia berada dlm kesatuan Islam. Tetapi jika perintah Allah diabaikan dan hadis Nabi SAW pula ditolak maka tidak wajib kita berada dlm kesatuan yg seumpama itu. Bahkan dlm Surah Nuh ini Allah SWT menyebutkan jika dgn sebab kekufuran dan menolak perintahNya maka terputuslah hubungan yg sedia ada.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 01:12 AM | Show all posts
Satu perbincangan yang sungguh menarik tentang sejarah perpecahan umat islam ni.Perbincangan ini perlu dilihat dari sudut sejarah... justeru fakta2 sejarah perlu diberikan agar ia dapat dibahaskan secara terbuka tanpa prejudis. Mungkin ada berbagai-bagai versi maka perlulah ia dinilai dari keautentikannya sendiri dan dibuat penilaian secara adil.
Satu contoh ialah bagaimana abu Bakar memerangi golongan yang tidak mahu membayar zakat dan setengah pihak menganggap bahawa golongan tersebut telah jadi murtad. (Baca buku gejala riddah oleh Abul Hassan Ali an Nadwi).
Di satu versi yang lain pula sebenarnya golongan ini bukannya tidak mahu membayar zakat tapi mereka teragak-agak memberikannya kepada Abu Bakar sebab tidak mengiktiraf Abu Bakar sebagai Khalifah. Dari itulah ada juga golongan sahabat nabi yang tidak setuju apabila Abu Bakar memerangi golongan tersebut.

Heheh...kalau citer panjang2 mod tu sapu lak nanti ke board mazhab.
Den tariak diri lah yo supayo yang lain buliah manaruihkan lagi pabincangan ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2008 07:57 AM | Show all posts

Reply to Noria's posting 32


Baca penjelasan saya pada tulisan berwarna.


Selagi satu pihak inginkan Islam manakala satu pihak yg lain masih mempertahankan kemungkaran, maka adakah bersalah jika pihak yg inginkan kebenaran itu berpecah dari pihak yg satu lagi. Pilihannya cuma dua - samada mahukan Islam atau mahukan kekufuran. Jalan yg membawa kepada keimanan dan syurga di akhirat kelak atau memilih inginkan kemungkaran dan neraka di akhirat kelak. Tidak boleh kita pilih Islam pada bab2 tertentu dan tolak Islam dan ayat2 Allah pada bab2 lain.

Penjelasan: Berpecah-belah tidak boleh sama sekali baik dalam apa saje jenis masyarakat. Sesiapa yang berbuat sedemikian dia tergolong kedalam orang yang ingkar dengan perintah Allah. Ayat perintah bersatu-padu ini,orang tak nampak wajibnya taat. Tetapi apa yang mereka nampak ayat-ayat mengenai aurat,hukum hudud dan sebagainya.Bukti tidak boleh berpecah - Allah ada sebut didalam AlQuran bahawa Dia mempersatukan masyarakat Arab jahiliyah dengan Islam. Tetapi manusia guna Islam untuk memecah-belahkan umat,dimana logiknya?

Sebenarnya,kita tak akan tahu sema ada orang itu ingkar akan ayat kerana ianya persoalan hati tetapi kita boleh lihat daripada perbuatan.


Spt mana yg disebut dlm Al-Quran ketika Nabi Nuh melepaskan rasa sedihnya terhadap bala yg ditimpakan oleh Allah SWT ke atas anaknya sendiri.

Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya.
( Surah Nuh ayat 45 )

Lalu dijawab oleh Allah SWt dlm ayat berikut :

Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil.
( Surah Nuh ayat 46 )

Adakah dlm ayat ini Allah SWT inginkan perpecahan dlm sebuah keluarga ? Adakah kita dianjurkan masih mahu memejam sebelah mata walau pun kekufuran itu jelas di hadapan mata kita sendiri.

Dalam ayat ini,Allah tidak bermaksudkan perpecahan, hanya kamu yang membuat tafsiran sebegitu. Nabi Nuh memohon kepada Allah untuk dapat selamatkan anaknya begitu jugak apa yang berlaku kepada Nabi Muhammad semasa beliau bermohonkepada Allah untuk pamannya Abu Talib. Kamu ingat tak? Oleh itu,perkara itu bukan perlakuan untuk berpecah!

Harap kamu dapat faham....


Ringkasnya, selagi sesaorang itu menurut landasan yg ditetapkan oleh Allah dan RasulNya maka selagi itu wajib ia berada dlm kesatuan Islam. Tetapi jika perintah Allah diabaikan dan hadis Nabi SAW pula ditolak maka tidak wajib kita berada dlm kesatuan yg seumpama itu. Bahkan dlm Surah Nuh ini Allah SWT menyebutkan jika dgn sebab kekufuran dan menolak perintahNya maka terputuslah hubungan yg sedia ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2008 08:08 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 18-10-2008 01:12 AM
Satu perbincangan yang sungguh menarik tentang sejarah perpecahan umat islam ni.Perbincangan ini perlu dilihat dari sudut sejarah... justeru fakta2 sejarah perlu diberikan agar ia dapat dibahaska ...



Salam,

Topik ini bukan perbincangan tentang zakat tetapi perbincangan pada masalah perpecahan. Jika berlaku perpecahan,kita umat akhir zaman ini mempunyai banyak references melalui apa jugak media perantaraan.Daripada info inilah kita dapat melihat kebenarannya dengan bantuan hidayah Allah.

Satu daripada masalah apabila membincangkan sesuatu topik,para forumners selalu tersasar. Itu yang masalah. Jika mereka tumpukan persoalan tentangnya insyaAllah Allah SWT akan membukakan pintu hidayah untuk dapat melihat duduk-berdirinya persoalan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 12:55 PM | Show all posts
Bila nak sampai seru aku p Haji nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2008 04:12 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 18-10-2008 12:55 PM
Bila nak sampai seru aku p Haji nih...



Jika sampai seru pun,kena lah jugak selesaikan masaalah kamu tentang Keadilan Tuhan tu!

Keadilan Tuhan pun kamu belum selesai,nampak-nampak hidayah susah nak masuk leee...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 07:18 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 18-10-2008 01:12 AM
Satu perbincangan yang sungguh menarik tentang sejarah perpecahan umat islam ni.Perbincangan ini perlu dilihat dari sudut sejarah... justeru fakta2 sejarah perlu diberikan agar ia dapat dibahaska ...


Tu nak ngata saya ler tu

Letak ler bang apa nak letak.... Insyaallah indak disapu kalau ianya berkaitan dan tidak menyentuh perbezaan yang banyak. Kalo masuk perdebatan tegar tu yg nak kena move bang

[ Last edited by  antiQue at 18-10-2008 07:20 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2008 11:47 AM | Show all posts



Pembuktian-Ingat!Jika Kamu Keluar,Kamu Pendurhaka



Salam semua,

Saya telah membawa bukti bahawa orang-orang Islam yang keluar dari kesatuan Melayu yang terawal, mereka diketogerikan sebagai pendurhaka dan pengkianat.Sebenarnya penerangan saya ini berpusat kepada kesatuan yang ditubuhkan oleh  lebih kurang 29 kesatuan bangsa melayu beragama Islam.

Tiga sudut pembuktian itu ialah:

1. Firman Allah dalam ayat 59 surah AnNisa:Hai sekalian orang yang beriman,taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan yang memegang pemerintahan dari kamu.

Penjelasan: Disebabkan tiada perkataan 'taat' didepan perkataan pemerintah maka orang-orang yang hatinya berpenyakit membuat andaian bahawa dibolehkan tidak taat pemerintah. Tidak taat pemerintah bukan bererti boleh menentang pemerintah! Tetapi umat Islam sekarang terbukti menentang pemerintah;tidak menentang menggunakan senjata tetapi MENGGUNAKAN UNDI MENJATUHKAN PEMERINTAH.

2. Mengenai dengan ketiadaan perkataan 'taat' didepan perkataan pemerintah itu hanya layak ditafsir oleh Nabi. Tiada suatu Hadis pun yang menyuruh umat Islam menentang pemerintah. Pergilah cari dimana sekali pun kamu tidak akan dapat menjumpainya.

Dalam hal taat ini Nabi ada bersabda: Hadis Bukhary dan Muslim,sama ada meriwayatkan tentang taat dan suatu pemberitaan yang paling kuat setelah AlQuran.

Ibu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi saw: Sesaorang muslim wajibmendengar,taat pada pemerintahnya dalam apa yang disetujui atau tidak disetujui,kecuali jika diperentah maksiat. Maka apabila disuruh maksiat,maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat.

3. Pembuktian menggunakan Sirah Sahabat seperti keterangan saya pada topik ini yang menghubung-kaitkan 3 personaliti sahabat besar Nabi. Nabi bersabda bahawa Ammar bin Yasir di bunuh oleh pendurhaka. Sirah sahabat Thalhah dan Zubair membenarkan sabdaan Nabi ini lalu menarik diri dari menyertai peperangan menentang Saidina Ali. Akhirnya ketiga-tiga personaliti besar ini terbunuh ditangan pendurhaka dan pengkianat.

Akhir sekali daripada ketiga-tiga hujah pembuktian ini saya berpendapat barang siapa yang keluar daripada kesatuan umat Islam berbangsa melayu yang terawal maka mereka diketogerikan sebagai pendurhaka dan pengkianat. Sekarang ini,apakah kita ini sebagai anak atau cucu atau pun cicit menjadi warisan daripada generasi yang taat atau pun generasi yang pendurhaka atau pun pengkianat.

Sama-samalah kita fikirkan agar kita berada pada jalan yang benar dan lurus!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 12:25 PM | Show all posts

Rasanya sdr Amir nih menggunakan ayat Al-Quran dari firman Allah SWT :

Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah dan jangan berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah terhadapmu ketika kamu saling bermusuhan maka Dia satukan hati kamu lalu kamu menjadi saudara dengan nikmat-Nya, dan ingatlah ketika kamu berada di bibir jurang neraka lalu Dia selamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya agar kamu mendapat petunjuk.
( Surah Ali Imran Ayat 103 )

Menurut sdr Amir sesiapa yg berpecah belah ini maka ia terdiri dari golongan orang2 yg ingkar dgn perintah Allah SWT. Ya memang benar tidak dinafikan itulah apa yg Allah SWT perintahkan ke atas kaum Muslimin sekelian. Tetapi sdr Amir jangan pula lupa ayat 102 Surah Ali Imran yg meyusul sebelum ayat dia atas :

Hai orang - orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.
( Surah Ali Imran Ayat 102 )

Inilah perintah Allah SWT yg lebih utama yg wajib dititik-beratkan. Apa yg kamu lebih kamu mahukan dan laungkan ialah supaya tidak berlaku perpecahan ummah sedangkan Islam itu sendiri diperkotak-katikkan oleh pemerintah yg sedia ada.

Dan jangan dilupakan pula perintah Allah SWT supaya tidak berpecah dan bercerai-berai dan sentiasa menurut jalan yg Allah SWT tetapkan.

Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia, danjangan kamu ikuti jalan-jalan (lainnya) sebab jalan-jalan itu akanmencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa.
( Surah Al-An'aam ayat 153 )

Ayatperintah bersatu-padu ini,orang tak nampak wajibnya taat. Tetapi apayang mereka nampak ayat-ayat mengenai aurat,hukum hudud dansebagainya


Bukankah ayat2 mengenai aurat, hukum hudud dll itu juga adalah perintah Allah SWT yg wajib dilaksanakan dan ditaati. Sebagai seorang yg mengaku dirinya Muslim dan dikehendaki ke atasnya supaya mati dlm keadaan Muslim, tidakkah ayat2 ini wajib dijunjung.

Masalahnya ada satu pihak yg mahu menjunjung dan menurut perintah yg Allah SWT gariskan. manakala satu pihak lagi cuba membantah dgn pelbagai alasan. Andainya semua pihak menurut jalan lurus yg Allah SWT dan RasulNya sudah pasti tidak berlaku pecah belah dan cerai berai ini.

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=380919&extra=page%3D4

Originally posted by totokreturn at 17-10-2008 08:21 PM
pemimpin yg suka meraba punggung pompuan dan merogol pompuan sampai beranak pun kita wajib lindung ker...


posted by Amir
Meraba punggong perempuan atau merogol perempuan lebih mulia daripadamusyrik agama. Orang musyrik agama ini tergolong kedalam ketogerimunafik agama


Adakah ini fatwa terbaru yg menyebut tentang darjat dosa yg mana lebih mulia dan dosa mana pula yg lebih hina. Adakah alasan ini digunakan utk tetap berada dlm kemungkaran dan kemaksiatan. Adakah kerana memikirkan dosa tidak menutup aurat, melakukan hudud dll itu lebih mulia dari dosa2 lain maka ianya dihalalkan ?








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.155154 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list