|
Melayu/Bugis Cape Town Berasal dari Kepulauan Asia Tenggara
[Copy link]
|
|
Wak jf tu kerjanya nak membangga diri....
Zaman penjajah dulu Afrika Selatan dikuasai Belanda dgn British...masing2 bawak penduduk dari jajahan masing2 di timur - Malaya dgn Hindia Timur Belanda. Jadi keturunan mereka ni la jadi Cape Malays dengan Cape Indon...
Jf ni baru perasan ada Cape Indon kat sana...lepas tu kembang hidung (yang dah sedia embang) tak tentu pasal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana Wak Jf tu?
Dia dah merajuk kot...
Wak Jf memang Pencundang Sejati... |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang penjajahan belanda di Cape Town, kesemua orang islam dari nusantara yang mereka bawa masuk adalah dari timur indonesia sama ada sebagai hamba abdi, tahanan politik atau anggota tentera belanda. Memandangkan di timur indonesia tak ada orang melayu maka mereka sebenarnya adalah indon afrika selatan.
Dakwaan segelintir Melayu Afrika Selatan bahawa ada dari kalangan moyang mereka berasal dari Melaka hanyalah satu dongeng untuk mengaitkan mereka dengan malaysia dan bukan indonesia. Barangkali orang melaka yang dimaksudkan cuma hamba dari kawasan batak. Setelah ditangkap di sumatera mereka dijual di melaka dan kemudiannya dieksport ke Cape Town.
Menurut beberapa kajian termasuk "Cape of Torments" yang dilampirkan di bawah,
ramai juga hamba abdi berbangsa Bugis.
https://openaccess.leidenuniv.nl ... 7/1/1246876_002.pdf |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak belanda tak pernah menjalankan sebarang aktiviti menangkap penduduk tempatan untuk dijadikan hamba abdi.
Hamba yang mereka miliki semuanya dibeli dari 'pembekal' tempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 15-2-2012 13:32
Sepanjang penjajahan belanda di Cape Town, kesemua orang islam dari nusantara yang mereka bawa masuk ...
BotakChinPeng Post at 28-6-2010 20:16
Indonesia mana ada time tu...
Lagi pun orang Malaysia yang first cari Melayu/Bugis Cape lepas dasar Apartheid dihapuskan...kalau ko baca artikel tu.. Orang Melayu/Bugis Cape refer kepada orang yang datang dari India, Arab, Malaysia dan Indonesia... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 28-6-2010 21:29
Monumen Bahasa Afrikaans
Salah satu manifestasi sejarah yang menunjukkan kesan pengaruh BM di Cape Town ialah The Afrikaans Language Monument yang terletak di Paarl, Western Cape, kira-kira satu jamperjalanan dari pusat bandaraya tersebut. Mercu tanda dalam bentuk arca (yang paling tinggi ialah kira-kira 57 meter) itu diperbuat daripada batu granit yang sangat pejal dan kukuh. Salah satu simbol yang dibentuk pada arca tersebut melambangkan BM dan budaya Melayu yang menjadisalah satu asas jati diri bangsa Afrikaans. Binaan simbol Melayu ini terletakdi bahagian dinding ruang utama. Monumen ini dibina pada tahun 1975 oleharkitek keturunan Belanda sebagai memperingati 100 tahun pengisytiharanbahawa bahasa Afrikaans bukan sebahagian bahasa Belanda. Monumen ini adalahsatu-satunya monumen seumpamanya di dunia. Monumen yang dijadikan salah satu daya tarik pelancongan ini tanpa prejudis memartabatkan bangsa dan bahasayang pernah wujud di Afrika Selatan. Monumen ini sebagai tandapengiktirafan yang jelas terhadap sumbangan dan peranan yang telah mencorakkan citra bangsa dan negara itu kini. Setiap satu binaan melambangkan sumbangan dan pengaruh antarabangsa yang membina satu bangsa baru.
Berasaskan petunjuk di atas, clear west(bertanda A) menggambarkan bahasa-bahasa yang berasal dari Eropah sepertiPortugis, Belanda dan Inggeris, manakala menara yang bertanda B iaitu magicalAfrica pula memperlihatkan pengaruh bahasa-bahasa Afrika terhadap bahasa Afrikaans. Bahasa-bahasa asal Afrika yang dimaksudkan termasuklah Hottentot,Koi, Xhosa, Zulu, Cape Afrikaans, Orang River Afrikaans, dan Eastern BorderAfrikaans. Bahagian bertanda C pula melambangkan bridge atau jambatan yang menghubungkan Afika dengan Eropah, manakala bahagian menara tertinggi yang ditandai oleh D ialah bahasa Afrikaans itu sendiri. Mercu bertanda E adalah simbol yang menandakan tarikh pengisytiharan Republik Afrika pada tahun 1961. Bahagian binaan yang terakhir bertanda F walaupun yang paling rendah, terletak di bahagian pintu masuk utama melambangkan elemen bahasa dan budaya Melayu sebagai salah satu asas pembentukan bahasa dan budaya Afrikaans.
Bertitik–tolak daripada manifestasi monumen tersebut jelas membuktikan bahawa BM mempunyai kesan dan pengaruh yang signifikan terhadap bangsa dan bahasa Afrikaans. Kini, bahasa yang paling ramai penuturnya ialah bahasa Zulu (8.5 juta) dan diikuti bahasa Xhosa (6.8 juta). Bahasa Afrikaans adalah bahasa yang ketiga paling ramai penuturnya diAfrika Selatan dengan jumlah penutur seramai 6.1 juta orang. Namun demikian, selain bahasa Inggeris, hanya bahasa Afrikaans yang menjadi bahasa komunikasi dalam semua urusan dan difahami oleh semua penduduk Afrika Selatan. Ini menjadikan pengaruh BM turut tersebar sebagai bahasa Afrikaans dan digunakan dan digunakan oleh semua orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku guna istilah indonesia untuk mudahkan komen aku difahami.
Indonesia mana ada time tu...
Lagi pun orang Malaysia yang first cari Melayu Cape lepas dasar Apartheid dihapuskan...kalau ko baca artikel tu.. Orang Melayu Cape refer kepada orang yang datang dari India, Arab, Malaysia dan Indonesia...
nobito Post at 28-6-2010 20:41
Muslim india yang tiba ketika pemerintahan inggeris tak digelar melayu afrika selatan tapi dikenali sebagai india muslim.
Berkenaan istilah Cape Malay pula ia kini diberikan kepada sebarang individu muslim yang bukan india atau kulit hitam walaupun jika tiada setitik darah langsung dari kepulauan melayu.
Segelintir keturunan melayu yang telah menjadi putih melepak & berambut perang hasil beberapa generasi perkahwinan campur juga semuanya masih mengekalkan identiti mereka sebagai cape malay. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 28-6-2010 21:39
Dari segi bentuk bahasa, bahasa Afrikaans bermula sebagai sejenis kreole yang memperlihatkan percampuran bahasa Inggeris, Belanda, Portugis, bahasa-bahasa etnik Afrika dan BM. Pertembungan bahasa-bahasa ini bermula dengan penjajahan Belanda melalui Jan van Riebeeck pada tahun 1652. Hal ini dimeriahkan lagi oleh kedatangan para pelaut dan pedagang dari timur dan barat, sama ada untuk singgah ataupun yang tersadai di pantai Tanjung Harapan apabila kapal mereka karam dirempuh gelombang.Tidak lama selepas kedatangan Riebeeck, Belanda mula menghantar pekerja-pekerja (mereka selalu dirujuk sebagai hamba) khususnya dari Kepulauan Melayu untuk bekerja di ladang-ladang milik Belanda. Terdapat catatan yang menyatakan bahawa kebanyakan pekerja itu berasal dari Malaysia yang menggunakan campuran BM dengan bahasa Portugis. Hal ini ada kebenarannya kerana pada waktu itu Belanda sudahpun mengambil alih pentadbiran Melayu daripada tangan Portugis. Semasa kajian ini dilakukan, beberapa orang Melayu Cape yang ditemui mengakui bahawa nenek moyang mereka ialah orang Melayu Malaysia khususnya yang berasal dari Umbai, di Melaka.
Oleh Dr. HJ. Mohd Sharifudin Yusop, Fakulti Bahasa Moden danKomunikasi, Universiti Putra Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Semasa kajian ini dilakukan, beberapa orangMelayu Cape yang ditemui mengakui bahawa nenek moyang mereka ialah orang Melayu Malaysia khususnya yang berasal dari Umbai, diMelaka.
nobito Post at 28-6-2010 21:36
Bukannya susah sangat untuk memilih satu pekan atas peta melaka dan mendakwa moyang dari sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 28-6-2010 21:50
Malaysia yang dimaksudkan di atas adalah Semenanjung Malaysia hari ini...
Dengan kata lain Melaka... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukannya susah sangat untuk memilih satu pekan atas peta melaka dan mendakwa moyang dari sana.
BotakChinPeng Post at 28-6-2010 21:41
Tak ada bukti??? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by BotakChinPeng at 28-6-2010 21:59
Reply 30# nobito
Jika benar ada hamba dari melaka yang bertutur campuran Bahasa Melayu dengan portugis maka sudah tentu mereka adalah keturunan portugis.
Untuk pengetahuan anda, bukan semua penduduk portugis dibebaskan setelah menyerah kepada belanda. Ramai yang di dibahagikan antara belanda dan johor. Dalam buku A History of Johor , R O Winstedt menyatakan bahawa ramai tawanan kristian hitam yang berada di johor dikawal ketat dan ditawarkan pada harga tertentu. Pihak belanda pernah terfikir untuk membeli mereka dari johor agar bilangan penduduk melaka yang amat sedikit dapat ditambah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada bukti???
nobito Post at 28-6-2010 21:57
Tau pun tak ada bukti |
|
|
|
|
|
|
|
Malay Cape Town bukan semiskin yang anda semua sangkakan...
Mereka benar2 mencari bangsa mereka...
Kalau anda hendak tahu kehidupan mereka mungkin lebih mewah dari kehidupan anda sendiri...maka mereka bukan menuntut sesuatu untuk kepentingan sendiri...
Bugis yang dijadikan hamba itu kemungkinan mereka yang diculik di perairan Riau dan Selat Melaka... Bugis dan Melayu x dapat dibezakan melainkan mendengar slang pertuturan mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
Tau pun tak ada bukti
BotakChinPeng Post at 28-6-2010 21:58
Aku tanya kepada kamu...
Adakah kamu mempunyai bukti untuk setiap kenyataan kamu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 35# nobito
Apa bende yang aku perlu buktikan ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply nobito
Apa bende yang aku perlu buktikan ?
BotakChinPeng Post at 28-6-2010 22:30
Bukti yang menunjukkan mereka hanya memilih tempat dalam peta untuk menunjukkan mereka berasal dari Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Lereng
Bo-Kaap, yang terletak di lereng Bukit Signal, di tengah-tengah Bandar Cape Town menjadi perkampungan Melayu sejak 150 tahun lalu. Di sinilah juga penempatan awal Melayu di Afrika Selatan. Bangsa Melayu yang dibawa adalah terdiri daripada golongan hamba, alim-ulama' serta buangan politik. Mereka jugalah kumpulan pertama yang menyebarkan agama Islam di Afrika selatan 300 tahun yang lalu. Ketika berada di Bo-Kaap seperti berada di Malaysia. Banyak persamaan budaya Melayu di sini, terutamanya masakan. Antaranya kari, breyani (baryani), Roti ( roti canai), atchar (acar), Samoosas ( samosa), vermicelli (meehoon goreng), sago pudding (pudding sago), dan koesisters (kuih Akok) yang menjadi manisan popular di sini.Masyarakat Melayu Afrika Selatan amat berbangga dengan warisan budaya Melayu yang masih terpelihara sejak beratus tahun. Antaranya, Masjid Auwal (Awal) di Dorp St, Bo-Kaap adalah masjid tertua di Afrika Selatan. Ia dibina pada tahun 1798.
Sumber : Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 37# nobito
Bahahahahahaaaaaaaa...
Okay la ini buktinya : Naluri untuk mengaitkan diri dengan negara kepulauan melayu yang tak hina macam indonesia. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 28-6-2010 23:15
The Bo-Kaap is an area of Cape Town, South Africa formerly known as the Malay Quarter
|
|
|
|
|
|
|
| |
|