CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] TPM akan pastikan 'orang tua' itu temu PM. Update:dalang takut dirakam media #71

[Copy link]
 Author| Post time 18-8-2015 09:41 PM | Show all posts
Dalang mahu guling kerajaan akan jumpa PM semula

NIZAM ZAIN
18 OGOS 2015



PUTRAJAYA - Pertemuan pemimpin Umno yang menjadi dalang untuk menggulingkan kerajaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad dibatalkan atas permintaan individu terbabit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, pertemuan lain akan diaturkan semula namun tidak mengetahui tarikh baharu itu.

"Saya faham wartawan telah berkumpul di kediaman peribadi Perdana Menteri di Jalan Duta dan di kediaman rasmi di Seri Perdana untuk melihat siapakah orang itu, maka atas permintaan orang itu, temu janji itu telah dibatalkan.

"Saya tidak tahu bila pertemuan yang baharu diadakan tapi saya pasti pertemuan ini akan diadakan," katanya pada sidang media di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mendedahkan Pemimpin Umno yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jam 6 petang, pada Ahad.

Ahmad Zahid berkata, pemimpin berkenaan telah sedar akan kesalahannya dan bersedia untuk bertemu dengan Najib.

Ketika ditanya tentang sebab pembatalan tersebut, beliau bagaimanapun secara berseloroh berkata, pemimpin Umno terbabit melupakan hasratnya itu kerana kehadiran petugas media yang begitu ramai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2015 09:45 PM | Show all posts
lostnfaun replied at 18-8-2015 01:12 PM
Dia ckp lepasni nnt permohonan pendatang asing kne bt online...cara manual dah takde nak elak rasu ...

Majikan perlu mohon dalam talian ambil pekerja asing, kata Zahid


Published: 18 August 2015 7:55 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/majikan-perlu-mohon-dalam-talian-ambil-pekerja-asing-kata-zahid


Permohonan pengambilan pekerja asing pada masa akan datang tidak lagi melibatkan ejen, sebaliknya majikan perlu mengemukakan permohonan itu secara dalam talian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar, kanan).

Beliau berkata sistem pengurusan pekerja asing secara dalam talian itu, yang akan diperkenalkan tidak lama lagi, memendekkan tempoh untuk membawa masuk pekerja asing.

Zahid yang juga merupakan menteri dalam negeri berkata permohonan konvensional dengan majikan perlu hadir ke Pusat Kelulusan Setempat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil masa selama 3 hingga 6 bulan.

"Tetapi permohonan dalam talian akan mendapat kelulusan 48 jam selepas permohonan itu menepati syarat-syarat ditetapkan kementerian. Kita  membuat percubaan dan mendapati sistem ini lebih berkesan.

"Sistem permohonan 'single window synchronisation' diwujudkan agar tidak berlaku pertindihan dan saling hubung yang berbeza antara 2 kementerian itu (KDN dan Kementerian Sumber Manusia)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin yang pertama selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai lepas.

Ditanya sama ada proses permohonan itu dipantau KDN, Zahid berkata: "Majikan akan menggunakan borang dalam talian dan kerajaan akan memeriksa permintaan berapa ramai pekerja asing yang diperlukan.

"Selepas itu, kementerian terbabit akan berhubung dengan negara sumber yang mempunyai senarai pekerja didaftar untuk menyediakan jumlah pekerja yang diminta serta beberapa prasyarat seperti data dan biometrik pekerja asing perlu dipatuhi sebelum proses penghantaran dibuat," jelas beliau.

Mengenai nasib ejen yang berdaftar dengan kementerian, Zahid berkata apabila sistem permohonan dalam talian diperkenalkan, majikan tidak lagi perlu mengeluarkan wang memandangkan kerajaan menyediakan kemudahan itu secara percuma.

Selain permohonan dalam talian, Zahid berkata jawatankuasa yang bermesyuarat selama 2 jam itu turut memutuskan 2 lagi perkara berhubung pekerja asing untuk memenuhi keperluan industri dan pertumbuhan ekonomi negara.

Mesyuarat itu memutuskan  majikan wajib menyediakan kemudahan penginapan kepada pekerja asing berdasarkan standard minimum yang ditetapkan kerajaan.

Penyediaan kemudahan penginapan oleh majikan akan dijadikan sebagai prasyarat kelulusan permohonan bagi majikan yang layak mengambil pekerja asing.

"Penempatan secara pusat akan diletakkan di satu kawasan penginapan khusus dengan menyediakan kemudahan asas seperti tempat makan, tandas dan pusat ibadah untuk agama berlainan di atas tahap kemanusiaan serta mengurangkan risiko masalah sosial dan jenayah," katanya.

Zahid berkata projek perintis penempatan itu sudah dimulakan di Pengerang, Johor dan mampu menempat 10,000 pekerja asing di dalam satu pusat penginapan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keutamaan dan jaringan keselamatan sosial akan diberikan kepada pekerja tempatan untuk dilatih sebagai pekerja separa mahir dan mahir dalam sektor tertentu.

"Ini kerana pekerja asing hanya melakukan pekerjaan yang tidak diminati rakyat tempatan seperti kerja yang kotor, berbahaya dan sukar," katanya.

Zahid berkata mesyuarat itu juga memutuskan majikan perlu mematuhi prinsip liabiliti ketat dalam pengambilan pekerja asing bagi memastikan majikan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pekerja asing yang digajikan.

"Kebertanggungjawab itu bermula daripada peringkat permohonan, penggajian dan sehingga pekerja asing itu dihantar pulang ke negara asal.

"Majikan juga perlu bertanggungjawab sekiranya penghantaran semula ke negara asal melewati masa dan pekerja asing berpindah ke majikan lain," katanya.

Beliau berkata majikan yang tidak menepati syarat-syarat itu akan dikenakan penalti mengikut kesalahan yang dilakukan.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot yang turut menghadiri mesyuarat itu berkata penempatan secara pusat yang disediakan kepada pekerja asing perlu menepati syarat keluasan 4.5 meter persegi bagi sebuah bilik dan satu tandas untuk setiap 5 pekerja asing. – Bernama, 18 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.Wu70gEXl.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 10:04 PM | Show all posts
Ingat dia muda ka...sama sama tua laa...

Kalau nampak tak ada sapa nak jumpa maknanya  tak ada la ceritatu namanya..w.a.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 10:30 PM | Show all posts
Kalaulah  senarai nama orang2 yg kononnya nak menggulingkan kerajaan didapati  fiktif dan hanya sebuah rekayasa, apakah IGP boleh menahan dan interogate TPM  kerana menyebarkan berita yg boleh menimbulkan keresahan awam. Bolehkah TPM diambil apa2 tindakan kerana menyebarkan fitnah?

Hari2 duk ulang  cakap2 nak gulingkan kerajaan, takut2 nanti jadi doa pula.  Kenapa banyak sangat sandiwara skr ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 10:34 PM | Show all posts
Kalau keluar gambar dia mesti tengah tunjuk warning ... Aku kasi warning dengan jari hantu hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm .. Sapa dulu ckp yg nak dedahkan dalang pencerobohan di Sabah ? :zz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2015 11:02 PM | Show all posts
Makin meluat aku dengan comedian nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:02 PM | Show all posts
yg nak guling Najib mesti yg x masuk dlm senarai menteri atau timbalan menteri, 20 org yg dah buang dlm list.... suspek utama mesti Ku Li

walau apa pun, nampak sangat Zahid Hamidi ni BONGOK

kalau x ada dakwaan, minta polis masuk ler dia dlm lokap.... satu haper benda dia buat pun x kena

menipu x habis2

kalau dia jadi PM habis lingkup Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 11:21 PM | Show all posts
rambut dah putih pun x sedar diri..bila2 je malaikat boleh mencabut nyawa ko zahid...selagi pintu taubat masih terbuka...jgn dilengahkan..jgn sampai sakarat maut datang menjengah...baru ko terkial2 meminta tangguh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:22 PM | Show all posts
Baru aku tahu..........jatuhkan PM secara "undi tidak percaya"..........adalah satu kesalahan besar dalam Malaysia. Dulu PM Pak Lah pun dijatuhkan (diminta berhenti).............ada tak macai2 dok loqlaq ke hulu ke hilir?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:26 PM | Show all posts
makcik pakcik felda pprt kampung tua gayut je yang percaya dongeng zahid jawa ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kittie replied at 18-8-2015 09:03 PM
Kittie dgr cenggitu cenggitu jer, tak fokus sgt sbb dok main ternet, dia ckp pasal permohanan perm ...

Mmg lh dh adik sndiri dpt tender bkn maen nk bwk bgla 1.5juta..mcm harommm tu lh ble indon jadi tpm..pasni jd ngara indon pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:37 PM | Show all posts
Aku rasa yang nak gulingkan PM sebenarnya ialah Zahid Komidi
sendiri. Tengok gaya dia, semakin lama semakin kurang ajar.
Berlagak macam POWER dah ada dalam tangan.
Tengok muka dia.
Sombonmg dan bongkak.
Dia terlupa, dia bukan Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:46 PM | Show all posts
ckp berbelit-belit
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:53 PM | Show all posts

..berlagak nak mampos la mamat ni  of late ..... sakit nya hati tengok dia ni ... mengalahkan najib pulak belagaknya nya ..... hero najib la ni kununnya .............. mendidih rasa darah  melihat lagak mamat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 07:23 AM | Show all posts
APA CITER NGAN KES ZAHIT PUKUL BF ANAK POMPUAN DIA TUH?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 07:40 AM | Show all posts
berlagak la generasi ke3 pendatang indon ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 07:32 PM | Show all posts
abis ko tu tak tua ke Zahid... puihhhh.. muka ko pon dah macam setan.. sekian
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lg respek pak lah...org minta dia berenti dia buat je sbbb dia tau no point duk kt takhta tu tp keje x jakan, orh pun x suka
Tgk skg aman aman je dia abiskn masa dgn bini muda...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan main lagi heboh kunun nak tunjuk dia TPM paling power even baru jek dilantik..puiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.302147 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list