CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FaithNoMore

Doa solat jemahat pun mau pertikai.....

  [Copy link]
Post time 23-8-2010 01:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by Anak_Nogori at 23-8-2010 13:52
cik An pernah sembahyang jumaat saja kaa ??

habis yang sembahyang laen2 tu

tak sah l ...
dess402 Post at 23-8-2010 13:38


Sah dah...hang tak pernah sembahyang jumaat dgn sembahyang jemaah 5 waktu tu..sampai hang ingat lam sembahyang jemaah 5 waktu kena sebut nama ketua agama..

I rest my case lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2010 01:52 PM | Show all posts
Sah dah...hang tak pernah sembahyang jumaat dgn sembahyang jemaah5waktu tu..sampai hang ingat la ...
Anak_Nogori Post at 23-8-2010 13:50



   


- kadang2 cik An kelakar .

kan .
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 01:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by Anak_Nogori at 23-8-2010 13:56

Jangan biarkan orang Melayu 'gila'

HASSAN MOHD. NOOR

PULAU Mutiara terus menyajikan cerita menarik mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sedikit sebanyak ceritanya tentulah berkaitan dengan politik kerajaan negeri yang diterajui oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta rakan-rakan pakatan PKR dan Pas. Terbaru seperti yang didedahkan baru-baru ini ialah mengenai isu khutbah solat Jumaat. Semalam, polis Pulau Pinang mengesahkan, pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat isu khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Guan Eng, dalam doa khutbah Jumaat.

Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, dua laporan diterima mengenai isu itu iaitu di- Butterworth dan Tasek Gelugor.

Sehingga kini 15 orang saksi dipanggil bagi membantu siasatan.

Kes terbaru dilaporkan berlaku di Kubang Buaya, Butterworth. Khatib berkenaan didakwa membacakan doa seperti berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang."

Ayub juga memperingatkan semua pihak supaya jangan menggunakan platform yang ada seperti ini untuk memecah-belahkan rakyat atau memecahkan perpaduan.

"Peranan yang patut dimainkan oleh masjid adalah untuk mengurangkan gejala sosial dan menyatupadukan rakyat," kata Ayub.

Apa yang diharapkan, isu ini dapat diselesaikan segera kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Islam terutama di Pulau Pinang. Pelik juga apabila nama pemimpin negeri disebut dalam khutbah itu sedangkan selama ini, tidak ada nama Menteri Besar/Ketua Menteri malahan Perdana Menteri disebut dalam doa itu. Biasanya hanya nama Agong, sultan atau raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri disebut.

Mungkin jika perkara itu berlaku melibatkan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN), sudah tentu akan ada desakan pihak sebelah sana supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja, jawatankuasa khas, tribunal, kertas putih atau macam-macam lagi.

Begitu jugalah dengan isu-isu lain yang menarik perhatian di Pulau Pinang seperti berkaitan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus berhubung 'lidah biawak', isu Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Asam, Bazar Ramadan Komtar, isu penjaja Melayu dan macam-macam lagi yang berkait rapat dengan kerajaan negeri. Sekali lagi kalau itu melibatkan kerajaan pimpinan BN, maka akan ada dakwaan kerajaan negeri tidak telus, tidak mentadbir dengan cekap, tidak amanah dan entah apa lagi malahan mungkin pemimpinnya disuruh letak jawatan.

Selepas ini, entah apa pula isu yang bakal timbul di Pulau Pinang.

Apa yang diharapkan, isu-isu ini tidak dilihat sebagai rasis atau perkauman. Bukan kerana ia hanya melibatkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu di Pulau Pinang. Sebaliknya satu kes lain membuktikan seorang peniaga Cina juga kurang senang dengan langkah pengurusan Komtar sehingga dia cuba membakar dirinya. Maknanya sudah tentu ada yang tidak kena. Begitu juga penduduk kaum India di Kampung Buah Pala.

Sebagai sebuah negara yang akan mencapai usia kemerdekaan yang ke-53 lebih kurang seminggu dari sekarang, sudah tentu kita mahu keharmonian di kalangan masyarakat berbilang kaum dikekalkan.

Kita perlu resah apabila masih ada di kalangan rakyat negara ini yang membangkitkan isu-isu yang boleh menyakiti hati orang lain. Ini termasuklah mempertikaikan institusi raja Melayu, mempersendakan lagu Negaraku, kepala babi dibuang di pekarangan masjid, membangkitkan isu kuota Melayu atau bumiputera dalam 'kek' ekonomi, biasiswa dan sebagainya yang semuanya berkaitan hak istimewa orang Melayu.

Begitu juga dengan isu demonstrasi mengarak kepala lembu di Shah Alam dan isu bakar Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati Kuala Lumpur. Syukurlah, dua kes ini sudah selesai apabila 12 yang menyertai perhimpunan mengarak kepala lembu didenda RM1,000 manakala dua lagi yang memijak kepala lembu didenda RM3,000. Manakala kes bakar gereja pula, dua beradik dipenjara lima tahun. Begitulah berakhirnya dua isu panas yang menimbulkan keresahan dalam hubungan kaum di negara ini. Diharapkan isu lain juga dapat diselesaikan dengan segera.

Kita juga harus berbangga apabila UMNO dapat mengambil tindakan pantas setelah seorang pemimpin bahagian, Ahmad Ismail didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur rasis semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Begitu juga dengan Nasir Safar yang memohon maaf secara terbuka dan meletak jawatan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri apabila beliau didakwa memberi ucapan berunsur hasutan. Langkah segera juga diambil oleh kerajaan apabila seorang pengetua sekolah di Kulai, Johor didakwa memberi ucapan berbau perkauman. Walaupun pengetua itu sudah meminta maaf tetapi sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Begitulah berhemahnya orang Melayu yang tidak keberatan menghulurkan tangan memohon kemaafan.

Maka dalam kita menuju sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-53 janganlah ditiupkan kembali sentimen perkauman. Jangan sesekali menimbulkan perkara yang membuatkan kaum lain sakit hati, mencari sesuatu yang membuka ruang untuk 'bergaduh' atau memperjuangkan perkara yang boleh menimbulkan prasangka sesama kita. Ingatlah apabila ada pihak yang cuba menyinggung kaum lain, ia umpama bara yang boleh membakar pada bila-bila masa. Hanya perlukan secebis kertas untuk menyemarakkan api.

Justeru, janganlah kita ulangi kesilapan Ahmad Ismail, Nasir Safar, pengetua sekolah dan sebagainya. Elakkan tindakan atau kenyataan seperti yang dicetuskan oleh Namewee (isu Negaraku), Wee Ka Siong, Chua Soi Lek, Tony Pua dan apa saja yang boleh menyentuh hati dan perasaan orang Melayu di negara ini.

Seorang rakan risau melihat gelora yang berlaku selepas tsunami politik 2008. Beliau bertanya, kenapa perlu ada demonstrasi pijak kepala lembu? Kenapa ada Melayu bakar gereja? Kenapa Ahmad Ismail, Nasir Safar dan pengetua sekolah bercakap demikian? Kenapa Nik Ali bersuara? Kenapa Pak Ali berani menepuk bahu Guan Eng? Kenapa Melayu 'serang' Guan Eng semasa ke majlis berbuka puasa?

Tanya sahabat itu lagi : ''Apa sudah jadi dengan orang Melayu? Adakah mereka sudah tidak mampu membendung kemarahan?''.

Penulis tidak memberi jawapannya. Cuma penulis terkedu seketika apabila, beliau bertanya ''Adakah itu semua menunjukkan orang Melayu sudah gila?''.

Setelah merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, penulis setuju apa yang dimaksudkan dengan 'gila' itu. Semoga Melayu tidak benar-benar 'gila'.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 01:57 PM | Show all posts
Sah dah...hang tak pernah sembahyang jumaat dgn sembahyang jemaah 5 waktu tu..sampai hang ingat  ...
Anak_Nogori Post at 23-8-2010 13:50


Dekat pulau pinang rasanya orang kecoh2 masa semayang boleh sebut nama khalipah. P. Pinang ka kadah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 01:58 PM | Show all posts
Jangan biarkan orang Melayu 'gila'

HASSAN MOHD. NOOR

PULAU Mutiara terus menyajikan cerita men ...
Anak_Nogori Post at 23-8-2010 13:55



    najib dah macam takdak kerja laen .

isu gini2 pun buleh main dua tiga bulan .



-  alahai mesia ku .     
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:00 PM | Show all posts
Jangan biarkan orang Melayu 'gila'

HASSAN MOHD. NOOR

PULAU Mutiara terus menyajikan cerita men ...

Kes terbaru dilaporkan berlaku di Kubang Buaya, Butterworth. Khatib berkenaan didakwa membacakan doa seperti berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang."
Anak_Nogori Post at 23-8-2010 13:55

aiiittt... bukan ke katib doa mintak Allah bagi hidayah kat kalipah umar agar nampak cahaya keindahan islam..
kata depa la.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2010 02:02 PM | Show all posts
aiiittt... bukan ke katib doa mintak Allah bagi hidayah kat kalipah umar agar nampak cahaya keinda ...
Al Lebam Post at 23-8-2010 14:00



    haa ..  kan elok .

sekurang2nya dia berani .

tak laa dayus macam Umno .
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:07 PM | Show all posts
bulan2 posa ni moga2 mustajab laa doa tersebut.... yang nyata LGE terselamat dari satu serangan di komtar dan satu cobaan serangan masa hadir majlis buka puasa kt mesjid kg rawa katanya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2010 02:10 PM | Show all posts
Sesajer nak tempek, mungkin berkaitan ngan benang ni......sumber HM

Kariah masjid nafi dakwaan


2010/08/23      PERMATANG PAUH: Kariah Masjid Jamek Al-Hidayah, Jalan Baru, di sini, menafikan pihaknya turut terbabit mendoakan kesejahteraan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa khutbah solat Jumaat seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Pengerusinya, Ishak Mohd, berkata beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui akhbar utama dan berita di televisyen yang mengatakan masjid di bawah kendaliannya terbabit dalam kes berkenaan.

Katanya, pihaknya dukacita terhadap dakwaan berkenaan kerana perkara itu langsung tidak berlaku berikutan mereka sentiasa memantau pergerakan di masjid berkenaan dan setiap permasalahan yang timbul dibincangkan dalam kariahnya terlebih dulu.


“Saya menafikan perkara itu (doa kepada Lim Guan Eng) berlaku selain kami juga tidak pernah menjemput penceramah luar datang memberi ceramah di masjid kami sejak kami memegang pentadbiran masjid ini empat tahun lalu. “Kenapa kami perlu mengambil penceramah dari luar sedangkan kami sudah mempunyai empat khatib terdiri daripada kadi Bukit Mertajam dan tiga imam masjid ini bagi membacakan khutbah solat Jumaat.


“Apa yang saya kesalkan, dakwaan itu mencemarkan nama baik masjid ini. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana masjid adalah tempat untuk beribadat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Sementara itu, Imam Ketiga masjid berkenaan, Dalba Dansa Merican @ Nazir Ishak Merican pula berkata, beliau terkejut apabila membaca laporan akhbar pada 13 Ogos lalu mengenai kes mendoakan kesejahteraan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di masjid berkenaan.


Menurutnya, beliau pelik dan kecewa terhadap laporan berkenaan yang disifatkan tidak benar dan tidak tahu siapa yang bertanggungjawab mengeluarkan cerita tidak betul itu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:29 PM | Show all posts
Senarai hujah2 senjata bagi menangkis isu Lim Guan Eng oleh Lobai selekeh PAs


Senjata 1 : UMNO buat fitnah

Senjata 2 : Salah ke doakan kesejateraan org Kapirr??

Senjata 3 : Haram ka Halal ka Makhruh ka?

Senjata 4 : Nama Agung ada dalam rukun khutbah ke?


Senjata 4 (Terakhirrrrrr) : Spam paderi Barbosa......




penyo : Depa tak tunjuk senjata depa mcm Abe Jak bulan2 posa ni penyo dah syukur sangat2 dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:37 PM | Show all posts
Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah Subhanahu wa Taala.

2. Selawat ke atas Nabi Sallallahu alaihi wasallam.

3. Berpesan supaya bertaqwa.

4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.

5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Tak ada pulak Rukun Khutbah kena ada doa kpd Agong... sentap jangan tak sentap...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:39 PM | Show all posts
Nik Aziz no komen...tu peribadi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:40 PM | Show all posts
Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah Subhanahu wa Taala.

2. Selawat ke atas ...
a_gen2 Post at 23-8-2010 14:37


Tak takut derhaka ka kalau tak angkat satu doa kasi pada agong?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:48 PM | Show all posts
BAGI TOTOK2 UMNGOK YG BERANGGAPAN DOA KAT AGONG SATU RUKUN.. harap nak dengar kuliah sikit. Geng2 Maideen tu khutbah Jumaat tu depa lari mencicit (mengikut pengakuan mahaguru depa)..apatah lagi mahu mendengar tazkirah.  Jadi apalah sangat kalau depa ingat doa kat Agung tu rukun...

Tentang rukun khutbah para ulama madzhab empat tidak sepakat berapa jumlahnya dan bahkan apakah khutbah jumat itu sendiri memiliki rukun yang tidak boleh ditinggalkan sama sekali, mereka berbeda pendapat. Madzhab Syafi’I dan Ahmad di satu sisi dan Madzhab Maliki dan Hanafi di sisi lain. Sebab perbedaan itu adalah karena tidak ada perintah khusus dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam tentang cara berkhutbah. Tetapi yang ada adalah riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang cara dan kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam ketika sedang berkhutbah. Jadi hanya perbuatan beliau saja yang diriwayatkan, bukan perintahnya. Sedangkan para ulama sepakat bahwa sunnah qouliyah nilai dalalahnya terhadap suatu hukum lebih rendah daripada sunnah qouliyah yang berupa perintah dan larangan. Jumhur ulama sepakat bahwa perintah itu pada dasarnya menunjukkan kewajiban dan larangan itu menunjukkan keharaman. Tetapi perbuatan-perbuatan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam masih harus diselidiki lebih dahulu, tidak selamanya menunjukkan kewajiban. Inilah beda antara sunnah qouliyah dan sunnah fi’iliyah dalam penunjukkannya terhadap suatu hukum.

Nah dalah khutbah ini yang diriwayatkan adalah hanya kebiasaan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam saja dalam berkhutbah. Contohnya hadits yang diriwaatkan oleh Imam Muslim ( V/404, no. 2043) :

عن جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قال :  كَانَتْ خُطْبَةُ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَحْمَدُ اللَّهَ وَيُثْنِى عَلَيْهِ ثُمَّ يَقُولُ عَلَى إِثْرِ ذَلِكَ وَقَدْ عَلاَ صَوْتُهُ
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahwa dia berkata : “Kebiasaan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam ketika berkhutbah pada Hari Jum’at adalah dia membaca hamdalah dan memuji Allah, kemudian dia mengatakan maksud khutbahnya setelah itu, sedangkan suaranya sudah meninggi”.

Demikian juga diriwayatkan hadits-hadits yang tentang membaca shalawat, ayat AlQur’an, berwashiat taqwa dan berdo’a untuk kebaikan kaum muslimin. Semuanya menceritakan kebiasaan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan tidak ada riwayat bahwa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan hal itu. Beliau hanya membiasakannya. Karena itulah para ulama berbeda pendapat tentangnya.

Madzhab Syafi’I dan Ahmad berpendapat bahwa rukun khutbah itu ada 5, dengan adanya perbedaan diantara mereka apakah semuanya itu harus dilakukan di dalammasing-masing khutbah yang bejumlah dua itu ataukah cukup hanya dilaksanakan pada salah satu dari keduanya saja. Yaitu :

1.membaca hamdalah
2.berwashiat taqwa
3.membaca shalawat kepada Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam
4.membaca ayat Al Qur’an
5.berdo’a untuk kaum mukimin

Sedangkan dua madzhab yang lain tidak menganggap semua yang disebutkan di atas itu sebagai rukun khutbah. Bahkan Madzhab Hanafi menyatakan bahwa satu khtbah saja suah cukup. Karena mereka berprinsip yang penting suatu perkataan dapat disebut sebagai khutbah menurut bahasa, maka itu sudah sah. Karena yang diperintahkan adalah berdzikir seperti yang disebutkan dalam Surat Al Jum’ah : “Maka segeralah menuju kepada dzikir kepada Allah”. Para ulama tafsir menyebutkan bahwa yang dimaksud dengan dzikir di sini adalah khutbah, sedangkan perintah khusus untuk khutbah ini bagaimana tata caranya tidak dijelaskan. Jadi semuanya kembali kepada makna bahasa dari kata khutbah itu. Mereka menyebutkan sebuah atsar dari Utsman bahwa ketika beliau dibai’at pada hari pertamanya, kemudian beliau berkhutbah, maka beliau hanya mengucapkan Al Hamdulillah, kemudian menutup khutbahnya, turun dari mimbar dan shalat. Padahal kejadian ini dihadiri oleh para sahabat yang sangat banyak dan mereka tidak mengingkarinya ( Al Fiqhul Islami wa Adillatuhu : II/442).

Adapun Madzhab Syafi’I dan Ahmad bersandar kepada sebuah hadits yang sangat masyhur : “Shalatlah kalian seperti melihat saya shalat”. Sedangkan kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam dalam berkhutbah adalah dengan tidak meninggalkan kelima hal tersebut di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:51 PM | Show all posts
Tak takut derhaka ka kalau tak angkat satu doa kasi pada agong?
stinger_attack Post at 23-8-2010 14:40


Modal UMNGOK tu lah.. sikit2 derhaka....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:54 PM | Show all posts
tu dia... punyala konar sampai ke rukun kutbah

yang pas dok fitnah kata benda ni cuma rekaan tu apa plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2010 02:57 PM | Show all posts
Tak takut derhaka ka kalau tak angkat satu doa kasi pada agong?
stinger_attack Post at 23-8-2010 14:40


Bukan soal durrhaka atau tidak...Tapi kalau mengikutkan kenyataan press conference oleh seorang mamak PAS yg suaranya seperti ditarik tulur itu (Seperti yg disiarkan didalam Buletin utama), dia kata, " hanya org GIla sahaja yg tergamak berbuat demikian."
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:57 PM | Show all posts
I Hate Politik......
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 03:00 PM | Show all posts
putar jgn tak putar alam wahai totok PR
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 03:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by penyo. at 23-8-2010 15:04

Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.
AbdulMalik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapatikejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri AhmadZahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh JabatanAgama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yangdi-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa.

"Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orangyang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agongdalam khutbah," katanya lagi. (Sila baca dalam keadaan nada seperti Nobita)
Kah Kah Kah!!!!!


Sila dengar suara dia dgn teliti. Kedengaran seperti tulur beliau terah ditarik2 oleh DAP. Kah Kah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.189224 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list