![](http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.130322.1360626277!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg)
SETELAH lakonannya menerusi drama Vanila Coklat mendapat perhatian umum, nama pelakon tampan, Aiman Hakim Ridza kini semakin menjadi sebutan.
Walaupun bermula daripada karier nyanyian menerusi program Mentor, nyata rezeki lakonan lebih menyebelahi dirinya.
Terbaru, lakonannya boleh ditonton menerusi drama 28 episod Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.
"Dalam drama ini, saya pegang watak sebagai Fareez. Walaupun watak tersebut tidak besar, namun ia tetap memiliki cabaran tersendiri.
"Namun semuanya berjalan dengan lancar dan bersyukur kerana pengarah dan pelakon lain yang terlibat banyak bantu saya untuk lakukannya dengan baik," katanya.
Menurut Aiman, lebih mencabar apabila menjalani penggambaran di Abu Dhabi, dirinya telah jatuh sakit.
"Lebih kurang seminggu saya demam di sana. Mungkin sebab sudah lama tidak berjalan jauh.
"Walaupun kurang sihat, ia tidak mengganggu jadual penggambaran sepanjang sebulan kami berada di sana," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Aiman memberitahu dia bakal menjalani penggambaran drama dalam slot Lestari saluran TV3 yang akan dijalankan pada Mac ini.
Tidak lupakan nyanyian
Walaupun sibuk dengan bidang lakonan, itu tidak bermakna Aiman telah melupakan karier nyanyiannya.
Akui bidang lakonan lebih mendapat sambutan, Aiman memberitahu dirinya mahu kedua-dua kariernya itu sama berkembang kerana itulah minatnya.
"Sebelum ini, saya ada mengeluarkan satu single Khalimah Janji, namun ia tidak mendapat sambutan yang begitu baik.
"Stesen radio tempatan juga kurang memainkan lagu tersebut, namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus cuba mengembangkan nyanyian saya," katanya.
Menyentuh mengenai kepuasan dalam bidang lakonannya pula, Aiman akui banyak perkara yang perlu diperbaikinya.
"Memang sebelum ini ada yang kata lakonan saya agak kaku, tetapi sekarang saya dapat rasakan lakonan saya kini berada dalam landasan yang betul.
"Selagi termampu, saya akan cuba buat yang terbaik," katanya.
Sinar Harian hari ni..
Last edited by mshoneybee on 12-2-2013 09:17 PM
|