hahaho ooohhh incik bertz ni yg cedere kaki a few weeks ago. ok2 aku da kenal. mr fred ni pon aku kenal nih rase... haha tade org len rupenye kat forum ni, mmg kecik dunia haha
eh plak dah aku rase aku da salah orang kot... ko men skali je ke hahah, actually baru2 ni ade member aku men kat cyberjaya betis die cedera gak.. so aku igtkan ko orangyes haha... ke ko blakon2 ni hahaha
DULKO meraikan kejayaannya pada pertemuan menentang
Jankovic pada pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka
Sony Ericsson di Key Biscayne kelmarin.
MIAMI - Pemain No.1 dunia, Rafael Nadal dan Serena William melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Sony Ericsson kelmarin.
Begitupun, nasib tidak menyebelahi pilihan ketiga, Jelena Jankovic yang tersingkir pada pusingan kedua.
Pada aksi kelmarin, Nadal menewaskan pemain ranking ke-72 dari Rusia, Teimuraz Gabshvili 6-2, 6-2 manakala Serena yang turun selaku juara bertahan tidak berdepan masalah menjinakkan rakan senegara dari Amerika Syarikat, Alexa Glatch 6-2, 6-3.
"Saya sangat gembira. Apa pun, saya fikir Gabashvili tidak beraksi dengan baik pada perlawanan ini.
"Walaupun dia bekerja keras, tapi permainan saya lebih baik daripadanya."
Sementara itu, kejutan berlaku kelmarin apabila pemain ranking ke-35 dunia dari Argentina, Gisela Dulko menyingkirkan bekas pemain No. 1, Jankovic 6-4, 7-6.
"Saya rasa amat penting untuk memenangi perlawanan ini kerana dia (Jelena) bukanlah lawan yang mudah," jelas Dulko.
"Dia (Jelena) cukup pengalaman dan memiliki reputasi hebat sebagai pemain wanita terbaik dunia. Jadi, saya gembira apabila berjaya menewaskannya."
Bagi Nadal pula, cabarannya minggu ini adalah untuk memburu gelaran ketiga bagi tahun 2009 selepas memenangi Terbuka Australia dan Indian Wells.
"Saya tidak mengikut cara permainan saya seperti di Indian Wells. Angin kencang agak menyukarkan untuk melakukan pukulan dan saya pula perlu lebih berhati-hati dalam setiap permainan," tambah pemain Sepanyol itu.
Turut mara ke pusingan ketiga ialah juara Wimbledon, Venus Williams dan pilihan keempat dari Britain, Andy Murray.
Venus menewaskan pemain Israel, Shahar Peer 6-3, 6-3 manakala Murray yang mara ke perlawanan akhir Terbuka Indian Wells minggu lalu membenam cabaran pemain Argentina, Juan Monaco 4-6, 6-3, 6-2. - AP
hahah single backhand federer je leh lompat and bola tak out, kalo aku buat sah2 bola kene frame pastu bola pegi padang bola sepak blakang court
lompat2 die pon lompat yg berbaloi, bola masok so tape haha...
SAFINA begitu kecewa selepas tewas kepada pemain bukan pilihan
pada Kejohanan Tenis Terbuka Sony Ericsson di Miami kelmarin.
MIAMI, Florida - Pasangan adik beradik, Serena dan Venus Williams serta pemain lelaki No. 1 dunia, Roger Federer melangkah ke pusingan keempat pada Kejohanan Tenis Terbuka Sony Ericsson kelmarin.
Begitupun, nasib tidak menyebelahi pemain wanita pilihan kedua, Dinara Safina apabila tersingkir awal selepas tewas kepada Samantha Stosur dari Australia.
Safina yang juga bintang Rusia tewas mudah 1-6, 4-6 kepada pemain ranking ke-42 dunia itu, sekali gus mengikut jejak langkah pilihan ketiga, Jelena Jankovic yang tersingkir pada pusingan kedua Sabtu lalu.
"Saya sangat gembira," jelas Stosur.
"Saya beraksi dengan baik sekali dan segala yang dirancang pada awal permainan telah berjalan dengan lancar."
Safina pula berpeluang menjadi pemain No. 1 dunia andai berjaya memenangi kejuaraan di Miami ini.
"Memang kecewa apabila tewas kepada pemain bukan pilihan," jelas Safina.
"Saya begitu teruja beraksi di sini, tetapi saya tidak mempunyai semangat melawan yang tinggi. Saya sangat kecewa dengan permainan yang saya pamerkan hari ini (kelmarin)."
Sementara itu, juara Terbuka Australia, Serena menewaskan pemain China, Peng Shuai 7-5, 6-2 sambil pilihan kelima, Venus mudah menyingkirkan Anna-Lena Groenefeld dari Jerman dengan 7-5, 6-3.
Pasangan adik beradik itu dijangka bertemu sesama sendiri di pusingan suku akhir pada kejohanan bernilai AS$9 juta (RM33 juta).
Dalam saingan lelaki, pemain sensasi Switzerland, Federer yang juga juara edisi 2005 dan 2006 mengesahkan laluan ke pusingan keempat selepas menewaskan pilihan ke-25 dari Jerman, Nicolas Kiefer 6-4, 6-1.
Kemenangan itu membolehkan Federer menghitung pertemuan dengan pemain Amerika, Taylor Dent yang menyingkirkan pemain Sepanyol, Tommy Robredo 7-5, 6-3.
"Saya tidak kisah siapa lawan saya," jelas Federer.
"Saya hanya mahu mempamerkan permainan terbaik dan memenangi setiap perlawanan yang saya tempuhi." - AFP