CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: polaris_girlz

[merged] Hukum cabut bulu kening & cantikkan gigi

[Copy link]
Post time 22-12-2005 12:47 AM | Show all posts
mandi wajib tak ratakan air sebab rambut kerinting?????????? air tak rata ke kalau rambut kerinting? takkan nak samakan ngan warnakan rambut?

kikir gigi memang dah dinyatakan haram kan.........

pakai buah keras untuk lebatkan pertumbuhan bulu, macam kita pakai krim untuk cantikkan kulit...... agaknya macam tu lah pada pendapat saya.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


emaray This user has been deleted
Post time 22-12-2005 12:48 AM | Show all posts
aku berpegang pd hadis tu so aku tak kisah apa org kata. berbalik pd perkataan mengemaskan, aku pun kemaskan bulu kening aku gak, kan ada brush utk kemaskan bulu kening? takkan nak biar berserabut.

betulkan kalau aku salah. setau aku yg dibenarkan utk mencabut bulu kening tu utk kes bulu kening bercantum. tu pun sekadar utk mengemaskan sbb bulu kening bercantum agak menakutkan.
Reply

Use magic Report

nur_amin This user has been deleted
Post time 24-12-2005 09:43 PM | Show all posts
Jika rawatan yang dilakukan tidak merubah keadaan gigi seperti tidak mengikirnya menjadi pendek atau yang serupa dengan itu maka
dibolehkan. Jika rawatan tersebut menyebabkan seseorang itu
mengikirnya atau merubah bentuknya yang asal maka Rasulullah SAW melaknat pekerjaan orang tersebut. Dalam sebuah hadith
disebutkan; "Rasulullah SAW melaknat perempuan yang membuat tahi
lalat dan  yang minta dibuatkan, yang mengikir gigi dan yang diminta dikikir giginya. (Riwayat Tabrani)

Menurut pandangan syara' adalah haram kepada seseorang
perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah
ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras
di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang
bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.
    Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang
perempuan itu menyambung rambut rambutnya dan meminta orang
lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan
mencukur buku kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh
di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri
perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh
bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua
bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia menjelekkan pemandangan
seseorang perempuan...
Reply

Use magic Report

adi_sg This user has been deleted
Post time 24-12-2005 09:52 PM | Show all posts
kawan2,

adalah lebih baik bila kita nak lebih faham perkara macam ni, kita rujuk pada mereka yang lebih mengetahui, iaitu para ulama'. ini mmg tugas mereka dan keahlian mereka. takut nanti kita kupas sendiri qur'an dan hadith bukan semakin dekat dgn kebenaran, malah makin jauh.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedutan dari kitab "Halal dan Haram dalam Islam" oleh Sheikh Yusuf Qaradhawi:

2.2.10  Menipiskan Alis

Salah satu cara berhias yang berlebih-lebihan yang diharamkan Islam, iaitu mencukur rambut alis mata untuk ditinggikan atau disamakan. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadis:

"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan-perempuan yang mencukur alisnya atau minta dicukurkan alisnya." (Riwayat Abu Daud, dengan sanad yang hasan. Demikian menurut apa yang tersebut dalam Fathul Baari)

Sedang dalam Bukhari disebut: Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan-perempuan yang minta dicukur alisnya.

Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul.

Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahawa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, kerana hal tersebut termasuk berhias.

Tetapi oleh Imam Nawawi diperketat, bahawa mencukur rambut dahi itu samasekali tidak boleh. Dan dibantahnya dengan membawakan riwayat yang tersebut dalam Sunan Abu Daud: Bahawa yang disebut namishah (mencukur alis) sehingga tipis sekali. Dengan demikian tidak termasuk menghias muka dengan menghilangkan bulu-bulunya.

Imam Thabari meriwayatkan dari isterinya Abu Ishak, bahawa satu ketika dia pernah ke rumah Aisyah, sedang isteri Abu Ishak adalah waktu itu masih gadis nan jelita. Kemudian dia bertanya: Bagaimana hukumnya perempuan yang menghias mukanya untuk kepentingan suaminya? Maka jawab Aisyah: Hilangkanlah kejelekan-kejelekan yang ada pada kamu itu sedapat mungkin [Fathul Baari, Bab: Libas].

---------------------------------------------------------------------------------------

wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2005 10:27 PM | Show all posts
assalamualaikum...
ISLAM melarang mencabut bulu kening dengan tujuan menjadikannya nipis (Arab, al- nams). Perkara ini termasuk dalam cara berhias secara berlebihan dan tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun, tindakan membuang bulu di bahagian muka yang lain bagi melambangkan kewanitaan dan menjaga maruah diri daripada menjadi mangsa ejekan masih dibenarkan.

wassalam..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2005 12:02 AM | Show all posts
aku nak tau ler.. mengubah kejadian Tuhan dlm perspektif Islam nie.. adakah yg permanent atau temporary jer? kalau macam plastic surgery utk mancungkan hidung tu mmg sah2 ler haram pasal benda tu permanent. sama gak macam tattoo. tapi kalau cabut bulu kening, benda tu boleh tumbuh balik. sama jugak macam kita potong rambut bagi kemas, dan cukur misai supaya tak serabai. camner pulak suntikan botox/collagen yg cuma bertahan 3 bulan jer?

kalau permanent tak boleh, camner pulak kalau yg pakai bracing gigi? haram gak ker? camner pulak dgn memakai gigi palsu? harap2 sapa yg arif boleh jawab.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2005 01:23 AM | Show all posts
aku ni tak arif
tapi mengikut logic

gigi palsu tu

kalau takda gigi susah nak makan

bila tak makan badan jadi kurus

pastu..leh dtg mcm mcm penyakit

heh heh heh

ttg misai janggut jambang
kita boleh mengemaskannya... (kan sunat tu)
lagipun sunat bela janggut haper..

aku rasa,isu nya di sini
ttg bulu kening

ntahla...napa takda sapa nak pastekan apa apa hadis
aku tak brani..sbb aku tak percaya benda2 kat website ni


-----------------------------------------------------------------------------------


ada soalan sket ni
betul ke pakai rambut palsu haram
i mean

rambut palsu yg plastik tu

ada sapa sapa yg membunyai apa apa hadis dan potongan ayat al quran utk menyokong kenyataan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2005 01:53 AM | Show all posts
Originally posted by pelicano at 22-12-2005 12:14 AM


Dunia dah akhir zaman.... sudah dinyatakan haram dalam al-Quran dan hadis, lagi mau justify perbuatan2 yang dilarang......
Originally posted by mimik at 22-12-2005 12:14 AM
mandi wajib tak ratakan air sebab rambut kerinting?????????? air tak rata ke kalau rambut kerinting? takkan nak samakan ngan warnakan rambut?

tu yg saya jadi kopius
semoga Allah tetpkan iman dan kepecayaan kita dilandasan yg benar:pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2005 09:00 AM | Show all posts
assalamualaikum..
Islam adlh agama fitrah. x ada 1 pn hukum dn peraturan dlm ajaran Islam bercanggah dgn fitrah.

Manusia umumnya, x kira sama ada lelaki @ wanita suka melihat sesuatu yg cantik dn memperlihatkn kecantikn yg ada pd dirinya. Dgn kt lain, ingin spy org melihatnya dlm keadaan kemas dn cantik.

Justeru, Islam bkn sj mengharuskn, mlh menggalakkn wanita dn lelaki berhias bg memenuhi tuntutan fitrah yg sukakn keindahan dn kecantikan. Diriwayatkn Ibn 慉bbas pernah berkt: 揝esungguhnya aku berhias utk isteriku sbgmn aku suka dia berhias utkku. Sbgmn aku suka menuntut semua hakku drpdnya, aku jg menyempurnakn semua haknya drpdku krn Allah berfirman maksudnya:
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2005 10:39 AM | Show all posts
terima kasih carpet

dah byk yg aku faham atas penjelasan kau
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2005 11:25 AM | Show all posts
good info kat sini.......
Reply

Use magic Report

nur_amin This user has been deleted
Post time 25-12-2005 05:56 PM | Show all posts
Ngeri saya lihat mereka yang mencabut bulu kening ni...guru tuisyen
saya masa sekolah rendah dulu ...berbangsa cina dan dah berumur
dia cabut kesemua bulu keningnya , pastu dia bentukkan sendiri
kening yang baru...mungkin menggunakan alat tertentu...
kalau sengaja mencukur bulu kening tanpa alasan yang kukuh
memangla haram sebab bulu kening di bahagian berdekatan mata
bertujuan untuk menutupi tulang mata yang agak menonjol di
bahagian mata...bila kening dicukur tulang di bahagian mata tu akan
jelas kelihatan, seolah-olah nampak macam bengkak... itu la hikmah
Allah s.w.t mengharamkan perbuatan tersebut...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2005 09:37 PM | Show all posts
bulu kening nie jugak bertindak sbg wiper kalau waktu hujan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2005 10:02 AM | Show all posts
bulu kening adalah aset yang amat berharga kerana kecantikannya bagi seorang wanita tu...........
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 09:56 AM | Show all posts

Nabi laknat perempuan nipiskan bulu kening

FIRMAN Allah bermaksud: 揇an katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan).

Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
Reply

Use magic Report

Bee_Doc This user has been deleted
Post time 30-10-2006 11:07 AM | Show all posts
Sekadar bertanya

Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


Kalau lelaki melakukan perkara yang sama adakah ianya boleh?

Jika seorang perempuan mempunyai bulu kening yang tebal dan tak terurus sehinggakan mencuri perhatian orang ramai kerana "lucu" dengan keadaan wajah perempuan itu - adakah perempuan ini langsung tidak boleh menipiskan keningnya?

Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)


Kalau lelaki bagaimana? Jika larangan terhadap perempuan atas alasan ianya boleh menarik perhatian lelaki, dalam situasi kini lelaki juga banyak menjadi perhatian wanita dengan perfumenya (lagi-lagi kalau lelaki itu macho). Camne tu?

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Kalau lelaki buat takpe kan? lelaki boleh melakukan apa yang diatas bagi menjaga penampilan mereka, tapi perempuan tak boleh. Kenapa agaknya ye?

Care to explain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2006 12:36 PM | Show all posts
lelaki boleh beranak? takleh kan? pempuan apasal boleh?
lelaki boleh merogol.. nape pempuan takleh?
pempuan tak kene kifarah posa 2 bulan berturut2 if bersetubuh di siang bulan posa.. tapi apsal pempuan kene a??
apsal pempuan tak bleh beat rekod 100m lelaki aaa??
apsal lelaki kuat dari pempuan a??

care to explain??

buat je la perintah Allah.. turutilah laranganNya.. nescaya hidup aman sejahtera dunia dan akhirat..
Reply

Use magic Report

Bee_Doc This user has been deleted
Post time 30-10-2006 02:06 PM | Show all posts
Originally posted by PrinceOfNorth at 30-10-2006 12:36 PM
lelaki boleh beranak? takleh kan? pempuan apasal boleh?
lelaki boleh merogol.. nape pempuan takleh?
pempuan tak kene kifarah posa 2 bulan berturut2 if bersetubuh di siang bulan posa.. tapi apsa ...


ayat di sini dipadam...  jangan terlalu tinggi sangat pitch tu...  bincang dengan baik ... okay~ibnur

isu disini berkaitan anggota dimuka. Kenape, lelaki takde bulu kening, takde gigi, tak pakai perfume/wangian? Itu yang aku tanye, jika  alasan disini kerana perempuan yang mencantikkan penampilan/wajah boleh mengundang fitnah dari lelaki, camne pula dalam zaman sekarang ni banyak lelaki juga mencuri perhatian perempuan dengan penampilan mereka?

Aku akur dengan perintah ayat Al-Quran yang diatas, yang aku tanye ni hadis berkaitan. Kalau ko takde jawapan bernas bior je cerdikpandai kat sini bagi pandangan agar aku paham.

ff: By the way, zaman sekarang ade jugak kes perempuan cabul lelaki, dalam kes 100 meter - kalau ko bertarung dengan atlit perempuan (dlm negara ke atau luar negara) belum tentu ko menang, dan kalau ko wrestling dengan perempuan badan besar belum tentu ko menang juge..:

Jangan emosional sangat bro.. aku mintak maap la kalau-kalau ko ade nipiskan bulu kening atau rapatkan gigi.. gurauje bro, jangan mare aa...

[ Last edited by  ibnur at 30-10-2006 05:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 02:17 PM | Show all posts
nak jawab pun boleh je.. cuma panjang sangat..
tak larat nak menaip.. simple2 bleh le.. mmg kalo i lawan lari dgn juara dunia 100 m wanita.. maybe i kalah.. tapi kalo atlit mesia je dah cukup utk tewaskan jaguh dunia wanita tu..
fikir2kan le.. jgn terpengaruh sangat dengan idea liberalisme dan pluralisme tentang persamaan hak tu.. dah mmg ada waktunya lelaki lebih..ada waktunya pempuan lebih.. nak wat camna? bila time pempuan takyah posa bila period..takde dengar nye pempuan ngadu napela takleh posa.. ish ish..nak posa penuh la.. yang selalu dengarnye.. jgn jeles.. we all pempuan bleh cuti uzur syarie tau!

lelaki kalo mencuri perhatian pun takde sape pempuan nak cekup die kat tgh jalan nak rogol die.. tapi kalo pempuan?? kalo dah sexy2 sangat.. berpotensi tu  nak kene cabul or rogol.

berapa kes dah ko jumpa pempuan cabul lelaki? selalunya lelaki membiarkan dirinya dicabul pempuan ade lar..

i never did any of that.. tak teringin pun..cukuplah sekadar apa yang Allah beri.. tak cacat.. takde celanya.. zaman skang ni..pempuan kannye tertarik sangat dengan rupa paras.. majoritinya tengok kestabilan..tgk wang ringgit.. kalo tak caya.. tanya le mana2 pempuan pun.. nak lebih meyakinkan..tanya je ct nurhaliza.. hehe..

so i did my explanation.. what about u?
Reply

Use magic Report

Bee_Doc This user has been deleted
Post time 30-10-2006 03:39 PM | Show all posts
tak larat nak menaip.. simple2 bleh le.. mmg kalo i lawan lari dgn juara dunia 100 m wanita.. maybe i kalah.. tapi kalo atlit mesia je dah cukup utk tewaskan jaguh dunia wanita tu..


Tak tentu jugak .. dalam sukan lain pun katalah tennis, atlit lelaki kita belum tentu dapat makan atlit perempuan diorang.. setiap orang ada kelebihan dalam bidang masing-masing tak kira lelaki ke perempuan.

fikir2kan le.. jgn terpengaruh sangat dengan idea liberalisme dan pluralisme tentang persamaan hak tu..


Aku tak pernah takut dengan pemikiran-pemikiran "baru" tak kiralah apa pun nama yang dilabel. Tetapi aku akan sentiasa menggunakan akal aku dalam perkara-perkara yang musykil sehingga menemui jawapan sebagaimana yang disarankan oleh Al-Quran.

dah mmg ada waktunya lelaki lebih..ada waktunya pempuan lebih.. nak wat camna? bila time pempuan takyah posa bila period..takde dengar nye pempuan ngadu napela takleh posa.. ish ish..nak posa penuh la.. yang selalu dengarnye.. jgn jeles.. we all pempuan bleh cuti uzur syarie tau!


memang betul ada perbezaan antara lelaki & perempuan. Dan menurut kesepakatan ASWJ , perempuan haid takleh posa dan solat. Sekadar untuk pengetahuan, Diluar ASWJ, ada juga wanita yang posa dan solat semasa "uzur".

lelaki kalo mencuri perhatian pun takde sape pempuan nak cekup die kat tgh jalan nak rogol die.. tapi kalo pempuan?? kalo dah sexy2 sangat.. berpotensi tu  nak kene cabul or rogol.


again, aku bukannya cakap tentang pemakaian ketat/dedah aurat/sexy, i'm against all that.  Aku bercakap tentang bulu kening, gigi, dan wangian. Adakah tiga sebab ini boleh membawa menimbulkan potensi dirogol atau dicabul?.

Cuma aku rasa keayuan wajah wanita boleh menarik perhatian lelaki dan begitu juga sebaliknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.129903 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list