|
giler best lagu dgerard tu --
lirik dia ya rabbi best giler - |
|
|
|
|
|
|
|
btul gakla..
ct nye lagu nmk typical ballad sgt..
tp aku x puas hati ngan semua lagu..
xde satu pun yg betul2 mcm lagu patriotik..yg boleh nyanyi ramai2... |
|
|
|
|
|
|
|
lagu MK???
rotibusuk Post at 16-8-2009 10:57 ![](http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
lagu Maya Karin la noks.... ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
oh.........
lagu tuh pun so so je la..
means,xde yg boleh nyanyi reramai dan macam warisan..
atau lagu yg lirik dia cam ni..
pakar it pakar ekonomi...
biar dikota,ataupun desa..kita smeua..
pasti merasa bangga... |
|
|
|
|
|
|
|
lagu Satu Malaysia - CT nie x bape best..
dah try dgr banyak kali still tak bape best..![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
kite ske lagu MK, FT ngan Jac...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku suke nyanyian ct
tapi aku pilih lagu jac.. sebab lebih terasa aura patriotisme nya |
|
|
|
|
|
|
|
betol gak la..
lagu jac tuh lebih ok..
tp vocal ct lagi mantop... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa xde satu lagu pun yang ade bunyi patriotik..mebi kene panggil roy nyanyi baru ade feel kot ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Siti Nurhaliza antara finalis pencarian lagu 1MalaysiaOleh SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Lagu Satu Malaysia nyanyian Datuk Siti Nurhaliza Taruddin ciptaan komposer Aubrey Suwito tersenarai sebagai salah satu daripada 10 buah lagu yang dipertandingkan pada peraduan Pencarian Lagu 1Malaysia Kita anjuran stesen radio popular Hot FM.
Selain Siti Nurhaliza dan Aubrey yang berganding bahu menghasilkan lagu berkenaan, turut tersenarai sebagai finalis peraduan itu ialah tiga komposer dan penulis lirik muda popular tanah air.
Mereka ialah gabungan Shazee Ishak dan Shah Shamsiri, Taja (MUH) dan Tun Teja serta Audi Mok dan Nur Fatima.
Turut disenaraikan sebagai finalis peraduan yang menawarkan hadiah berupa wang tunai RM25,000 itu ialah enam komposer dan penulis lirik baru.
Keenam-enam mereka yang berjaya ialah D. Gerard Singh, Lead, gabungan Ng Ching Ching dan Wong Seng Jinn serta Norm Aidid. Turut tersenarai ialah Alex dan Ashroff Shariff.
Menurut Ketua Radio Rangkaian Media Prima, Ahmad Izham Omar, rakyat Malaysia kini berpeluang mengundi karya yang pada pandangan mereka paling sesuai untuk ditabal sebagai lagu rasmi 1Malaysia sehingga tarikh tutup pada 26 Ogos ini.
"Kami amat gembira dengan respons yang diberikan oleh masyarakat Malaysia yang begitu teruja menghasilkan lagu yang menepati aspirasi 1Malaysia.
"Apa yang membuatkan kami berasa bangga juga ialah kesemua finalis yang terpilih daripada 350 penyertaan ini terdiri daripada pelbagai kaum, umur dan latar belakang. Bahkan, lagu yang dihasilkan mereka cukup berkualiti," kata Ahmad Izham kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahmad Izham turut memberitahu, berdasarkan penyertaan Pencarian Lagu 1Malaysia Kita ini juga jelas terbukti semangat 1Malaysia wujud dalam setiap individu.
Kempen Pencarian Lagu 1Malaysia Kita tercetus apabila penyampai radio stesen berkenaan, Fara Fauzana dan Faizal Ismail mencabar rakyat Malaysia untuk menghasilkan lagu bertemakan keharmonian bersesuaian dengan generasi baru Malaysia.
Idea ini juga bergerak seiring dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Katanya, karya yang dihantar untuk menyertai peraduan ini ada yang dirakamkan secara profesional mahupun karya yang hanya direkod secara asas iaitu hanya suara sahaja.
Malah kata beliau, ada juga peserta yang menghantar karya yang direkodkan melalui telefon mudah alih yang diiringi dengan ketukan peralatan yang lazim kita jumpa seperti baldi.
Finalis yang menerima undian terbanyak akan diumumkan sebagai pemenang kempen ini seterusnya menjadi salah sebuah lagu rasmi 1Malaysia.
Menurut Ahmad Izham, Perdana Menteri dijangka mengumumkan pemenang bagi kempen Hot FM Lagu 1Malaysia Kita pada upacara sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 pada hujung bulan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by calmille at 20-8-2009 01:00
sape yg nak download lagu DCT - 1 malaysia klik kat bwah nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
TQQQQQQQ![](static/image/smiley/grapeman/06.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
x sempat ler pulok..pm aku link tu nouvo |
|
|
|
|
|
|
|
samela nouvosion..nk lagu tu jugak..![](static/image/smiley/grapeman/08.gif)
pm link lagu...![](static/image/smiley/grapeman/19.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ok aku PM korang semu..
aik x boleh ke letak link kat cni.. |
|
|
|
|
|
|
|
59# nouvosion
lagu tu kan license tak leh la letak kat sini...
nou pm kat ak gak.....thanks |
|
|
|
|
|
|
| |
|