uuuiiiiiiii.....fazura plg best harap mng best spptg actress.
loghat utara menjadi walaupun x seasli cik ta...
lakonan sara ali bagus drpd diana danielle walaupun sara ali tak dipromote sbg main heroine. but both are good. overall entertaining 4/5 star
dah tgk..not bad la citer nih..watak cik lang mmg menjadi..cik lang gedik lelagi time makan kit kat..*motip hantu gemor mkn cekelat? suka lakonan sara Ali, DD pun ok gak..mila sore sgt annoyed..Nad aka peanut..dr awal smp ler akhir citer xde dialog pape..
Citer merepek yg masuk akal
Dah 2 kali tgk x rasa bosan pun
Suka tgk chemistry para pelakon Band Histeria..nampak mmg mcm dah kawan lama n boleh terima kelebihan dan kekurangan masing
Soundtrack pun best..everytime keluar panggung sure terdengar ada org nyanyi2 lagu Kami Histeria
Teringin nak tgk band Histeria perform live walaupun diorang bukannye reti pun main instrumen2 tu..Mila kata kalau diorang perform nak kena ada backup singer
Tapi rasa mcm x puas lah nak tgk..harap2 diorang ada plan nak buat Kami Histeria 2
KEBELAKANGAN ini, lambakan filem tempatan di pawagam menyebabkan sesetengah penonton mula merasa bosan dengan sesetengah jalan cerita yang tidak jauh berbeza antara satu sama lain.
Dan jika anda terkategori dalam golongan itu, maka penyakit anda itu akan diubati dengan filem Kami Histeria.
Apatah lagi, bagi mereka yang setia dengan filem terbitan syarikat produksi Red Films anda pasti sudah mengetahui hasil-hasil filem terbitan syarikat itu yang lebih segar dan moden.
Barangkali pada mereka yang menilai pada tajuk dan poster semata-mata, anda mungkin akan merasakan Kami Histeria tidak jauh bezanya dengan filem komedi seram sedia ada.
Namun pada pandangan penulis sendiri, ia adalah karya segar yang mampu menggeletek penonton dan dalam masa meninggalkan juga rasa gerun kepada penontonnya.
Secara ringkasnya, filem yang diarahkan oleh Shamyl Othman ini adalah idea asal dan lakon layar oleh Rafidah Abdullah yang mendapat ilham selepas mendengar cerita seram dari seorang penghuni di sebuah pangsapuri.
Bermula daripada situ, dia mengolah jalan cerita dan membawa penonton melayari kisah lima orang gadis remaja yang diketuai Laila (Diana Danielle), Bad (Sara Ali), Peanut (Nad Zainal), Airin (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar bergabung menubuhkan kumpulan muzik dengan nama Kami Histeria.
Mereka yang bersahabat baik serta belajar di kolej sama turut sepakat untuk tinggal serumah dan berpindah ke kediaman baru dengan menyewa pangsapuri usang yang berhantu.
Bahkan ketika sibuk membuat rakaman lagu mereka, secara tidak sengaja suara langsuir yang mengilai turut dirakamkan dan lebih mengejutkan apabila lagu itu menjadi popular dan diminati ramai selepas di muat naik ke YouTube.
Justeru bagi memastikan usaha Kami Histeria membina nama dalam industri muzik menjadi kenyataan, mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan daripada langsuir itu atau Cik Lang untuk merakam suaranya.
Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu dinyanyikan itu menjadi popular maka Kami Histeria perlu menunaikan janji iaitu membawa pelakon Afdlin Shauki berjumpa dengannya.
Justeru, apabila lagu Kami Histeria semakin popular maka Cik Lang menuntut janji itu. Mampukah Kami Histeria membawa Afdlin kepada Cik Lang?
Apatah lagi, kemunculan Pit (lakonan Izzue Islam) turut menguji persahabatan mereka.
Pecah perut!
Tidak hanya bersandar kepada rupa dan kecantikan pelakon-pelakon utamanya yang terdiri daripada bunga-bunga yang cantik, Kami Histeria mempunyai sebuah jalan cerita yang cukup menarik.
Di tambah pula dengan babak-babak yang dimasukkan di dalam filem itu, biarpun tidak logik, namun masih mampu di terima dan memecahkan perut dek deraian ketawa.
Pendek kata, bagi anda yang merindui sebuah karya yang segar tanpa cacat-cela, maka anda tidak patut melepaskan kesempatan menonton filem ini.
Bukan hanya sekadar runut bunyi yang lebih 'catchy', babak-babak di dalam filem ini juga menarik, biarpun melibatkan beberapa lokasi yang sama, namun bersesuaian dengan jalan cerita.
Malah menariknya lagi, Kami Histeria, bukanlah sebuah filem syok sendiri biarpun penggunaan dialog pasar dan adakalanya sudah biasa di dengar.
Anda pasti tidak akan kering gusi melihat hantu dikalahkan dengan coklat KitKat. Seperti yang penulis katakan tadi, biarpun tidak logik, namun masih mampu mengundang deraian ketawa.
Meskipun penonton dihiburkan dengan jenaka spontan oleh para pelakon dan hantu itu sendiri, namun filem ini tetap tidak tergelincir dari paksinya untuk mempamerkan elemen seram.
Langsuir utara
Bukan itu sahaja, jika selama ini, apabila bercakap mengenai hantu, tidak kiralah, langsuir, pontianak, penonton pasti sudah biasa dihidangkan dengan makhluk berupa hodoh.
Namun berbeza dengan Kami Histeria, penonton akan disajikan dengan hantu yang lebih cantik, dan lebih lucu bertutur dalam loghat utara.
Biarpun tampak cantik dan kelakar, Fazura selaku Cik Lang masih meninggalkan rasa gerun dan takut kepada penonton dengan lirikan mata dan senyumannya.
Ia sekali gus memberi kelainan kepada peminat-peminat Fazura yang selama ini melihat lakonannya menerusi watak romantis atau komedi sahaja.
Gandingan mantap
Selain itu, menariknya mengenai filem ini, ia bukan filem yang digarap secara melulu, sebaliknya, kesemua watak utama seperti Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin, dan Umie Omar menjalani latihan selama sebulan melibatkan dialog dan watak mereka.
Justeru anda tidak akan melihat kejanggalan dalam lakonan ke semua pelakon ini kerana mereka kelihatan seperti kawan yang sudah berkawan lama antara satu lain.
Pada pendapat penulis, pelakon yang paling menyerlah dalam filem ini adalah Nad Zainal. Tanpa dialog, Nad yang digambarkan sebagai gadis pendiam, berjaya memberi ekspresi wajah bersesuaian dengan setiap keadaan.
Manakala pelakon lain tidak kurang hebatnya dan lakonan mereka saling membantu watak-watak pelakon-pelakon lain di dalam filem ini.
Secara keseluruhan, Kami Histeria adalah sebuah filem yang menarik dan lain daripada lain. Justeru, bagi anda yang belum menyaksikan filem ini, jangan lupa menonton Kami Histeria di pawagam.
PENGARAH : Shamyl Othman
PELAKON Nur Fazura, Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin, Umie Omar, Izzue Islam, & Afdlin Shauki.
GENRE : Komedi/Seram
DURASI : 1jam 30minit
KLASIFIKASI : P13
TAYANGAN : 06 Feb 2014 KESELURUHAN : * * * * * TERBAIKLAH!
Dah tengok Kami Histeria..memang best gilerrr movie ni..lain daripada yang lain..jalan cerita yg tak meleret leret, segar, muzik yang best, seram, kelakar dan gandingan pelakon yang mantap..boleh di katakan filem Kami Histeria filem komedi seram yang cukup sifat..Memang Terbaiklah