|
Originally posted by indah1285 at 26-6-2008 10:58 AM
kesahihahnya ialah bila sudah dibuktikan dgn dalil naqli dan aqli.. bunian tdk wujud sama sekali di dunia ini kecuali di kepulauan melayu dan jawa..
"Dan di antara tanda-tanda kebes ...
in cayer kerrr kisah jin nihhh?
dulu im tak cayer...nw sket2 dah pecaya....pasal dah terkena... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #582 intan_mahsuri's post
ya..la bila kita terkena.. baru percaya benda ni wujud. Jin/bunian dan seangkatannya dalam kategori makhluk halus dan kita sukar nak nampak mereka.
Cuba bayangkan... mcm kat kg yg terpencil.... pergi ke kebun getah atau hutan dan tiada rumah di kawasan itu. Tapi setiap hari kita lalu satu kawasan tu ( sebelah tengah hari ) kadang2 ada bau masakan seperti kari, rendang dan lain-lain lagi. Masa kecil2 dulu ada juga tanya kat arwah ayah... apasal ada bau masakan kadang2 mcm org memanggil, selalunya ayah akan kata... ala buat tak tau aje la. Yg penting jangan dia kacau kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intan_mahsuri at 26-6-2008 12:56 PM
in cayer kerrr kisah jin nihhh?
dulu im tak cayer...nw sket2 dah pecaya....pasal dah terkena...
percaya sebab terbukti dlam quran sendiri ada mnyebutnya....
samalah kite, pernah kena.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #581 indah1285's post
melayu dan bunian... mitos yg tak berkesudahan...
mmm..... mungkin istilah yg digunakan. Secara dasarnya bunian adalah golongan jin.
Mengenai mitos jin berkahwin dgn manusia melahirkan zuriat dan digelar bunian di kalangan melayu, ada yg berpandangan ianya boleh berlaku.
Ni akak petik dr laman haron Din: http://www.darussyifa.org/SJ011.php
Bolehkah Orang Islam berkahwin dengan Jin Islam?
Soalan:
Ada seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?
Jawapan:
Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami' as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.
Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya), "Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga". (Surah an-Nahli ayat 72)
Firman Allah (mafhumnya), "Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah S.W.T." (Surah ar-Rum, ayat 21).
Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.
Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.
Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.
Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram. Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.
Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama. Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima. Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.
Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.
Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, "Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta." |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi: http://grenbara.bravejournal.com/entry/24546
JIN MAMPU HAMILKAN MANUSIA
MAKHLUK jin, seperti juga manusia, boleh menghamilkan seseorang wanita yang disetubuhinya dan seterusnya melahirkan anak kacukan jin-manusia.
Ini dinyatakan oleh Prof Madya Dr Haji Jahid Haji Sidek, bekas pensyarah di Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Bahagian Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang kini merupakan pengamal perubatan Islam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kisah utama yang dipaparkan dalam VARIASI keluaran ini di mana seorang wanita mengesyaki dirinya pernah disetubuhi oleh hantu raya belaan suaminya. Malah wanita iru bimbang kalau-kalau ada antara anak-anaknya adalah hasil hubungannya dengan hantu raya tersebut.
"Ya, seseorang wanita boleh melahirkan anak jin jika dia telah berjimak dengan jin itu. Selalunya perkara ini terjadi pada para isteri yang suami mereka ada menyimpan belaan seperti hantu raya. Dalam hal ini, jin pun ada nafsu batin juga. Dia akan mendatangi isteri tuannya tadi dengan menyerupai tuannya lalu melakukan jimak.
"Ramai isteri yang tertipu kerana jin itu menyerupai suami mereka. Cara mereka berjimakpun sama seperti kita, manusia. Dan benih jin yang masuk ke dalam rahim isteri tuannya tadi juga boleh mengandungkan si isteri tadi/' jelas Ustaz Jahid.
Kata Ustaz Jahid lagi, bayi campuran manusia dan jin iru tetap dilahirkan normal seperti bayi manusia yang lain.
"Zuriat begini walaupun ada darah jin tapi bila lahir ke dunia, dia akan jadi manusia biasa seperti kita. Dan golongan ini jika kita buat ujian DN A, ianya tidak akan sama dengan ibu bapanva kerana dia adalah campuran jin. Cuma, setakat ini rasanya perkara ini belum pernah dibuat' terang Ustaz Jahid.
Bagaimanapun menurut Ustaz Jahid, secara zahir memang sukar untuk kita menuduh seseorang itu sebagai anak jin walaupun ibunya pernah mengadakan hubungan kelamin dengan makhluk jin.
"Seperti juga manusia., tentu sukar untuk kita meneka adakah anak yang dilahirkan anak kandung si suami atau tidak walaupun terbukti isterinya pernah melakukan zina dengan lelaki lain. Kecuali jika dibuktikan melalui ujian DNA.
"Begitu juga dengan jin. Walaupun terbukti si isteri pernah disetubuhi oleh jin tapi sukar untuk kita menyatakan anak yang dilahirkan-nya adalah anak jin kerana dia juga melakukan jimak dengan suami-nya."
Ditanya ciri-ciri untuk mengenal pasti anak itu keturunan jin, Ustaz jahid menjelaskan, memang sukar unttik kita mengenalinya.
"Kehidupannya seperti manusia. Cuma kita boleh nilai perangainya. Kalau anak hantu raya, sudah tentu-lah perangainya juga macam hantu rava. Pun begitu, memang terlalu sukar untuk kita mengenal pasti. Kalau kita lihat keadaan sekarang, anak manusiapun berperangai macam jin," kata Ustaz Jahid.
Menurut Ustaz jahid, seorang rakannya pernah menceritakan kisah sepasang remaja yang tidak dapat berkahwin walaupun berlainan keluarga.
"Keluarga pasangan ini berkawan baik. Jadi, bila anak-anak mereka dan besar, mereka ingin mengahwinkan anak mereka. Pasangan itu juga menyukai antara satu sama lain. Maklumlah, dah berkawan sejak kecil. Akhirnva mereka ditunangkan. "Dalam waktu menunggu masa tarikh perkahwinan mereka, ada bapa jin datang bertemu mereka berdua dan mengatakan mereka tak boleh berkahwin. Jin itu menerangkan dia adalah bapa sebenar kepada pasangan itu, bermakna pasangan itu adalah adik-beradik kerana mempunyai avah yang sama daripad a golongan jin.
"Akhirnya, pasangan itu mengambil keputusan tidak jadi melangsungkan perkahwinan mereka dan memberitahu kepada kedua keluarga tentang hal itu. Mereka tak sangka ayah mereka dari kaJangan jin. Rupanya, bapa jin itu dulu ber-jimak dengan kedua-dua ibu pasangan tersebut.
"Bagaimana bapa jin itu datang menemui anaknya tidak dapat saya pastikan kerana cerita ini diceritakan oleh seorang kenalan saya," cerita Ustaz Jahid.
Tambahnya lagi, mungkin jin yang seperti diceritakan dalam kes pasangan tersebut adalah jin Islam. Kerana itu dia melarang anak-anak-nya itu berkahwin kerana mereka adalah adik-beradik.
"Sama juga macam manusia. Memang tidak boleh dan tidak berlaku dalam masya-rakat kita adik-beradik berkahwin sesama sendiri. "Isteri yang tahu suaminya ada membela sesuatu sebaiknya cuba menasihatkan suami supaya meninggalkan amalan tersebut. Kerana dalam hal ini, isteri menjadi mangsa nafsu peliharaan suaminya itu.
"Walaupun peliharaan itu datang menyerupai si suami, selalunya isteri pasti dapat mengesan perubahan pada sikap suaminya itu. Jika isteri dah rasa was-was atau tidak yakin itu suaminya, jangan layan ketika berada di ranjang. Berdosa seseorang isteri melayan orang yang diraguinya bukan suaminya tetapi menyerupai suaminya kerana itu adalah permainan jin' nasihat Ustaz Jahid.
Variasi Disember 2001
artikel lama. Tak tahulah kalau ustaz ni dah ubah fikiran. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HOTlips at 28-6-2008 09:23 AM
satu lagi: http://grenbara.bravejournal.com/entry/24546
Tambahnya lagi, mungkin jin yang seperti diceritakan dalam kes pasangantersebut adalah jin Islam. Kerana itu dia melarang anak-anak-nya ituberkahwin kerana mereka adalah adik-beradik. ...
cam bagus jek jin nih... sebab dia islam dia amik berat pasal anak2 nih yang kononnya anak2 dia... abis yang di berzina ngan bini orang tuh kat mana plak islam dia?
jin2 nih memang banyak sangat bermanipulasi.... ntah yer ntah idak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #586 HOTlips's post
citer yg boleh dibuat citer...
xde pengesahan langsung ....leh jek sape2 nk reka...
In pun nk setuju dgn pendapat ser3ndipity - susahnya nk taip nick kamu .. |
|
|
|
|
|
|
|
erm kenapa sebelum kita nak berjimak kita membaca doa dulu sebelum tut.... ha jawab2 kita sama2 bincang ada kaitan nerh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #589 EddySengal's post
silap tred ke apa neh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #589 EddySengal's post
Setiap perkara yang baik .. boleh dimulai dengan doa .... berjimak adalah satu kebajikan bagi suami isteri ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thedude at 22-6-2008 10:32 PM
Nak cerita sikit ...
Nenek saya pernah kene buatan orang .... selama 20 tahun dia selalu sakit2 ... jadi kurus ... mental tak stabil ... nampak benda2 pelik... meracau....marah tak tentu fasal ...
since i dah terbaca treat ni... boleh tumpang tanya ade sesiapa kenal dan boleh tlg elle kat mana nak mendapat kan khidmat rawatan untuk sihir dan buatan org.. pertolongan anda amat saya hargai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #588 indah1285's post
Yup, citer dr mulut ke mulut tiada pengesahan melainkan jika dialami sendiri. Mcm mana plak dgn pandanngan Harun Din yg mengatakan Puteri Balqis dr keturunan jin sebelah ibunya? Ini dipetik dr Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami' as-Saghir oleh Imam as-Sayuti. Anyone knows about this?
Nak update citer kat JB. Baru jek tepon jiran sebelah rumah kat JB dulu. Dia kata tenant yg ganti akak pun mengalami gangguan yg sama. Dia lg best... nampak bayangan kat cermin. Huru hara gak sekejap pasal si isteri x mo duduk kat rumah tu. Alhamdulillah, kata jiran akak, sekarang dah ok. Suami yg hampir2 lumpuh tu pun dah ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #593 HOTlips\ catat
hmm.. kak, betapa byk citer2 israeliyyat yg terkandung dlm kitab2 terdahulu, tak nafi dlm tafsir Anwar Baidhowi yg mngatakan kaki Puteri Balqis seperti itik hanya wajahnya sahaja yg cantik....
kalo demikianlah keturunan Puteri Balqis, maka bererti keturunan Nabi Sulaiman pun dr Jin... sedang yg nyata Allah menjaga beturunan Rasul2...
Mari kita renung maksud Firman Allah ini....
Al An'aam ayat 112 : ''Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.'' |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #592 elle_gogo\ catat
elle boleh dapatkan khidmat di klinik as syifa', di Bangi mau pun cwangan2 yg bdekatan... |
|
|
|
|
|
|
|
salam neh nak tnye sikit neh....
ermm aper petanda kalo makhluk halus tuh dtg nak kaco kiter??..sebab teky rase kepal neh berat je..pastu dada neh sesak...
sebab tadi ader opismate pon kene kacau.....tapi kiorg da bace yassin..ok laaa...
cume nak konfem jer...sebab pernah bace kalo makhluk tuh ade kat kiter..telinga kiter akan rase berdengung....
sampai sekarang pon teky rase kepala neh berat n dada neh sesak..telinga plak berdengung jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #195 indah1285's post
my experience pulak lain...waktu skool dulu, sbp.cm biasa la, kdg2 tdo bilik org dll....one day, senior ajak tdo kat lantai, bawak tilam kt bwh straight under kipas sbb panas.malam tu, i mimpi i tengok kawan i membelakangi i, then bl i panggil nama die, die trus toleh n cekik i.terus i sedar n rasa badan xleh gerak.xd sesak nafas bagai, tp rasa mcm ada "benda" menahan badan i.suara xleh kuar tp still leh kumat-kamit bc doa. yg menambahkan seram, i rasa mcm badan i ditarik2 mcm nak dibawak g tmpt lain, punya la i kuatkan semangat melawan. time tu mmg takut, tp pakse diri bukak mata n whatever comes, comes.tp seb baik xnmpk pape yg angker (hehe).last2 dpt jugak terlepas tp still gak rasa mcm smthg still cuba tarik2 badan i, terutama bhgn kepala. then esok pg bla i fikir2 balik, i tdo dlm keadaan terlentang (xsengaja ok!) dgn kedua2 belah tangan trbuka (tapak tangan mengadap ke atas) n i tdo straight depan pintu......so, ada sesiapa nak komen cerita benar i ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by teky at 15-7-2008 02:56 PM
salam neh nak tnye sikit neh....
ermm aper petanda kalo makhluk halus tuh dtg nak kaco kiter??..sebab teky rase kepal neh berat je..pastu dada neh sesak...
sebab tadi ader opismate pon kene ...
member ckp, kalau nak mengelak terkena mcm ni, kalau masuk bilik tu, bagi salam, jgn meluru msk. n jangan baling2 barang atas kati, letak elok2 takut ada smthg yg tgh berehat atas katil kta....yelah, apa perasaan korg kalau tgh syok2 rest, tb2 kena baling ngan tahpape....marah la kan, so that smthg cb bg kt rasa apa yg diorg rasa....
cerita angker member i, die penah terkena tindih ni...dlm keadaan mengiring n kedua2 tangan lipat kat dada....dia siap rasa ada benda menusuk kt kulit tgn dia macam kuku panjang je.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya pendapat. baru2 ni ada kebetulan org kampung ayu bawak bomoh utk ubatkan famili dia. bomoh tu berjalan la area rumah dia utk tgk keadaan sekeliling. bila smpai area rumah ayu, dia kata rumah ayu ni ada masalah berat. bomoh tu kata ada yang 'jaga' rumah ayu. dan benda tu marah sbb dah 3 kali umah ayu buat kenduri (kenduri kawin) tapi tak penah jamu 'dia'. mak ayu cakap masa zaman tok nenek ayu dulu mmg penah diorang amalkan 'jamu' benda tu, cthnya jamu ayam panggang n pulut kuning. pastu bomoh tu kata 'benda' tu dah sekat/kacau peranakan ayu n adik2 pompuan. kebetulan pulak ayu dh nk masuk 4 tahun kawen, xde anak lagi.
alhamdulillah ayu x mengalami apa2 gangguan cuma sakit perut (endometriosis). ayu xde masa bomoh tu dtg rumah tapi bomoh tu tau ayu ada sakit kat perut dan penah bedah. dia pun bgtau yang skang ni penyakit tu ada balik dn kena buang lagi utk kali ke-2 (kebetulan ayu akan operate skali lagi bulan 10 ni).
so nak mintak pendapat di sini, kalo ayu xde mengalami gangguan, boleh ke ayu pergi dapatkan rawatan dari pengamal perubatan islam berkenaan ni. ada kemungkinan tak 'benda' tu mmg berdamping dgn keluarga ayu selama ni smpai susah ayu dan adik ayu nak hamil.. |
|
|
|
|
|
|
|
anyone..? |
|
|
|
|
|
|
| |
|