CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PengKid

All About Rabbits

[Copy link]
Post time 6-6-2009 11:09 PM | Show all posts

Balas #547 dd_ciko\ catat

InsyAllah kalau takde halangan. Nico dok kt penang. Kalo takde apa halangan, sampai la kat KL tu   Teringin nak jumpa beh, jaanu, lazzybunny dan lain2. Jom la.. jomla reramaikan... Alang2 datang tu jom la masuk pertandingan bunny costume tu. Kot2 menang, boleh la bawak balik hamper Oxbow untuk rabbit2 yang lain

Pasal costume, memang susah sket nak design. Sbb semuanya bese2 jek. Nak yang luar bese skit, surf kat halloween costume untuk cats and dogs. Ada macam2. kalo malas nak jahit n design tu, pegi jek kat flea market, cari 2nd hand toys, korek isi perut dia, basuh bersih2.. Dah jadik costume!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2009 12:56 AM | Show all posts
oo nico dok kat peneng dd kt kdah 1 jln p n blk la hahaha...nie dd tgh srvey la nie kalu nak ikut ukran bju msa dd bli kat beh dulu mmg tak bleh la sbb rabit dd si meo nie bdn dia kcik la nie yg pning skit nie...kalu nk tmpah pon ssah la dkt sini..tp ok gk idea nico sruh amek 2nd hand toy bt costume nie ye unik skit kan...

luv bg la idea..kta nk jait costume..

[ Last edited by  dd_ciko at 7-6-2009 00:58 ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 10:26 AM | Show all posts

Balas #550 dd_ciko\ catat

OOO dd ada sampel baju ek.. Ada sampel ok la.. boleh adjust cutting dan size.. Nico takde sampel.. Dan malas nak cari sampel.. So cara mudah korek aje anak patung 2nd hand

Luv, bak kat dd anak patung yang boleh pakai kat meo meo!
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 10:27 AM | Show all posts
nico..nak tanya..yg post psl kenal jantina tu kan,ngape x nmpk gamba nye yek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 08:12 AM | Show all posts
Tak nampak ek?

Tatau apsal tak nampak... Nico post sbb ramai lagi owner rabbit yang tatau rabbit diorang tu jantan ke betina.. nape ek tak nampak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 01:46 PM | Show all posts

Reply #553 nicoty_yne's post

ha'ah gamba nye mmg x kua..huhu
emm nico upload dr mana ek?
better save dlu in ur pc then upload kt photobucket cam bese yeh
sbb tingin sgt nak timba ilmu yg ada psl arnab ni..lau nmpk gamba tu ley kasi kredit kt nico
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2009 06:55 PM | Show all posts
yela nico dd bru nk tnya psal gambar tue mmg tak de la..tp dd dah taw la nk kenal cena nak taw jantan or btina rabbit tue..dd nie pon luv laa yg ajaq tgk msa nak let go bb rabbit dkt mmber ofis dlu so taw la skit...tp nico post gk la mna taw kot dd ng luv nie tersilap kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 08:32 PM | Show all posts
Nico ni speses pemalas.. kang kalo try upload, lepas tu tgk2 tak kuar gak, Nico boleh bertukar jadik hulk.

Nico bagi link ek?

Untuk rabbit jantan = http://www.rabbitnetwork.org/articles/sexingboys.shtml
untuk rabbit betina = http://www.rabbitnetwork.org/articles/sexinggirls.shtml
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2009 12:04 AM | Show all posts
ha btol la tue kalu bb lg pon kita tgk cm tue la cra nk tgk jntn or btina rabbit kita tue..tq nico good info la tue...cpt ati give kredit bebyk dkt nico nie...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 10:33 PM | Show all posts
sincan da semakin sihat n gemok.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 02:06 PM | Show all posts

Taman arnab di tengah kota (Rafa Bunny World/Bukit Tinggi/Semenyih/Bukit Kapar)

Taman arnab di tengah kota
Oleh AZIAN AZIZ
[email protected]

Pelbagai spesies arnab diRafa Bunny World di pasar raya besar Giant, Seksyen 13, Shah Alam sedia menyambut kehadiran pengunjung. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI

SHAH ALAM 12 Jun - Kebiasaannya, jika ke pasar raya besar Giant,selain membeli-belah dan mencuci mata, pengunjung juga boleh menjamu selera di premis-premis makanan yang dibuka di pasar raya tersebut.

Bagi yang berkeluarga, mereka boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan percuma yang disediakan.

Tetapi di pasar raya besar Giant, Seksyen 13, Shah Alam, pelanggan kini berpeluang membawa anak-anak mereka bermain dan membelai lebih 100ekor arnab pelbagai spesies di Rafa Bunny World yang dibuka di kawasan letak kereta pasar raya itu sejak 30 Mei lalu.

Bagi yang berminat untuk membela binatang jinak tersebut, mereka juga boleh membelinya beserta dengan aksesori penjagaan haiwan itu dengan harga yang berpatutan iaitu antara RM35 hingga RM400 mengikut spesies.

Menurut pemilik Rafa Bunny World, Rahimi Idris, 47, beliau membuka taman arnab tersebut dengan kerjasama pihak Giant kerana minat selain menyedari haiwan tersebut mempunyai ramai penggemar.

Katanya, dengan modal RM100,000, beliau mendapatkan bekalan arnab yang terdiri daripada spesies Anggora, Lop, New Zealand White, LionHead dan arnab biasa serta membina taman mini yang boleh memuatkan kira-kira 60 orang pada satu masa.

"Saya mendapat idea untuk membuka taman arnab ini di kawasan pasarraya besar kerana ia dapat memudahkan peminat binatang itu yang tinggal di sekitar Shah Alam untuk mendekati haiwan kegemaran mereka.

"Ini kerana biasanya untuk melihat pelbagai spesies arnab selain di zoo atau taman tema, mereka perlu pergi ke kawasan yang jauh seperti taman arnab di Bukit Tinggi dan Semenyih.

"Di sini mereka boleh bermain dengan arnab sambil menikmati kemudahan yang ada di Giant," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujar Rahimi lagi, di Rafa Bunny World, selain melihat arnab di dalam sangkar, kanak-kanak juga boleh bergambar, bermain atau memberi makan arnab-arnab yang dilepaskan di padang kecil yang disediakan.

Tambahnya, mereka juga akan diberi penerangan tentang cara-cara pemeliharaan arnab, bagaimana arnab membesar serta boleh bertanya pelbagai soalan mengenai arnab daripada dua pekerjanya yang terlatih.

"Di taman ini kami ada arnab yang baru lahir hinggalah arnab dewasa dan arnab bunting.

"Kesemua binatang ini amat mudah dijaga dan jarang diserang penyakit.

"Jadi kanak-kanak atau mungkin ibu bapa mereka yang ingin tahu mengenai haiwan ini boleh bertanya kepada staf kami yang mempunyai pengetahuan luas mengenai arnab," katanya yang turut mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Selangor.

Mengenai sambutan yang diberikan sejak Rafa Bunny World dibuka, Rahimi memberitahu, setakat ini lebih 3,000 pengunjung dengan purata 200 orang sehari termasuk dewasa dan kanak-kanak telah mengunjungi taman arnabnya.

Jelasnya, dengan bayaran masuk yang rendah iaitu RM4 pada musim cuti sekolah dan RM3 pada hari biasa serta tiada tempoh masa yang ditetapkan, taman arnabnya merupakan pilihan terbaik bagi ibu bapa yang tiada peluang membawa anak-anak pergi bercuti.

"Bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan akan ditawarkan harga beserta pakej istimewa dan buat masa ini setiap pengunjung akan diberi kupon diskaun dan hanya perlu membayar RM2 untuk sekali masuk,"jelasnya.

Kata Rahimi lagi, sekiranya Rafa Bunny World ini mendapat sambutan,beliau bercadang untuk membuka cawangan di pasar raya besar Giant di kawasan lain kelak.

Bagi yang berminat mengunjungi Rafa Bunny World yang beroperasi setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam secara berkumpulan boleh menghubungi penyelianya, Wan Mohd. Zaidi Wan Othman di talian 017-9774 098.

[ Last edited by  Syd at 13-6-2009 22:09 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 03:00 PM | Show all posts
arnab comell le
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 10:14 PM | Show all posts
Arnab Bukit Kapar

Oleh NORHAYATI YAHAYA
[email protected]

Pengalaman sukar mencari seekor arnab untuk seorang pensyarah, memberi idea kepada dua sahabat untuk menternak haiwan tersebut.





"SAYA pernah dikatakan gila kerana tinggal dalam kawasan hutan seorang diri hampir enam bulan.

"Namun kini, saya bangga kerana usaha yang dilakukan membuahkan hasil dan mereka yang menyangka saya gila juga mula membuka mata."

Demikian cerita Endali Putra Ibrahim, 23, ketika ditanya antara pengalaman awal yang tidak boleh dilupakan untuk menjadikan pusat ternakan arnab, Rabbit World Agro itu satu kenyataan.

Endali yang mengusahakan pusat ternakan itu bersama rakan karibnya, Herman Amanah, 31, sebenarnya tidak mempunyai kemahiran atau pengetahuan mengenai selok-belok penjagaan arnab.

Namun, benarlah kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan kemahuan yang ada, dua rakan karib itu sudah mempunyai lebih daripada 700 ekor arnab yang dipelihara di kawasan seluas 0.8 hektar di Jalan Setia Jaya, Bukit Kapar, Klang, Selangor Darul Ehsan.

"Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap d

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 10:38 PM | Show all posts
Rabbit Fun Land syurga arnab

SEMENYIH 20 Mac

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 10:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 10:53 PM | Show all posts
Tengah: Bela arnab jadi kegilaan

Oleh Mokhtar Alias



ARNAB peliharaan Loo di PD Rabbit Park, Port Dickson, jinak dan
mudah didekati. - Gambar oleh Hamzah Mad Som.



HOBI memelihara arnab kini menjadi kegemaran terbaru sehinggakan ada peminat yang sanggup menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan spesies segar dan cantik.

Mereka sanggup mengeluarkan lebih RM200 untuk membeli sepasang arnab jenis Anggola. Paling murah, arnab boleh dibeli pada harga RM20 sepasang tetapi jenis berkenaan biasanya untuk dimakan.

Berbanding hobi memelihara kucing, daging arnab boleh dimakan dengan pelbagai cara termasuk gulai lemak cili api dan sate yang pernah popular di banyak tempat sebelum ini.

Selain itu, kelebihan memelihara arnab adalah ia membiak cepat kerana boleh melahirkan sehingga empat atau lima ekor anak.

Bekalan arnab pula boleh diperoleh daripada banyak tempat. Jika di Negeri Sembilan, pembekal terbesar ialah PD Rabbit Park, Jalan Pantai, dekat Port Dickson.

Di sini puluhan arnab dipelihara untuk dilihat dan boleh dibeli pada harga munasabah kerana dibeli secara terus di ladang.



MAKANAN mempengaruhi kecantikan bulu arnab.



Pengurusnya, Loo Yuen Kong, 42, berkata pada peringkat awal dia memelihara arnab untuk dijual dagingnya kepada orang ramai tetapi sambutannya agak sederhana.

揔ebanyakan pembeli terdiri daripada mereka yang hobinya mahu memelihara arnab. Jika arnab cantik, mereka tidak kisah berapa harganya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2009 11:05 PM | Show all posts
Taman Arnab (Rabbit Alley) = PUSAT SAINS NEGARA

Rabbit Alley menempatkan arnab dari pelbagai spesies yang dipelihara secara bebas dalam kawasan taman. Para pengunjung akan berpeluang bermain, mengambil gambar dan melihat lebih dekat pelbagai spesies arnab yang dipamerkan. Disamping itu, para pengunjung juga berpeluang mengenali dan menimba pengetahuan tentang mamalia comel ini melalui sesi penerangan yang diberikan oleh petugas yang dilantik.




MASA PROGRAM                  
         
Hari:         Sabtu - Khamis
Masa:         

9:00 pagi - 11.00 pagi
Jangkamasa:         2 jam
Jumlah Pelajar:         Maksimum 40 orang
         
                  
BAYARAN
                  
         
Kanak-kanak di bawah 12 tahun         RM4.00
Kanak-kanak di atas 12 tahun        RM5.00
         
                  

KOORDINATOR
Norzilawati bt. Md Kamsor
e-mel : [email protected]
Telefon : 03-20921150 samb. 347

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 02:09 PM | Show all posts
nak pegi show lebittttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 02:09 PM | Show all posts
ni yang kat mid valley aras ar\tas yang slalu ade kanibel kerjaye tuh kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 06:19 PM | Show all posts
iya emiliahani dkt atas tue la jmpt la ke sana nnt ek...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.127457 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list