CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bdk2

All about Hong Kong & Hong Kong Disneyland - Part 3

   Close [Copy link]
Post time 11-6-2012 01:29 PM | Show all posts
saya akan ke HK bulan 9 nnt, hrp2 weather ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2012 04:32 PM | Show all posts
Reply 720# vivitar


    huhuhuu kalau sama date kan bagus hehehe..tak kami duk hk je...rasa 4 hari 3 malam kejap sgt...vivitar pegi berapa org...nanti nak duk hotel mane...saya nie ape2 pun tak rsearch lagik huhuu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 04:33 PM | Show all posts
Reply 721# pokokbunga


   wah tak lama dah lerr....nnati leh la citer kat kami pulak hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 08:57 AM | Show all posts
baru balik dari hong kong. hong kong best.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 09:58 AM | Show all posts
Nak share sikit pengalaman di sana. Lebih kepada itinerary sy di sana la.

Day 1
- Touchdown around 7.30pm kt HKIA. Beli octopus card yg berharga 150HKD (50HKD deposit, so balance ada 100HKD). Terus naik Airport Express straight ke Central Station dan tukar ke line Tsuen Wan utk menuju ke Tsim Sha Tsui mtr station. Charge utk Airport Express ialah 100HKD. So masa nak tukar ke line Tsuen Wan tu kenalah topup dulu octopus card. Selepas sampai di station mtr Tsim Sha Tsui, keluar dr mtr melalui exit B terus jumpa bangunan Comfort Building dan naik ke level 11 utk check in di Panda's Hostel. (its a very convenient place to stay)
- Lepas check in dan letak barang terus bergegas pergi Mongkok naik mtr di station Tsim Sha Tsui yg sama. Berhenti di station mtr Mongkok. Keluar dr mtr melalui exit Bank Centre utk pergi Mongkok Ladies Night Market. Mula2 planned nak pergi Sun Hing Building utk beli tiket The Peak Tram (peak tram + madame tussaud + sky terrace) seperti yang disuggestkan oleh forumer bernama owen81. Tapi malang sekali bila dah sampai Ding Ding Travel itu sudah tutup. Pejabat dorang beroperasi dr jam 9am - 6pm.
- Selepas selesai membeli barang2 souvenir di Mongkok Ladies Night Market. Sy terus menuju ke Avenue of Stars. Sy pilih utk jalan kaki je dr Mongkok ke Avenue of Stars tu sebab nak tgk suasana malam di sana. Nak pergi Avenue of Stars dr Mongkok cuma jalan kaki along the Nathan Road lebih kurang 30minit je. Kalau malas jalan kaki naik je mtr dr Mongkok pergi Tsim Sha Tsui. Sesudah puas melawat Avenue of Stars dan tgk pemandangan malam HK Island city yg ada di seberang laut tu, terus pulang semula ke hostel.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 10:19 AM | Show all posts
Reply 722# norami


Norami, saya x decide lagi hostel mana nak duduk...tgh survey2 ni...nak bilik yg muat 6 org lps tu nak tempat yg startegik senang nak kemana2 sbb ada budak2 sekali...pening2..kalau org dewasa je yg pegi takde hal blh jek adjust mana2 yg patut....u dah survey ke mana nak duduk??syer2 le info ye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2012 10:42 AM | Show all posts
Day 2
- Hari ini sy bangun awal lebih kurang jam 6am. Bersiap2 dan keluar dr hostel lebih kurang jam 7.30am. Terus menuju ke Tsim Sha Tsui Ferry Pier yg terletak berdekatan dgn Avenue of Stars dan juga boleh nampak menara jam sebagai landmark. Jalan kaki dr area Tsim Sha Tsui menuju ke Tsim Sha Tsui Ferry Pier lebih kurang 10minit je. Kalau malas jalan kaki naik bas pun boleh. Tapi tak pasti bas nombor berapa. Tambang harga utk Star Ferry one way ini ialah 2.50HKD. Ada dua destinasi Star Ferry ni. Satu menuju ke Central Pier dan satu lagi ke Wan Chai Pier. Sy pilih utk menuju ke Central Pier sebab nak naik bas di sana utk menuju ke The Peak Tram Station.
- Bas yg direct menuju ke The Peak Tram Station ni ialah bas bernombor 15C. Servis bas 15C ni bermula pada jam 10am. So, agak awal sebenarnya sbb jam baru menunjukkan 8am. So, sy decide nk jalan2 cari makanan utk breakfast sementara menunggu 10am. Selepas selesai breakfast di Mcd, pulang semula ke Central Pier utk naik bas 15C tu. Masa tu barulah nampak tourists lain tgh beratur sekali nak naik bas 15C tu. Bas 15C tu doubledeck di mana level yg atas takde bumbung.
- Sampai je di The Peak Tram Station, beli tiket tram yg berharga 220HKD (tram return + madame tussauds + sky terrace). Naik tram tu make sure duduk di tempat duduk sebelah kanan, boleh tgk view on the way nak naik The Peak. Sampai2 je terus masuk Madame Tussauds. Lepas tu naik ke Sky Terrace utk view HK Island from The Peak. Cuaca tak berapa baik. Sy tak pasti jerebu atau kabus mengaburi pemandangan sy. Setelah hampir 2jam di atas sy pun turun semula ke bawah naik tram sebab tiket return kan.
- Dr The Peak Tram Station tu sy pilih utk jalan kaki je terus pergi ke Duddel Street. Di situ ada Starbucks yang berkonsepkan kopitiam lama (macam kedai2 apek cina duk minum kopi) dan juga ada satu2nya tangga di HK yg berlampu gas dan masih lagi berfungsi. (sepatutnya pergi malam kalau nak tgk lampu tu menyala) Selesai sudah melawat Starbucks dan lampu gas tu sy terus jalan kaki menuju ke Mid-Level Escalator.
- Sampai2 je Mid-Level Escalator yg bermula di Queen's Road, sy terus naik escalator tu dr bawah sampailah ke penghujung. Perjalanan dr bwh sampai ke atas mengambil masa lebih kurang 25minit. Sepanjang perjalanan boleh jumpa beberapa benda menarik seperti Soho dan Lan Kwai Fong (area for nightlife) dan Jamia Mosque dan juga beberapa bangunan kolonial British yg heritage. Penghujung escalator ni ialah Conduit Road. Escalator ni cuma naik je. Nak turun kena menapak turun tangga. So turunlah semula dgn tangga. Huhu.
- Dah sampai bawah sy mula mencari restauran yg paling famous dgn dimsum atau 'yum cha' (memakan dimsum juga boleh dipanggil yum cha) yg disuggestkan oleh kawan sy. Restauran itu namanya Lin Heung Tea House terletak di address 160-164 Wellington Street. Malang sekali bila dah jumpa restauran tu penuh dgn customer, so takde table nak duduk. Dapat tangkap gambar depan restauran pun jadi la. Haha.
- Jam sudah menunjukkan 3pm dan bateri kamera sudah hampir habis. So sy decide utk pulang ke hostel dulu. Nak rehatkan kaki yg sudah byk berjalan dan charge beteri kamera. Sy pun jalan kaki menuju ke Central Pier naik Star Ferry menuju ke Tsim Sha Tsui.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 11:07 AM | Show all posts
Day 2 continue...
- Selepas puas berehat sy pun keluar semula pada jam 7.30pm dan menuju ke Avenue of Stars sekali lagi utk menonton pertunjukan Symphony of Lights yg bermula pada jam 8pm setiap hari. Make sure pergi situ awal sikit utk dapatkan tempat betul2 di depan. Sebab setiap hari boleh dikatakan ramai orang yg menonton Symphony of Lights tu. Bagi sy, pertunjukan tu biasa2 saja. Anyway, pertunjukan tu berlangsung selama 15minit.
- Seterusnya saya pergi ke HK Islands sekali lagi dgn naik Star Ferry yg dah memang dekat dgn Avenue of Stars tu. Tapi kali ni sy pilih utk pergi ke Wan Chai Pier. Sebab next attractions yg sy nk tuju itu terletak di area Wan Chai iaitu Wan Chai Old Post Office dan Blue Building Wan Chai (boleh search di internet mengenai dua2 bangunan tersebut). Dr Wan Chai Pier tu jalan kaki lebih kurang 20minit utk ke dua2 bangunan tersebut. (lucky because both buildings are near to each other)
- Selesai melawat bangunan di Wan Chai tu, sy jalan kaki lagi menuju ke Causeway Bay. Causeway Bay ni lebih kurang macam Times Square di New York City tu la. Ramai orang di situ duk melintas jalan dan keadaan di situ memang sesak. Dan juga ada banyak tempat utk shopping di situ. Drpd butik2 mahal sehinggalah ke brand biasa.
- Seterusnya sy planned nak melawat lagi satu heritage building iaitu Western Market (boleh google mengenai building ni) yg terletak di Sheung Wan.  So, dr Causeway Bay sy naik Tram utk menuju ke Sheung Wan. Setiap tram lain2 destinasinya, so pilih tram yg ada tulis Western Market di board depan tram tu utk menuju ke Western Market.
-Jam sudah menunjukkan 10.30pm, sy pun bergegas berjalan kaki menuju ke Central Ferry Pier yg mengambil masa lebih kurang 30minit dr Western Market. Utk pengetahuan last ferry service ialah 11.30pm. Senang berjalan kaki di HK Island ni sebab dorang ada jejantas yg memang khas utk laluan pejalan kaki yg menghubungkan ke semua tempat especially dekat area2 Central. Sampai je di Central Pier naiklah Star Ferry yg tambangnya 2.50HKD pergi ke Tsim Sha Tsui Pier.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 12:02 PM | Show all posts
Day 3
- Hari ketiga agak jauh2 destinasi yg nak dituju iaitu Stanley dan Ha Pak Lai. Tapi sy keluar dr hostel tak seawal hari kedua. Haha. Jam 10.30am sy keluar dr hostel naik mtr di Tsim Sha Tsui menuju ke Causeway Bay. Kena tukar line kepada Islands line di Admiralty Station. Hari ini special sikit sebab sy akan bertemu dengan kawan sy yg mmg warga HK dan dia lah yg akan bwk sy jalan2. So, we met at Causeway Bay mtr exit F in front of the Forever 21 around 11.30am.
- Dr Causeway Bay nak menuju ke Stanley ada byk cara. Tp kalau ikut cara kwn sy ni, dia pilih utk naik minibus. Utk pergi ke Stanley dgn naik minibus dr Causeway Bay, bus stop minibus ni terletak di Tang Lung Street. Ambil minibus bernombor 40 (green color) utk menuju ke Stanley Plaza dgn tambangnya ialah 9.60HKD. Perjalanan mengambil masa 30minit.
- Sesudah sampai di Stanley Plaza, kami mulakan dengan megisi perut dulu. Sy makan megi macaroni kari dan roti bakar inti kaya (serius lain dr Msia dan sedap). Btw, makanan di Stanley agak mahal even kami makan di local restauran (not so restaurant but more to stall la). Maybe sebab di sini mmg kawasan utk tourists attraction. Di Stanley kwn sy bawa sy melawat Murray House, Stanley Market, Small Temple, Stanley old Police Station (now becoming a supermarket) and Stanley Bay. Stanley ni tempat lebih kepada nak relax dan tenangkan fikiran sebab di sini cantik dan nyaman.
- Selepas puas melawat Stanley, kami menuju ke Ha Pak Lai. Perjalanan memang lama dan perlu tukar2 bas. Ini adalah kerana Ha Pak Lai ni terletak di kawasan yg boleh dikatakan agak pedalaman (countryside). Dr Stanley ambil minibus yg sama iaitu nombor 40 menuju ke Causeway Bay. Tambang pun sama 9.60HKD. Dr Causeway Bay ambil bas doubledeck yg bernombor 968 utk menuju ke Yuen Long. Tambangnya ialah 22HKD.
- Yuen Long adalah salah satu pekan kecil di pedalaman HK. Di sini boleh nampak perbezaan dgn bandar HK. Dr jenis orangnya, susana pekannya dll. Di Yuen Long ni, kwn sy bawa sy utk cuba merasa beberapa jenis local food. Antara yg sy cuba ialah Egg Tart (sedap sangat dan lain dr Msia punya), Black Tea (rasanya macam cincau dan sedap. tak mcm tea2 yg aku rasa di Beijing, tak sedap langsung), dan Shark Fin Soup (habis licin semangkuk).
- Dah kenyang makan2 di Yuen Long kami sambung perjalanan ke Ha Pak Lai. Dr Yuen Long ke Ha Pak Lai kena ambil minibus bernombor 33 dan bus stop minibus ni terletak di Tai Fung Street. Tambangnya ialah 9.50HKD. Ada apa di Ha Pak Lai? Ada pantai dan laut dan juga boleh nampak Shenzhen, China dr situ. Tujuan utama kami ke Ha Pak Lai ialah utk view Shenzhen Harbour sambil sunset. Seriously memang cantik view sunset di sini. Masa kami sampai tu ada ramai orang dgn camera dslr masing2 tunggu nk view sunset. Dan ada juga couple newly wed maybe yg tgh shooting utk wedding photo dorang.
- Dah tgk sunset di Ha Pak Lai. Kami pun bergegas menuju ke Mongkok. Dr Ha Pak Lai pergi Yuen Long ambil minibus yg sama dan tambang yg sama harganya. Tapi kami tak stop di Yuen Long. Sebab kami decide nk naik mtr memandangkan time peak hour di mana orang semua balik kerja. So, kalau naik bus confirm jam. So kami naik mtr di station Tin Shui Wai menuju ke Mong Kok. Kena interchange di station Mei Foo.
- Sampai di Mongkok kwn sy ni bawa sy ke satu Starbucks yg terletak di Sai Yee Street. Starbucks ini juga berkonsepkan kopitiam lama. Dan di setiap dinding Starbucks ni ada graffiti yg menyerupai seni kepada King of Kowloon City (sila goole siapa dia). Dan dalam Starbucks ni juga ada weighing scale yg mmg old school.
- Selepas puas lepak dalam Starbucks. Kami berjalan2 di sekitar Mongkok sambil makan dan merasa lagi local foods terdapat di sana. Selepas puas berjalan di Mongkok kami naik mtr di station Yau Ma Tei menuju ke Tsim Sha Tsui. Kemudian sambung jalan2 di area Tsim Sha Tsui. Dan akhirnya kami berpisah di depan bangunan hostel sy.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 12:28 PM | Show all posts
Day 4
- Hari ke empat sy pergi Shenzhen. Keluar dari hostel pada jam lebih kurang 10am. Jalan kaki menuju ke station East Tsim Sha Tsui. Jln kaki dekat je tak jauh. Naik mtr di East Tsim Sha Tsui menuju ke Lo Hu iaitu station mtr yg paling hujung utk East Rail Line ni. Station mtr Lo Hu ni menghubungkan terus HK dengan Shenzhen. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam. Dan tambangnya ialah 34HKD.
- Selesai dgn semua hal2 imigresen. Sy terus ambil metro line 1 menuju ke station metro Windows of The World. Btw, di Shenzhen semua matawang dalam Yuan (matawang China). No more HKD in Shenzhen. Tiket price utk WOTW berharga 140Yuan. Byk mercu tanda yg popular bg setiap negara di dunia tedapat di WOTW ini dan ditiru dalam skala yg lebih kecil. Mercu tanda yg ditiru dr Malaysia ialah Kek Lok Si Temple yg terdapat di Penang.
- Selepas lebih 2jam lebih menghabiskan masa di WOTW, sy naik metro di station yg sama menuju ke station metro Lao Jie dan keluar di exit E untuk pergi ke Dongmen Street. Dongmen Street ni famous sebagai tempat untuk shopping. Banyak local brand yg uptodate fashion terdapat di Dongmen Street. Kalau tak minat local brand from China, butik2 lain pun ada.
- Dah penat pusing2 Dongmen Street balik semula ke HK. Aktiviti malam dipenuhi dengan aktiviti shopping. Memandangkan duit HKD bersepah lagi. Tak sangka pula duit HKD ni masih byk. So, pergilah sy ke Lane Crowford, terletak di Causeway Bay utk shopping2 di sana. Tak puas di Lane Crawford pergi pula ke Longham Place yg terletak Mongkok. Dah penat dan sakit kaki. Balik semula ke hostel.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 01:04 PM | Show all posts
Day 5
- Hari ke lima ialah hari terakhir di HK dan masih ada dua misi belum selesai iaitu Disneyland Hong Kong dan NgongPing 360 (NP360). Kedua2nya terletak di Lantau Island iaitu berdekatan dgn Hong Kong International Airport. Mcm biasa, bersiap dan check out dr hostel lebih kurang jam 11am. Breakfast di McD berdekatan dgn exit B mtr Tsim Sha Tsui dan terus naik mtr di Tsim Sha Tsui menuju ke station mtr Sunny Bay. Untuk ke Disneyland Hong Kong memang kena stop kat station mtr Sunny Bay. Tetapi, perlu tukar ke Tung Chung line di station mtr Lai King utk ke Sunny Bay. Btw, sy pergi melawat je pun Disneyland HK ni. Tak masuk pun. Kalau nak masuk tiketnya lebih kurang 400HKD utk 1day pass. Tangkap2 gambar dr luar. Then terus ke station mtr Sunny Bay semula.
- Dr Sunny Bay terus ke station mtr Tung Chung iaitu station terakhir utk Tung Chung line utk ke NP360. Di Tung Chung mtr station ni terdapat satu mall iaitu Citygate Outlet. Tak masuk pun sebab dah shopping semalam. Ada apa di NP360? Ada cable car yg menghubungkan dr bwh sehinggalah ke puncak pergunungan Lantau Island ni. Cable car pula ada dua jenis. Satu standard dan satu crystal. Sy ambil crystal sebab cable car ni jenis yg boleh see through the floor. Harga tiket utk cable car return journey ni ialah 188HKD. Perjalanan cable car dr bwh ke atas mengambil masa lebih kurang 20minit.
- Setelah sampai di atas, sy mula explore apa yg tdapat di NP360 ni. Antaranya ialah, Walking with Buddha, Tian Tian Big Buddha dan macam2 lg sy tak igt namanya dan yg paling menarik bag sy ialah Wisdom of Path. Drpd Tian Tian Big Buddha kena berjalan kaki lebih kurang 15-20minit utk smpi ke Wisdom of Path. Kenapa menarik? Sebabnya, di sini terdapat macam arca atau tiang kayu yg sgt besar dan tinggi yg di susun macam nombor lapan bila dilihat dr atas udara. Susunannya juga semakin lama semakin tinggi ke atas bukit. Di setiap kayu tersebut ada ukiran di depan dan belakang. Yg buat tempat ini lebih menarik ialah kerana tak ramai orang atau pengunjung disebabkan lokasinya yg berada paling hujung dan jauh membuatkan tempat ni sangat tenang dgn angin gunung yg bertiup. Sy menghabiskan saki baki waktu sy di HK dgn duduk di ats batu yg terletak di Wisdom of Path itu sambil lihat view Lantau Island. Sangat cantik.
- 5pm sy turun semula ke bwh dgn cable car tadi kerana flight sy akan depart pada 8pm. Sesudah sampai di bwh, ambil bas nombor S1 utk ke airport. Utk yg naik Air Asia stop di terminal 2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 02:54 PM | Show all posts
Reply 731# henpao


    wah dah masuk hari ke 5 belum ada tanda2 hari last ni....ok..teruskan...seronok baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 03:18 PM | Show all posts
Reply 732# olivegal

dah habis dah tu. cuma terlupa pulak kata2 penutup. hehe.
Tamatlah sudah trip sy ke HK selama 5hari 4malam dengan ending yg sgt memenatkan sebab naik NP360 sambil galas beg sebab nak terus ke HKIA kan lepas melawat NP360 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 11:03 AM | Show all posts
HK mmg best!
i've been there April last year!
ehhehe saje nk nyebok kt cni gak..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 12:46 PM | Show all posts
HK mmg best!
i've been there April last year!
ehhehe saje nk nyebok kt cni gak..huhu
vamplave Post at 22-6-2012 11:03 AM


vamp, share ler trip awak ke sana ...pg ngan family ker? duduk hotel mana? gambo2 tepekla jugak....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 12:57 PM | Show all posts
owh tu my last trip as a student..huhu
now da grad...
peg ngn TA la kan coz official trip!
jap ek try cari balik kalo ade....huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2012 01:00 PM | Show all posts


depan masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 01:03 PM | Show all posts


ngn abg polis..haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 01:07 PM | Show all posts


from Victoria Harbour
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 01:08 PM | Show all posts


tongkang..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.103874 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list