CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: relaxjek

knpa nasib sentiasa tidak menyebelahi aku?

[Copy link]
Post time 14-9-2008 08:02 PM | Show all posts
cakap pasal dugaan ni, memang takde jwpn org lain yg dpt menyelesaikan masalah kita. tapi peganglaa kata2 Allah, ikut jln yg disuruh dan yg penting buat solat taubat tiap2 hari,jaga hubgn ngan mak abah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2008 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 11-9-2008 17:31
  bila idup riang ria gembira...you will tend to make others hurt


Idak jugak...................eastrun

Kehidupan mewah, riang ria bla bla bla..................di khuatiri ia menjadi ISTIDRAJ.
Seperti mana yg berlaku kpd Qarun, Namrud, Firaun dan yg sewaktu dgn nya.

Kekayaan dan kesenangan deme TIDAK DAPAT MEMBANTU mereka mendapat TAUFIQ n HIDAYAH dari Allah swt.
Malah mereka semakin jauh dari Allah dan menjadi bongkak lagi sombong...............
Oghang melayu kater haper................."LUPER DIRI??"

Sebab itu.............kita hendak lah senantiasa berDOA sekiranya kita 'berjaya', jadikanlah kejayaan itu mendekati kita kpd Allah swt.
Sekiranya kita kaya..................berbakti lah kpd Allah, Rasul (Agama) dan umat manusia. (spt Abdul Rahman b Auf r.a.)


Berbalik kpd topic...........
Setiap 'KEJADIAN' yg menimpa kita....................ADA HIKMAH di sebaliknya.
Hanya sanya, kita...............kurang arif or tidak peka utk mengetahui apa yg TERSIRAT di sebalik kejadian tersebut.

Seperti yg di katakan olih Oghang oghang Alim.
Kejadian buruk yg menimpa oghang jahil adalah utk membersih dosa nya.
Tetapi kejadian buruk yg menimpa oghang ALIM..............adalah utk meningkatkan KEIMANAN nya kpd Allah swt.
Contohnya Rasulullah saw, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh, Nabi Lut, Nabi Yahya, Nabi Ayob............

Cara/kaedah yg di gunakan Allah swt utk mendidik ataupun meningkatkan KEIMANAN seseorg ada pelbagai.

Pernah teman terbaca di satu cerita.
Ada seorg alim ini di timpa kesusahan.............sehingga kaum keluarga nya meminta dier berdoa kpd Allah swt.
Dia menjawab,"Aku malu utk memohon kpd Allah swt kerana DIA  telah memberi kesihatan yg baik kpd ku puluhan tahun lamanya tetapi baru setahun aku menderita sakit."

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 10:46 AM | Show all posts
nasib ditangan anda sendiri, taqdir ditanganNya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 12:14 PM | Show all posts
Setiap kali kita ditimpa kesusahan/ujian/kemiskinan, ingatlah ujian/kesusahan yg dihadapi oleh org lain itu ada yg  lebih teruk/payah.

Dan dlm amalan pula, kita mestilah membandingkan amalan kita dgn amalan org2 yg lebih byk amalannnya berbanding kita, so that kita akan sentiasa bermotivasi utk meningkatka amalan kita.Jadi bandingkan amalan kita dgn org yg kurang amalan, nanti kita dah merasa cukup/puas dgn amalan kita(dan sesungguhnya kita tidaklah lain hanya berbohong kpd diri sendiri/berlaku zalim ke atas diri sendiri)

Manusia sering melihat kesusahan/kemiskinan/sakit sebagai UJIAN.
Padahal kesenangan/limpahan harta dan anak-anak juga UJIAN sebenarnya.

Dlm hal ini, aku ingin mengulang apa yg dikatakan oleh Bro Niceghost pasal Istidraj: Kerana acap kali kita terdengar(or kdg2 kita terpikir) kenapa golongan yg fasik/mat saleh yg sah sah buat dosa, tak Islam ataupun golongan Muslim yg tak menghormati agamanya dikurniakan rezeki y melimpah ruah---tidak lain da tidak bukan kerana ia adalah Istidraj Allah SWT...dgn Istidraj ini, golongan ini akan berterusan merasa bongkak dan sombong "Ahh..harta yg byk ni hasil titik peluh usaha aku, tak ada siapa yg bagi kecuali aku berusaha sendiri"..

Akhir kata, suka aku berkongsi satu mutiara kata yg di SMS kan oleh adik tersayang aku kpd aku di kala aku menghadapi ujianNYA dulu;

" Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari cari ke mana perginya matahari, rupa rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2008 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by sayang_papa at 14-9-2008 10:14 AM


salam..
i ada 2 org anak dan kedua-duanya ada masalah.
seorang add-attention deficit disorder n the other one is autistic...
sedih..., Allah aje yg tahu.

i sentiasa ada keyakinan dlm di ...


salam,

tima kasih atas nasihat bro.semoga kita tabah menghadapi ujian ini.

adik saya pula 2 org down syndrome,maybe ini ujian buat mak, ayah dan keluarga saya. tetapi dgn kehadiran mereka membuatkan keluarga saya ceria dgn telatah mereka.heh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2008 11:43 AM | Show all posts
nak tanya laa.. saya ni sedang bekerja.. bole ke saya ambil masa kejap utk solat dhuha? keje saya dah buat cepat2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2008 12:06 PM | Show all posts

Reply #66 relaxjek's post

kalau kerja sendiri boleh le..kalau keje dgn org kene minta izin dengan bos la kot minta 15 minit ke ms utk dhuha....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 10:16 PM | Show all posts
sabar.. sabar.. sabar...
berdoa.. berusaha.. tawakal...
moga dapat keluar dari nasib yang mcm tu
kecuali ia x mampu diubah lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2008 10:45 AM | Show all posts
aduhai.. kenapa kita semua slalu pertikaikan apa yang Allah dah bagi kat kita?

kadang2, kita tatau apa yang kita kena tuh, ujian ka, balasan ka...

tapi kita sebagai hamba, terima ajer lah.. ada lah tuh kesilapan kita kat mana2.. cube kita check balik sama2..

1. hubungan dengan Allah : solat kita betul tak? faham bacaan, faham kenapa solat etc... solat pasal nak masuk syurga ke, solat pasal takut masuk neraka ke, solat pasal terpaksa ke, solat pasal nak isi masa lapang ke, solat pasal memang dah diajar daripada kecik ke.. atau solat kerana kita sedar kita hamba...?

2. hubungan dengan Rasul : selawat tak hari2? kita faham tak apa yang kita selawat tuh? kita faham tak kenapa kita kene selawat in the first place?

3. hubungan dengan ibu bapa : ada buat mak kecik ati? ada buat abah kecik ati? faham tak siapa mereka sebenarnya?

4. hubungan sesama makhluk : ada kita buat kawan2 @ orang2 lain sakit ati?

kita sama2 check balik, nnt kita dapatlah jawapan dia...


kita nih hamba sebenarnya, bukan kuli, bukan machai, tapi hamba Allah... jadi kita terimalah apa yang Allah dah bagi, mungkin itu satu ujian, mungkin itu balasan.. who knows?


check this out.. setiap orang pasti akan diuji, betul? tapi macam mana kita handle ujian itulah yang menentukan kita nih siapa..


p/s saya menggunakan kata ganti diri 'kita' sbb saya menasihat diri sendri...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 12:25 PM | Show all posts
mcmna aklau yg kita dpt tu balasan atas perbuatan2 kita pd masa lalu, mcmana pulak nak handle...
yep kita redha dgn blsan tu dan perbaiki, tp sampai bila kita akan terima blsan tu? bila ia akan beransur dr hidup kita?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:16 PM | Show all posts

Balas #70 monterez\ catat

itu adalah hak Allah, dan Allah sahaja yang bole menentukan, kerana Allah Maha Mengetahui, dan Allah Maha Adil...

sbb tuh saya kata, kita sebagai hamba, terima aja lah dengan redha.. sapa kita nak pertikaikan kredibility Allah yang Maha Adil?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 02:21 PM | Show all posts
Originally posted by relaxjek at 5-9-2008 11:19 AM
knpa nasib baik tidak menyebelahi kita?

sebagai contoh, diri aku.. banyak 'nasib baik' tidak menyebelahi aku..knpa ini selalu berlaku? adakah ini satu ujian? dan bilakah nasib baik akan sentia ...



jangan mengeluh sbb sebagai org Islam kita ditegah dari mengeluh & merenung nasib...Berusaha & berdoa lagi baik dari merenung nasib.Kekadang ko yg rasa nasib tak baik bila mana sesuatu yg ko harapkan tak menjadi...tp pernahkah ko pikir  apa yg ko harapkan jika benar2 terjadi....mungkin ko akan rasa senang dengannye tp mungkin akan menyebabkan kesengsaraan bagi pihak lain.Dan itu akan mendatangkan dosa.
Oleh itu...setiap yg berlaku ada sebab musababnye...mungkin ko tak nampak.Allah maha mengetahui.Terima setiap ujian Allah dgn hati terbuka dan bersenang hati selalu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 01:54 AM | Show all posts
err...kalau nangis n bersedih maksudnya tak redha ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 11:56 AM | Show all posts

Balas #73 olaoli\ catat

ya..nak tanya..kalau waktu kita doa tu..kite menangis, adakah maknanya kita tak redha...?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 01:24 PM | Show all posts
kadang kadang takut bila kita menangis masa berdoa tu...jadinya air mata itu sebagai tanda kita tak redha n kesal dgn nasib yg menimpa.sgt sgt takut kalau jadi mcm tu.emm macam mana nak tau kita redha dalam ertikata sebenarnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2008 09:13 AM | Show all posts
sedey..

satu lagi yg aku kira musibah berlaku pada aku.. hmm Ya Allah aku mohon pertolongan mu Ya Allah..tanamkan kesabaran dalam diriku.. tanamkan yakin dan redha atas ketentuan mu Ya Allah..
aku mohon pertolongan mu Ya Allah.. tenangkan jiwaku.. redha atas kehendak mu...
minta kawan2 aminkan sekali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2008 10:50 AM | Show all posts
kadang2 terfikir mcm hidup kita ni serupa mcm kita nk ambik periksa jugak (x kisahlah SPM/PMR/STPM). Hidup didunia ni tempat utk kita bersedia utk bekalan kubur dan akhirat. Hidup didunia nilah masa utk buat persediaan mghadapi peperiksaan di alam kubur (Peperiksaan Percubaan) dan Akhirat (Peperiksaan yg sebenar-benarnya) tapi bezanya klu kita ambik periksa SPM/PMR/STPM kalau gagal xdelah kena siksa tapi di alam kubur dan akhirat klu gagal kena siksa sepedih-pedihnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 11:09 AM | Show all posts
Allah sengaja mjadikan dugaan2 utk mghapuskan dosa kita. jadi redhakanlah. Jika diduga bersabarlah. jika diberi nikmat bersyukurlah. Sedekahkanlah sedikit rezeki yg Allah beri . Selalulah mminta ampun pada Allah. kita x penah lari dari mlakukan dosa. jadi jgnlah sombong dgn Allah. mintalah ampun krn hanya Allah sahaja yg dapat mgampunkan dosa kita.  Banyak2lah buat amal kebajikan utk mghapuskan dosa.
kita ni minta mcm2 tapi hak Allah kita x tunaikan. Padahal betapa byknya nikmat diberi. Sbnarnya lebih banyak nikmat yg Allah beri dari yg kita minta. kita asik fikir apa yg kita minta shj tapi nikmat lain yg sgt besar nilainya kita x syukuri.
Saya pun selalu bdoa pada Allah sbb selalu sgt lalai. Takut balasan akhirat tapi masih lalai juga. Sbb tu kita mesti selalu istigfar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 11:52 AM | Show all posts
Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
Surah : Al An'aam (Ayat 31&32)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2008 12:22 PM | Show all posts
suka saya membaca posting2 nasihat dan ilmiah yg ada disini utk menenangkan hati saya yg tgh sedey dan tidak menentu ini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.366463 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list