CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: khyree

E: Konsert BAGAIKAN SAKTI 1 JANUARI 2010 (SIARAN LANGSUNG @ ASTRO)

[Copy link]
Post time 8-12-2009 05:09 PM | Show all posts
Badai- Driver A.K.A Lakiku A.K.A yg terpaksa (kes kena paksa pegi..hihihih)
Khryee-Wah special tol Zoner malaysia..ada kompang, bunga manggar tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2009 05:20 PM | Show all posts
hahah, tak de lah.. yang penting khai dan assistant khai bawak mereka merata area esplanade, untuk amik pic merlion, singapore flyer, museum asian, padang (di mana perdana menteri istihar malaysia dan singapura berpisah), marina square dan banyak lagik... hehe itu baru jek ari pertama.... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 07:24 PM | Show all posts
62# khyree

wow berapa fee utk tourist guide ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 07:49 PM | Show all posts
heheh... tak payah bayarlah... free jek... alah bukannya selalu dorang datang SG...

SUKA TENGOK PIC NIH!... hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 02:27 AM | Show all posts
64# khyree


Siti penyebab Sold Out..
jd muke Siti je kna tampal Sold Out...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 03:55 AM | Show all posts
heheh... tak payah bayarlah... free jek... alah bukannya selalu dorang datang SG...

SUKA TENGOK PIC NIH!... hahaha

http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs115.snc3/16241_1250402213698_10 ...
khyree Post at 8-12-2009 19:49


nk bangga pn ade
nk gelak pn ade
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-12-2009 05:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2009 11:21 PM | Show all posts

RE: Konsert BAGAIKAN SAKTI 1 JANUARI 2010 (SIARAN LANGSUNG @ ASTRO)

Gabungan Dato’ Siti Nurhaliza dan M. Nasir Cipta Sejarah Yang Menakjubkan Secara Eksklusif Di Astro Box Office Events!
  
Sempena membuka tirai menyambut tahun baru 2010, Astro dengan bangganyamembawakan siaran langsung gabungan bersejarah dua gergasi seni buatpertama kali iaitu Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ SitiNurhaliza dari Esplanade, Singapura secara eksklusif menerusi Astro BoxOffice Events (saluran 955).

Peminat penyanyi tersohor, M Nasir dan Dato’ Siti Nurhalizaberpeluang untuk menonton Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’Siti Nurhaliza secara langsung pada 1 Januari 2010, jam 8 malam.Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Box Office Events (saluran 955)untuk menyaksikan konsert ini hanya dengan harga RM10.00.

Siaran ulangan konsert berkenaan pula akan bermula pada 2 hingga 10 Januari 2009 di saluran yang sama.
Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul AnwarSalleh, “Sebagai memenuhi janji kami kepada para pelanggan untuk terusmembariskan program-program siaran Astro yang bermutu tinggi danmempunyai pengisian yang padat, kami  berbesar hati membawakan KonsertBagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza yang menggabungkandua nama besar iaitu M. Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza secara langsungdari Espanade, Singapura.

Kehebatan dua ikon seni, M. Nasir dan Dato’ Siti Nurhalizasememangnya tidak boleh disangkal lagi. Pencapaian dan kejayaan merekadalam mengharumkan nama negara serta mengangkat martabat industri senihiburan ke peringkat yang lebih tinggi adalah sesuatu yang amatmembanggakan. Oleh itu, kami percaya konsert ini mampu membekaskanimpak yang mendalam serta dapat memberikan pengalaman menonton yangmempersonakan.

Tiket Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza yang diadakan di Singapura ini telah habis dijual dalam masa seminggusahaja dan kami faham yang tidak semua peminat berpeluang untukmenyaksikan konsert hebat gabungan dua gergasi seni negara iniberikutan faktor lokasi dan kapasiti tempat yang terhad serta hargatiket yang agak mahal.

Sehubungan dengan itu, kami di Astro ingin memberi peluang kepadaorang ramai untuk turut sama menyaksikan konsert gabungan palingbersejarah dan menakjubkan ini terus di kaca televisyen dengan hanyaRM10 sahaja. Kami percaya dengan harga serendah ini dan kelebihan untukmenikmati konsert bertaraf dunia di kediaman sendiri pada waktu yangfleksibel adalah suatu pengalaman menonton yang amat sempurna. Inilahtawaran istimewa buat para pelanggan Astro yang tidak pernah jemumemberikan sokongan kepada kami,” ujar Khairul lagi.

Khairul turut menambah, “Kami juga berharap dengan adanya paparankonsert ini menerusi pakej Astro Box Office Events (saluran 955), iadapat memberi kesempatan kepada para peminat yang tidak berpeluanguntuk menyaksikan pesona dua jiwa dan dua suara ini beraksi secaralangsung di atas pentas merasai sendiri pengalaman menonton seolah-olahturut berada di Esplanade, Singapura.”

Untuk melanggan pakej Astro Box Office Events, para pelanggan Astroboleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300 82 3838 ataumenerusi talian SMS dengan menghantar teksABOM<ruang>SAKTI<ruang>No.IC dan hantarkan ke 32888.Pengaktifan melalui SMS akan mengambil masa 24 jam. Tempoh untukmelanggan akan dibuka bermula 22 Disember 2009 dan akan ditutup pada 10Januari 2010.

Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza bakalmenyaksikan gabungan hebat M.Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza mengalunkanlagu-lagu hebat mereka serta lagu-lagu klasik yang pernah didendangkanoleh seniman terkemuka sepanjang zaman seperti P. Ramlee, Saloma danSudirman sepanjang persembahan dua jam tanpa henti.
Konsert istimewa ini juga bakal memperlihatkan dua pengarah muzikterkemuka yang akan bekerjasama mengemudikan konsert ini di atas pentasiaitu M. Nasir di bawah pimpinan Aznan Alias dan Dato’ Siti Nurhalizadi bawah pimpinan Aubrey Suwito serta diiringi oleh 30 orang pemuzik dibawah pimpinan mereka.

Sila langgani pakej Astro Box Office Events (saluran 955) untukmenikmati Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhalizadengan hanya RM10 sahaja eksklusif buat pelanggan-pelanggan Astro!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 12:26 AM | Show all posts
bencilah.. mesti nak pakse org langgan channel astro
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 03:46 AM | Show all posts
nk ke x nk eh...da astro mcm kambing...nih mcm nk bg untung dier lg jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 07:10 AM | Show all posts
bencilah.. mesti nak pakse org langgan channel astro
eddysheddy Post at 18-12-2009 00:26


at lis astruk ade kt m'sia
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 06:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by sultanmuzaffar at 18-12-2009 19:09

Konsert Bagaikan Sakti M.Nasir & Dato' Siti Nurhaliza Secara Langsung di AstroPOSTED BY SULTANMUZAFFAR FRIDAY, DECEMBER 18, 2009







KONSERT BAGAIKAN SAKTI M.NASIR & DATO’ SITI NURHALIZA


Gabungan Dato’ Siti Nurhaliza dan M. Nasir Cipta Sejarah Yang Menakjubkan Secara Eksklusif Di Astro Box Office Events!


Kuala Lumpur, 17 Disember 2009 – Sempena membuka tirai menyambut tahun baru 2010, Astro dengan bangganya membawakan siaran langsung gabungan bersejarah dua gergasi seni buat pertama kali iaitu Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza dari The Esplanade, Singapura secara eksklusif menerusi Astro Box Office Events (saluran 955).


Peminat penyanyi tersohor, M Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza berpeluang untuk menonton Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza secara langsung pada 1 Januari 2010, jam 8 malam. Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menyaksikan konsert ini hanya dengan harga RM10.00.


Siaran ulangan konsert berkenaan pula akan bermula pada 2 hingga 10 Januari 2010 di saluran yang sama.


Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh, “Sebagai memenuhi janji kami kepada para pelanggan untuk terus membariskan program-program siaran Astro yang bermutu tinggi dan mempunyai pengisian yang padat, kami berbesar hati membawakan Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza yang menggabungkan dua nama besar iaitu M. Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza secara langsung dari Espanade, Singapura.


Kehebatan dua ikon seni, M. Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Pencapaian dan kejayaan mereka dalam mengharumkan nama negara serta mengangkat martabat industri seni hiburan ke peringkat yang lebih tinggi adalah sesuatu yang amat membanggakan. Oleh itu, kami percaya konsert ini mampu membekaskan impak yang mendalam serta dapat memberikan pengalaman menonton yang mempersonakan.


Tiket Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza yang diadakan di Singapura ini telah habis dijual dalam masa seminggu sahaja dan kami faham yang tidak semua peminat berpeluang untuk menyaksikan konsert hebat gabungan dua gergasi seni negara ini berikutan faktor lokasi dan kapasiti tempat yang terhad serta harga tiket yang agak mahal.


Sehubungan dengan itu, kami di Astro ingin memberi peluang kepada orang ramai untuk turut sama menyaksikan konsert gabungan paling bersejarah dan menakjubkan ini terus di kaca televisyen dengan hanya RM10 sahaja. Kami percaya dengan harga serendah ini dan kelebihan untuk menikmati konsert bertaraf dunia di kediaman sendiri pada waktu yang fleksibel adalah suatu pengalaman menonton yang amat sempurna. Inilah tawaran istimewa buat para pelanggan Astro yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada kami,” ujar Khairul lagi.


Khairul turut menambah, "Kami juga berharap dengan adanya paparan konsert ini menerusi pakej Astro Box Office Events (saluran 955), ia dapat memberi kesempatan kepada para peminat yang tidak berpeluang untuk menyaksikan pesona dua jiwa dan dua suara ini beraksi secara langsung di atas pentas merasai sendiri pengalaman menonton seolah-olah turut berada di The Esplanade, Singapura."



Untuk melanggan pakej Astro Box Office Events, para pelanggan Astro boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300 82 3838 atau menerusi talian SMS dengan menghantar teks ABOM (ruang) SAKTI (ruang) No.IC dan hantarkan ke 32888. Pengaktifan melalui SMS akan mengambil masa 24 jam. Tempoh untuk melanggan akan dibuka bermula 22 Disember 2009 dan akan ditutup pada 10 Januari 2010.

Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza bakal menyaksikan gabungan hebat M.Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza mengalunkan lagu-lagu hebat mereka serta lagu-lagu klasik yang pernah didendangkan oleh seniman terkemuka sepanjang zaman seperti P. Ramlee, Saloma dan Sudirman sepanjang persembahan dua jam tanpa henti.

Konsert istimewa ini juga bakal memperlihatkan dua pengarah muzik terkemuka yang akan bekerjasama mengemudikan konsert ini di atas pentas iaitu M. Nasir di bawah pimpinan Aznan Alias dan Dato’ Siti Nurhaliza di bawah pimpinan Aubrey Suwito serta diiringi oleh 30 orang pemuzik di bawah pimpinan mereka.

Sila langgani pakej Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menikmati Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza dengan hanya RM10 sahaja eksklusif buat pelanggan-pelanggan Astro!









Read more: http://sultanmuzaffar.blogspot.com/2009/12/konsert-bagaikan-sakti-mnasir-dato-siti.html#ixzz0a2KAgtFe
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 06:57 PM | Show all posts
alamak...dah ada. sorry ya. terexcited. hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 08:54 PM | Show all posts
kalu dah langgan 10 hengget tu nanti leh cancel x?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 09:43 PM | Show all posts
aku ku subscribe channel ni..

tq 4 da info....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 09:45 PM | Show all posts
aku tak sure ttg channel 955 ni.
macam aku 952 utk movie rm10 tu utk sebulan.
kalau 955 x pasti rm10 tu utk 1-10 jan jer ker atau pun 1-31 jan.

kalau cancel tgh2 bukan prorate pun, baik habiskan sampai habis. tgk ulangan konsert tu sampai muntah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2009 01:00 AM | Show all posts
dah edit kasi cantik ... insya allah.... hehehe

welcome rombongan malysia ke kota singaa

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 01:28 AM | Show all posts
berita gembira untuk peminat siti.

tapi satu je yg tak gembira.....

KENAPA TAK TERBITKAN DVD?

siti sepatutnya faham,peminat-peminat nya,buakn sahaja ramai yang tak dapat hadir di setiap konsert siti tetapi peminat-peminat siti ingin MENJADIKAN SETIAP KONSERT SITI SEBAGAI KOLEKSI UNTUK INGATAN.

sesiapa yang rapat dengan kak rozi boleh tak usulkan cadangan menerbitkan konsert2 siti.

tahun 2009 je dah berapa konsert siti buat.

konsert satu....tah apa yg terjadi.kata nak buat DVD tapi sampai la ni takde lagi.

konsert hai-o

konsert esplanade lagi.

konsert p.ramlee mmg dah tak boleh nak cakap apa la kan sebab masalah copyright.

agak BENGANG ngan bab ni coz siti dah janji nak terbitkan DVD untuk konsert satu hari tu kan?

tolong bagitau kak rozi bab ni.

dua2 pihak akan untung.pihak SNP dan peminat.takde yang rugi pun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 08:29 AM | Show all posts
ntahla..astro ni mmg pandai buat duit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 09:55 AM | Show all posts
pasal satu tuh aku tak berani komen siolsss.. hahaha

pasal pelan rancnagan snp sibuk nak mampos... it either ada atau tak de lah nampaknyaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.064054 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list