11 bintang Mania akan mempersembahkan persembahan duet istimewa minggu ini. Mungkinkan persembahan mereka akan menjadi lebih hebat atau masih ditakuk yang sama? Teruskan bersama TekanPlay hingga ke akhir konsert.
Shila Amzah – Hati Kama (feat. Noraniza Idris)
Tidak dapat dinafikan, Shila mempunyai kebolehan untuk menyanyikan lagu berentak tradisional dengan baik biarpun tona suara beliau secara dasarnya adalah ‘keras’. Shila pandai melenggokkan nyanyiannya dan mengawal lontaran beliau dalam lagu ini. Persembahan duet seimbang, tetapi terlalu mirip kepada versi asal. Rasanya setelah lebih 10 tahun, lagu ini sudah boleh disuntik elemen yang berbeza dalam persembahan ini agar ia lebih segar dan relevan untuk Mania.
Verdik: 5/10
Stacy – Total Eclipse of the Heart (feat. Cliff Umar)
Stacy membenarkan Cliff untuk lebih menyerlah daripadanya sedangkan beliau sebenarnya yang bertanding. Entah mengapa Stacy kelihata seperti tidak serius dalam persembahan ini kerana jelas kelihatan seperti beliau tidak mendalami jiwa dan emosi lagu ini. Acap kali beliau tersenyum kepada pasangan duetnya dan ia agak menjengkelkan kerana lagu ini ‘gelap’ dan kegelapan itu langsung tidak dirasakan, baik dalam nyanyian mahupun pergerakan Stacy.
Verdik: 4.5/10
Kristal – Kesal (feat. Ella)
Dari sudut muzik, Kristal berjaya menghidupkan dengan satu komposisi yang mantap. Tetapi kolaborasi Lan dan Ella tidak begitu menonjol lebih-lebih lagi kerana Lan seperti terpaksa bekerja keras untuk melontarkan vokalnya. Secara visual gabungan mereka kelihatan gah, tapi sebenarnya persemabahan ini biasa sahaja.
Verdik: 5/10
Aril – Ghazal Untuk Rabiah (feat. Zahid)
Aril bijak memilih lagu ini kerana ia dapat menonjolkan variasi vokalnya dan beliau melunaskan nyanyiannya dengan baik. Seperti juga Shila, lagu ini tidak diberi sebarang pembaharuan tetapi dek kerana Aril tahu bagaimana untuk tidak tenggelam dalam pengaruh Jamal Abdillah, beliau mempunyai kelebihan bebanding Shila. Gabungan yang seimbang ini pasti lebih menyerlah kalau ada unsur-unsur baru diterapkan dalam komposisi melodinya.
Verdik: 7/10
Estranged – Sudah (feat. Velvet)
Perhatian rasanya lebih diberikan kepada Velvet kerana kehadiran beliau kali ini memang mengejutkan. Lama menghilang, Velvet masih lagi mampu memberikan lontaran vokal yang memukau. Tetapi oleh kerana itu juga, Rich seakan tenggelam dalam persembahan ini biarpun beliau lebih baik daripada sebelum-sebelumnya.
Verdik: 5.5/10
Alyah – Di Persimpangan Dilema (feat. Nora)
Alyah kelihatan cukup cantik malam ini. Susunan muzik baru yang diberikan oleh Aubrey untuk lagu ini amat membantu persembahan Alyah menjadi lebih menarik. Mungkin juga ini adalah persembahan terbaik Alyah sepanjang berada di Mania. Beliau kelihatan lebih konsisten dan vokalnya lebih terkawal terutama pada awal nyanyian. Cuma mungkin pada bahagian kedua lagu ini, sewaktu kedua-dua vokalis ini ‘bertempur’ ia akan lebih elok kalau Alyah dan Nora tidak menyanyi pada nada yang sama kerana kedengaran sedikit ‘messy’. Tetapi secara keseluruhan, it was good.
Verdik: 5.5/10
Hazama – Suatu Masa (feat. Azlan & The Typewriter)
Klasik M.Nasir ini dilagukan dengan Hazama dan Azlan dengan cukup indah. Susunan vokal mereka berdua teratur, dan saling melengkapi. Emosi persembahan ini juga sampai dan biarpun vokal Azlan menyerlah, ia tidak menenggelamkan kemantapan lontaran Hazama. Magik itu wujud dah ia pastinya adalah sebuah persembahan yang boleh diingati.
Verdik: 9/10
Jaclyn Victor – Warisan Wanita Terakhir & Pelesit Kota(feat. Maman)
Kesederhanaan persembahan Jac dan Mamam menerusi Warisan Wanita Terakhir sangat mengujakan. Tiada gimik, hanya vokal mereka berdua bergabung dengan indah. Kejutan di akhir persembahan, Jac pula beraksi dengan Pelisit Kota. Relevannya mungkin boleh dipersoal kerana Maman boleh dikatakan tidak memainkan peranan dalam lagu tersebut, tetapi Jac sukar disangkal kebolehannya.
Verdik: 8/10
Hafiz – Ombak Rindu (feat. Maya Karin)
Menampilkan pelakon filem Ombak Rindu adalah satu strategi yang bijak. Lagu ini memang makanan Hafiz dan tiada masalah dalam penyampaian beliau. Cuma vokal Maya tidak cukup untuk menampung vokal Hafiz namun gabungan ini masih lagi boleh diterima kerana mungkin emosinya itu ada. Tetapi kalau nak dibandingkan dari sudut intektual persembahan, Hafiz tidak ada perubahan.
Verdik: 7/10
Adira – Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (feat. Shahir)
Persembahan ini cantik. Sungguhpun tidak sempurna, tetapi gabungan Shahir dan Adira serasi dan mereka mengalunkan lagu ini dengan baik sekali. Vokal Adira dikawal dengan baik, dan itu adalah satu peningkatan yang wajar dipuji.
Verdik: 7/10
Ebi – Kasih Tak Sampai (feat. Salma)
Ebi semakin mengejutkan. Beliau semakin menonjolkan peningkatan dalam setiap persembahannya. Kelebihan Ebi adalah cara beliau melontarkan nyanyiannya yang berisi dengan emosi. Gabungan beliau dengan Salma mempunyai satu kualiti yang menarik kerana vokal mereka disusun dengan hampir sempurna.
Post Last Edit by Khairina_Rauqah at 29-4-2012 17:30
Credit: TekanPlay.com
Mania | Konsert 7

semalam spanjang hari tengok undi aril naik tinggi tinggalkan jauh artis yg lain kan... aril dlm mania ni mmng nnmpak pningkatan sore dia...gd luck buat aril...suka tgok kalau aril dapat masuk final sama2 dengan hazama ...chaiyuukk utk mereka bdua
Cool Aril, Keep up the good work & Harap berjaya sampai ke Final with your dear pal Apiz, inshaAllah. Berusaha & Berdoa..yg lain berserah & tawakal kepadaNYA.
Teruskan sifat humble yg ada skrg..... Tu yg naikkan aura aril..... Perform dgn ikhlas. Nyanyi takat mampu, takyah try so hard smpi jd pelik2. Org Malaysia kbnyakan mengundi sbb aura. Tapi suara pon penting, ktrg ni mana pandai muzik.Dengar sedap, peribadi bagus ktrg undi. Dengar sedap, perangai gedik byk kontrovesi takdelah undi. Sekian drpd wakil pengundi bersikap typical malaysian dari kampung pisang dibawa belayar.