Lim pertahan beli kereta baru, belian untuk jangka panjang Ketua Menteri Lim Guan Eng menerangkan, kereta Mercedes-Benz S300L berwarna perak yang dibeli oleh kerajaan negeri bukan untuk kegunaannya saja bahkan bakal ketua menteri akan datang. "Lagipun, kereta baru itu bukan milik saya. Ianya milik kerajaan negeri dan bakal berkhidmat untuk ketua menteri yang akan datang," katanya dalam sidang media hari ini.
Guan Eng memberikan penjelasan kenapa beliau menggantikan kereta Toyota Camry yang baru berusia dua bulan itu kepada Mercedes-Benz sebagai kereta rasmi kerajaan negeri. Lim berkata, Mercedes yang dibelinya adalah mengikut keputusan Majlis Eksekutif Negeri pada 20 November lalu yang mengambil kira keselamatan ketua negeri.
sepenuh: http://www.themalaysianinsider.com
|